Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

15 February 2007

Merdeka muliakan harga diri manusia

KEMERDEKAAN ialah nilai terunggul dalam Islam. Malah, Islam dan kemerdekaan terlalu sinonim. Satu daripada cita-cita utama agama Islam ialah memerdekakan manusia. Apabila manusia memiliki kemerdekaan, nilai ajaran Islam secara langsung terjelma dalam kehidupan.
Ramai yang keliru dan beranggapan bahawa agama Islam mengongkong kehidupan. Kekeliruan ini amat menyedihkan. Sekiranya seseorang itu benar-benar menyelami inti ajaran Islam, dia akan mendapati Islam adalah agama pembebasan.
Ini dapat ditelusuri menerusi beberapa prinsip utama ajaran Islam. Pertama ialah ajaran kepercayaan atau akidah yang menjadi tunjang agama.
Prinsip yang menunjangi akidah Islam dikenali sebagai tauhid. Inti terpenting daripada prinsip ini ialah mengenai kesamarataan manusia di sisi Tuhan. Hanya Allah yang paling tinggi dan sumber ketaatan serta pertanggungjawaban manusia. Manakala kedudukan manusia di sisi manusia yang lain adalah setara dan saksama.
Berasaskan prinsip tauhid ini, Islam menyanjungi kemerdekaan setiap manusia. Memandangkan kedudukan manusia adalah setara dan tanggungjawab mereka terhadap Tuhan adalah saksama, maka, seseorang itu berhak menikmati nilai kemerdekaan dirinya. Dengan kata lain, tidak ada seorang manusia didunia ini walaupun daripada bangsa atau keturunan mana sekalipun yang berhak mencabuli kemerdekaan yang dikurniakan Tuhan.
Ajaran Islam menolak pemikiran dan kepercayaan bahawa sesetengah individu atau kelompok manusia lebih mulia atau tinggi darjat dan kehormatannya berbanding yang lain. Sehubungan dengan kefahaman inilah, ajaran Islam menolak konsep perhambaan atau sistem kasta yang meletakkan kedudukan sosial tertentu bagi satu-satu kelompok masyarakat sehingga menyekat pergaulan dan perhubungan.
Islam sebagai agama pembebasan manusia memang cukup dihayati pengertiannya oleh masyarakat di Tanah Arab pada awal perkembangan-nya. Oleh sebab itu, agama Islam begitu mudah tersebar.
Dalam keadaan masyarakat pada waktu itu yang ditadbir berasaskan kemuliaan sesuatu kabilah atau puak, ia mengundang eksploitasi dan penindasan secara berleluasa. Golongan miskin dan fakir menjadi mangsa ketidakadilan. Keringat mereka dikerah sewenang-wenang untuk kesenangan golongan bangsawan tanpa imbuhan setimpal. Hak mereka se-ring dirampas secara paksaan.
Kedatangan Islam seumpama sinar baru mengubat kesengsaraan yang sekian lama dialami masyarakat Arab. Islam menekankan hak dan kedudukan mereka yang setara dan saksama.
Seruan kepada pembebasan manusia tambah diyakini menerusi kepemimpinan Nabi Muhamad SAW yang tersohor dengan peribadi mulia lagi jujur. Seruan Nabi Muhamad SAW yang menegaskan bahawa 'tiada perbezaan antara Arab atau bukan Arab' dan 'semua manusia berasal daripada Adam dan Adam dijadikan daripada tanah' (maksud ha-dis), sering terngiang-ngiang dalam dakapan pendengaran mereka. Seruan itu memang benar apabila mereka melihat sendiri layanan dan cara kehidupan masyarakat awal Islam yang ditadbir Nabi Muhamad SAW secara penuh saksama dan adil.
Penghayatan makna seruan pembebasan manusia ke arah kesaksamaan taraf dan kedudukan menjadi asas terhadap penentangan masyarakat Islam terhadap apa juga bentuk yang membawa kepada penindasan sesama manusia. Kesedaran itu membangkitkan rasa benci terhadap sebarang unsur yang diistilahkan pada masa ini sebagai 'penjajahan'.
Memandangkan ada segelintir manusia yang rela memperoleh kesenangan di atas kesengsaraan orang lain, maka penjajahan digunakan sebagai saluran bagi tujuan itu. Sesungguhnya penjajahan, dalam apa juga bentuk adalah amalan yang mesti ditentang.
Penjajahan ini mesti ditentang dan diprotes secara berterusan oleh setiap individu menerusi cara yang sesuai. Selagi ada penjajahan, selagi itu manusia tidak memperoleh kemerdekaan.
Apabila seseorang itu terjajah, kehormatan dirinya turut tergadai. Oleh itu, memperjuangkan hak dan kehormatan diri dan kaum yang dirampas adalah ibadat yang besar di sisi agama. la seumpama berjuang bagi menegakkan agama itu sendiri kerana agama diturunkan bagi memuliakan bangsa manusia.
Apabila agama Islam menyeru kepada pembebasan dan kemerdekaan manusia, ia sebenarnya menyeru kepada memartabatkan kehormatan manusia itu sendiri atau disebut dalam istilah al-Quran sebagai 'karamah insaniyyah'.
Dalam kata lain, manusia ialah kejadian Tuhan yang paling mulia dan kemuliaan ini adalah anugerah Tuhan yang paling agung. Tiada sesiapa juga daripada kalangan manusia yang boleh merampas kemuliaan dan kehormatan ini kerana ia kurniaan Tuhan.
Sekiranya ada manusia yang gemar dengan tabiat menindas, menzalimi dan menjatuhkan maruah manusia yang lain, maka sebenarnya, dia menghina anugerah dan kurniaan tertinggi Tuhan kepada manusia. Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami sudah memuliakan anak-anak Adam dan Kami berikan mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami sudah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang sudah Kami ciptakan." (Surah al-Israa', ayat 70)
Dalam hubungan ini, kemerdekaan ialah salah satu daripada ciri kemuliaan dan kehormatan manusi;' Oleh itu, ia perlu dipertahankan dengan sepenuhnya, walaupun sehingga terpaksa mengorbankan jiwa dan raga.
Menerusi kemerdekaan, karamah manusia terus terpelihara. Apabila karamah dapat dipelihara, maka akan tertegaklah agama. Tujuan agama ialah menjaga karamah manusia daripada tercabul oleh kerakusan manusia lain. Karamah ini hanya dapat dinikmati manusia apabila m memperoleh kemerdekaan dirinya.

Inti ajaran Islam
oJika seseorang itu menyelami inti ajaran Islam, dia mendapati Istam adalah agama pembebasan.
o Prinsip menunjangi akidah Islam dikenali sebagai tauhid dan inti terpenting daripada prinsip ini ialah mengenai kesamarataan di sisi Tuhan.
o Penghayatan makna seruan pembebasan manusia ke arah kesaksamaan taraf dan kedudukan menjadi asas penentangan masyarakat Islam terhadap apa juga bentuk yang membawa kepada penindasan sesama manusia.

06:23 Posted in PELBAGAI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.