Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

11 October 2007

Teknik Membaca Dengan Pantas

Ada kalanya kita tiada masa yang banyak untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran. Mungkin kerana badan agak penat, atau-pun terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan. Bagaimana untuk membaca dalam keadaan seperti ini? Mungkin tip di bawah ini boleh membantu anda:


*Lihat isi kandungan buku.
Gunakannya untuk mendapatkan idea tentang buku tersebut. Buat analisis ringkas sama ada buku itu mempunyai kaitan dengan tugasan anda atau tidak. Anda akan dapat mengenal pasti semua itu dengan meneliti topik dan sub topik yang ada dalam sesebuah buku itu. Selain daripada buku, kertas projek, pembentangan, dan bahan-bahan bacaan lain juga biasanya mempunyai muka surat isi kandungannya.

*Timbulkan persoalan-persoalan awal sebelum membaca.
Ajukan soalan pada diri sendiri seperti; buku ini tentang apa? Apakah konsep yang diperkenalkan? Siapa yang memperkenalkan? Bagaimana ia berfungsi? Sejauh mana ia diterima pakai? Bagaimana ia diaplikasikan dalam kehidupan? Andaikan jawapan-jawapan yang bermain di kepala anda. Dengan menimbulkan persoalan seperti itu, otak anda akan menjadi lebih 'bersedia' untuk menerima makluroat-maklumat yang akan anda peroleh.

*Buat uji kaji keberkesanan bacaan pantas.
Lakukan bacaan pantas sekali dan kali kedua dengan bacaan biasa. Bandingkan maklumat yang anda peroleh. Ada banyak perbezaan? Adakah maklumat yang tertinggal itu sangat penting? Anda juga boleh meminjam buku dari rakan anda dan membandingkan kefahaman anda dan dia. Jika hasilnya kurang memuaskan, anda boleh merancang dan melakukan sesuatu.

*Bayangkan apa yang anda akan baca.
Dengan membayangkan maklumat-maklumat yang bakal anda peroleh, anda akan dapat membaca dengan lebih pantas. Selain daripada
itu, anda akan dapat memahami susunan dan bentuk penulisan bahan bacaan tersebut. Dengan demikian, anda akan lebih rasa 'selesa' untuk membuat bacaan pantas. Otak tidak terasa 'terkejut' dengan apa yang
akan ia terima.

*Buang tabiat suka mengungkapkan perkataan semasa membaca.
Ini biasa berlaku kepada kanak-kanak yang barn belajar membaca. Tetapi orang dewasa pun ada juga yang melakukannya. Biasanya ada orang membaca dengan kuat untuk mengingati sesuatu. Kadangkala mungkin ia boleh dibuat, tetapi kalau sudah menjadi tabiat, ia adalah sesuatu yang menyedihkan. Anda perlu tahu bahawa otak boleh beker-ja lebih cepat daripada mulut anda. Jika anda hendak membaca dengan pantas, berhentilah mengungkap apa yang anda baca.

*Baca serumpun perkataan, bukan satu perkataan.
Sebenamya, dalam penulisan, tidak semua perkataan itu penting. Kadangkala ada yang berfungsi sebagai penghias dalam penyampaian. Oleh itu, bacalah perkataan-perkataan yang utama, dan imbas per-kataan-perkataan yang tidak penting dalam bentuk serumpun. Ini akan mempercepatkan bacaan anda. Pada peringkat awal mungkin anda berasa tidak selesa. Anda mungkin terasa seperti 'tertinggal' sesuatu yang penting. Tetapi sebenamya, apa yang ditinggalkan itu hanyalah 'hiasan' dalam pembentukan ayat. Tinggalkanlah ia...

*Belek semula.
Setelah habis membaca sesuatu topik, buatlah belekan semua per-lahan-lahan untuk membuat rumusan terhadap apa yang anda telah baca. Kenal pasti semula adakah anda telah menemui apa yang anda inginkan. Semasa membuat belekan semula ini, anda mungkin men-dapat maklumat-maklumat baru. Jangan tinggalkan. Kutiplah bersama anda.

06:08 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)