20 September 2007
Belajar dalam kumpulan
Para pelajar selalu didedahkan dengan belajar secara berkumpulan. Tetapi, tidak ramai yang benar-benar mempraktikkannya. Daripada jumlah tersebut, hanya sebilangan kecil sahaja yang benar-benar mendapat man-faat daripada teknik yang sangat berguna ini. Kenapa? Mungkin kerana ada beberapa perkara asas yang diabaikan oleh sesetengah pelajar.
Panduan pelajar bulan ini akan mengutarakan beberapa petua asas ulTtuk mereka yang hendak belajar dalam kumpulan. Baca dengan teliti dan berfikirlah bagaimana untuk mewujudkan sebuah kumpulan belajar yang efektif. Berikut adalah TUJUH petua tersebut:
1. Pilih ahli kumpulan yang sesuai.
Jangan terlalu ramai, nanti akan menjadi kelab borak. Jumlah anda antara lima hingga tujuh orang sudah cukup memadai. Ahli kumpulan yang balk juga perlulah mempunyai kepandaian yang berbeza. Jika seorang pandai dalam Geografi, seorang lag! dalam Matematik, seorang lagi dalam Bahasa Inggeris, dan begitulah seterusnya. Jika semuanya pandai dalam Matematik dan lemah dalam Bahasa Inggeris, maka fungsi kumpulan akan berkurangan.
2. Tentukan proses ulang kaji yang sesuai dibuat dalam kumpu lan.
Bukan semua ulang kaji sesuai dalam kumpulan. Ada yang sesuai, ada yang tidak. Antara proses pembelajaran yang sesuai dalam kumpulan ialah membuat kerja kursus, membuat pembentangan kelas, mengulang kaji secara pembentangan, membuat latihan lisan, dan sebagainya. Ada juga ulang kaji yang sesuai dibuat seorang diri, contohnya Jika anda ingin mendalami sesuatu konsep tertentu.
3. Tetapkan peraturan kumpulan.
Setiap ahli kumpulan perlulah bersetuju untuk menerima beberapa peraturan penting semasa belajar bersama. Contoh peraturan yang baik ialah;
a. tidak bercakap tentang perkara lain semasa perbincangan.
b. datang tepat pada waktu yang dijanjikan.
c. tidak merendahkan rakan-rakan yang lain.
d. melakukan tugasan dengan sebaik mungkin, dan banyak lagi.
Jika perlu, berikanlah masa beberapa minit untuk menghasilkan peraturan kumpulan ini. Jika kumpulan untuk jangka masa yang lama, ada baiknya peraturan ini ditulis dan diberikan kepada setiap ahli yang lain. la seakan-akan satu "kontrak" sesama ahli kumpulan tersebut.
4. Elakkan rasa persaingan.
Manfaat yang diinginkan daripada kumpulan ialah kerjasama dan sa-ling tolong-menolong. Setiap ahli perlu ada perasaan ingin membantu ahli yang lain. Jika berlaku sentimen persaingan yang tidak sihat, maka ma-sing-masing akan keberatan untuk membantu ahli yang lain, takut-takut nanti mereka akan menyainginya. Namun sebenarnya anda harus faham, semakin banyak anda membantu rakan dalam kumpulan, semakin mudah pula proses pembelajaran anda. Hal ini demikian kerana, setiap kali anda menerangkan sesuatu kepada rakan, semakin kuat ingatan anda. Selain itu, orang yang suka membantu akan dirahmati oleh Tuhan.
5. Jangan menipu sesama sendiri.
Jika ada yang tidak mempunyai tugasan, dia perlu berterus-terang dan membantu rakannya yang mungkin sudah terlebih beban itu. Kerja dalam kumpulan bukan alasan untuk bersenang-lenang dan mengambil kesempatan. Setiap ahli juga perlulah bertanggungjawab terhadap hasil kerja yang dihasilkan. Jika bagus, semuanya mendapat penghargaan;
Jika buruk, semuanya mesti bertanggungjawab. Dale Carnigie ada pernah menyebut, "Semua orang bodoh mampu mengkritik, mengutuk, dan me-ngada-ngada, dan kebanyakan orang bodoh melakukannya."
6. Mesti berasaskan kepada tugasan.
Bertemu sesama ahli bukan untuk berborak-borak atau belajar tanpa mempunyai matlamat. Tetapkan sasaran terperinci yang hendak dicapai setiap kali mengadakan pertemuan. Fokus kepada sasaran tersebut, dan setiap tenaga digembleng ke arah itu.
7. Jangan jadi diktator.
Jangan gila kuasa. Gilirkan ketua kumpulan. Kumpulan ini bertujuan untuk mempermudah pembelajaran dan saling didik-mendidik antara satu sama lain. Pengalaman kepemimpinan juga adalah satu pendidikan. Selain daripada itu, lebih baik jika mempunyai ketua yang berlainan untuk tugas yang berlainan. Pilih berdasarkan kemampuan dan kelebihan se-seorang. Katakan Parish seorang yang pandai dalam Sejarah, maka biar-lah dia mengetuai satu pembentangan subjek Sejarah. Dalam masa yang sama, kumpulan itu juga hendak menyediakan kerja kursus Sains, dan Zamri adalah pelajar terbaik Sains sekolah. Apa salahnya kalau dia yang mengetuai projek kerja kursus itu.
Apa kata kalau anda fotostat panduan di atas dan agihkan kepada rakan-rakan kumpulan belajar anda? Ataupun jadikan ia sebagai "poster di dinding" di bilik belajar anda semua? Dengan itu, dapatlah kita memastikan bahawa setiap ahli dalam kumpulan belajar kita benar-benar memahami asas-asas utama belajar dalam kumpulan. Jika anda seorang sahaja yang berubah, itu tidak cukup. Ajaklah rakan-rakan anda bersama. Selamat berjaya!
Ahmad Fadzli Yusof adalah konsultan kanan di RK Training & Management (dahulu dikenali sebagai Suretac). Beliau juga pengasas dan penaung kepada laman web kejayaan.
http://resipikejayaan.com/
07:19 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)