Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer 8

Soalan:
Saya mempunyai masalah dengan komputer iaitu setiap kali apabila ia dihidupkan, pada permulaan windows akan terhenti dan ayat ini akan terdapat pada skrin:
CMOS battery low
Press F1 to enter CMOS setup
Apakah itu CMOS battery?. Perlukah saya menukar CMOS battery itu dan dimanakah saya boleh mendapatkannya?. Jika perlu ditukar saya ingin mengetahui bagaimana cara-cara menukarnya.
Jawapan:
CMOS battery adalah bateri yang digunakan oleh satu cip yang dikenali sebagai CMOS pada papan induk komputer anda yang menyimpan maklumat arahan asas sistem operasi (BIOS).
BIOS menyimpan beberapa maklumat asas yang penting tentang komputer anda seperti masa, tarikh, jenis serta kapasiti cakera yang dikesan, konfigurasi kelajuan detik dan pekali cip pemproses, serta lain-lain. Maklumat ini tidak hilang daripada ingatan walaupun komputer dipadamkan kerana adanya bateri yang membekalkan sumber kuasa secara berterusan kepada CMOS, iaitu cip dimana BIOS ditempatkan.
Terdapat dua kemungkinan yang saya fikir menjadi penyebab kepada masalah yang menimpa komputer anda.

Pertama , sekiranya komputer anda adalah baru ataupun masalah tersebut berlaku sejak komputer dibeli, mungkin pihak penjual yang bertanggung jawab memasang komputer anda lupa untuk memindahkan satu jumper pada papan induk, agar CMOS dapat beroperasi secara normal operation.
Membiarkan jumper berada pada Clear CMOS boleh menyebabkan komputer anda sentiasa mengeluarkan ralat 'CMOS battery low' serta memadamkan kandungan didalam BIOS.
Masalah ini perlu diselesaikan oleh mereka yang tahu selok belok papan induk dan dilakukan dengan berpandukan buku manual papan induk komputer anda.
Sementara itu, kemungkinan kedua ialah sekiranya komputer anda ialah komputer lama dan masalah itu tidak timbul sebelum ini, ia menunjukkan bahawa bateri yang diperlukan oleh CMOS sememangnya sudah kehabisan tenaga, tidak dapat dicaj semula secara automatik ataupun sudah luput.
Bateri CMOS pada kebiasaannya boleh diganti dengan mendapatkan bateri yang sama nilai voltannya daripada kedai yang menjual alat ganti komputer. Jika anda ingin melakukannya sendiri, cara yang terbaik ialah dengan membuka penutup komputer, tentukan lokasi bateri pada papan induk, keluarkannya dan bawa bateri tersebut sebagai contoh ke kedai komputer.
Kebanyakan komputer dengan kuasa pemprosesan pentium menggunakan bateri yang mirip seperti bateri jam tangan dan bersaiz sebesar syiling 20sen. Manakala komputer lama seperti 486 pula dipek dalam bentuk silinder berwarna biru dan diletakkan hampir ke bahagian belakang komputer (tidak boleh dicabut).
Sekiranya anda tidak pasti, bawa sajalah komputer untuk diperiksa oleh juruteknik yang berpengalaman.


Soalan:
Bagaimana Untuk menangani virus VBS. KakWorm

Jawapan:
Berikut adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menangani virus tersebut. Kaedah ini dipetik daripada laman web sokongan teknikal Microsoft.
Virus cecacing yang merebak melalui e-mel seperti VBS.KakWorm sering menyerang mangsa sebelum ia sempat disedari. Ini kerana skrip virus yang terdapat didalam e-mel yang dikirim melalui Microsoft Outlook Express itu akan diaktifkan secara automatik apabila anda mengklik padanya untuk membaca atau preview. Maklumat berikut akan menjelaskan bagaimana hendak menggunakan ciri-ciri Security Zones untuk menghalang VBScript dan JScript daripada dilaksanakan secara automatik didalam e-mel berformat HTML didalam Microsoft Outlook Express.
Jika anda menggunakan Outlook Express versi 4.x, mulakan Outlook Express, klik pada menu Tools > Options dan klik pada tab security.
Didalam bahagian Zone, klik pada Restricted sites zone, dan kemudian klik pada Settings. Anda akan dimaklumkan tentang konfigurasi keselamatan (security), klik sahaja pada butang OK. Seterusnya pada bahagian Security, klik pada Custom dan klik pada Settings. Pada tetingkap baru, dibahagian Security Settings, klik pada pilihan Disable di bahagian Active Scripting didalam kawasan Scripting. Klik butang OK atau Yes untuk soalan-soalan yang seterusnya.
Manakala jika anda menggunakan Outlook Express 5 pula, mulakan Outlook Express, klik pada menu Tools > Option dan klik pada tab Security. Didalam bahagian Security Zones, klik pada Restricted sites zone (More secure), dan kemudian klik OK.
Mulakan Internet Explorer dan klik pada Internet Option > Tools menu. Pada tab Security, klik pada Restricted sites, dan kemudian klik Custom Level. Didalam bahagian Security Settings, klik pada pilihan Disable dibahagian Active Scripting didalam kawasan Scripting. Klik OK atau Yes untuk soalan-soalan yang seterusnya dan anda akan menyelesaikan masalah.


Soalan:
Baru-baru ini saya mengalami masalah dengan komputer dimana apabila saya meninggalkan komputer saya, tidak sampai tiga minit ia akan mengeluarkan ralat (error) mengatakan Explorer menjalankan illegal operation and will be close. Arahan ini sentiasa berulang dan ia akan kurang berulang jika saya sentiasa menggerakkan tetikus. Saya mengalami masalah ini setelah menginstall IE 5 ke dalam komputer.

Jawapan:
Saya berpendapat masalah ini ada kaitannya dengan Screen Saver yang dipasang pada komputer anda. Cuba periksa Display Properties melalui Control Panel (dengan mengklik dua kali pada ikon Display), dibahagian Screen Saver, cuba tiadakan sebarang screen saver (pilih none) dan lihat implikasinya terhadap sistem komputer anda.
Jika masalah ini timbul lagi, maka ia kemungkinan besar berpunca daripada screen saver yang diguna.
Memasang Internet Explorer (IE) 5 (IEXplorer.EXE) pada dasarnya tidak memberi apa-apa perubahan kepada Windows Explorer (EXPLORER.EXE), bagaimanapun anda boleh cuba mengeluarkan (uninstall) IE 5 dan perhatikan kesannya keatas komputer jika ada.
Masalah seperti ini, jika ingin dicari puncanya, ia memerlukan kita banyak mencuba memasang dan mengeluarkan perisian-perisian dari komputer.


Soalan:
Saya mempunyai komputer peribadi lengkap dengan Multimedia dirumah. Semua perkakasan dan perisian beroperasi dengan baik sehinggalah pada suatu hari saya mendapati pemacu cakera CD-ROM tidak muncul di skrin.
Saya cuba menggunakan MS-DOS untuk mencari pemacu tersebut tetapi skrin memaparkan invalid drive. Perubahan yang ketara adalah pada CPU. Walaupun tiada program digunakan lampu cakera keras tetap menyala seolah-olah sedang bekerja.
Saya khuatir ada virus menyerang cakera keras saya walaupun tiada kerosakan ketara pada perisian-perisian. Untuk makluman, saya mempunyai kemudahan Internet dan saya pernah memindah masuk fail-fail dari Internet.

Jawapan:
Daripada apa yang anda gambarkan, ia kelihatan seperti tanda-tanda komputer diserang virus. Pada peringkat awal, ia mungkin tidak menjejaskan apa-apa perisian atau data pada komputer, tetapi tanpa disedari, ia mungkin menunggu masa atau tarikh yang sesuai untuk bertindak.
Pemacu CD-ROM yang tidak kelihatan di dalam My Computer serta tidak dapat diakses biasanya menunjukkan bahawa memori mungkin telah diduduki oleh virus dan ia menghalang fail pemacu CD-ROM daripada dimuatkan kedalam memori, lalu menyebabkan pemacu itu tidak dapat diakses.
Saya mengesyorkan anda agar mendapatkan perisian anti virus yang dikemaskini dengan fail paten terkini untuk mengimbas cakera keras, serta membersihkannya daripada jangkitan sebarang virus.
Jika masalah yang timbul bukan berpunca daripada virus ada kemungkinan ia disebabkan oleh sesuatu program yang telah anda pindah terima daripada Internet dan memasangnya ke dalam komputer sebelum ini.

Soalan:
Saya pengguna baru komputer peribadi. Saya ingin mengetahui samada CD yang basah terkena air akan meninggalkan kesan keatas komputer apabila digunakan?. Saya pernah mendengar bahawa ia membawa virus. Betulkah demikian?
Saya ingin mengetahui samada CD atau VCD lagu boleh diguna pakai ke dalam komputer.

Jawapan:
CD yang basah sudah pasti akan memberikan kesan ke atas komputer apabila digunakan. Air adalah musuh utama mana-mana peralatan elektronik sekalipun kerana ia dengan mudah boleh menyebabkan litar pintas.
Dalam keadaan yang lebih teruk, komputer anda boleh meletup walaupun kerana setitis air yang jatuh keatas papan litarnya. Letupannya kecil sahaja dan anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi apabila anda terlihat asap keluar dan berbau hangit, itu tandanya komputer anda sudah berhadapan dengan masalah yang sangat serius.
Air yang terkena pada CD tidak akan sekali-kali membawa virus. Walaupun ia mungkin berkulat dalam tempoh waktu yang tertentu, namun virus komputer bukan virus biologi dan ia tidak merebak melalui bahan organik. Virus komputer adalah seratus peratus program komputer dan ia merebak hanya melalui medium elektronik sahaja.
CD audio (CD lagu) serta CD video (VCD) boleh dimainkan pada mana-mana komputer dengan bantuan perisian tertentu. Kebanyakan komputer multimedia masa kini dilengkapi dengan pemain CD aidio, manakala untuk memainkan VCD pula, anda perlu memasang perisian seperti XingMpeg, Power DVD atau yang seumpama dengannya.

Soalan:
a) Color palete sistem komputer saya hanya mempunyai 16 color dan monochrome. Bagaimana caranya untuk memasang (install) 256 color bagi membolehkan saya menggunakan Vidistation dan bermain CD-ROM games kerana sesetengah games tidak boleh berfungsi tanpa 256 color.
b) Saya menggunakan komputer MPC jenama AcerEntra 500 dengan menggunakan monitor jenis AcerView 33DL. Salah satu device saya iaitu Standard Display Adapter (VGA) mempunyai masalah. Sekiranya saya ingin memansuhkan fungsinya (disable) atau memindahkannya (remove) adakah ini akan menjejaskan fungsi komputer tersebut?. bagaimana komputer saya akan beroperasi tanpa VGA?

Jawapan:
Kedua-dua soalan anda sebenarnya berkaitan antara satu sama lain. Sistem komputer yang tidak dapat menggunakan 256 color berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh masalah pada peranti (device) paparan. Memandangkan komputer anda adalah AcerEntra 500, peranti untuk Display Adapter komputer itu sepatutnya bukan Standard Display Adapter (VGA). Sekiranya anda memansuhkan fungsi atau memindahkannya, masalah tidak akan selesai. Apa yang harus anda lakukan ialah mengesan semula peranti sebenar dengan memilih menu Start - Settings - Control Panel dan kemudian klik berganda (double-click) pada ikon Add New Hardware. Tekan butang Next tiga kali, dan selepas beberapa minit, komputer akan memaparkan apa-apa peranti yang ada pada komputer anda. Sekiranya langkah ini gagal menyelesaikan masalah anda, tuntutlah jaminan (guarantee) daripada penjual komputer kerana kad ataupun peranti paparan komputer itu mungkin rosak.

Soalan:
Saya mempunyai komputer dengan sistem lama iaitu sistem 386sx 33MHz, dengan paparan monitor monochrome. Soalan saya ialah:
a) Adakah boleh jika saya mahu menggunakan Windows 95 didalam komputer saya tanpa menukarkan paparan monitor saya kepada monitor warna?
b) Adakah boleh saya tingkat upayakan komputer saya dengan ciri-ciri Multimedia, yang membolehkan saya gunakan untuk memainkan cakera video setelah saya menukarkan monitor saya kepada monitor warna?
c) Jika saya menggunakan pencetak warna, bolehkah saya mencetak dengan imej warna tanpa menukarkan monitor saya?
d) Jika saya ingin menggunakan monitor warna, adakah kad Herculers Incolor Card boleh digunakan untuk monitor warna saya nanti?

Jawapan:
a) Sistem pengoperasian Windows 95 boleh digunakan pada paparan monitor monochrome tetapi oleh kerana anda menggunakan sistem 386SX, anda masih tidak dapat menggunakannya kerana keperluan minimun Windows 95 adalah sistem 386DX atau 486 DX.
b) Boleh sekiranya kad paparan (display card) anda menyokong penggunaan 256 warna
c) Boleh
d) Kad yang anda maksudkan mungkin kad jenis lama. Sesetengah kad lama boleh menggunakan monitor warna tetapi kebanyakannya hanya mampu memaparkan 4 atau 16 pelet warna sahaja. Sedangkan kebanyakan perisian aplikasi sekarang termasuk untuk CD video memerlukan 256 pelet warna. Kami nasihatkan anda bawa dan ujilah kad tersebut dikedai komputer sebelum membeli monitor warna.


Soalan:
Saya memiliko komputer pemproses Pentium 133 dan menggunakan sistem pengoperasian Windows 95. Setelah saya melakukan Scandisk, terdapat kerosakan didalam cakera C: dan telah ditandakan dengan nama FILE0001 sehingga FILE0006.
a) Kenapa dan bagaimana ia terjadi.
b) Bolehkah saya memadamkannya dan adakah terdapat kesan sampingan terhadap sistem yang saya gunakan (Windows 95).

Jawapan:
a) Kerosakan (error) pada fail didalam cakera keras komputer adalah sesuatu yang biasa berlaku dan memerlukan pemeriksaan yang kerap.
Keadaan bekalan elektrik yang tidak stabil dan mempunyai kelemahan random electrical noise adalah antara punca utama masalah tersebut. Ia juga mungkin disebabkan perbuatan menutup (power atau shut off) komputer sesuka hati tanpa shut down dengan betul kerana ia mengakibatkan terjadinya satu kejutan elektrik kecil kepada cakera keras dan boleh merosakkannya.
Bagaimanapun kadang-kadang virus juga boleh bertindak seperti itu.
Masalah seperti ini dapat dikurangkan dengan memasang Auto Voltage Regulator (AVR) ataupun Uninterruptable Power Supply (UPS).
AVR boleh digunakan untuk menstabilkan voltan bekalan elektrik manakala UPS boleh diguna untuk menyediakan bekalan elektrik sokongan sementara (selama beberapa minit atau jam) semasa bekalan elektrik terputus.

b) Fail-fail itu diwujudkan supaya sekiranya bahagian cakera keras yang rosak itu mengandungi data atau maklumat yang penting maka anda masih boleh menyelamatkannya. Kandungan fail tersebut boleh diperiksa dengan membukanya menggunakan Notepad.
Kebiasaannya jika dipadamkan, ia tidak memberikan sebarang kesan sampingan. Bagaimanapun sekiranya terdapat kerosakan ditemui oleh Scandisk atau Norton Disk Docktor (Norton Utilities) dan kemudian selepas itu ada program-program yang tidak boleh dijalankan, anda mungkin perlu memasangnya (install) semula

Soalan:
Saya ada beberapa kemusykilan mengenai komputer
a) Apakah dia Bad Sector?
b) Apakah komputer saya rosak atau dimasuki virus?
c) Bolehkah Bad Sektor diperbaiki dengan mana-mana anti virus?
e) Sepengetahuan saya komputer multimedia boleh dipasang CD Movie, tetapi komputer saya tidak boleh. Mengapa?
Jawapan:
a) Bad Sektor merujuk kepada sektor atau bahagian pada cakera (disk) yang telah rosak, biasanya secara fizikal. Antara punca-punca yang menyebabkannya samalah seperti yang telah disebut didalam soalan sebelumnya (rujuk soalan 4a diatas).Kerosakan fizikal ini juga boleh disebabkan oleh hentakan yang kuat pada cakera, misalnya jika terjatuh ataupun terdedah kepada medan magnet yang tinggi.
b) Komputer anda tidaklah rosak, tetapi sebahagian kecil ruang cakera keras anda yang rosak. Biasanya ia bukanlah akibat daripada tindakan virus, kerana jarang sekali ada virus yang menyebabkan perkara seperti itu berlaku.

c) Ia tidak boleh diperbaiki dengan perisian antivirus, namun jika anda merakan ianya akibat virus, anda boleh cuba mengesannya dengan perisian-perisian anti virus.
Merujuk kepada soalan 4a, berbanding file error, bad sektor biasanya bersifat kekal dan tidak dapat dihilangkan. Dalam sesetengah kes, ianya dapat dihilangkan dengan membuat low level format. Tetapi langkah ini ada risikonya kerana ia akan menghilangkan kesemua data pada cakera keras, dan ada kemungkinan cakera keras anda tidak dapat digunakan jika tidak betul caranya.
d) Multimedia bermaksud banyak media, iaitu input dan output daripada komputer dapat dipersembahkan dalam banyak cara.
Sebagai contoh, selain daripada monitor sebagai media paparan, bunyi audio dapat didengar menerusi pembesar suara. Manakala selain dari disket dan cakera keras sebagai media input, anda boleh menggunakan media seperti CD-ROM dan sebagainya.
e) Komputer multimedia biasanya dimaksudkan kepada komputer yang dilengkapi dengan pemacu CD-ROM, kad bunyi (yang dipasang didalam komputer) dan pembesar suara. Ia tidak semestinya boleh menggunakan CD Video kerana video jenis itu memerlukan kad MPEG ataupun kad paparan tertentu yang menyokong perisian MPEG.

04:20 | Permalink