12 September 2007
Anda Semua Cantik dan Mengancam..
Dalam kebanyakan program motivasi yang saya kendalikan, selalu saya bertanya, "Anda semua yang berada di dalam dewan ini, siapa rasa dirinya cantik sila angkat tangan."
Tiada.
Kemudian saya ulang, "Siapa-siapa yang merasakan dirinya cantik sila angkat tangan." Masih tiada.
"Hai, tak ada seorang pun dalam dewan yang besar ni cantik?" Soal saya. Kemudian saya akan bertanya lag! buat kali ketiga, "Siapa-siapa di dalam dewan ini yang merasakan dirinya lawa dan cantik silalah angkat tangan."
Adalah dua tiga orang akan mengang-kat tangannya, itu pun malu-malu, takut-takut dan antara ia dengan tidak. Sebenarnya bukan tangan yang diangkat tetapi jari, rendah paras dada, takut dilihat dek orang.
"Sungguh kita ini tak tahu diuntung. Siapa kita untuk mengatakan diri kita tak cantik. Padahal kita dicipta oleh ALLAH, yang Maha Bijaksana. Beranikah anda mengatakan diri anda tidak cantik, sedangkan anda dicipta oleh ALLAH?"
Senyap…
Kemudian saya akan bertanya lagi, "Siapa-siapa di sini merasakan dirinya masih tak cantik, sila angkat tangan." Masing-masing toleh menoleh dan bertukar senyum, setengah-setengahnya tertawa kecil tetapi tiada siapa sanggup mengangkat tangan.
"Jadi, kalau begitu, apakah ini bermakna anda semua cantik? Ya atau tidak. Jawab."
"Yaaaaa!!!!" jawab semua orang sambil tertawa dan juga bersemangat.
"Baik, soalan saya yang terakhir. Siapa-siapa di dalam dewan ini yang merasakan dirinya cantik sila angkat tangan, tinggi sekali."
Seluruh dewan riuh dan tangan-tangan kelihatan menceracak di semua sudut.
"Ha, barulah betul," kata saya. Dewan terus riuh dan gamat sekali dengan tertawa ceria dan juga cakap-cakap yang tidak jelas butir bicaranya.
"Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan ALLAH? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan ALLAH itu tidak cantik? Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik, sedangkan
kita dicipta oleh ALLAH?" Soal saya.
"Setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham sekarang ini adalah ukuran manusia. Ukuran ALLAH berbeza. Amat berbeza malah jauh
sekali daripada ukuran yang kita buat."
Begitulah kita, selalu gagal merang-sang diri sendiri dengan keyakinan-keyakinan yang padu, padahal hidup itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut - hati, perasaan, emosi, kemahuan, kehendak, cita-cita, azam, usaha, pemikiran, dan segala macamnya lagi. Bagaimana hidup ini hendak dijalani dengan penuh tertib dan adil jika kita merasakan TUHAN tidak adil terhadap kita. TUHAN menciptakan kita dengan pelbagai rupa sebagai bukti kekuasaannya dan selagi namanya ciptaan ALLAH tiada yang buruk. Kita semua cantik, lawa, macho, handsome, menarik, unik, mengancam dan segala-galanya. Bagaimanapun keadaan anda, anda adalah cantik. Anda bukan saja cantik bahkan menarik sekali. Anda akan bertambah cantik jika disulami akhlak, peribadi, dan pegangan agama yang kukuh.
Setiap kali melihat cermin tanyalah diri apakah ALLAH sayang padaku? Jika anda boleh menjawab spontan tanpa teragak-agak atau berfikir sejenak, anda seorang yang baik, tetapi sebaliknya jika anda tidak dapat menjawab atau mereka-reka jawapan, anda mungkin termasuk di kalangan orang yang tidak berapa baik.
Yakinilah diri anda cantik luar dan dalam. Cantik luar dan dalam bermakna anda baik. Jika anda baik anda tentu disayangi oleh semua orang termasuklah TUHAN yang menciptakan. Syabas, anda memang cantik!
06:12 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)
The comments are closed.