Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

05 April 2006

Mengurus Masa Belajar

Mengurus Masa Belajar


Masa bukanlah emas sebab masa tidak boleh dijual beli seperti emas.
Masa sebenarnya ialah degupan jantung anda. Masa adalah nyawa anda,
kehidupan anda. - Dr. T. Asmadi

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat
diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti
lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara
faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda mestilah:

Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari.
Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga
5 - 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini
bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di
waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini
menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.



Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar
yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan
selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan
tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih
kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda
sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui
sebelumnya.

Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya
tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota,
menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda
atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan
sebagainya.

Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan
yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu
menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya,
meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam
adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan
memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.

Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan
yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda
tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi
membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam
sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari.
Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang
telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put
first things first".

Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda
jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah
diselesaikan dengan jayanya dalam senarai "to do" anda.

Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap
perancangan yang telah anda senaraikan.

Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan
lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.

Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap
proses "RECALL". Iaitu proses memanggil semula maklumat.

Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil
diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas,
dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil
ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari. Oleh itu
manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.

Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini
bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun?
Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?



TAHUKAH ANDA?

Kalau anda ditakdirkan hidup selama 90 tahun, anda menghabiskan 30
tahun dari usia anda hanya untuk tidur

16:43 | Permalink