Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer 14

Menggunakan Program Scandisk Pernahkan anda menggunakan program Scandisk untuk memeriksa kerosakan pada komputer anda? Tahukah anda kegunaan Utilities ini? Di dalam komputer yang menggunakan sistem operasi Win95 keatas, komputer anda akan mempunyai dua program Scandisk. *Scandisk For Windows *Scandisk For dos Ketika anda berada di dalam persekitaran windows "windows enviroment", Scandisk for windows akan dijalankan. Program ini boleh di dapati di dalam kumpulan accessories pada butang start komputer anda. Ada kalanya, anda berada di "Dos Environmet". Pada ketika ini, anda perlu menggunakan Scandisk for Dos. Cara untuk menggunakannya adalah seperti berikut: Scandisk [nama pemacu] Jika anda ingin mengesan kerosakan pada pemacu C anda. Arahan yang perlu anda taipkan ialah"Scandisk c: /autofix" Arahan "/autofix" digunakan supaya komputer membaiki kesalahan tanpa perlu bertanya kepada anda. Memadamkan file secara terus KebiasaaNnya, apabila kita memadam sesuatu file di dalam windows. File yang dipadamkan akan dimasukkan ke dalam "Recycle Bin". Ini akan merugikan ruangan cakera kita. Untuk memadam terus file tersebut ialah dengan cara menekan butang "shift" ketika memadamkan sesuatu fail. Mengetahui kepentingan file COMMAND.COM Adakah anda tahu kepentingan file tersebut. File tersebut sangat penting bagi sistem operasi berfungsi. Sekiranya file tersebut dipadam oleh anda. Komputer anda tidak akan dapat berfungsi. Anda tidak akan dapat masuk ke dalam program windows bahkan Dos Prompt. Untuk menghidupkan komputer anda. Anda memerlukan "Boot Disk". Hidupkan komputer anda dengan menggunakan Boot Disk, kemudian pergi kepada folder dimana program windows anda dipasangkan. Salin file command.com dari folder tersebut ke dalam root directory. Root directory adalah bahagian teratas bagi folder yang ada di dalam cakera keras anda. Bertukar Aplikasi Dalam satu-satu masa Sekiranya anda membuka tiga aplikasi dalam satu masa yang sama. Anda boleh bertukar diantara aplikasi tersebut dengan mudah tanpa perlu minimizekan aplikasi yang sedang aktif. Anda hanya pelu menekan ALT + TAB, anda teruskan menekan ALT + TAB sehingga anda menemui aplikasi yang anda inginkan. Penggunaan Komputer Penggunaan komputer adalah bergantung pada lokasi dimana anda menggunakannya. Sekiranya suhu persekitaran adalah tinggi. Anda tidak disyorkan menggunakannya dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana komponen komputer akan panas dan menyebabkan masalah "hang" dan sebagainya. Jika anda menggunakan komputer anda di dalam bilik yang bersuhu rendah, anda boleh gunakan dalam tempoh masa yang lama. Memadam Fail di dalam cakera keras Ramai diantara pengguna yang suka memadam fail di dalam cakera keras sesuka hati. Sebenarnya, tidak semua fail boleh dipadam sesuka hati. Diantara jenis-jenis fail yang boleh dipadam ialah temporary fail dan backup fail. Kedua-dua fail ini mempunyai sambungan *.bak dan *.tmp. Fail ini boleh dipadamkan oleh anda sekiranya anda kekurangan ruang "space". Mengetahui kepentingan file MSDOS.SYS dan IO.SYS Selain daripada fail Command.com, terdapat dua jenis fail yang turut penting. Fail tersebut adalah Msdos.sys dan Io.sys. Kedua fail ini disetkan dengan +hidden +read only dan +system. Ini supaya pengguna tidak akan terpadam fail tersebut. Tanpa adanya fail-fail ini, komputer tidak akan dapat berfungsi. Wayar Telefon Sekiranya anda mempunyai sambungan ke Internet. Berhati-hatilah. Pastikan wayar telefon dicabut daripada sambungan ke komputer setelah anda selesai menggunakan Internet. Ini bagi menghindarkan terkena tembakan kilat. Berkongsi Akaun Internet Anda dinasihatkan supaya tidak berkongsi akaun internet anda dengan rakan-rakan yang lain. Terlalu banyak keburukannya. Antara keburukannya, anda terpaksa membayar waktu penggunan yang digunakan oleh rakan anda. Keduanya, anda bertanggungjawab diatas perkara yang dilakukan dengan menggunakan akaun anda. Gunakan komputer melebihi had Sekiranya anda ingin menggunakan kompute anda dalam tempoh masa yang lama. Terlebih dahulu pastikan lokasi komputer anda berada. Sekiranya anda berada di dalam bilik hawa dingin anda boleh berbuat demikian. Jika tidak, pastikan komputer anda berada berhampiran dengan kipas untuk menyejukkannya. Anda menerima mesej "Have a nice day" Jangan terlalu gembira sekiranya anda memperolehi mesej seperti diatas setelah anda menggunakn perisian Microsoft Word. Ini adalah angakara virus Nice Day. Pada permulaannya tiada apa yang dilakukan melainkan memaparkan mesej "Have a nice day" beserta pilihan "OK". Lama kelamaan ia akan mendatangkan masalah kepada anda seperti tidak boleh membuka fail dan sebagainya. Jangan jalankan program yang anda download dari internet secara terus Sekiranya anda baru sahaja download sesuatu perisian perlaksaan samaada fail exe ataupun com. Jangan terus jalankan perisian tersebut. Scan terlebih dahulu fail tersebut untuk menghindari virus. Juga pastikan anda tahu apa kandungan fail tersebut. Memasang lebih dari satu cakera keras(Hard Disk) EIDE (Enhance Integrated Drive Electronic) merupakan satu standard yang terdapat pada kebanyakan komputer peribadi pada masa kini. Ia membenarkan dua aliran iaitu "master" dan juga "slave" Kebiasaanya pada papan induk "Mother Board" terdapat dua tapak untuk EIDE. Setiap satu mempunyai aliran "master" dan juga "slave". Ini bermakna anda boleh mempunyai empat cakera keras yang disambungkan pada komputer. Walaubagaimanapun anda perlu setkan jumper pada cakera keras untuk menentukan ia adalah "master" ataupun "slave". Kebiasaanya komputer kini menggunakan Primary "master" untuk disambungkan ke cakera keras dan primary "slave" disambungkan kepada CD-ROM. Tujuan low-lovel format Low level format merupakan proses pemadaman yang akan memadam sepenuhnya bagi cakera keras. Kebiasaanya, arahan DOS "format" ataupun arahan dari windows tidak akan memadamkan segalanya pada cakera keras. Fail yang telah dipadam masih boleh dipanggil sammada dengan menggunakan arahan "unformat" atau mana-mana program utiliti yang lain. Untuk itu, adalah tidak digalakkan untuk anda melakukan low level format bagi cakera keras. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan dimana anda patut mempertimbangkan untuk melakukan low level format. Sebagai contoh, sekiranya cakera keras tersebut ingin dijual dan anda tidak mahu data yang terdapat dibaca oleh pembeli. Low level format juga boleh digunakan untuk menghapuskan virus komputer yang degil yang telah pun dikenal pasti dan masih tidak dapat dihapuskan oleh perisian antivirus. Anda perlu membaca panduan pengguna mengenai cakera anda terlebih dahulu atau apa-apa maklumat yang berkaitan kerana ia melibatkan data yang mungkin tersembunyi. Memadam data tersebut mungkin akan membawa masalah yang lebih besar lagi. Kegunaan ping dan tracert Sama ada anda tahu atau tidak, windows 95 mengandungi dua arahan asas untuk internet iaitu Ping dan Trace Route. Secara prinsipnya kedua-dua alat ini adalah bertujuan untu mengenal pasti dan menguji prestasi sambungan. Anda boleh menggunakannya untuk melihat sama ada sesuatu hos jauh itu dapat dicapai atau sebaliknya. Jika anda menghadapi kesulitan mengakses ke pelayan Web atau pelayan FTP, anda boleh menguji status pelayan tersebut melalui arahan ini. Aplikasi ping bertindak sebagai pemeriksa ke atas sambungan kepada rangkaian JARING/Internet dan memeriksa sama ada hos itu aktif atau sebaliknya. Ping akan menghantar keluar pakej atau cebisan maklumat ke komputer jauh. Jika komputer jauh itu dapat dihubungi, ia akan memberikan tindak balas (response) terhadap setiap pakej itu. Ia juga akan memberikan maklumat mengenai masa yang diambil oleh setip pakej itu untuk bergerak ke komputer jauh dan kembali ke komputer anda. Trace Route pula memudahkan anda menjejaki langkah demi langkah setiap komupter yang dilalui oleh pakej anda hantar sebelum ianya sampai ke komputer jauh. Jika anda tidak dapat mengakses ke hosjauh. Trace Route membolehkan anda mengesan lokasi di manakah berlakunya "putus hubungan" di sepanjang laluan tersebut. Cara menggunakan ping: 1.Pastikan anda bersambung ke internet. 2.Pilih Start > Run (Katakan anda menggunakan akaun TMNet). 3.Taipkan ping -t tm.net.my dan tekan Enter. Cara menggunakan tracert: 1.Ulangi langkat 1 hingga 2. 2.Taipkan tracert tm.net.my dan tekan Enter. Memastikan komputer anda pada tahap yang paling optimum Sekiranya anda merasakan komputer anda semakin lembap. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Diantaranya adalah seperti berikut: Lakukan Scandisk. Lakukan Disk Defragmanter. 1.Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.chk. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.chk 2.Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.bak. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.bak 3.Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.log. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.log 4.Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.tmp. Fail ini boleh didapati di dalam foler c:windows emp. Paling kurang, perkara di atas perlu dilakukan sebulan sekali. IP address Setiap kali anda mendail ke ISP (Internet Service Provider), anda akan diberikan nombor IP address yang akan anda gunakan bagi semua urusan untuk sessi tersebut. Anda tidak perlu memasukkan nombor tersebut. Yang perlu anda masukkan hanyalah DNS (Domain Name Server) bagi ISP anda. Primary DNS bagi Jaring ialah 192.228.128.18, manakala secondary DNS bagi Jaring ialah 192.228.128.120. Untuk TMnet pula, primary DNS ialah 202.188.0.133 dan secondary DNS bagi TMnet ialah 202.188.1.5. Anda masukkan maklumat ini di dalam TCP/IP setting. Boleh didapati didalam bahagian Network Configuration. Versi Berlainan Jangan gunakan perisian utiliti yang biasa anda gunakan untuk DOS atau Windows 3.x seperti backup, undelete dan penyusun fail pada komputer Windows 95 anda. Ini akan merosakkan pertalian/hubungan antara nama fail dan sistem Windows 95. SUNTING FAIL MSDOS.SYS UNTUK WIN95/98 Adakah anda masih ingatkan MSDOS 6.0 dimana anda boleh pergi ke DOS PROMPT tanpa perlu menekan F4 ataupun F8. Apabila bertukar kepada Windows 95, ramai yang menyangka bahawa zaman tersebut telah berakhir. Bagi sesiapa yang masih gemar menggunakan DOS dan tidak mahu dipaksa untuk menggunakan Windows 95 sebagai sistem operasi semata-mata. Kini boleh menggunakan arahan yang bakal saya nyatakan berikut. Untuk membolehkan anda melaksanakan arahan berikut, anda perlu mengubah attribute bagi fail MSDOS.SYS di dalam cabang akar "root directory" dengan menggunakan arahan seperti berikut. "attrib -r -a -s -h msdos.sys" Setelah itu, anda boleh gunakan apa-apa perisian untuk menyunting fail MSDOS.SYS. Cara paling mudah ialah dengan menaip "edit msdos.sys" pada corong DOS.Arahan ini adalah kes sensitif (huruf besar/huruf kecil) BootWin=0 Keterangan: Arahan ini akan membawa akan kepada C:/> tanpa menjalankan Windows 95. BootGUI=0 Keterangan: Arahan ini akan "Boot" DOS 7.0 dan bukannya Windows 95. BootMenu=1 Keterangan: Memaparkan "Start Up Menu" bagi Windows 95 tanpa perlu menekan kekunci F4 ataupun F8. BootDelay=n(n ialah bilangan di dalam saat) Keterangan: Sama seperti "multi-boot" yang lama. Ia akan menyebabkan Sistem menunggu sehingga n saat sebelum ia melaksanakan arahan seperti biasa. BootMenuDefault=n Keterangan: Sama seperti "multi-boot" yang lama. Ia akan menyebabkan arahan pada menu dilaksanakan Contohnya n=1 akan membawa anda kepada DOS PROMPT sahaja. BootMulti=1 Keterangan: Ini akan mebawa anda kepada arahan yang terakhir sekali pada menu iaitu, "Previous Version of DOS". LOGO=0 Keterangan: Menyebabkan logo bagi Windows 95 tidak dipaparkan. Anda digalakkan supaya membuat salinan bagi fail MSDOS.SYS sebelum melakukan arahan arahan ini. Walau bagaimanapun, anda tidak berapa digalakkan untuk mengubah setting ini. Sekadar pengetahuan buat anda sahaja. MENGGUNAKAN CDROM KETIKA DALAM DOS MODE Pada kebiasaannya, ketika anda memilih untuk "restart computer in MS-DOS mode" CDROM anda tidak boleh digunakan. Cuba taipkan "dosstart" pada corong dos. Jika anda menerima mesej "Bad Command or File Name". Ini bermakna fail tersebut tidak ada di dalam komputer anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah sunting fail yang bernama autoexec.bat. Salin arahan yang bertanda dengan "rem by windows setup - c:windowscommandmscdex.ecxe /cd000". Walaubagaimanpun, ia adalah bergantung pada setting komputer anda.Seterusnya, salin arahan tersebut dan namakan fail tersebut ke lokasi c:windowscommand dengan nama dosstart.bat. Cuba taip dosstart sekali lagi. Kini anda sudah boleh menggunakan CDROM anda. KEMASKINI FAIL PENGENALAN VIRUS Setiap hari, virus baru akan sentiasa wujud, untuk itu, anda perlu mengemaskinikan fail antivirus anda. Norton Antivirus menyediakan cara mudah dengan hanya menetak butang "Live Update", fail pengenalan virus anda akan diperkemaskinikan. SYARAT UNTUK MENDAPAT SAMBUNGAN KE INTERNET Cuba gunakan sekurang-kurangnya komputer yang menggunakan pemproses Pentium, 16MB dengan ruang storan sebanyak 50MB. Jika boleh, tutup aplikasi lain ketika anda ingin melayari Internet. KAEDAH MENAIP YANG BETUL Jika anda merasakan bahawa anda akan menggunakan komputer untuk menaip sesuatu tugasan atau lain-lain hal dalam jangka masa yang panjang, pastikan tangan anda berada di dalam keadaan yang rehat. Pastikan ruangan antara papan kekunci dan tangan anda adalah selesa. Tangan anda tidak boleh terlalu rapat dengan meja. Sebaiknya, cuba dapatkan papan kekunci yang mempunyai "arm rest". MENAIP DENGAN PANTAS Adalah tidak mustahil untuk anda menaip tanpa melihat papan kekunci. Untuk itu, anda perlu berlatih, Mahirkan tangan anda dengan huruf-huruf asas seperti "asdf" dan ";lkj". Anda boleh dapatkan perisian menaip daripada halaman yedshah. Sila klik disini untuk pindah terima perisian "Typing Tutur Junior" JANGAN TERIMA SEBARANG FAIL SEMASA BERSAMBUNG DI INTERNET Bagi anda yang suka bermain MIRC atau menggunakan perkhidmatan ICQ, anda perlu lebih berhati-hati. Jangan terima sebarang fail yang dikirimkan kepada anda. Berkemungkinan besar, fail tersebut mengandungi sejenis perisian yang mana pengguna lain dapat mengawal komputer anda. Jika anda menggunakan perisian antivirus seperti Norton Antivirus, perisian ini akan menyatakan bahawa komputer anda diserang oleh Trojan Horse Virus. Lihat fail grafik tanpa membuka perisian tertentu Antara lain, sekiranya anda menggunakan Windows 98, anda boleh melihat fail grafik tanpa membuka apa-apa program grafik. Hanya buka Windows Explorer>View>View as web page> Selepas itu, klik pada mana-mana fail grafik yang anda ingini. Jimatkan masa ketika di talian Ketika berada di dalam talian intenet, masa adalah sangat penting. Oleh itu, anda mestilah bijak menggunakan masa yang ada supaya wang anda tidak habis begitu sahaja. Katakan anda sedang pergi ke halaman UTUSAN MALAYSIA. Anda tidak perlu membaca kesemua kandungan berita tersebut semasa di dalam talain. Anda cuma perlu pergi ke bahagian-bahagian atau artikel yang anda ingini. Setelah itu, putuskan talian. Anda masih boleh membaca artikel tersebut. Ini kerana browser anda akan menyimpan fail-fail tersebut ke dalam komputer. Apabila anda membaca artikel tersebut. Ia tidak diambil dari internet. Sebaliknya dari komputer anda Kandungan Registry Anda tentunya pernah mengalami masalah registry bila mana komputer anda memaparkan mesej "Registry Problems" Untuk pengetahuan anda, fail registry terdiri daripada dua buah fail iaitu user.dat dan juga system.dat yang tersimpan di dalam fail windows anda. Anda perlu membuat salinan kedua-dua fail ini secara kerap. Jika anda mengalami masalah registry, anda boleh menukarkan fail registry yang bermasalah tersebut di corong DOS. PERKARA-PERKARA PENTING DALAM KESELAMATAN DAN PERALATAN KOMPUTER. Perkara-perkara yang penting dalam aspek keselamatan komputer ialah; & 1. Perkakasan & 2. Sistem dan perisian & 3. Pengguna & 4. Makmal Komputer PENJAGAAN PERKAKASAN.Sebagai pengguna komputer, kita harus tahu cara menjaga perkakasan komputer.Perkakasan komputer merangkumi alat seperti monitor, papan kekunci, pemacu cakera, pencetak, tetikus dan sebagainya.Perkakasn komputer harus dijaga dengan baik supaya tidak rosak dan tahan lama.Juga supaya data dalam ingatan komputer terselamat dan tidak hilang begitu sahaja semasa kita menggunakan komputer.Begitu juga dengan segala data atau perisian komputer yang terkandung dalam cakera liut.Kita harus menjaga cakera liut supaya kandungan tidak rosak atau tidak hilang. Bahagian-bahagian elektronik dalam komputer dibuat untuk tahan lama. Jika digunakan dengan sempurna,tiada masalah yang akan timbul. Walaubagaimanapun hardware komputer juga mempunyai beberapa peranti berasaskan mekanik. Jika berlaku perhatikan kerosakan,komputer tidak dapat berfungsi dengan betul.Terdapat beberapa masalah yang perlu pengguna perhatikan semasa menyelenggara sesebuah komputer. Perkara-perkara penting dalam penjagaan perkakasan ialah ; < Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah (lembab) < habuk < masalah talian < masalah cas elektrostatik < medan magnet Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selalunya meninggalkan PC tanpa mematikannya untuk jangkamasa yang panjang tidak akan merosakkannya kerana ia menyediakan pengaliran udara yang sempurna untuk mengurangkan haba. Suhu yang berlebihan dalam sesebuah komponen boleh mengakibatkan kerosakan. Haba boleh juga menyebabkan kerosakan komputer. Langkah-langkah berikut boleh membantu mengatasi masalah-masalah berhubung dengan suhu; i. Pastikan saluran penyejukan tidak tersumbat ii. Jaga sistem supaya tidak berhabuk di dalam atau diluar ii. Jaga sistem supaya tidak berhabuk di dalam atau di luar. iii. Simpan cakera ditempat sejuk dan kering iv. Pasangkan kipas jika perlu. Habuk.Habuk akan menyelubungi peranti pengaliran dan menghalang pengeluaran haba yang dihasilkan ketika sistem itu beroperasi. Jika peranti-peranti tersebut tidak dapat menghilangkan haba tersebut,suhu dalaman akan meningkat dan ini akan menyebabkan cip dan komponen lain menjadi rosak dengan lebih cepat. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan habuk pada PC anda; i. Gunakan penutup habuk dust (cover) ii. Tutup semua tingkap. iii. Jangan makan, minum atau menghisap rokok berhampiran dengan PC anda. iv. Jangan sentuh permukaan cakera. v. Bersihkan sistem dan kawasannya setiap minggu. vi. Bersihkan skrin monitor dengan bahan anti-statik. vii. Cuci kepala pemacu cakera dengan menggunakan cakera pembersih sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Masalah Talian.Faktor sekeliling yang penting untuk PC anda ialah kuasa yang baik dan terang. PC anda sepatutnya masih boleh berfungsi dengan volt kuasa yang berkurang sehingga 20 peratus di bawah kadar 220 volt.Tetapi jika bekalan terlalu rendah,anda boleh menggunakannya selang beberapa waktu menjadikannya terlalu panas atau tutup sahaja sistem itu. Bekalan volt yang tinggi seperti 1700 volt yang ada dalam bekalan ke rumah-rumah boleh merosakkan komputer anda. Bekalan yang setinggi ini mungkin diakibatkan oleh kilat atau suis ON/OFF pada bekalan kuasanya.Di bawah adalah langkah-langkah untuk mengatasi masalah talian; i. Jangan menggunakan PC anda ketika hujan ribut. ii. Jangan pasang dan matikan PC anda terlalu kerap(tunggu sekurang-kurangnya satu atau dua minit sebelum memasangnya setelah dimatikan. iii. Gunakan pengawal talian kuasa jika anda mendapati bekalan kuasa naik turun dengan tidak menentu. Gunakan belakan kuasa yang tidak terganggu(UPS - Uninterruptable Power Supply)untuk komputer anda jika anda sering mengalami keputusan bekalan. Sebuah UPS mengandungi sebuah bateri yang boleh dicaskan semula. Ia membekalkan kuasa kepada komputer anda untuk jangkamasa yang pendek (5 - 10 minit) jika bekalan kuasa terputus. Sebuah UPS yang mempunyai 250 watt(10m) mungkin berharga lebih kurang RM 95.00 dan boleh disambungkan ke IBM-XT atau IBM-AT. Masalah Cas Elektrostatik. Orang dan objek seperti kerusi dan cakera boleh mengumpul sejumlah cas elektrik atau statik elektrik. Badan manusia boleh mengumpul cas-cas statik sehingga 25 000 volt. Objek atau orang yang dicas boleh mengeluarkan voltan itu ke permukaan komputer melalui objek atau orang lain. Lebih kurang 400 volt jenis cas ini boleh merosakkan komponen-komponen PC anda. Anda mesti mengikuti arahan-arahan di bawah untuk mengatasi maslah-masalah ini; i. Jangan sentuh cip IC dalm PC anda walaupun ketika memasukkan kad-kad tambahan. ii. Jika anda perlu mengeluarkan sebarang cip IC dari PC,sentuh sebarang objek besi yang dibumikan sebelum menyentuh cip tersebut. iii. Semburkan bahan anti-statik ke atas komputer dari semasa ke semasa. Medan Magnet. Komputer juga amat sensitif kepada kuasa magnet.Sekiranya belaku medan magnet berhampiran PC, ia mungkin akan merosakkan atau boleh mengganggu PC anda.Oleh itu elakkan komputer dari medan magnet Langkah-langkah dan Cara Penjagaan lain 1. Sistem komputer menggunakan kuasa elektrik.Oleh itu, jagaannya sama seperti barangan elektrik yang lain seperti mengelakkannya daripada terkena air. 2. Jaga supaya komputer tidak terjatuh atau dihempaskan.Semasa menggunakan lat input seperti papan kekunci dan bola pengesan jangan gunakan kuasa yang berlebihan. 3. Musuh utama komputer ialah debu. Pastikan keadaan sekeliling komputer bersih. 4. Semasa lampu pemacu cakera menyala, jangan masuk atau keluarkan cakera liut. Ini akan merosakkan pemacu ataupun kandungan cakera liut. 5. Semasa lampu cakera liat menyala jangan gerakkan komputer kerana ini akan merosakkan cakera liat semasa kepala baca-tulis sedang memproses data pada cakera liat itu. 6. Pastikan keadan di sekeliling komputer tidak terlalu panas atau lembab.Ini akan merosakkan komputer. Data dalam ingatan komputer akan hilang sekiranya berlaku gangguan elektrik. Terdapat dua gangguan elektrik. Pertama,bekalan elektrik mungkin tidak setabil. Kedua, bekalan elektrik mungkin terputus.Untuk mengatasi bekalan elektrik yang tidak stabil, kita boleh pasangkan sebuah penstabil untuk memastikan bekalan elektrik sentiasa stabil. Alat penghalang kilat(Surge Block) juga boleh dipasang untuk mengelakkan dari kilat. Untuk mengatasi bekalan elektrik yang mungkin terputus, kita boleh gunakan alat Pembekal Kuasa Gangguan(Uninterrupted Power Supply - UPS).UPS ini akan membekalkan kuasa elektrik yang dijana dari kuasa bateri apabila kuasa elektrik terputus. Dengan ini pengguna sempat menyimpan datanya dan menguruskan tugasnya setelah bekalan eletrik pulih semula. ANCAMAN SISTEM DAN PERISIAN. Sebelum melengkapi sistem komputer dengan prosedur kawalan tertentu, pihak pengurusan mestilah memikirkan terlebih dahulu beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Daripada kemungkinan-kemungkinan yang tersebut,barulah langkah-langkah tertentu boleh dibuat kepada sistem komputer. Jenayah komputer dilakukan oleh manusia sendiri.Sistem keselamatan yang berkesan mestilah bermula dengan elemen manusia.Jika tidak walau bagaimana canggih teknologi sekalipun sistem keselamatan tetap akan gagal. Ia juga merupakan kesalahan manusia (personel yang telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan data) yang membenarkan capaian kepada data dengan mudah tanpa halangan yang mantap. Contohnya pemindahan wang dari mesin ATM ke akaun orang lain dengan cara yang salah merupakan satu jenayah yang berat. Ia bukanlah kesalahan yang dibuat oleh komputer tetapi kesalahan manusia yang tidak dapat mencegah kemasukan pengguna yang tidak sah daripada mencapai sesuatu data. Organisasi yang menggunakan sistem komputer sebagai nadi penggerak dalam urusan mereka mestilah mengambil berat dengan perkembangan teknologi supaya data mereka selamat dari ancaman. Dengan bertambahnya orang yang mahir dalam bidang komputer juga, turut meningkatkan lagi ancaman kepada sistem komputer. Pertambahan virus juga memburukkan lagi keadaan. Setiap hari sistem komputer sering diserang oleh virus. Oleh itu setiap organisasi perlu mempunyai prosedur kawalan keselamatan yang ketat untuk menghalang daripada merebaknya jangkitan virus yang tidak diingini. Jika sistem komputer diserang virus, secara tak langsung ia akan melumpuhkan sistem komputer. Persekitaran Prosedur Keselamatan. Perkakasan. Ancaman yang paling besar adalah berpunca dari dalam organisasi itu sendiri yang mempunyai hak capaian yang sah kepada sistem komputer. Mungkin terdapat kakitangan yang telah tamat perkhidmatan telah menjual maklumat kepada pihak pesaing. Pihak atasan mestilah mengambil berat terhadap kakitangan di bawahnya supaya pekerja mereka akan bekerja dengan jujur dan amanah. PENYALAHGUNAAN KOMPUTER. Walaupun penggunaan komputer telah mendatangkan banyak menafaat kepada manusia,tetapi penggunaannya boleh juga menimbulkan masalah dan kesan yang merbahaya. Komputer telah disalahgunakan oleh beberapa pihak tertentu.Terdapat berbagai-bagai-bagai bentuk penyalahgunaan komputer yang telah dilakukan dengan tujuan menguntungkan pihak tertentu. Berikut adalah beberapa jenis dan bentuk penyalahgunaan komputer. Cetak Rompak Perisian. Penyalinan perisisan komputer tanpa kebenaran adalah salah dari segi moral dan undang-undang.Di Malaysia penyalinan haram perisian komputer dianggap sebagai satu tindakan jenayah.Bagi perisian yang di simpan dalam cakera keras, tindakan cetak rompak ini sukar dibendung.Pendekatanyang lebih berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah melalui pendidikan pengguna komputer mengenai etika cetak rompak perisian. Mencuri Maklumat / Data Sulit. Melihat dan menyalin data sulit peribadi seseorang tanpa kebenaran adalah satu tindakan yang tidak murni.Maklumat peribadi adalah hak milik seseorang individu.Kesalahan yang lebih serius ialah mencuri atau menyalin data sulit tentang urusniaga sesebuah syarikat atau sistem pertahanan sesebuah negara.Tindakan ini akan mengakibatkan syarikat atau negara itu mengalami kerugian yang besar.Jenayah jenis ini sangat berbahaya tetapi sukar dikesan. Menukar Maklumat. Jika seseorang mengetahui kata laluan untuk memasuki suatu sistem komputer, ia mudah menukar maklumat yang terdapat dalam sistem itu.Kejadian ini boleh menyebabkan sistem yang terlibat itu tidak dapat berfungsi dengan berkesan.Sebagai contoh, sistem kawalan lalu lintas akan menjadi huru hara sekiranya sistem ini telah diubahsuai tanpa kebenaran pihak tertentu.Satu lagi contoh ialah jika maklumat peribadi seseorang ditukar, maklumat yang rosak itu mungkin akan merugikan pihak tertentu kerana maklumat yang diperolehi tidak asli dan tidak tepat.Tindakan seperti ini tidak adil dan tidak beretika. Memindah Wang Secara Haram. Seseorang pengaturcara yang mahir boleh melakukan jenayah ini dengan mengaturacarakan komputer supaya memasuki sistem kewangan sesebuah bank dan memindahkan wang secara elektronik dalam masa beberapa minit sahaja.Jenayah bentuk ini lazimnya berlaku pada sistem pemindahan wang secara elektronik EFTS (Electronic Fund Transfer System) atau ATM. Penjagaan Perisian. Perisian ialah kandungan yang terdapat dalam cakera liut dan cakera keras.Ini merupakan data dan arahan yang sudah ada di dalamnya.Kita mesti menjaga supaya kandungannya tidak rosak atau hilang begitu sahaja. Cara-Cara Penjagaan. # Jangan usik permukaan cakera liut yang senang tercemar. # Jangan letakkan cakera liut berdekatan medan magnet. # Jangan lipat atau bengkokkan cakeraliut. # Jangan gunakan alkohol atau cecair lain untuk membersihkan cakera liut. # Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera liut. # Jangan gunakan pemadam getah di atas cakera liut. # Simpan cakera di dalam sampulnya tidak digunakan dan kesemua cakera liut hendaklah disimpan di dalam kotak yang dikhaskan. # Jaga supaya cakera liut tidak terjatuh ke permukaan kotor. # Jangan dedahkan cakera liut kepada cahaya atau panas terik seperti meninggalkannya di dalam kereta yang panas. # Jangan lekatkan label di atas label yang sedia ada.Lekatkan label pada tempat yang sesuai. # Pastikan anda membuat salinan bagi setiap liut yang anda gunakan. # Jangan gunakan klip kertas atau gelang getah pada cakera liut. # Gunakan pen lembut seperti "Felt Maker" untuk menulis di atas label.Jangan gunakan pensil ataupun pena mata bola. # Masukkan cakera liut perlahan-lahan serta lurus ke dalam pemacu cakera.Jangan paksa. # Pastikan keluar dari program atau kembali ke DOS sebelum menutup komputer. # Jangan biarkan komputer dan monitor terpasang pada jangka masa yang lama jika anda tidak menggunakannya kerana ini kan memendekkan riwayat hidup cakera keras.Jika anda ingin berhenti sekejap dari menggunakan komputer, "turn down the brightness on the monitor" untuk mengelakkan daripada "burning in an image" pada skrin. Virus Komputer. .Virus komputer ialah sesuatu aturcara komputer yang di tulis untuk mengganggu kerja-kerja pengguna komputer dan merosakkan data-data dalam storan (seperti cakera keras dan cakera liut ) yang kita guna. Ia akan berjangkit dari sebuah komputer ke sebuah komputer yang lain dengan cepat dan mudah. Serangan virus ini menjadi-jadi dan menyulitkan hidup kita dengan menyekat produktiviti. Virus yang pertama di kesan pada tahun 1986. Sebelum itu, pengguna komputer boleh membuat tugas-tugasnya tanpa was-was.Kini bermacam- macam virus telah dicipta. Pada hari ini terdapat lebih daripada 3000 jenis virus. Virus komputer tidak bernyawa seperti virus manusia dantidak boleh menjangkiti pada manusia. Virus ini di cipta untuk menyalin dirinya sendiri setiap kali bertemu dengan fail baru. Untuk membunuh virus ini kita gunakan perisian yang dicipta khusus untuk membunuh virus perisian ini seperti Scan McAffee, Virus Buster, Armour, Norton Anti Virus, PC-cillin, Sweep dan sebagainya. Kesan Serangan Virus. Bagaimanakah kita dapat pastikan kita telah benar-benar diserang virus? Virus akan menukar kod tertentudalam fail-fail berikut: COM, EXE, SYS. OVL atau OVR, sektor but atau partition record of the disk. Tanda- tanda yang menunjukkan kehadiran virus termasuk: o Komputer tidak dapat dibut daripada cakera liat o perjalanan sistem komputer tiba- tiba menjadi perlahan o mesej atau aksara yang agak ganjil dipaparkan pada skrin o jumlah ingatan RAM merosot walaupun tiada aturcara baru di masukkkan Bagaimana Virus Berjangkit. Virus dapat berjangkit melalui beberapa cara. Pertama, melalui pengguna lain ataupun kedua melalui cakera.Komputer yang mempunyai ramai pengguna biasanya senang dijangkiti virus. Ini kerana salah seorang dari pengguna tersebut mungkin telah membawa virus dari tempat lain. Cakera liut yang digunakan mungkin telah di jangkiti virus dan apabila ia menggunakan komputer lain, virus ini menjangkit ke komputer tersebut. CARA-CARA MENCEGAH VIRUS. # Jangan guna cakera orang lain. Cakera itu mungkin mengandungi virus. # Gunakan perisian asli. Perisian cetak rompak mungkin telah dihinggapi virus. # Jangan gunakan cakera liut anda bersama komputer orang lain.Komputer ini mungkin sudah mempunyai virus yang akan menyerang cakera liut anda # Jangan pinjamkan cakera anda kepada orang lain. Cakera itu mungkin dikembalikan dengan virus. # Lindung -tulis ( write protect ) cakera liut anda supaya virus tidak boleh masuk. # Periksa dengan kerap cakera liut dan cakera liat anda untuk memastikan virus tidak ada. # But komputer dari mula . Virus yang ada dalam RAM tidak akan berjangkit sekiranya dibut sejuk melalui suis ON_ OFF. Jangan but panas CTRL -ALT- DEL. # But komputer dengan cakera DOS yang dilindung- tulis iaitu yang pasti tidak mengandungi virus. # Bagi setiap fail ,buat satu salinan atau lebih di dalam cakera yang lain. Jika ada data yang hilang, salinannya masih ada. # Perhatikan tidak ada terjadi , perkara yang pelik seperti fail hilang, fail membesar secara luar biasa, komputer memaparkan mesej yang aneh, komputer lebih perlahan daripada biasa. # Selalu memperbaharui (Update ) perisian anti - virus anda kerana virus yang baru direka tidak akan dapat dikesan oleh perisian itu. Jika anda was-was gunakan dua perisian untuk memeriksa cakera liat atau cakera liut anda. KESELAMATAN DAN KESIHATAN PENGGUNA. Pengguna juga perlu menitikberatkan tentang keselamatan diri pengguna itu sendiri. Ada dikalangan pengguna tidak menghiraukan atau bersikap tidak acuh dengan keselamatan sewaktu menggunakan komputer.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diberi perhatian oleh semua pengguna agar perkara yang buruk tidak berlaku; 1. Pastikan punca elektrik ditutup sebelum membuka komputer : a. Mengelakkan kejutan elektrik . b. Mengelakkan kemungkinan cip-cip rosak. 2. Pastikan anda memakai penebat yang tinggi contohnya kasut getah. 3. Pengguna hendaklah menggunakan wayar bumi (ground cable) 4. Elakkan daripada memakai tali leher,barang-barang kemas, pakaian yang longgar dan rambut yang panjang. 5. Gunakan alat atau pemandu skru plastik untuk melaras bagi mengelakkan litar pintas. 6. Elakkan dari sumber suhu yang tinggi bagi mengelakkan kebakaran. 7. Amalkan menyentuh komponen bumi terlebih dahulu sebelum menyentuh komponen-komponen komputer. 8. Wujudkan persekitaran yang sesuai - tempat duduk yang selesa. 9. Cahaya yang sesuai - tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Pastikan skrin monitor di depan cahaya. 10. Skrin seelok-eloknya 15 hingga 30 darjah dengan aras mata. Jarak antara mata dengan skrin seboleh-bolehnya 40 - 70 cm. 11. Meja - kedudukan tangan dengan papan kekunci 90 darjah. 12. Kerusi - ketinggian kerusi bergantung kepada keselesaan anda, laraskan agar pingang dan belakang tidak berasa sakit. KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER. Beberapa tindakan dan peraturan perlu diadakan untuk keselamatan pengguna serta semua perkakasan yang terdapat di dalam makmal. Langkah Keselamatan Makmal Komputer # Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan mendapat keizinan atau pengetahuan daripada guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri. # Setiap pelajar atau pengguna dikehendaki mencatat kehadiran mereka di dalam buku Catatan Pengguna. # Pelajar atau pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang disket persendirian kecuali dipastikan oleh guru ianya bebas daripada serangan virus. # Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru . # Had masa pengguna komputer hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada guru. # Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan. # Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer. Langkah Keselamatan Kebakaran # Satu pelan Larian Kecemasan ditempatkan di dalam makmal agar pengguna mengetahui arah yang patut mereka pergi sekiranya berlaku kebakaran. # Loceng kebakaran dan alat pemadam kebakaran mestilah diletakkan di tempat yang mudah dicapai sekiranya berlaku kebakaran. # Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahuan. Langkah Keselamatan makmal # Untuk mengelakkan makmal daripada pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, semua tingkap dan pintu makmal hendaklah dipasang jeriji. # Untuk tujuan penyelenggaraan dan menjaga keselamtan komputer serta perkakasan makmal, kerja penyelenggaran dan baik pulih seharusnya dilakukan dari masa ke semasa.Prosedur 'difragmenting' san scandisk terhadap cakera keras perlu dilakukan dalam tempoh 3 bulan.Ini bertujuan agar komputer di dalam makmal sentiasa berda di dalam keadaan yang terbaik. Mengenal Internet Anda pasti ingin tahu bagaimana boleh mendapatkan Internet. Pasti juga mahu tahu apa yang patut dilakukan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Internet. Apa yang diperlukan ialah komputer (PC atau Macintosh), modem, perisian relekom, talian telefon dan penyedia perkhidmatan Internet. Internet adalah dalam bentuk pengkomputan pelanggan/pelayan di mana komputer pelanggan boleh mencapai lebih daripada satu pelayan dan manakala pelayan boleh berkhidmat untuk lebih daripaa satu pelanggan. Setiap pengguna Internet adalah pelanggan dan sumber bahan Internet iaitu pelayan terletak di mana-mana sahaja di dunia. Internet berasaskan kepada protokol rangkaian iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol / Internet Protocol) dan setiap pembina Internet mesti mengikuti protokol ini untuk memudahkan capaian oleh para pengguna. TCP/IP terdiri daripada alamat numerik IP dan nama domain. Alamat IP terdiri daripada 4 set nombor yang dipisahkan oleh titik contohnya 124.199.4.88. Tetapi setelah pengguna Internet meningkat pengguna huruf adalah lebih berkesan dan mudah diingat. Pertama Komputer yang sesuai adalah sekurang-kurangnya Pentium 233 MMX tetapi Pentium II ke atas adalah lebih baik. Jumlah memori atau RAM hendaklah sekurang-kurangnya 36MB dan cakera keras 2.1GB atau lebih. Kedua Modem adalah sebuah peranti yang digunakan untuk menukar isyarat analog kepada digitial dan sebaliknya. Contohnya isyarat dari komputer kepada talian telefon dan seterusnya. Keupayaan modem diukur dari segi kepantasan menghantar data dan ukuran yang digunakan adalah dalam bps atau bit per saat iaitu bilangan bit data ditukar dan dihantar. Biasanya keupayaan modem yang digunakan pada sebuah PC adalah di antara 9.6 kbps hingga 192 kbps. Harga modem pula adalah di antara RM200 hingga RM2000, bergantung kepada jenama dan keupayaannya. Dengan menggunakan modem yang lebih tinggi keupayaannya maka masa penggunaan Internet akan berkurangan dan bayaran caj penggunaan juga adalah rendah. Modem juga mempunyai keupayaan menerima atau menerima faksimili, menerima pesanan bersuara dan membetulkan ralat dokumen. Terdapat dua jenis modem iaitu dalaman dan luaran. Modem luaran akan dipasang pada bahagian belakang PC anda dan kelihatan seperti sebuah kotak, manakala modem dalaman pula sekeping kad modem yang dipasang di dalam komputer. Ketiga Perisian telekom digunakan untuk mengisytiharkan kehadiran pengguna dalam Internet. Perisian telekomunikasi ini untuk menyambungkan komputer kepada Internet dan contoh perisian ini ialah Trumpet Winsock. Jika anda menggunakan Windows 95/98 anda tidak perlu bimbang kerana perisian TCP/IP telah dimasukkan ke dalam perisian tersebut. Sebuah lagi perisian diperlukan ialah pelayar Web (web browser) untuk memudahkan pencarian, pemaparan dan memindah terima fail. Contohnya ialah Netscape Navigator, dan Internet Explorer. Keempat Talian telefon digunakan sebagai perantara untuk mendapatkan bahan dari kawasan Internet. Jika ingin menggunakan Internet boleh menggunakan talian telefon yang sedia ada tetapi anda boleh mendapatkan talian telefon baru dari Telekom Malaysia. Kelima Untuk membolehkan anda menggunakan Internet, anda perlukan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang membuka dan mengawal laluan Internet di Malaysia. Anda boleh memilih salah satu daripada tujuh ISP tempatan, antaranya ialah TMNet, Jaring dan Nasionet. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan ia bergantung kepada jumlah penggunaan laluan yang serta bayaran panggilan telefon tempatan. Kandungan Internet Setelah mengetahui mengenai Internet dan cara-cara untuk mendapatkannya, anda pasti ingin tahu apakah kandungan Internet. Saya rasa buat masa ini anda pasti tahu tentang kandungan Internet yang terbahagi kepada negatif dan positif. Anda boleh memanfaatkan Internet dengan mendapatkan bahan-bahan rujukan yang positif tetapi terpulanglah kepada anda untuk samada hendak pergi ke laman-laman Web yang negatif. Fakta umum Internet Secara umumnya dalam Internet terbahagi kepada 4 jenis applikasi : 1. mel elektronik - mel elektronik adalah satu applikasi asas dalam Internet bagi memudahkan para pengguna Intenet berhubung antara satu dengan yang lain 2. rangkaian pengetahuan - berkongsi maklumat dan membincangkan topik melalui Internet dan kumpulan akhbar Usenet. 3. applikasi capaian jauh - menggunakan fail dan data seperti aturcara, bunyi, imej, data dan teks dengan menggunakan aturcara seperti Telnet dan FTP. 4. applikasi capaian pengetahuan - dengan menggunakan perkakasan seperti Archie dan Gopher untuk mencari maklumat tertentu dalam pangkalan data di seluruh dunia. Anda mestilah mempunyai asas komputer yang baik dan rakan-rakan yang pernah menggunakan Internet supaya boleh membantu anda. Anda juga perlu meningkatkan pengetahuan anda mengenai Internet dengan membaca mengenainya serta memahami beberapa aspek teknikal Internet. Pencerobohan komputer tempatan makin membimbangkan AKTIVITI ancaman dan pencerobohan komputer dilaporkan menunjukkan peningkatan mendadak awal tahun ini yang semakin membimbangkan dengan jumlah untuk setengah bulan Mac ini sahaja menyamai jumlah keseluruhan bulan lepas. Pengurus Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Raja Azrina Raja Othman berkata, sebanyak 26 aktiviti pencerobohan dilaporkan kepada MyCERT di bulan Februari dan 40 aktiviti di bulan Januari. ``Sejak Disember tahun lepas, gangguan pencerobohan dilaporkan berlaku hampir setiap hari, dan aktivitinya meningkat mendadak pada hari minggu dan cuti umum,'' katanya. Berdasarkan kenyataan yang diletakkan di laman web yang diceroboh, penceroboh didapati sedang menguji tahap kesungguhan pentadbir dan organisasi mengurus ciri keselamatan sistem teknologi maklumat (IT) mereka, katanya. Sehubungan itu, MyCERT menasihatkan agar pemilik dan pengendali sistem komputer mengambil tindakan segera dengan mengatasi kelemahan serta mengemaskinikan sistem mereka. Azrina berkata, MyCERT juga mengesan kira-kira 90 peratus pencerobohan sistem komputer dilakukan terhadap platform Windows NT dan Linux sejak Disember lepas. Menurut MyCERT di laman webnya http://www.mycert.org.my, kebanyakan kes adalah berkaitan dengan pencerobohan (intrusion), spam (penghantaran e-mel dalam kuantiti banyak) dan juga ancaman penggodaman komputer. Selain itu, MyCERT mendapati gangguan juga disebabkan kegiatan virus termasuk W23/Hybris dan MTX. MyCERT berkata, kejadian pencerobohan membabitkan program kecil dikenali msadc.dll dalam komponen akses data Microsoft (MDAC) bagi platform Windows NT 4.0. Gangguan muncul secara automatik apabila berlaku kesilapan ketika memasang sistem pelayan maklumat Internet (IIS) Microsoft. Ia juga membabitkan perubahan kepada laman web yang dianjurkannya. Bagi platform Linux pula, serangan membabitkan rpc-statd dan LPRng yang membolehkan penceroboh mengakses ke seluruh sistem komputer . Bagi mengelak gangguan itu merebak, pengguna dinasihat mengamal mel elektronik (e-mel) sihat termasuk mengkonfigurasikan semula Microsoft Outlook Express. Pengguna juga harus membuat imbasan awal fail sisipan yang diterima sebelum melancarkannya ke dalam komputer, katanya. Azrina berkata, pengguna yang berjaya mengatasi masalah yang dinyatakan bagi sistem Windows NT dan Linux tersebut boleh mengurangkan kadar gangguan sehingga 80 peratus. ``Menggunakan sistem perlindungan firewall dan mana-mana peranti keselamatan tidak berupaya mengatasi masalah sedemikian,'' beliau memberi amaran. Maklumat lengkap mengenai gangguan seperti itu boleh didapati di laman web http://www.mycert.mimos.my/faq-safe-email-practices.htm. SELENGGARA PC Masa membeli sesuatu komputer peribadi (PC) adalah saat paling sibuk dan tidak kurang menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU, Video CD mana hendak dibeli, sehingga kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai dengan warna sarung komputer sibuk dibincangkan. Kesemuanya dipertimbangkan, tetapi setelah sekian lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara mula berubah lebih-lebih lagi aspek penjagaan. Pengguna PC harus ingat, seperti juga pelaburan dalam apa jua jentera seperti kereta, pentadbiran yang teliti dengan rutin yang tertentu perlu dilakukan bagi memastikan PC beroperasi dangan baik. Tidak seperti kereta yang memerlukan servis setiap 5, 000 kilometer, PC tidak memerlukan minyak sintetik atau gred tinggi. Hanya yang diperlukan rutin penjagaan, pentadbiran dan penggunaan konsisten. Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu penguna memastikan sistem PC beroperasi seperti kenderaan lumba formula 1. Secara ringkas ia terbahagi kepada dua komponen perkakasan dan perisian. PERKAKASAN Pengawal arus Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding terdedah kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan. Seperti alat elektronik dan elektrik lain, bekalan tambahan yang mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak terkecuali. Adalah lebih baik bagi pengguna untuk membuat sedikit pelabura dengan mendapatkan pengawal aliran elektrik atau "surge protector". Selain menyambungkan PC, penguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak kepada pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Penguna juga digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu hujan lebat. Bekalan tenaga berterusan ari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad kepada sistem dalam pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah mula menggunakan bekalan tenaga berterusan iaitu UPS (Uninterruptable Power Supply) terutama mereka yang bekerja di rumah. Penggunaan UPS dapat menyediakan bekalan elektrik berterusan untuk tempoh tertentu walaupun tanpa bekalan elektrik utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah masa tenaga yang dibekalkan. Memindah komputer Seperti alat elektronik lain, PC agak manja, Jadi, jangan menghentak, menjatuhkan atau menghumban sistem ini kerana kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang kuat. Contohnya, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang kuat juga boleh menyebabkan sambungan dengan papan litar utama menjadi longgar dan komponen tertentu tidak boleh beroperasi dengan betul atau memberi mesej "error" apabila ia disambungkan semula. Apabila memindahkan PC, pastikan semua kabel dicabut dan tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama, jangan mendekatkan benda bermagnet kepada komponen elektronik kerana ia juga boleh merosakkan PC. Bersihkan PC Pastikan PC sentiasa bersih dengan menyapu semua habuk yang terlekat pada papan kekunci dan paparan skrin. Jika mahir, pastikan papan litar juga tidak berdebu dengan menggunakan vakum dan bukannya dengan air. Jangan meletakkan komputer anda terlalu dekat dengan tingkap kerana mudah menangkap habuk, kotoran serta mungkin terkena percikan air hujan. Bagaimanapun, pastikan sistem PC diletakkan di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain paparan, casis CPU dan papan kekunci, pengguna juga boleh membersihkan pad tetikus daripada kesan minyak atau habuk yang mungkin mengganggu pergerakan bola tetikus. Scandisk dan Defragmentation Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali setiap minggu kerana ia berupaya memastikan kelompok "cluster" pada cakera keras berada di dalam keadaan baik. Anda juga boleh menggunakan fungsi Scandisk dan Disk Defragmentor apabila anda melihat penurunan persembahan dalam sistem PC. Penggunaan Perisian Membuat Salinan (backup) Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat dielakkan jika pengguna selalu melakukan operasi Backup bagi keseluruhan sistem (sistem operasi perisian, aplikasi dan dokumen) selepas sesuatu tempoh. Untuk memulakan fungsi Backup, klik start , program, accessories, system tools dan pilih backup. Klik folder atau fail yang mahu disalin serta tentukan destinasi salinan. Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB atau CD-Writer (penulis CD-ROM). Kaedah kedua lebih mahal tetapi lebih mudah, pantas , boleh dipercayai serta menyimpan saiz storan yang lebih besar berbanding disket. Satu lagi pilihan yang agak murah adalah pemacu Zip. Pengguna PC juga digalakkan membuat disket but kerana ia adalah penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan fungsi bagi membina disket but dan Start Up kepada sistem. Pastikan juga sistem dilengkapi dengan perisian antivirus. Ia adalah perisian yang paling penting terutama dengan kepelbagaian sumber fail serta peningkatan jumlah virus. Selain langkah-langkah di atas, beberapa tabiat yang baik ketika menggunakan PC dapat membantu meningkatkan jangka hayat penggunaan PC. Antaranya, jangan matikan sistem PC ketika ia sedang beroperasi. Gunakan fungsi Shut Down dalam Windows 95/98. Mematikan sistem terus tanpa menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan Register atau fail-fail tertentu yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Juga jauhi makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan PC. Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan kehadiran orang dewasa sepanjang masa. Anda tidak mahu anak anda memformat keseluruhan cakera keras anda. Mengikut kaedah yang dinyatakan di atas tidak menjamin seratus peratus sistem PC tidak akan mengalami masalah kerana seperti barangan elektronik lain, ia juga mempunyai jangka hayat tertentu. Tetapi langkah di atas berupaya membantu sistem PC beroperasi dengan baik serta mengelak kejadian tidak diingini. Hacker, Cracker keliru pengguna komputer SALAH faham mengenai istilah penceroboh komputer (hacker) yang berleluasa ketika ini perlu diperbetulkan kerana banyak mendatangkan kekeliruan kepada pengguna komputer. Ini kerana hacker adalah individu yang mempunyai minat mendalam bekerja dengan sistem komputer. Mereka beretika – tidak merosakkan sistem atau data dan menulis program perisian yang aktif dan kreatif. Sebaliknya, lawan hacker adalah cracker yang tidak mempunyai etika kerja yang baik. Mereka menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan. Pengarah Pusat Keselamatan dan Tindak Balas Kecemasan ICT Kebangsaan (Niser), Mejar Husin Jazri, berkata ada salah faham mengenai hacker kerana maksud sebenar hacker adalah individu yang menggunakan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki untuk menulis program komputer atau membetulkan kesilapan. "Apa yang tertera menerusi media dan difahami masyarakat ketika ini ialah hacker menggambarkan individu yang berniat jahat dengan menceroboh sistem komputer atau melepaskan virus sedangkan mengikut istilah sebenar individu berkenaan adalah cracker," katanya kepada Komputer di Kuala Lumpur, minggu lalu. Beliau berkata, tidak dinafikan ini ada aliran menunjukkan hacker bercirikan cracker dan turut membuat kemusnahan kepada sistem komputer serta tidak beretika. "Hacker itu dikenali sebagai black hat hackers ,manakala yang masih mengekalkan etika dan melaksanakan kerja produktif serta membawa kebaikan adalah white hat hackers," katanya. Beliau berkata, kebanyakan sistem yang merosakkan sistem komputer (cracker) dapat menembusi sistem keselamatan yang ada disebabkan beberapa faktor seperti pengurusan dan pentadbiran sistem yang agak lemah dan kurang kesedaran mengenai kepentingan mengawasi sistem itu. "Selain itu, ada perisian percuma dan program yang disediakan dalam Internet untuk memudahkan cracker menceroboh sistem di samping meningkatkan status antara cracker jika dapat menceroboh Pentagon atau Cia," Tingkatkan kelajuan modem PC anda Bagi pengguna sistem operasi Windows 98, modem anda mungkin menunjukkan berfungsi baik, tetapi hakikatnya ialah kadar baud untuk port serial COM tidak membenarkan anda mendapatkan kelajuan tertinggi. Untuk meningkatkan kelajuan port COM: Klik Start, Pilih Settings > Control Panel, dan klik System. Selepas itu klik tab Device Manager, dan klik tanda ``+'' di sebelah Ports (COM & LPT) Pilih port modem yang digunakan, dan klik Properties, kemudian klik tab Port Settings, dan tetapkan Bits per second kepada 115200 bps, di mana anda tidak memerlukan sebarang bentuk filter pada port tersebut. Kadar 115200 bps merupakan setting maksimum bagi port COM ``Standard''. Jika anda menghadapi masalah, cuba rendahkan setting bps itu. Dengan menggunakan System Monitor, anda boleh menyemak jika berlaku sebarang masalah. Ciri System Monitor (sysmon.exe) boleh dipasang atau Installed dengan melancarkan fungsi Add/Remove Programs Properties dalam Control Panel, pilih tab Windows Setup, dwi-klik System Tools dan kemudian pilih System Monitor. Jika anda tidak pasti port yang digunakan oleh modem anda, klik pada tanda ``+'' di sebelah ikon Modem di dalam Control Panel dan pilih Modem. Klik pada Properties dan pilihlah tab Modem. Dengan ini anda akan dapat melihat port COM yang digunakan oleh modem anda. Dan bagi kebanyakan modem, anda boleh menggunakan Hardware dalam kotak menu Flow Control Kelajuan maksimum di mana Windows 98 berkomunikasi dengan modem ditetapkan dalam Control Panel > Modems, klik pada bebutang Properties pada tab General. Windows 98 akan memilih kelajuan deafult paling rendah, untuk mengelakkan kehilangan data pada komputer yang kurang laju. Jika anda menggunakan komputer pantas seperti berasaskan cip 80486 atau Pentium, anda boleh tetapkan kelajuan lebih tinggi. Jika aplikasi anda menunjukkan error data, rendahkan kelajuan modem. Dalam Windows 98 terdapat sokongan terhad untuk setting yang dikenali sebagai MaxMTU dalam Windows 95. Klik Control Panel, kemudian klik Network dan pilih Dial-Up Adapter. Selepas itu klik Click Properties dan pilih Advanced. Dalam kotak pilihan, pilih IP Packet Size. Sekarang anda boleh memilih setting dalam kotak menu Value, di mana pilihannya ialah: Automatic, Large, Medium dan Small. Setting Large, Medium dan Small akan memasukkan nilai IPMTU ke dalam fail registry untuk Dial-Up Adapter dalam turutan 1500, 1000 atau 576. Walaupun tidak diketahui ramai, port-port serial pada papan ibu (motherboar) dan kad-kad tambahan yang menggunakan beberapa kawalan input/output tertentu akan menyokong operasi pada kelajuan melebihi 115200 bps: Apa yang anda perlukan ialah perisian untuk mengaktif dan memprogram mod kelajuan lebih tinggi itu. Bagi sistem operasi Win95/98, untuk mendapatkan kelajuan melebihi 115Kbps memerlukan dua perkara: Melancarkan program kecil ketika but untuk mengaktifkan mod kelajuan tinggi. Satu lagi ialah fail serial.vxd yang akan memprogram kadar kelajuan tinggi tersebut. BAGAIMANA MEMPROMOSI WEBPAGE ANDA Step 1 bullet Collect 25 to 50 words or short phrases that describe your site. bullet Using as many of those words that you gathered, create a description of your site. Save this description as you will use it when submitting to search engines and other promotional tools. bullet With the remaining words, form a comma-separated list, from the most descriptive word to the least. Step 2 bullet Use the keywords and description to add meta tags in the header of you HTML document. This helps search engines to index your page. bullet Use your keywords in the following way: bullet Use your description in the following way: bullet You may also use our Meta Tag Generator, which automatically generates the code you'll need to add to your web page. Step 3 bullet Visit the popular search engines you use and look any links or help sections on how to submit your site. bullet Follow their instructions on how to submit your site, and don't forget to use the keywords and description. Tips on Getting Listed Focus Your Site - Search engines typically like to give their users the most relevant returns on their searches. If you get your site listed under "Cats" but half of you main page is about your "Surf Club" viewers will be more likely to click away. Submit Multiple Pages of Your Site - Some search engines will crawl and index all pages linked from your index page. However, some may not, so it doesn't hurt to submit other important pages of your site. Do Not Spam Index Your Site - Some people believe that repeating words in a pages meta tags and/or title will get them listed higher in search engines. Many search engines are set up to ignore such works and even removing sites that abuse this technique. Submit To Specialized Search Engines - Not all search engines are the same. If your site is about a certain topic, you may want to find if there is a specialized search engine that caters to that topic. A good place to start maybe the Yahoo! Search Engines category PANDUAN MEGABAIT Memastikan akses Internet sentiasa lancar Pernahkah anda menghadapi masalah terputus talian ketika mengakses Internet dan sedang bersembang dengan rakan-rakan chat anda. Atau pernahkah anda menghadapi pelbagai masalah lain berkaitan dengan sambungan telefoni anda, modem dan lain-lain peranti yang berkaitan dengan proses mendail akaun Internet ISP atau ke rangkaian intranet syarikat anda. Sebenarnya anda boleh melakukan sendiri beberapa langkah tertentu di bawah untuk memastikan `kesihatan' sistem komputer peribadi (PC) anda sebelum mencari bantuan luar seperti daripada vendor PC, penyedia telefoni, ISP ataupun rakan anda yang mahir komputer dan yang anda percayai. 1. Semak konfigurasi TCP/IP Untuk menyemak konfigurasi sedia ada TCP/IP, Microsoft telah menggabungkan satu program dipanggil winipcfg yang memberikan butiran setup rangkaian anda. Mulakannya dengan mengaktifkan arahan Run (dengan mengklik bebutang Start). 2. Menjejaki Internet Route Termasuk dalam sistem operasi Windows 98 ialah satu program dipanggil Trace Route. Ada dua cara untuk melancarkan fungsi itu. Pertama, aktifkan tetingkap DOS dan taip tracert nama lokasi. Nama lokasi boleh berupa alamat atau nombor IP. Contohnya ialah seperti tracert www.windows-help.net. Satu lagi cara adalah dengan mengklik Start, diikuti Run dan taip tracert www.windows-help.net Program itu kemudiannya akan menjejaki route daripada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) ke lokasi tertentu yang dikehendaki, dan menunjukkan semua sistem komputer yang dikunjungi oleh sesebuah komputer. Perhatikan bagaimana anda akan berlompat dari satu lokasi ke lokasi lain di seluruh dunia merentasi lautan dan menerusi satelit, sama ada menggunakan sambungan kelajuan tinggi atau tidak dengan serta-merta. Ia juga amat berguna jika anda tidak dapat mengakses sesebuah tapak Web - ia akan menunjukkan sesuatu yang tidak berfungsi atau beroperasi yang menyebabkan akses itu terhenti. Pastikan juga anda berada dalam rangkaian, sama ada intranet pejabat atau Internet dari rumah. 3. Mengaktifkan Automatic Re-dialing Pengguna sebenarnya boleh mengkonfigurasikan ciri Windows 98 Dial-Up Networking supaya secara automatik mendail semula sambungan: Klik Start dan pilih Programs > Accessories > Communications. Selepas itu klik Dial-Up Networking, dan diikuti klik pada sambungan anda Dari menu tersebut pilih Connections > Settings Tanda (check) Re-dial dan pilihlah berapa kalikah anda hendak menetapkan ciri dail semula (2-100) dan kemudian klik OK. Selepas itu tutup Dial-Up Networking Jika anda menetapkan sambungan dail-up supaya secara automatik mendail semula ISP anda, anda mungkin akan melihat mesej error selepas cubaan dail semula automatik yang ke 15: Atau mesej lain akan muncul: ``Could not detect modem. It may be in use, turned off, or not installed properly'' 4. Hentikan Automatic Dialing Untuk menghentikan perisian pelayar - atau sebarang aplikasi berkaitan Internet - daripada secara automatik mendail ISP, lakukan yang berikut: Klik Start dan pilih Programs > Settings > Control Panel Buka ikon Internet Options, kemudian pilih Connections, selepas itu pilih Never dial a connection Juga klik Start dan pilih Programs > Accessories > Communications > Dial-Up Networking. Dari menu Connections, pilih Settings... dan pilih Dial-Up Networking 5. Bagaimana melajukan masa sambungan Untuk melajukan masa diperlukan bagi DUN (Dial - Up Networking) untuk mendapatkan sambungan dengan ISP, langkah berikut mungkin boleh membantu: Pilih sambungan anda dalam DUN (Start > Programs > Accessories > Communications > Dial-Up Networking) Klik-kanan (right-click) pada ikon sambungan anda dan pilihlah Properties Pada Server Types, dalam Advanced Options, pastikan kotak pilihan untuk Log on to network tidak ditandakan (unchecked) Manakala di bawah Allowed network protocols, pilih hanya TCP/IP sahaja. 6. Talian sering terputus Jika sambungan talian anda sering kali terputus, cubalah masukkan setting modem tambahan ini: Klik ikon Modem dalam Control Panel (Start > Settings > Control Panel) Dari Modems, pilih Properties, kemudian pilih Connections, dan selepas itu klik bebutang Advanced Dalam kotak dialog Extra Setting, taip S10=50 Setting ini akan memaksa modem tersebut supaya terus disambungkan walaupun tanpa sambungan ke ISP, sehingga selama lima saat. Elak dan nyah cecacing SirCam, Code Red Ulat SirCam boleh mengulangi jangkitan ke atas komputer terangkai walaupun tanpa pengetahuan penggunanya. Berhati-hatilah dengan epidemik cecacing ini dan cuba lindungi sistem komputer anda. SirCam disifatkan cecacing yang sofistikated yang akan menyerang fail-fail yang dikongsi pada rangkaian terbuka di mana pengguna tidak akan dapat melihat e-mel asal yang dijangkiti oleh cecacing tersebut. Virus komputer itu, w32.Sircam@mm, juga mengandungi muatan berbahaya: Ia boleh memadam semua fail atau memenuhi semua baki rua

03:45 | Permalink