05 February 2008
SENARAI SEMAK PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM SATU TAHUN SESI 2010 - 2011
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
(Senarai semak ini adalah sebagai PANDUAN ASAS sahaja - Untuk maklumat lengkap sila rujuk Buku Panduan Pendaftaran yang diberi bersama surat tawaran)
Berikut disenaraikan semua perkara yang perlu diambil tindakan oleh saudara sebelum mendaftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Membuat pembayaran yuran pelajar di BSN dan membawa slip yuran pelajar salinan kedua (berwarna biru) dan salinan ketiga (berwarna merah jambu). Slip yuran BSN disertakan dalam surat tawaran.
Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar yang lengkap
Borang Maklumat Kad Matrik yang lengkap (Kolej yang berkenaan sahaja)
Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi yang lengkap
Setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping
Gambar ukuran passport 4 keping
Membuka akaun GIRO BSN dan membuat Kad ATM. Fotostat bahagian depan buku akaun GIRO BSN yang tertera nombor akaun
Salinan Sijil Lahir Pelajar (disahkan)
Salinan Kad Pengenalan Pelajar (disahkan)
Salinan Slip Keputusan SPM (disahkan)
Salinan Sijil Berhenti Sekolah (disahkan)
Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa (disahkan)
Salinan Surat Tawaran Kursus dari Bahagian Matrikulasi KPM
Pakaian ke kuliah / tutoran / amali
Wang Saku yang mencukupi.
Pembayaran yuran pendaftaran hendaklah dibuat secara 'Bank In' di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan slip yuran pelajar* BSN yang dilampirkan bersama surat tawaran.
Nota: Pemeriksaan Kesihatan (X ray) tidak diperlukan.
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)
Pelajar lelaki
- Kemeja berlengan panjang 3 helai
- Saluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai
- Tali leher 1 helai
- Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang
- Songkok (Hitam sahaja – Pelajar Islam) 1 buah
- Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang
- Baju T berkolar 3 helai
- Selimut 1 helai
- Kasut kulit / PVC 1 pasang
- Kasut Sukan 1 pasang
- Sarung kaki 3 pasang
- Seluar trek 2 helai
- Sarung bantal dan cadar tambahan
- Keperluan peribadi yang lain
Pelajar Perempuan - Pakaian (sopan dan kemas) 3 pasang
- Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang
- Baju T berkolar dan berlengan panjang 2 helai
- Selimut 1 helai
- Kasut kulit / PVC 1 pasang
- Kasut Sukan 1 pasang
- Sarung kaki 3 pasang
- Seluar trek 2 helai
- Sarung bantal dan cadar tambahan
- Keperluan peribadi yang lain
PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN
Lelaki - Berpakaian kemas – baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar slack (baju T dan jeans tidak dibenarkan sama sekali).
- Berkasut (kulit / PVC)
- Rambut tidak melebihi paras kolar, diurus dengan rapi dan kemas, tidak diwarnakan, sesuai dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi.
Perempuan - Berpakaian kemas dan sopan (baju T, jeans dan skirt pendek tidak dibenarkan sama sekali).
- Berkasut (kulit / PVC)
- Bagi yang tidak bertudung, pastikan rambut diikat rapi dan kemas, sesuai dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi.
PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI
Pelajar Lelaki - Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 cm lebarnya (kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan).
- Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC
Dilarang: - Berseluar pendek
- Berseluar jeans
- Berkemeja Hawaii
- Berbaju T
- Berkasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal
- Berpakaian sukan termasuk pakaian trek
Pelajar Perempuan - Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan
- Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC bertutup
Dilarang: - Berbaju T
- Seluar jeans dan berskirt pendek
- Sebarang jenis baju tanpa lengan
- Kasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal
- Berpakaian sukan termasuk pakaian trek
- Sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan bahagian muka
NOTA:
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK URUSETIA PENDAFTARAN KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN.
18:33 Posted in SENARAI SEMAK | Permalink | Comments (0)