Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

01 April 2006

Maklumat Am

LATAR BELAKANG KAMPUS KOLEJ

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan merupakan salah sebuah Kolej Matrikulasi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej seluas 85 ekar ini terletak di Batu 46 Jalan Tampin Kuala Pilah dan merupakan bekas tapak Pusat Matrikulasi UKM. Kolej ini telah dibuka pada 1 Januari 2000 dan mula menerima kemasukan pelajar pertamanya seramai 491 orang pada 24 Jan 2000. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar semester dua yang dipindahkan dari Kolej Matrikulasi Melaka ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Pada ketika itu, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan diterajui oleh Tuan Haji Mohamed Zon bin Ramli sebagai Pengarah KMNS yang pertama dan beliau dibantu oleh 40 orang pensyarah dan 4 orang staf sokongan

Seterusnya pada 14 Feb 2000 seramai 2135 orang pelajar baru telah mendaftar diri menjadi warga KMNS. Dengan itu ramai tenaga kerja yang baru juga melaporkan diri bagi mengimbangi jumlah pelajar tersebut.

Kolej ini menawarkan dua jenis bidang pengkhususan iaitu Program Matrikulasi Sains dan Program Matrikulasi Perakaunan.


KONSEP

Program Matrikulasi merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di Institut Pengajian Tinggi dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas.

Pengajian program matrikulasi atau prauniversiti, ini mengambil masa dua semester atau satu tahun. Kurikulum program memberi penekanan yang seimbang dalam aspek akademik dan kurikulum. Ini bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu, berketrampilan dan mempunyai kualiti diri yang terpuji, khususnya daya kepimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama di kolej matikulasi dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menjalankan program ini untuk Kementerian Pendidikan. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus program matrikulasi.

SYARAT KEMASUKAN

Program Matrikulasi Sains
Syarat minima:
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia
2. Kepujian Bahasa Melayu
3. Lulus Bahasa Inggeris
4. Kepujian Matematik
5. Kepujian dalam dua mata pelajaran sains berikut:
a. Matematik Tambahan
b. Fizik
c. Biologi
d. Kimia
e. Sains Tambahan

Calon untuk Program Matrikulasi Sains wajib mengambil mata pelajaran Kimia dan Fizik atau Sains Tambahan di peringkat SPM


Program Matrikulasi Perakaunan
Syarat minima:
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia
2. Kepujian Bahasa Melayu
3. Lulus Bahasa Inggeris
4. Kepujian Matematik
5. Kepujian Prinsip Akaun
6. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut:
a. Ekonomi Asas
b. Perdagangan
c. Matematik Tambahan

Calon untuk Program Matrikulasi Perakaunan wajib mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

PELAJAR KMNS

Sehingga kini Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah melahirkan pelajar bagi empat ambilan iaitu

JUMLAH PELAJAR YANG MENAMATKAN PENGAJIAN DI KMNS

AMBILAN SAINS PERAKAUNAN
JUN 1999 335 146
JAN 2000 1040 158
JUN 2000 440 53
MAC 2001 1506 122


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Tenaga penggerak Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan terdiri daripada seorang pengarah, 4 orang Ketua Jabatan iaitu Ketua Jabatan Sains, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas, Ketua Jabatan Matematik dan Teknologi Maklumat dan Ketua Jabatan Kokurikulum, 3 orang Penolong Pengarah (Peperiksaan, Hal Ehwal Pelajar dan Kaunseling), seorang pustakawan dan 154 orang pensyarah. Di samping itu terdapat 40 orang staf sokongan yang membantu melicinkan lagi kerja-kerja pengurusan.

BUDAYA KERJA
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

• Menjadikan IKHLAS sebagai landasan kerja
• MEMBUDAYAKAN KERJA sebagai titian ke syurga
• Mengukuhkan AKHLAK MULIA sebagai pakaian yang paling berharga
• Membentuk PERHUBUNGAN PERSAUDARAAN yang jujur dan rapat
• Merealisasikan kolej sebagai SYURGA PENDIDIKAN

‘Kita Menjana Nilai dan Skor’


VISI KMNS

“Penjana terunggul pelajar bumiputera berkualiti ke
Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang profesional”

MISI KMNS

“Menjana skor akademik, jatidiri dan sahsiah yang
cemerlang bagi setiap pelajar”


JABATAN DAN UNIT KMNS

Terdapat 4 jabatan pengajian yang berfungsi menyelaras dan menyepadukan staf akademik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan di bawah jabatan-jabatan tersebut terdapat unit-unit kecil iaitu

A. Jabatan Sains
• Unit Kimia
• Unit Fizik
• Unit Biologi

B. Jabatan Sastera Ikhtisas
• Unit Perakaunan
• Unit Pengurusan Perniagaan
• Unit Ekonomi
• Unit Bahasa Inggeris
• Unit Pendidikan Islam/ Moral
• Unit Kemahiran Komunikasi
• Unit Pendidikan Kewarganegaraan

C. Jabatan Matematik dan Teknologi Maklumat
• Unit Sains Komputer
• Unit Matematik
• Unit Teknologi Maklumat

D. Jabatan Kokurikulum
• Unit Sukan
• Unit Pengurusan Persatuan dan Kelab
• Unit Penampilan Diri dan Kawad

10:30 Posted in MAKLUMAT AM | Permalink