Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

13 January 2006

Sejarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1999 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tapak kolej ini yang dahulunya adalah tapak Pusat Matrikulasi UKM, Kuala Pilah.
Pusat Matrikulasi (UKM), Kementerian Pelajaran Malaysia ini mula beroperasi pada 1 Julai 1988 hasil kerjasama di antara Kementerian Pedidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Pusat ini bertujuan menyediakan pelajar-pelajar Bumiputera untuk memasuki fakulti-fakuiti di UKM.
Pusat ini adalah salah sebuah dari pusat-pusat yang mengendalikan Program Matrikulasi UKM yang bertaburan di seluruh negara dan berupaya menampung kira-kira 500 orang pelajar pada satu-satu sesi pengajian. Sejak penubuhannya Pusat ini mengendalikan Kursus Matrikulasi Sains dan Kejuruteraan satu tahun atau dua tahun mengikut keperluan semasa UKM.
Selepas Kementerian Pendidikan mengubah dasarnya, pusat matrikulasi ini ditutup dan diruntuhkan bangunannya untuk dibina sebuah kolej matrikulasi di bawah perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaannya siap pada tahun 1998 dan dibuka kepada bumiputera pada tahun 1999, serentak dengan Kolej Matrikulasi Melaka. Kolej ini diberi nama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Selepas beberapa tahun beroperasi, kolej ini telah mengalami perubahan struktur bangunan bagi mengukuhkan struktur yang ada. Ini adalah bagi langkah keselamatan setelah berlaku runtuhan di Kolej Matrikulasi Melaka yang sama umurnya dengan kolej ini.
Pada tahun 2003, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dipimpin oleh Tuan Haji Mohd Fahmi bin Hj Mohd Yusof. Kolej ini kini boleh menampung sehingga 2900 orang pelajar dan 200 orang pensyarah.
Sejak tertubuhnya kolej ini, kolej ini telah menghasilkan ramai pelajar dan insan yang berjaya. Ini adalah kerana berkat usaha para pelajar dan pensyarah. Ramai di antaranya telah berjaya di menara gading dan seterusnya di dalam hidup mereka.
Diharap agar usaha ini berpanjangan dan akan melahirkan lebih ramai insan yang berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat, insyaAllah.

10:30 Posted in SEJARAH KMNS | Permalink