Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

04 March 2006

Semakan Kemasukan 2005/2006

(Senarai semak ini adalah sebagai PANDUAN ASAS sahaja)


MENERIMA TAWARAN

Sediakan perkara berikut:

Gambar Ukuran Pasport (10 keping)
Salinan Sijil Lahir
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Slip Keputusan SPM
Salinan Sijil Berhenti
Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu
Salinan Sijil Lahir Bapa dan Ibu
Salinan Surat Tawaran Kursus dari BMKPM
Setem Hasil RM10.00 - 2 keping


YURAN PENDAFTARAN

(rujuk surat tawaran)


KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)

PELAJAR LELAKI

Kemeja Warna putih dan warna cerah
tanpa corak berlengan panjang - 3 helai
Seluar panjang (slack) berwarna
gelap - 3 helai
Tali Leher - 1 helai
Baju Melayu (Pelajar Islam) - 1 sut
Songkok (hitam sahaja - Pelajar Islam)
- 1 buah
Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam)
- 2 pasang
Kemeja T berkolar - 3 helai
Selimut - 1 helai
Kasut Kulit / PVC - 1 pasang
Kasut Sukan - 1 pasang
Sarung Kaki - 3 pasang
Seluar trek - 2 helai
Keperluan peribadi yang lain
Sarung bantal dan cadar tambahan


PELAJAR PEREMPUAN

Baju (sopan, kemas dan tidak
menjolok mata) - 3 pasang
Pakaian Sembahyang
(Pelajar Islam) - 2 pasang
Kemeja T berkolar berlengan
panjang - 2 helai
Selimut - 1 helai
Kasut Kulit / PVC - 1 pasang
Kasut Sukan - 1 pasang
Sarung Kaki - 3 pasang
Seluar trek - 2 helai
Keperluan peribadi yang lain
Sarung bantal dan cadar tambahan


PENDAFTARAN PELAJAR

Anda dikehendaki melapur diri pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak kolej (rujuk surat tawaran yang dikeluarkan oleh kolej berkenaan)

Sila bawa bersama perkara berikut pada hari pendaftaran.

Salinan slip yuran pengajian BSN ke-2
(slip warna biru) dengan jumlah yang ditetapkan
Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar (DPP)
yang telah lengkap
Borang maklumat bank akaun Giro BSN yang
telah lengkap
Borang maklumat Kad Matrik yang telah lengkap
Borang Perjanjian Pengambilan & Pembiayaan Pelajar
Matrikulasi yang telah lengkap (ditampal setem hasil
RM 10.00 bagi setiap set)
Keperluan harian peribadi.

PENGINAPAN SEMASA PENGAJIAN

Semua pelajar Program Matrikulasi wajib tinggal di asrama yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal diluar asrama tidak akan dilayan.

PENDAFTARAN LEWAT

Kebenaran akan diberi oleh pihak kolej dengan syarat:-

Telah membuat rayuan secara bertulis kepada Pengarah Kolej Matrikulasi berkenaan.
Mengemukakan surat sokongan / bukti bagi menyokong rayuan.
Hanya alasan berikut sahaja yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kolej.

Pelajar terlibat dengan kemalangan
Kematian ahli keluarga pelajar terdekat
Pelajar masih dalam rawatan perubatan


SENARAI SEMAK TERAKHIR

Berikut disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh anda sebelum mendaftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila tandakan dalam kotak yang disediakan.

Telah membuat pembayaran di BSN dan
membawa salinan slip yuran pengajian
BSN ke-2 (slip warna biru) dan ke-3
(slip warna merah jambu)
Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar
yang lengkap
Borang Maklumat GIRO BSN yang lengkap
Borang Maklumat Kad Matrik yang lengkap
Borang Perjanjian Pengambilan &
Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi,
KPM yang lengkap
Gambar Ukuran Pasport 8 keping
Pakaian dan Kekemasan Diri yang
ditetapkan
Pakaian ke Kuliah / Tutorial / Amali
Menyediakan Keperluan Peribadi
Membawa wang saku yang mencukupi


RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN

LELAKI

Berpakaian kemas - baju kemeja dan
berseluar 'slack' (Kemeja -T dan pakaian
jeans tidak dibenarkan sama sekali.
Berkasut
Rambut tidak diwarnakan, panjang
rambut tidak melebihi paras kolar, diurus
dengan rapi dan kemas, sesuai dengan
perwatakan seorang pelajar matrikulasi.


PEREMPUAN

Berpakaian kemas, sopan dan tidak
menjolok mata.(pakaian Kemeja-T
dan jeans tidak dibenarkan sama sekali).
Berkasut
Bagi yang tidak bertudung, pastikan
rambut diikat rapi dan kemas, sesuai
dengan perwatakan seorang pelajar
matrikulasi.
Rambut tidak diwarnakan


PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH/TUTORIAL/AMALI

PELAJAR LELAKI

Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang/
bertali leher dan berseluar panjang
Dikehendaki memakai kasut
Dilarang berpakaian:

seluar pendek
seluar jeans
kemeja 'Hawai'
kemeja 'T'
kasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal
pakaian bersukan termasuk pakaian trek
PELAJAR PEREMPUAN

Dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak
menjolok mata
Dikehendaki memakai kasut
Dilarang berpakaian:

baju 'T'
seluar jeans dan skirt pendek
sebarang jenis baju tanpa lengan
kasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal
pakaian bersukan termasuk pakaian trek
sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan bahagian muka

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU


Minggu Pengurusan Pelajar Baru akan bermula pada hari pendaftaran.
Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Pihak pengurusan kolej matrikulasi berhak mengambil tindakan tatatertib sekiranya ada pelajar yang didapati tidak mengikuti aktiviti-aktiviti atau melanggar Etika dan Peraturan Minggu Pengurusan Pelajar Baru yang telah ditetapkan.
Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafetaria kolej kediaman. Anggaran kos makanan bagi setiap pelajar ialah RM 10.00 / sehari.


PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

Setelah mendaftar sebagai pelajar kolej matrikulasi, maka disepanjang tempoh pengajian, saudara adalah tertakluk kepada;

Syarat Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syarat dan Peraturan Akademik Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
Undang-undang Malaysia Akta 174
Peraturan-peraturan yang termaktub dalam Buku Peraturan Pelajar (Akta 174)
Undang-undang kecil / Tambahan kolej matrikulasi.
Anda yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan tidak dibenarkan berkahwin sepanjang mengikuti Program Matrikulasi.

Semua Pelajar kolej Matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor didalam kolej.

BANTUAN KEWANGAN

Yuran Pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
NOTA:
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK KOLEJ MATRIKULASI ANDA DITEMPATKAN.

17:10 | Permalink