09 April 2006
Mutiara Kata 1
Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit -- William Shakespeare
Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi
Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan memotongmu.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
Kenali senjata wanita: Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian" -Kitab Melayu Lama Tajul Muluk
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.
Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia" - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,
tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan.
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan
Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian
Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.
Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.
Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.
Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita
Pujian adalah makanan minda dan ia meransang otak. Otak yang teransang hasil daripada pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif
Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri didalam rumah.
Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
1. teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima apa yang sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah dari perkataan keji
Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.
Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.
Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di kelopak mata kita..
Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau payah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma .
Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus
Mengemukakan dalil kepada orang bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya amat sukar
Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu itu.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Hanya orang yang bodoh sahaja akan terhantuk kepada batu yang sama buat kali ketiga, apabila hantukan yang pertama itu tidak diambil peduli.
Kesilapan itu adalah peluang untuk membuat kejayaan yang lebih cemerlang.
Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya bagi orang yang benar-benar ikhlas mencarinya
Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerosakan dalam mencapai kejayaan Ilmu
Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun- Peribahasa Belanda
05:15 | Permalink