Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

01 January 2006

Ambillah sedikit bukan semua

Oleh : ZAMRI MOHAMAD cabaran harapan ©yahoo.com

TIDAK semua yang disampaikan secara lisan adalah perkara penting dan perlu diambil perhatian oleh pendengarnya. Setiap yang disampaikan kepada anda mempunyai tujuan yang tersendiri dan memerlukan anda bertindak bijaksana untuk memilih apa-apa yang penting dan menapis mesej-mesej yang bukan menjadi keutamaan anda.
Menjadi pendengar yang baik mementingkan keperluan, kualiti, dan penilaian terhadap mesej yang diterima. Jadilah pendengar yang kritikal agar anda tidak dibebani dengan maklumat-maklumat yang tidak mem-bantu anda dalam membuat keputusan. Pendengar yang kritikal akan terbuka kepada kedua-dua mesej negatif dan positif sebelum memilih salah satu daripadanya.
Ada individu yang menyampaikan mesej yang tidak logik dengan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan. Boleh jadi ia bertujuan untuk menguatkan mesej dengan menyokongnya melalui alasan-alasan yang dirasakan bersesuaian dan boleh diterima.
Kenal pasti sama ada mesej tersebut boleh diterima, relevan, tepat, dan bukannya dibuat-buat. Ambil pendekatan yang sesuai untuk menge-nal pasti kepalsuan maklumat dalam kelompok berikut:
"Jika ia berlaku begitu, maka beginilah jadinya."
Ada yang sengaja membuat-buat cerita untuk menguatkan keadaan bahawa sesuatu yang berlaku pasti akan member! kesan yang sama. Namun begitu, mesej, kesan, dan akibat tidak semestinya berlaku dalam setiap keadaan.
Ada waktunya, seseorang percaya dengan situasi demikian kerana telah disogokkan dengan kenyataan demikian berkali-kali. Misalnya, kepercayaan jika mengambil gambar bertiga pasti salah seorangnya akan pendek umur adalah kesan dan akibat yang tidak wujud dan tidak ada kaitan sama sekali
"Pendapat kita sama seperti orang lain"
Anda akan berhadapan dengan individu yang sedaya upaya cuba untuk mendapatkan persetujuan anda dengan memberi alasan mesej yang disampaikan adalah perkara yang turut dipersetujui oleh orang lain. Misalnya, "Semua orang bersetuju jika saya katakan ketua kelas itu bukanlah seorang yang bertanggungjawab,"
"Pilih sama ada yang itu atau yang ini?"
Pendengar kritikal ada waktunya berhadapan dengan individu yang seboleh-bolehnya hanya akan memberi dua pilihan sama ada untuk anda menerima mesej yang disampaikan, meskipun anda sebenarnya mempunyai pilihan ketiga. Anda mungkin sedang berbincang berkenaan isu pelajaryang tidak aktif dalam persatuan, namun pilihan yang anda dengar hanyalah mewajibkan atau mendenda pelajar yang ingkar. Boleh jadi anda
mempunyai pandangan ketiga, iaitu menggalakkan ganjaran berbentuk sijil dan markah untuk mereka yang aktif.
"Kenyataan umum adalah benar."
"Sahabat saya selalu didenda oleh ketua pengawas meskipun tiba awal di sekolah tersebut. Awak juga akan didenda jika berpindah ke sekolah itu kerana awak pelajar baru," kata Suhaidah kepada rakannya yang bercadang berpindah ke sekolah tersebut. Pengalaman sahabat Suhaidah dijadikan kenyataan umum olehnya dan menjadi alasan untuk disampaikan kepada rakannya agar tidak berpindah. Kenyataan umum seperti ini tidak disokong oleh bukti-bukti yang kukuh kerana ia mungkin berkaitan dengan keadaan dan individu yang berbeza.
"Memang dia selalu begitu."
Pernahkah anda mendengar mesej-mesej negatif berkenaan sikap negatif seseorang yang disampaikan kepada anda? Jika ya, anda sedang berhadapan dengan mesej yang bersifat menyerang peribadi yang tim-bul kerana penyampainya berasa tidak berpuas hati terhadap individu tersebut. la boleh timbul apabila seseorang tidak dapat menerima idea dan pandangan yang dikongsi, maka menjadikan identiti sebagai sumber serangan untuk menyokong kehendaknya.
"Semuanya terlalu banyak!"
Dengan membiarkan anda mendengar terlalu banyak maklumat, ia bertujuan mengalihkan perhatian anda terhadap isu utama yang sedang dibincangkan. Jika dalam perbincangan kumpulan, anda mungkin telah mengagih-agihkan tugasan agar setiap ahli menyerahkan salinan nota untuk tajuk yang dibincangkan sebelum ini. Tetapi, salah seorang daripa-da ahli kumpulan bercerita tentang perkara lain yang kelihatan besar dan penting untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang isu tersebut kerana dia belum menyiapkan lagi.
"Serupa tetapi tidak sama"
Isi sebuah mesej yang disampaikan kepada anda mungkin keden-garan janggal apabila apa-apa yang disampaikan seawalnya dan penutupnya tidak ada kaitan sama sekali, walaupun penyampainya sedang cuba men-dapat persetujuan anda. Anda mungkin kehairanan apabila seseorang memberi alasan ketiadaan elektrik di rumah jiran mengakibatkan dia tidak sihat untuk ke sekolah atau alasan seumpamanya. Tujuannya sekadar untuk meraih simpati anda terhadap kesihatannya, tetapi alasan di seba-liknya tidak munasabah sama sekali dan ganjil bunyinya.
Tetapi, jangan terkejut ada yang menyampaikan mesej dalam kate-gori ini kerana yakin bahawa anda pasti mempercayainya.

Sumber: Dewan Siswa April 2006

09:30 | Permalink