19 June 2007
Jangkakan Kejayaan
(10 Petua Membina Sikap Positif )
Sikap terbina dari pelbagai faktor dan pengaruh. Diantaranya termasuklah faktor ibu bapa, budaya, agama, bahan media cetak dan
elektronik, idola, pemakanan, dan sebagainya (Lihat artikel Sikap Penentu Kejayaan). Atas dasar inilah maka kita dapat lihat terdapat cara fikir yang berbeza dalam sesuatu kaum atau bangsa. Apa yang kita lihat, dengar dan alami pastinya akan membentuk pegangan dan kepercayaan dalam diri kita. Kepercayaan dan pegangan hidup ini akan mempengaruhi tindakan dan tindakbalas kita.
Cuba perhatikan, apakah hanya secara kebetulan apabila orang menyebut perkataan JANJI MELAYU? Memang tidak semua orang melayu mungkir janji tetapi majoritinya begitulah. Apakah secara kebetulan juga apabila ada yang berkata AUTA KELING? Memang tidak semua india
begitu tetapi majoritinya kita sendiri tahu. Perkara tersebut terjadi kerana adanya persamaan dari aspek pemakanan dan budaya dalam sesuatu bangsa. Tambahan pula kita membesar dengan meniru mereka yang terlebih dahulu dewasa dari kita. Bak kata pepatah
kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sekiranya positif pegangan hidup kita maka postif jugalah nanti natijah dari tindakan kita. Seterusnya positiflah sikap kita.
Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah satu dari 10 Petua ini. Tetap bersama
saya.
Petua 1: Jangkakan kejayaan.
Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.
Petua 1: Jangkakan Kejayaan.
Anda sebenarnya boleh memilih tindakan dan tindakbalas anda. Tindakan ialah apa yang anda lakukan atau usahakan, tindakbalas pula
ialah respon anda terhadap apa yang berlaku atau terjadi atas diri anda. Sebahagian besar tindakan dan tindakbalas anda sebenarnya
berlaku secara spontan mengikut kebiasaan atau tabiat. Cuba fikirkan kembali bagaimana anda butangkan baju anda setiap hari?
Jalan mana anda ambil ke tempat kerja setiap pagi? Air apa yang anda minum untuk sarapan? Tanpa anda sedari arahan-arahan tersebut
datang tanpa anda sedari dari minda bawah sedar.
Kejayaan dan kegagalan ditentukan oleh perkara yang anda lakukan setiap hari, bukannya apa yang dilakukan sekali-sekala. Oleh itu
sangatlah penting agar tindakan dan tindakbalas spontan anda setiap hari menjana sikap positif dalam diri. Tindakan dan tindakbalas
anda menggambarkan sikap anda. Sikap anda pula berdasarkan cara anda lihat kehidupan yang bakal anda lalui dalam fikiran anda.
Kalau tindakan dan tindakbalas spontan anda adalah negatif, maka ia tidak menguntungkan anda. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Antara cara yang boleh anda lakukan ialah sentiasa jangkakan kejayaan itu milik anda. Lihat yang perjalanan usia anda
membawa anda kepada sesuatu yang besar dan bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat anda.
Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah
kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita lebih sering takutkan
kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada
manusia.
Tidak lama dahulu satu kajian telah dilakukan di sebuah sekolah di California. Guru-guru telah diberitahu, disebabkan kecemerlangan
mereka dalam pengajaran dan pembelajaran maka mereka hanya akan diberikan murid-murid yang mampu cemerlang dan berIQ tinggi sahaja pada tahun hadapan. Buka sahaja sessi sekolah yang baru, para pelajar yang akan menduduki kelas guru cemerlang tersebut terpaksa dipilih melalui satu ujian IQ yang khusus. Satu kumpulan pelajar yang telah berjaya dalam ujian IQ ini dan masukkan dalam kelas guru- guru tersebut. Mereka telah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan murid juga memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh. Walaupun banyak rintangan dan cabaran, namun guru-guru tidak pernah patah semangat kerana mereka yakin murid-murid ini mampu berjaya. Malah pengetua sekolah sendiri telah memberitahu guru-guru ini iaitu walaupun para pelajar ini berIQ tinggi, mereka tetap terpaksa
bertungkus lumus disebabkan mempelajari sesuatu yang baru memerlukan usaha yang gigih. Apabila peperiksaan dijalankan, hasilnya cukup
membanggakan, para pelajar telah menghasilkan pencapaian seperti yang dijangkakan.
Apa yang lebih dibanggakan lagi ialah sebenarnya guru-guru telah ditipu. Mereka sebenarnya tidak diberikan pelajar yang berIQ tinggi. Ujian IQ yang diadakan hanya sekadar gimik semata-mata. Para pelajar tersebut sebenarnya pelajar yang sederhana sahaja pencapaiannya. Apa yang telah berlaku? Kenapa pelajar ini tetap boleh cemerlang? Perubahan yang berlaku ialah JANGKAAN KEJAYAAN dalam diri pelajar dan guru-guru. Guru-guru menjangkakan bahawa mereka pasti mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini disebabkan mereka sememangnya telah diakui sebagai guru cemerlang dan diberikan pelajar yang bagus-bagus pula. Pelajar pula, setelah mengetahui keputusan ujian IQ, merasakan yang mereka baru menyedari suatu kehebatan yang selama ini mereka sendiri tidak pernah tahu. Mereka percaya bahawa otak mereka bijak. Mereka bersungguh-sungguh untuk membuktikan sememangnya mereka bijak. Ditambah dengan kesungguhan guru-guru tadi, segala harapan bertukar menjadi kenyataan.
Oleh itu jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah. Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang
orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Menjangkakan kejayaan itu
milik anda membuatkan anda tidak putus asa. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai hasrat, maka ubahlah. Pastikan juga anda
bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan anda. Lihat diri anda yang pastimerealisasikan harapan yang digenggam.
Ingat! Jangkakan kehebatan dalam diri anda dan diri orang lain dan kehebatan itu akan terserlah bila tiba masanya nanti.
Sekian..
04:41 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)
The comments are closed.