Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

05 April 2006

Latarbelakang KMNS.

Merupakan salah sebuah matrikulasi yang dikendali sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dibuka pada 1 Januari 2000 dan mula menerima kemasukan pelajar pertama seramai 491 orang dari Kolej Matrikulasi Melaka.
14 Februari 2000 telah mendaftarkan pelajar seramai 2,135 orang.
5 April 2003 pelajar yang telah mendaftar lebih kurang 2418 orang termasuk bukan Bumiputera.
10 April 2004 seramai 2633 pelajar telah mendaftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Konsep Program Matrikulasi

Merupakan persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan SPM yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPTA / IPTS dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan.
Pengajian program ini mengambil masa selama dua semester atau satu tahun.
Kurikulum yang disediakan memberikan penekanan yang seimbang dalam aspek akademik, pembentukan sahsiah dan kecergasan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh pihak kementerian, malah setiap pelajar diberikan elaun wang saku sebanyak RM 200.00 sebulan tanpa mengira pendapatan penjaga.
Pelajar diwajibkan untuk memenuhi syarat minimum yang telah ditetapkan oleh IPTA terutamanya lulus dalam peperiksaan (sekurang-kurangnya PNGK 2.00) sebelum ditawarkan tempat di IPTA.
Objektif

Mengeluarkan para lulusan matrikulasi yang mencukupi untuk program ijazah pertama dalam bidang profesional seperti sains, teknologi, perakaunan dan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara.
Membina insan pelajar berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketrampilan dan berdaya saing seperti yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Negara untuk menjadi pelapis profesional bumiputra dan pemimpin masa depan.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pelajar bagi mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan di kalangan bumiputera negara ini.
Visi Dan Misi KMNS

Visi - KMNS pusat kecemerlangan akademik dan sahsiah menjelang tahun 2007.

Misi - Memastikan 75% pelajar mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.00

MASA LAWATAN

Hari lawatan bagi penjaga ialah pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum
Masa lawatan mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Penjaga yang hendak membawa anak keluar walaupun pada hari lawatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada felo bertugas. Anak yang dibawa keluar harus dihantar pulang ke asrama tidak lewat daripada pukul 6.00 petang kecuali kecemasan.
Sistem Kawalan Keluar / Masuk Kolej


Semua urusan keluar / masuk kawasan kolej oleh pelajar dan penjaga / pelawat hanya melalui pintu utama
Penjaga / pelawat yang hendak masuk atau keluar kawasan kolej dikehendaki berhenti untuk pemeriksaan pengawal keselamatan dipintu masuk kolej.
Hanya penjaga yang mempunyai Kad Pelawat Pelajar yang sah sahaja dibenarkan masuk ke kawasan kolej untuk menemui / berurusan dengan pelajar.
Cuti Balik Bermalam


Cuti balik bermalam dibenarkan pada setiap minggu yang tiada program rasmi kolej setelah mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kelulusan balik bermalam yang melibatkan waktu kuliah dan aktiviti kolej hanya daripada Pengarah, Ketua Jabatan atau Penolong Pengarah HEP sahaja.
Kelulusan balik bermalam yang tidak melibatkan waktu kuliah / aktiviti kolej hanya daripada warden blok sahaja. Pelajar diminta memohon kebenaran dengan mengisi borang permohonan selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh yang dicadangkan.



KOLEJ KEDIAMAN

Semua pelajar yang mendaftar bagi Program Matrikulasi di KMNS dikehendaki tinggal di kolej-kolej kediaman yang disediakan.Terdapat 3 Kolej Kediaman yang terdiri daripada 15 blok penginapan yang mampu menampung 3000 pelajar pada satu-satu masa. Kolej-kolej Kediaman tersebut dikenali sebagai Kolej Kediaman Jauhari yang diketuai oleh Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas sebagai Pengetua, Kolej Kediaman Bestari yang diketuai oleh Ketua Jabatan Matematik dan Teknologi Maklumat dan Kolej Kediaman Cendikia yang diketuai oleh Ketua Jabatan Sains. Kolej Kediaman Jauhari dan Kolej Kediaman Cendikia menempatkan pelajar puteri manakala Kolej Kediaman Bestari menempatkan pelajar putera.

PUSAT SUMBER

Pusat Sumber berperanan sebagai sumber ilmu bagi membantu pelajar dalam mengukuhkan lagi pembelajaran yang diterima semasa kuliah, amali dan tutoran serta merupakan ruang rujukan, penyelidikan dan perbincangan bagi warga kolej seluruhnya. Pusat Sumber KMNS ini dilengkapi dengan pelbagai jenis maklumat yang bercetak dan tidak bercetak seperti buku-buku rujukan, koleksi khas, video, bilik untuk melayari internet dan sebagainya.

PERKHIDMATAN ATM-GIRO
Perkhidmatan ATM-GIRO disediakan di tingkat bawah Bangunan Pusat Sumber bagi memudahkan pelajar mengeluarkan wang mengikut kesesuaian masa mereka.

KAFETARIA

Pihak Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan menyediakan 8 buah kafetaria bagi menampung keperluan seluruh pelajar kolej. Terdapat 2 buah kafetaria di setiap kolej kediamanyang beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga jam 11.00 malam dan dua buah kafetaria lagi terletak berhampiran bangunan pentadbiran bagi kemudahan staf KMNS dan pelajar semasa waktu pejabat.

MAKMAL KOMPUTER
Terdapat 7 buah makmal komputer yang mempunyai 31 buah komputer setiap satu dan terletak di tingkat dua Bangunan Pusat Sumber. Setiap makmal dilengkapi dengan segala peralatan dan perisisan yang perlu bagi proses pengajaran dan pembelajaransubjek Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Melalui subjek Teknologi Maklumat, semua pelajar didedahkan dengan kemahiran menggunakan komputer sama ada untuk membuat tugasan atau mencari maklumat.

KOMPLEKS SUKAN
Bagi menggalakkan pelajar-pelajar bergerak aktif, pelbagai kemudahan untuk aktiviti sukan dan rekreasi disediakan, antaranya kemudahan untuk permainan tenis, bola tampar, badminton, squash, bola keranjang, bola jaring, hoki, bola sepak serta ping pong. Selain daripada itu peralatan perkhemahan juga ada disediakan.

PUSAT PELAJAR

Pusat Pelajar ini sering menjadi tumpuan terutama pada sebelah petang dan malam. Pelbagai kemudahan disediakan di pusat ini, antaranya kedai koperasi yang menjual segala keperluan pelajar seperti alatulis, suratkhabar dan majalah, roti dan biskut, minuman, sabun dan sebagainya, perkhidmatan klinik yang dibuka mengikut jadual,bilik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,kedai dobi, kedai fotostat dan Cyber café.


LOKASI KMNS

Kedudukannya ialah di Batu 46, Senaling, Kuala Pilah. Sekiranya anda datang dari arah Seremban, anda akan melalui jalan Bukit Putus dan seterusnya melalui pekan Kuala Pilah. Anda akan menjumpai simpang tiga berserta lampu isyarat, seterusnya sila belok kekanan dan menuju ke lokasi kami yang mana lebih kurang 2.5 KM sahaja dari pekan Kuala Pilah.

MAKLUMAT LANJUT:

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pelajaran Malaysia
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel: 06-4841825 Fax: 06-4841821
E-mail: kmns_kpm@hotmail.com
kmnskpm@tm.net.my

15:45 Posted in SEJARAH KMNS | Permalink