Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

15 August 2007

Prinsip-prinsip Kejayaan (Bahagian 1)

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu
bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan. Terdapat tiga
perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu
mampu direalisasikan.

Bertanggung jawab sepenuhnya. Yang pertama, anda perlu
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap siapa anda, apa yang anda capai
dan dimana anda berada hari ini. Anda perlu menerimanya, walaupun
pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran. Sekiranya
anda tidak mencapai apa yang anda inginkan maka andalah yang
bersalah, kalau bukan anda maka siapa lagi? Maknanya kalau anda
tidak mengawal haluan hidup anda maka orang lain akan menggunakan
segala kebolehan dan potensi yang ada pada diri anda. Hanya dengan
anda mengakui hakikat yang penting ini, maka barulah anda boleh
menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Anda tahu yang
anda punya pilihan lain, selain dari apa yang anda lakukan setiap
hari. Ingat, "Hanya anda sahaja yang boleh mengubah hidup anda,
bukan orang lain".

Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta
resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan
kejayaan. Kol. Sanders bersara pada usia 65 tahun. Ketika menerima
duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa. Beliau
tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil
yang diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan
resepi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran.
Malangnya, hasrat beliau ditolak. Adakah beliau berputus asa??
Tidakkk... beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih
ramai orang... orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata
tidakkkk... orang ke-1000 juga kata tidakkk... Tetapi orang ke-1008
kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS". Sembilan tahun kemudian, setelah
bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual bisnesnya dengan harga
US$2,000,000. Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar.
Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah
menyedari bahawa dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya
hari ini; dan dialah juga yang bertanggung jawab untuk memperbaiki
pencapaiannya. Tanpa ciri-ciri ini Kol. Sanders mungkin merasa
cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata-mata.

Anda juga pasti mahukan kejayaan. Adakah anda telah berusaha ribuan
kali seperti cerita Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari
api. Ramai pelajar sekolah yang apabila menyelesaikan masalah
matematik, sains dan lain-lain yang agak susah, hanya mencubanya
setakat beberapa kali sahaja. Tidak sampai pun 10 kali. Inikah
cara usaha anda yang impikan kejayaan? Ingatlah setiap masalah itu
datang dengannya penyelesaian. Setiap cabaran itu datang dengannya
habuan dan pulangannya. Teruslah berusaha... bukan setakat sekali,
sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali...

Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Yang kedua, untuk mendapat
sepuluh kali ganda kejayaan daripada orang lain bukanlah bermakna
anda perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat atau lebih bijak
dari mereka. Anda hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka
sekeliling anda. Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan
berbeza dalam menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda anda untuk
lebih baik sedikit daripada manusia biasa. Ini membolehkan anda
memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang tidak terfikir oleh
manusia biasa.

Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini. Dalam satu perlumbaan kuda,
kuda yang memenangi tempat pertama akan mendapat wang tunai
RM100,000 ringgit. Kuda ditempat kedua pula mendapat RM20,000
ringgit. Kuda ditempat pertama mendapat ganjaran lima kali ganda
lebih besar dari kuda yang kedua. Adakah ini juga bermakna kuda
pertama 5 kali ganda lebih laju dari kuda yang kedua? Atau kuda
pertama berlatih 5 kali ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda
kedua? Atau kuda yang pertama ditunggangi oleh orang yang 5 kali
lebih mahir dari kuda yang kedua? Jawapannya pasti sahaja TIDAK.
Kuda pertama mungkin mendahului kuda kedua sekadar satu langkah
sahaja ke garisan penamat. Ada ketikanya rakaman video perlu
dilihat untuk menentukan pemenang. Mungkin kuda pertama mendahului
seinci sahaja dari kuda kedua. tetapi seinci ini memberikan
pulangan 5 kali ganda lebih besar!

Begitulah juga dalam hidup ini. Anda perlu berusaha lebih sedikit
dari orang sekeliling anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Persepsi membentuk diri. Yang ketiga ialah persepsi anda. Iaitu
bagaimana anda melihat sesuatu yang berlaku terhadap anda dan
disekeliling anda. Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada
pilihan. Anda boleh memilih untuk senang atau susah. Apabila anda
memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan
maka tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak anda.
Persepsi anda terhadap sesuatu natijah pastinya mempengaruhi emosi
anda. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan anda dan seterusnya
pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. Turutan
ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah.



Dalam rajah ini, emosi anda terhadap apa sahaja yang berlaku
terhadap anda bergantung kepada cara fikir yang terbentuk secara
spontan. Apa perasaan anda apabila rakan anda tidak menunaikan
janjinya untuk hadir dalam satu mesyuarat yang cukup penting? Saya
yakin anda akan marah dan kecewa. Ini disebabkan anda fikir bahawa
rakan anda tidak boleh diharap. Tidak berpegang pada janji. Suka
menyusahkan orang lain dan sebagainya. Tetapi cuba ubah cara fikir
anda sekarang. Cuba fikirkan, jangan-jangan ada kemalangan. Jangan-
jangan ada yang jatuh sakit atau kematian. Bagaimana emosi anda
sekarang? Adakah anda masih marah dan kecewa? Pasti tidak. Emosi
anda kini berubah menjadi risau dan bimbang. Tindakan yang anda
ambil bergantung kepada emosi anda. Emosi yang terbentuk pula
dipengaruhi oleh cara fikir anda. Akhirnya hasil yang anda perolehi
sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, bergantung kepada cara fikir
atau persepsi anda. Oleh itu, mulai saat ini mulalah pilih cara
fikir yang menguntungkan anda. Yang membuatkan anda kelihatan
hebat. Islam sendiri melarang kira berburuk sangka dan banyak
bersabar. Ingat setiap apa yang berlaku mengandungi hikmah Allah
yang tersembunyi. Janganlah lagi menjadi orang yang bertindakbalas
secara spontan kepada keadaan dan persekitaran. Sebab tindakbalas
spontan ini kebiasaannya merugikan kehidupan anda.

Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran anda adalah
kehidupan yang akan anda tempuhi. Ada orang tetap bersemangat
walaupun berpuluh kali gagal sebab mereka tahu setiap kegagalan itu
datang bersamanya pengajaran yang cukup bermakna. Ubah cara fikir
anda. Ubah perancangan dan tindakan anda. Setiap kali gagal, cuba
SEKALI LAGI menggunakan pendekatan baru.

Ingat, Kolonel Sanders gagal lebih seribu kali. Apa yang anda perlu
lakukan ialah berusaha lebih sedikit daripada manusia biasa untuk
menjadi manusia luar biasa. Seterusnya mencapai kejayaan berlipat
kali ganda seperti kisah lumba kuda tadinya

05:42 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.