Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

01 January 2006

Panduan menjadi pendengar yang baik

Oleh : ZAMRI MOHAMAD cabaranJiarapan@yahoo.com

SALAH satu masalah yang timbul untuk menjadi seorang pendengar yang baik ialah tidak fokus terhadap apa-apa yang disampaikan kepada kita. Terdahulu, kita telah membincangkan serba sedikit kebaikan menjadi pendengar yang baik dan halangan-halangannya. Kali ini topik perbincangan akan mengkhususkan kepada bagaimana meruntuhkan halangan-halangan tersebut dan berubah menjadi seorang pendengar yang berkualiti.
Nanti, berhenti dahulu!
Anda mungkin sedang memikirkan sesuatu ketika duduk rehat di bangku kafeteria. Dalam tempoh tersebut apa-apa yang anda fikirkan turut dapat didengari dalam minda anda sehinggalah anda didatangi oleh rakan anda untuk berbual. Apa sahaja suara yang timbul dalam minda anda haruslah 'dibisukan' dan fokuskan kepada apa-apa yang ingin disampaikan oleh rakan anda. Seandainya anda tidak fokus terhadap apa yang disampaikannya, percayalah bahawa dia pasti mengetahuinya. Salah satu petandanya ialah wajah anda yang sedikit mengelamun kerana asyik dengan suara minda. Kedua, ialah apa-bila anda gagal menjawab soalannya, "Apa pandangan awak?" atau "Awak dengar apa yang saya cakap tadi? Beritahu saya."
Lihat, jangan berpaling.
Sentiasa ingat, apa-apa sahaja gerak badan anda adalah bahasa yang paling berkesan dan mudah dikesan oleh sahabat anda. Melalui bahasa bukan lisan, ia berperanan menyampaikan apa-apa yang terkandung dalam hati anda. Kajian menunjukkan, seseorang lebih cenderung mempercayai apa-apa yang dilihatnya berbanding apa yang didengarinya apabila mesej lisan dan bukan lisan saling bertentangan.
Wujudkan komunikasi mata dengan melihat sahabat anda dalam keadaan yang berminat dan memperlihatkan sikap anda yang menumpukan perhatian terhadapnya. Seandainya, ia melibatkan sahabat yang berlainan jantina atau anda kurang selesa untuk berbuat demikian, tumpukan penglihatan anda pada bahagian dahi kerana arah penglihatan akan kelihatan selari dengan matanya.
Sudah tiba masanya untuk anda mendengar.
Buat rumusan sendiri terhadap apa-apa yang disampaikannya.

Anda mungkin tidak dapat mengingati setiap satu yang diucapkan, tetapi anda boleh mencari isi utama yang ingin disampaikan dan cuba ingati satu dua keadaan yang berkaitan dengan mesejnya atau kisah yang disampaikannya sendiri. Cuba buat gambaran minda untuk menyusun perkara-perkara utama yang diberitahunya.
Kenal pasti mengapa anda perlu mendengarnya kerana ia menen-tukan hala tuju pendengaran anda. Seandainya anda sudah mengenal pasti bahawa kisahnya mempunyai unsur-unsur sedih, maka anda harus bersedia untuk sama-sama mendengar dan merasai keadaan demikian. la past! kelihatan ganjil jika kisah sedihnya disambut dengan ketawa, sebabnya anda memfokuskan pendengaran sebagai sumber hiburan dari awal-awal lagi.
Latihan mendengar berita di radio, televisyen, meneliti lirik-lirik muzik yang dimainkan, mengikuti ceramah, dan ucapan sekolah adalah bentuk latihan yang baik untuk menjadikan anda mudah untuk mendengar dan menangkap isi utama perbualan lebih cepat lagi.
Sesekali bertanyalah.
Dengan bertanya, mernpamerkan sikap anda yang sememangnya bertumpu kepada bual bicaranya. Sikap anda bertanya dalam jarak masa yang sesuai dan berselang seli dengan isi perbualannya mem-beri ruang henti untuk kedua-dua belah pihak kembali dalam keadaan 'segar' untuk memberi tumpuan, menjelaskan lagi keadaan yang sedia anda, dan memberi dorongan untuk sahabat anda untuk terns bercerita. Anda mungkin tidak memahami apa yang disampaikan, maka bertanyalah.
Susun kata-kata, lontarkan semula.
"Maksud awak..."
"Apa yang saya faham dari cerita awak tadi..."
"Jadi, apa yang terjadi sebenarnya..."
Ayat-ayat ini disambung pula dengan mesej yang disampaikan membantu anda untuk memastikan apa yang difahami sama dengan mesej asalnya. Tidak perlulah anda mengulang satu persatu per-kataannya, cukuplah untuk anda menyebut kembali isi utama mesej tersebut. Kajian yang dilakukan oleh C.W Ellison dan I.J Firestone pada tahun 1974 menyebutkan, pendengar yang bertindak sedemikian lebih mudah dipercayai dan dihargai. Mahukah anda berada dalam kelompok itu?

Sumber: Dewan Siswa Mac 2006

09:10 | Permalink