Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

02 April 2006

Mutiara Kata

161105031

"Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya"

Tun Dr. Mahathir Mohamad, April 19, 2001

Majlis Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan 2001



231105032

"Kita harus sedar bahawa kita harus menghadapi pelbagai cabaran dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Hanya mereka yang mempunyai keyakinan dan keupayaan sahaja yang akan dapat menghadapi persaingan sengit bagi merebut kejayaan"

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ogos 28, 2001

Majlis Jubli Emas Gabungan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia



281105033

"Apabila kita sentiasa berpendirian bahawa apa yang kita capai adalah masih rendah jika dibandingkan dengan kemampuan dan kebolehan yang ada atau yang mungkin kita adakan, akan membuatkan kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki apa jua yang kita lakukan"

Tun Dr. Mahathir Mohamad, November 20, 1993

Response as to Why the Us was still Unclear about EAEC



020205034

"Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri"

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Disember 27, 1981

Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD)



180106035

"Kekayaan tidak bermakna dan pembangunan tidak berguna tanpa kualiti dalam kehidupan"

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Peutusan Tahun Baru 1984



020206036

"Untuk memperbaiki perlukan perubahan, kesempurnaan pula adalah kerap melakukan perubahan"

Winston Churchill



220206037

"Sesungguhnya, kejayaan hari ini tidak dapat kita jamin akan berterusan dan kekal selamanya."

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Ucapan Bajet 2004



010306038

"Penggubahan dan penyesuaian budaya kerja yang berkualiti bukanlah sesuatu yang boleh ditamatkan apabila mencapai kepada matlamatnya. Ia adalah satu uasaha yang berterusan iaitu ia perlu ditingkatkan sepanjang masa."

Tun Dr. Mahathir Mohamad

12 November 1987

080306039

"Dalam keadaan ekonomi masyarakat moden yang begitu kompleks, pengurusan tidak lagi mudah. Ia memerlukan kebolehan dalam pengurusan kakitangan, pengurusan projek, pengurusan kewangan, fahaman berkenaan dengan bahan, proses dan kos dan sebagainya. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pengalaman semata-mata tetapi pembelajaran boleh memendekkan proses pengalaman. Sebab itulah Kerajaan menubuhkan sebuah universiti khusus untuk mengajar pengurusan. Tugas Universiti Utara Malaysia ialah untuk membekalkan negara dengan bakal pengurus yang berkelayakan."

Tun Dr. Mahathir Mohamad, 7 Disember 1985

Majlis Perasmian Ekspo Keusahawanan Pelajar, Kuala Lumpur



150306040

"Bagi mereka yang sanggup berusaha kuat dan tabah menghadapi cabaran, mereka boleh berjaya."

220306041

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjayaā€¯.

15:55 | Permalink