Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

19 January 2006

Jiwa bersih lahirkan akhlak mulia

Oleh Mohd Shukri Hanapi

KESIHATAN adalah nikmat kurniaan Allah yang sangat berharga. Ia sepatutnya disyukuri dan dijaga dengan sebaik-baiknya. Tiada siapa pun yang mahu dirinya menderita sakit bahkan setiap orang mahu sihat sepanjang masa.

Kerana itu sering dikatakan bahawa memiliki tubuh badan yang sihat adalah lebih berharga daripada memiliki harta yang banyak. Kesihatan sangat berkait rapat dengan kebersihan, baik kebersihan hati dan jiwa, mahupun kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal, tempat awam dan alam sekitar.

Allah amat suka kepada orang yang sentiasa dalam keadaan bersih. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri." (Surah al-Baqarah, ayat 222).

Diriwayatkan daripada Abi Malik al-Asyari bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman."

Melihat betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan manusia, maka Islam amat menitikberatkan kebersihan rohani mahupun jasmani. Kebersihan adalah faktor utama sebelum melakukan sebarang pekerjaan khususnya sebelum melakukan ibadat kepada Allah.

Contohnya, sebelum melakukan solat, kita diwajibkan berwuduk dan ketika solat kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci tubuh badan, pakaian dan tempat bersolat.

Perlu diingat bahawa kebersihan rohani juga memainkan peranan yang amat penting. Ia kerana dengan hati yang bersih saja kita akan menjadi manusia yang berakhlak mulia dan berkeperibadian terpuji dan sentiasa bersedia menjaga kebersihan diri.

Rujukan: Berita Harian 18 Sept.2006

07:45 | Permalink