Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

01 January 2006

Cemerlang di dalam kelas

Oleh: Ahmad Fadzli Yusof

Kadangkala kita berasa tidak bersemangat dan lesu apabila berada di dalam kelas. Sebaliknya. rakan-rakan yang lain begitu bersemangat dan memberikan fokus kepada pengajaran yang diberikan oleh guru. Kenapa hal ini berlaku? Bagaimanakah caranya untuk mengatasi 'kelesuan' ini? Mungkin 8 petua di bawah ini akan dapat membantu anda.

Buat persiapan sebelum ke kelas. Baca seimbas lalu sub topik yang akan dibincangkan dalam kelas akan datang unruk mengetahui secara kasar kerangka bahagian tersebut. Apabila guru menyebut sesuatu yang baru, otak anda tidak berasa asing kerana sudah membuat persediaan lebih awal, Terlalu banyak 'perkara asing dan baru' boleh menyebabkan otak penat dan bosan. Persediaan awal inembuatkan anda lebih "bersedia dan bijaksana". Pepatah Greek ada menyebut, "Keajaiban bermula dengan kebijaksanaan"

Baca doa sebelum kelas bermula. Bacalah doa penerang hati dan banyak selawat sebelum kelas bermula, Cara ini dapat menenangkan hati dan menyediakan otak yang 'bersedia' unruk memberi tumpuan. Sebutkan saranan-saranan posidf semasa doa seperti, "Saya seorang yang memberi tumpuan", arau "Saya tidak suka tidur di dalam kelas", atau "Saya pelajar yang cemerlang dan hebat.".

Beri perhatian, mungkin topik itu akan menjadi soalan peperik-saan. Tidak mustahil apa yang diajarkan oleh guru pada hari ini akan menjadi soalan penting dalam peperiksaan nanti. Mungkin juga menjadi soalan yang bakal 'menyelamatkan' anda daripada tercorot dalam prestasi pelajaran. Oleh itu, kenapa tidak anda luangkan sedikit masa untuk mendengar dan memberi perhatian? Bukannya lama, hanya antara 30 minit hingga ke satujam sahaja.

Libatkan diri secara aktif. Jangan hanya duduk menyandar dan mendengar sahaja. Berilah sumbangan anda untuk 'merancakkan' pembe-lajaran di dalam kelas. Semakin mengantuk dan bosan anda, semakin perlu anda melibatkan diri. Hal ini kerana sebaik sahaja anda mengangkat tangan dan bercakap di dalam kelas, kandungan hormon adrenalina akan meningkat. Apabila hormon ini banyak di dalam tubuh, anda tidak akan merasa mengantuk lagi. Banyak perkara yang anda boleh lakukan termasuklah memberikan pendapat, bertanyakan soalan, dan menjawab persoalan yang diberi oleh guru.

Bandingkan dengan prestasi pelajar lain. Bagaimana pelajar lain memberi tumpuan di dalam kelas? Adakah mereka melibatkan diri dalam proses pembelajaran di dalam kelas? Jika mereka semuanya pasif dan lembik, anda patut berasa bangga kerana anda antara yang terbaik- Kalau mereka semua hebat-hebat dan aktif, anda patut rasa terdorong untuk melipatgandakan usaha anda.

Buat nota dan catatan tentang pengajaran. Rekodkan maklumat-maklu-mat penting yang diberikan oleh guru anda. Bandingkan dengan maklumat yang ada di dalam buku teks setelah pulang nanti. Daripada catatan itu, anda boleh mengenal pasri apakah bahagian yang penting dan tidak penting. Tekankan yang mana penting dan buat latih tubi untuk memahirkan diri.

Beri ganjaran kepada diri. Setiap kali anda berpuas hati dengan prestasi anda di dalam kelas, berilah 'ganjaran' kepada diri anda. Cara ini merupakan tanda pengiktirafan bahawa anda sedang meningkatkan prestasi pembelajaran. Katakan setiap kali anda bertanyakan soalan, anda 'menghadiahkan' diri sendiri dengan sekeping bar coklat yang enak. Iktiraf juga aspek mental dan semangat anda. Lama-kelamaan, cara ini akan dapat membantu anda menjadi lebih cemerlang di dalam kelas.

Tanya pendapat rakan-rakan. Anda boleh mendapatkan pendapat rakan-rakan di dalam kelas tentang prestasi anda di dalam kelas. Tanyalah mereka aspek-aspek penyertaan, tumpuan, dan kecemerlangan anda di dalam kelas. Jangan kecil hati kalau mereka mengkritik dan menasihati anda. terimalah dengan hati yang terbuka.

Hj Ahmad Fadzli Yusof adalah seorang Konsultan Kanan di. sebuah institut pembangunan diri; iaitu Pusat Latihan Resipi Kejayaan [Success Recipe Training Centre-Suretac]. Beliau juga adalah penasihat kepada portal motivasi kejayaan, iaitu http://resipikejayaan.com

Sumber: Dewan Siswa Mac 2005

09:10 | Permalink