01 January 2006
Al-Quran Dalam MS Word
Kadang-kadang ada sesetengah pelajar mahu pun pendidik terpaksa bertungkus lumus mengimbas ayat-ayat al-Quran (menggunakan scanner) atau capture screen ayat-ayat al-Quran daripada software Quran semata-mata kerana ingin memasukkan ayat tersebut ke dalam satu-satu artikel atau kertas kerja. Ianya mungkin agak memakan masa dan membebankan untuk kita untuk melakukannya.
Tahukah anda bagaimana hendak sisipkan ayat-ayat Al-Quran di dalam dokumen anda terutama dalam program Microsoft Word dengan mudah? Jika anda belum berjumpa dengan perisian sedemikian, anda akan pasti bersyukur kerana software ini sememangnya meyenangkan anda memetik ayat-ayat A-Quran dengan mudah untuk disisipkan dalam dokumen anda.
Program bernama Quran in Word diklasifikasikan sebagai Plugin untuk Microsoft Word ini didatangkan dalam pelbagai bahasa terjemahan termasuk dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Indonesia dan lain-lain lagi. Ianya diprogram oleh Saudara Mohamad Taufiq, dari Depok, Indonesia.
Langkah²nya mudah sahaja. Anda hanya perlu muat turun fail tersebut dan terus membuat instalasi dengan 2x klik failnya. Siap.. program tersebut telah dipasang dalam Microsoft Word anda. Setelah itu, anda bukalah Microsoft Word dan lihat tab di hujung sekali (bagi pengguna Microsoft Word 2007)
Untuk pengguna Microsoft Word 2003, kedudukan menu untuk aplikasi tersebut agak berbeza kerana ia diletakkan pada menu akhir (drop-down menu) Setelah itu, anda tekan tab Get Arabic+Translation* untuk mendapatkan ayat² suci Al-Quran dan pengertiannya sekali.
Anda boleh melawat laman ini untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh memuat turun software tersebut di laman berkenaan. Pilih versi Bahasa Melayu (Malay Translation Inculded) untuk dimuat turun. Anda juga boleh memuat turun terjemahan tambahan seperti terjemahan Bahasa Inggeris (Yusuf Ali) untuk diguna pakai secara serentak dengan versi Bahasa Melayu. Jika anda memuat turun bahasa lain secara berasingan, anda perlu mengekstrak fail terjemahan tersebut ke dalam folder *program files quran_in_word. *
Untuk versi Bahasa Melayu (Quran in Word + Terjemahan B. Melayu), anda boleh memuat turunnya pada pautan dibawah . InsyaAllah anda akan mendapati Al-Quran in Microsoft Word ini amat berguna.
SILA MUAT TURUN DISINI (Malay - 358 kb) atau MUAT TURUN TERUS
Selepas Install, buka MS Word dan Klik pada tab menu Al-Quran, pilih ayat yang dikehendaki dan klik butang OK
Dalam dokumen MS Word anda akan keluar paparan seperti dibawah.
Nota: Jika tiada dalam MENU, sila klik pada tab "Add-Ins" pada Toolbar (dalam MS Word) seperti dibawah
06:42 Posted in AL-QURAN MS WORD | Permalink | Comments (0)