18 March 2006
Tips Komputer 16
Panduan Membeli Komputer
Pembelian sesuatu perkakasan komputer seharusnya dilakukan dengan bijak agar pembelian tersebut tidak merugikan . Apa yang paling penting ialah anda sepatutnya tidak tertipu atau teraniaya dengan apa jua muslihat para penjual. Bagi mengelakkan situasi demikian daripada berlaku kepada diri anda, langkah beringat perlu diambil di samping melengkapkan diri sendiri dengan pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan sebanyak mungkin. Antara langkah yang boleh anda ambil antaranya ialah:
MENGUMPUL MAKLUMAT
Sebelum kita membelanjakan wang (lebih-lebih lagi da1am jumlah yang agak besar) bagi membeli sesuatu perkakasan moden dan berteknologi tinggi, lazimnya memerlukan perancangan dan sedikit penyelidikan.
Sebagai langkah pertama, anda perlu mengumpu1maklumat yang berbeza-beza bagi setiap jenis peralatan atau perkakasan yang hendak dibeli.
Sumber maklumat tentang sesuatu produk biasanya boleh didapati daripada orang yang berpengalaman( contohnya juruteknik, jurujual, dan jurutera), media elektronik (TV, radio) atau media cetak (majalah, akhbar) di pasaran. Walau bagaimanapun anda juga boleh mengumpul pelbagai sumber maklumat dari ruangan siber. Kini sudah terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan perkakasan atau peralatan yang boleh anda perolehi dengan menjelajah di ruangan siber. Sumber maklumat yang dimaksudkan boleh diperolehi melalui perkhidmatan dalam talian ( on-line) atau tapak-tapak Web bagi kebanyakan pengeluar serta vendor perkakasan berkenaan. Cara mendapatkan maklumatnya terpulanglah kepada anda samada menggunakan komputer peribadi (PC) atau WebTV.
MENENTUKAN SPESIFIKASI
Pastikan juga anda mengetahui apakah tahap kepentingan atau keperluan anda terhadap sesuatu pekakasan yang hendak beli dan kesannya terhadap kerja-kerja anda jika tidak memilikinya. Sebagai contoh apakah kesannya terhadap kelancaran tugas anda jika tidak memiliki sebuah alat pencetak (printer). Dalam pada itu anda juga perlu mengetahui tentang spesifikasi teknikal sesuatu produk tersebut. Jika anda ingin membeli PC sepatutnya anda mengetahui tentang kelajuan cip pemproses, saiz memori, kapasiti cakera keras, kelajuan pemacu CD-ROM, resolusi monitor dan sebagainya. Setelah menentukan spesifikasi sesuatu produk tersebut,pastikan juga kedapatannya di pasaran tempatan atau yang terdekat.
KESESUAIAN PERKAKASAN
Apabila spesifikasi produk tadi telah berjaya ditentukan.langkah seterusnya ialah menentukan kesesuaian semasa perkakasan yang telah memenuhi keperluan anda itu. Perlujuga diingatkan bahawa sesetengah produk yang telah dikenalpasti itu adakalanya melebihi keperluan anda dalam beberapa aspek tertentu. Pada masa yang sama, anda seharusnya dapat menjangkakan keperluan anda di masa hadapan, dan ingat jangan sampai tersalah jangka sehingga membeli produk yang terlalu canggih atau terlalu mahal berbanding dengan keperluan semasa anda. Di samping itu sanggupkah anda membeli atau menggunakan perkakasan yang akan menjadi antik serta ketinggalan dalam tempoh terdekat.
MENGENAL PASTI VENDOR
Di negara kita sahaja terdapat lebih daripada sebuah vendor yang menjadi peneraju dalam pengeluaran atau pemasaran sesuatu perkakasan serta mempunyai reputasi yang baik di kalangan pembeli khususnya dalam membekalkan barangniaga berkualiti serta pada harga yang berpatutan. Langkah anda yang seterusnya ialah mendapatkan maklumat dan senarai terbaik bagi syarikat -syarikat yang menceburi segmen industri perkakasan. Berpandukan kepada senarai tersebut cuba bandingkan keperluan anda dengan spesifikasi barangniaga yang mereka tawarkan. Anda juga boleh menggunakan maklumat tersebut sebagai garis panduan untuk membuat perbandingan dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain.
--------------------------------------------------------------------------------
Tukar Gambar TV/Monitor System Resources
Pernah melihat System Properties? Buka Start -> Control Panel dan dalam tu ada System Properties, atau Right click ICON My Computer dan pilih Properties.
Perasan tak ada gambar macam Monitor/TV pada sudut atas sebelah kiri? Teringin nak menukarnya? :P
Biasanya orang akan tukar OEM logo pada bahagian bawah sebelah kiri (kalau anda punya tak ada, just create satu gambar format BITMAP, dan save jadi oemlogo.bmp, dan simpan dalam SYSTEM folder anda, nanti gambar anda akan keluar.
Camana pulak nak tukar Gambar TV/Monitor kat System Properties tu?
Ok, sekarang ni apa-apa hal, sediakan satu imej dalam format bitmap terlebih dahulu (sama macam oemlogo.bmp tu pun boleh). Saya andaikan yang anda nak letak gambar yang sama seperti OEMINFO kat situ! :)
Kat dalam ni mesti ramai yang pernah dengar software Reshack atau Resource Hacker, betul? Siapa yang tak ada boleh download di SINI! Dan extract kan dia menjadi satu folder dan dah boleh guna, Click aje file ResHacker.exe tu. (Jangan bimbang, software ni VIRUS free... ;))
Kemudian cari fail Sysdm.cpl di dalam direktori C:\WINDOWS\SYSTEM kalau anda guna windows98, ME dan C:\WINDOWS\SYSTEM32 kalau ko guna windows 2000 dan XP. Search sahaja kalau susah sangat.
Bila dah jumpa;
1. Run Reshack.
2. Pergi menu FILE pada Reshack dan click OPEN
3. Cari fail sysdm.cpl dan open.
4. Sekarang ni anda akan nampak beberapa DIREKTORI di sebelah kiri pada Reshack tu, ada BITMAP, ICON, DIALOG dan sebagainya.
5. Click tanda + disebelah BITMAP tu (orang di UK panggil expand :P
6. Nampak folder "1"? Ok, Expandkan dia lagi ke bawah... dan anda akan nampak nombor 1033, OK click nombor tu!
Jen Jen Jeng! Nampak tak Imej Monitor tu sekarang? ;) Itulah yang anda nak tukar, OK sekarang ni pulak cara nak replace imej tu;
1. Pegi pada MENU "Action" kat reshack dan amik "Replace Bitmap".
2. Dia akan keluar satu kotak, dan anda klik "open file with new bitmap..." dan select bitmap yang anda nak replace tu
3. Click butang "Replace"
Dan anda akan tengok MENU sebelah kiri tang BITMAP tu akan "Collapsed" (naik ke atas balik dan tanda + tu keluar). Taraaa! Gambar TV tadi tu dah pun bertukar!
Belum siap lagi tu!... sekarang ni pulak! kena save, tapi jangan save terus, pilih SAVE AS, dan letak kat tempat lain, letak jauh jauh, dalam drive D: ke apa ke...
Nak buat benda ni jadi, restart PC anda dan masa dia nak boot ke harddisk, cepat-cepat tekan F8, dan pilih:
1. Command Prompt only untuk windows98 dan ME.
2. Pilih Save Mode with Command Prompt untuk windows2000 dan XP
Sebab? file Sysdm.cpl tu adalah salah satu dari Windows File Protection dan dia tak kasi fail tu direplace, diubah ketika windows tengah beroperasi. Sebab tu kena pegi Safe Mode.
Bila dah masuk dalam command prompt, Just taip command ni -> copy C:\Windows\yoursystem\Sysdm.cpl C:\Windows\yoursystem\Sysdm.bak
dimana yang ni gunanya sebagai backup, mana la tahukan yang anda dah modified tu tak jadi plak!
(NOTA: %yoursystem% tu samada anda punya folder system, SYSTEM atau SYSTEM32)
OK, sekarang ni proses nak replace file original kepada file yang anda dah tukar. Pada command prompt taip aje -> copy X:\Sysdm.cpl C:\WINDOWS\yoursystem (NOTA: X tu anda punya drive lain, atau kalau anda save dalam C:\My Documents, jadilah macamni -> copy "C:\My Documents\Sysdm.cpl" C:\Windows\yoursystem)
Siap!, Restart balik PC anda supaya dia boot macam biasa, dan check anda punya System Properties!
Selamat Mencuba!
--------------------------------------------------------------------------------
Reset BIOS
Kekadang ramai orang yang terlupa password yang telah disetkan kat bios then diorg cabut bateri bios untuk meng setkan semula bios diorang...
Tapi kadang² cara ni boleh buatkan tetiba je bios tu tak berfungsi mungkin tersalah pasang atau apeke... so ramai mengeluh bila bios tak jalan dan ade juga yang terus hantar kedai... atau minta tolong member...
So.. sebenarnya kalau nak reset semula bios... camni.. Bukak casing cpu tu then cari mana bateri bios tu (pastikan switch off dulu cpu) ... Lepas tu cari dekat² situ jugak ... atau dekat² dgn chip bios tu... ada satu bhg jumper ( 3 pin ) dengan satu 'jumper caps' yg tutup 2 drp 3 pin tu...!! ( ditutup pada pin no 1&2 - tapi kat mobo tu tak tulis no )
Bukak jumper caps tu pada 2 pin ( no 1&2 )tu ..then cucuk balik pada jumper pada pin no 2& 3 ... ( tgh dan pin yg tak ditutup pada awal setting tadi )... biar selama 5 saat... then pasang semula spt asal... masuk pada pin 1&2 semula...ok...itu je...
Nota : Lebih jika sumber kuasa di matikan terus (off power plug) dan bukan sahaja off CPU, ini kerana dalam sesetengah keadaan, walaupun CPU di matikan (off) namun ia masih dalam keadaan "Standby" dan masih ada ingatan yang disimpannya.
--------------------------------------------------------------------------------
Tips Format Hard Disk
Apabila anda nak format hard disk, anda boleh guna cara saya untuk mempercepatkan hard disk
[taip]
FORMAT X: /Z:64 [ENTER]
(X: adalah drive letter HD anda & 64 bermakna 64 block dlm satu cluster ia adalah 32 pada keadaan normal)
Apabila anda nak format dengan cepat:
[taip]
FORMAT X: /Q [ENTER]
(X: adalah drive letter HD anda)
Apabila anda nak habuskan segala data dlm HD
(data dlm hd anda "fully unrestoreable")
Banyak digunakan dlm HD baru atau dicerobohi virus
[taip]
FORMAT X: /U [ENTER]
(X: adalah drive letter HD anda)
Apabila anda nak format dgn "surface test"
(ini dapat kesan bad sektor)
Format X: /F [ENTER]
(X: adalah drive letter HD anda)
Apabila anda perlukan contoh
Format C: /U /Z:64
--------------------------------------------------------------------------------
Menggunakan Enjin Pencari
ENJIN Pencari seperti Yahoo!, AltaVista, Excite, Lycos dan sebagainya merupakan tapak web yang paling popular dalam Internet kerana kebanyakkan pengguna akan mendapatkan khidmat tapak ini untuk mencari bahan diingini dalam Internet.
Berikut ialah beberapa petua atau tip untuk menggunakan enjin pencari:
Pertama, Anda harus mengetahui kata kunci (keyword) yang akan digunakan dalam mencari bahan-bahan dan halaman web yang anda ingini. Jika anda kurang pasti apakah nama tapak atau bahan yang anda cari, anda boleh menggunakan perkataan yang umum dan enjin pencari akan menyenaraikan kesemua maklumat berkaitan perkataan ditaip.
Bagaimanapun, anda juga boleh menggabungkan dua atau tiga perkataan dengan lebih spesifik untuk mempercepatkannya proses pencarian.
Contohnya, jika anda ingin mendapatkan maklumat Multimedia Super Corridor, anda boleh menaip ketiga-tiga perkataan tersebut.
Keduanya, jika tapak enjin pencari yang anda gunakan agak sibuk dan lambat, anda boleh menukar kepada tapak enjin pencari yang lain atau menggunakan tapak pantulan (mirror site) syarikat tersebut yang lokasinya lebih berhampiran.
Untuk pengetahuan anda terdapat beratus enjin pencari dalam Internet.
Jika telah mendapat maklumat atau tapak web yang anda cari, jangan lupa untuk merekodkan maklumat itu di dalam Favorites (Internet Explorer) atau Bookmark (Netscape Communicator) bagi memudahkan anda mencarinya pada masa akan datang.
Anda juga harus mengetahui sintaks (syntax) atau cara arahan diberi seperti meletakkan tanda-tanda + atau - bersama-sama kata kunci. Contohnya, Multimedia +Super +Corridor.
Sesetengah enjin pencari pula menggunakan sintaks yang berlainan, contohnya perkataan AND dan NOT untuk menggantikan tanda + dan -.
Manakala sesetengah yang lain pula hanya memerlukan anda memilih jenis carian daripada pilihan menu yang disediakan
--------------------------------------------------------------------------------
Mempertingkat Keupayaan Komputer
Sudah tentu dewasa ini komputer anda adalah antara yang tercanggih pernah wujud di atas muka bumi ini kerana menggunakan pemproses yang pantas. Tetapi tahukah anda bahawa penggunaan komputer yang efisien dan efektif dapat mempertingkatkan keupayaan komputer anda? Di sini saya suka untuk berkongsi tips dan tricks tentang bagaimana untuk mempertingkatkan keupayaan hard disk komputer anda ke tahap maksimum.
Mula-mula right click pada icon my computer di atas desktop > properties dan dialog box untuk system properties akan pop-up. Ambik tab devices dan expand hard disk controller menu dan select jenis hard disk yang anda guna (bukan floppy disk). Dan double click pada hard disk tu untuk pop-up kan properties nya. Ambik settings, dan check checkbox DMA. Restart komputer anda dan hard disk anda akan berada dalam keadaan fully utilized. Hal ini juga boleh digunakan untuk cdrom drive dan segala drive yang ada DMA settings. Kadang-kadang tidak semua cdrom drives boleh enable DMA...
Kendian, dalam system properties yang sama select performance tab dan kat situ ada menu 'desktop computer'. Tukar benda tu jadik network server dan apply kan supaya features tu dapat di activate. Restart komputer kalau mahu dan jalankan kehidupan anda seperti biasa. Komputer anda akan lebih best...
--------------------------------------------------------------------------------
Shortcut Shutdown / Restart
Memula buat shortcut > Klik kanan desktop > New > Shortcut > Rundll.Exe
Lepas tu klik kanan kat shortcut tadi letak command kat bawah ni
Untuk ShutDown...
Shut Down - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindows
Untuk Restart Komputer
Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
Untuk Restart Komputer tanpa rebooting
Faster Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindowsexec
', 550, 320, true, false); //-->
03:25 | Permalink