19 September 2007
Sains Itu Sunahtullah
SAINS adalah ilmu untuk mengetahui kebesaran Tuhan. Melalui sains, segala keajaiban ciptaan Tuhan akan terbongkar. Ilmu sains jika didalami, dapat memberi kemantapan iman, apatah lagi bagi mereka yang memahami isi kandungan al-Quran," tegas bekas pensyarah di Universiti Malaya dan penulis ensiklopedia sains di dalam al-Quran, Abu Hassan Ali.
Ketika bertemu dengan penulis baru-baru ini, beliau yang lebih senang dipanggil Pak Abu berkata, pene-muan di dalam sains itu sebenarnya membongkar apa itu sunahtullah. Di dalam Islam, segala yang berlaku, kitaran hidup makhluk di muka bumi ini adalah satu sunahtullah. Dan sunahtullah itu seperti yang ditegaskan Allah s.w.t. di dalam al-Quran, ia tidak akan berubah.
"Every sciencetific law is sunahtullah. Ini dapat kita lihat daripada kitaran hidup, bukan sahaja manusia, tetapi segala makhluk yang mampu kita kaji. Sebagai contoh, di sebuah perkampungan di Nigeria. Ada sebuah tasik yang banyak ikan, dan ia menjadi punca utama penduduk kampung tersebut untuk men-dapatkan ikan bagi makanan harian mereka.
'Tetapi mereka dapati, banyak burung pemakan ikan seperti bangau dan helang, sering memakan ikan-ikan di tasik tersebut. Mereka bimbangkan bumng-burung tersebut mengganggu pembiakan ikan-ikan itu, lalu mereka menembak setiap burung yang mahu mencari ikan di tasik tersebut," ujar beliau.
Tambahnya lagi, selepas itu, tidak ada lagi burung yang mencari makan di tasik tersebut. Namun lama-kelamaan, ikan-ikan di tasik itu juga semakin kurang dan kurang. Penduduk kampung menjadi hairan.
Menurut sains, berkurangnya ikan itu adalah disebabkan kitaran hidup mereka telah terputus. Mung-kin penduduk kampung itu tidak sedar, bahawa najis burung tersebut, menjadi makanan bagi ikan-ikan di tasik itu. Apabila rantaian pemakanan itu terputus, maka pembiakan ikan itu terbantut dan menyebabkan ia makin berkurangan.
Beliau yang juga bapa kepada komposer terkenal, Adnan Abu Hassan, turut menjelaskan bahawa di dalam sains, ilmunya tidak hanya berdasarkan kepada perkara-perkara logik akal sahaja.
"Jika di Barat, kebanyakan saintis menolak ke-wujudan Tuhan, kerana mereka hanya menggunakan daiil naqli sahaja. Tetapi di dalam sains, ada sesetengah perkara yang tidak dapat dirungkaikan. Tetapi jika di-rujuk di dalam al-Quran, maka kita akan mendapat penjelasan yang lebih daripada apa yang kita (ahli sains] sangkakan," jelas beliau.
Periu dijelaskan kata beliau, sains bukanlah dicipta oleh manusia. Elemen itu memang sudah wujud. Manusia hanya mencipta alatan dan kaedah untuk mene-mui elemen-elemen saintifik dalam dunia ini. Sebab itu menurut beliau, al-Quran sememangnya bukan sebuah kitab sains, tetapi ia adalah sebuah kitab 'sign' atau tanda-tanda kewujudan ilmu sains sejak 1427 tahun yang lalu.
Lantaran itu, apabila sains dirujuk kepada al-Quran, maka kita dapati banyak petanda kewujudan saintifik yang terkandung di dalam al-Quran. Sejak dua tiga abad kebelakangan ini, barulah manusia dapat menghasilkan ilmu serta kaedah yang dapat menemui serta me-neroka bidang ini dengan lebih mendalam, ujar beliau lagi.
SAINS TIDAK BERTENTANG DENGAN ILMU NAQLJAH
Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakan ahli sains berfikiran logik dan bergantung kepada pencapaian akal semata-mata. Namun ini tidak bermakna, sains itu sendiri hanya membenarkan dalil-dalil aqliah sahaja.
"Sains tidak boleh membuktikan semua kewujudan secara aqliah. Bagaimana dengan kewujudan malaikat atau jin? Malaikat dan jin wujud dan kenyataan ini diakui oleh manusia itu sendiri. Tetapi, sains tidak dapat membuktikan kewujudannya. Sains tidak mengiakan dan juga tidak menafikan kewujudan malaikat dan jin," tegas beliau.
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menerangkan ba-hawa malaikat diciptakan daripada cahaya, manakala jin pula diciptakan daripada api.
"Tetapi biarpun sains tun-it mengkaji api atau cahaya, namun ia tidak dapat menemui bukti-bukti kewujudan malaikat dan jin. Ini mungkin cahaya atau api yang men-jadi dasar ciptaan malaikat dan jin itu tidak mampu dikaji oleh kita. Dan bagi saintis Islam, mereka akan merujuk kepada al-Quran sebagai panduan dan bukan hanya berdasarkan dalil-dalil aqliah semata-mata," jelas beliau lagi.
"Sebagai contoh, Allah s.w.t. telah menerangkan, bahawa setiap makhluk itu dijadikan secara berpasang-pasangan. Pada fikiran kita, pasangan itu kita gam-barkan dengan gambaran umum, seperti lelaki dan perempuan, jantan betina atau hidup dan mati.
"Tetapi jika kita kaji dari sudut sains, ia dapat memberikan gambaran yang sedikit berbeza mengenai pasangan-pasangan yang diceritakan al-Quran. la lebih detil, dan tidak dapat kita temui, kecuali dengan cara mengkaji dan meneliti. Sebagai contoh, kita lihat anai-anai. Seperti yang kita ketahui, anai-anai adalah pemakan serbuk kayu. Tetapi serbuk kayu itu bukanlah berbentuk makanan. Bagaimana anai-anai berupaya menukarkan serbuk kayu itu menjadi makanan?
"Setelah dikaji, rupa-rupanya di dalam perut anai-anai, terdapat mikro yang berfungsi untuk menukarkan serbuk kayu itu menjadi bahan makanan dan dapat dihadam oleh serangga tersebut. Ini juga termasuk dalam kaedah berpasang-pasangan seperti yang difirmankan Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Tanpa mikro tersebut, mungkin anai-anai tidak akan wujud, kerana mikro tersebutlah menjadi penyebab yang penting bagi sistem pemakanan anai-anai.
"Jika tidak ada mikro tersebut, maka anai-anai tidak akan dapat makan. Jadi bagi serangga anai-anai, mikro itulah pasangan baginya. Ini adalah tanda kebesaran Tuhan, namun kebesaran Allah s.w.t. tidak dapat kita ketahui, sekiranya tidak menggunakan ilmu sains untuk mengkaji dan memikirkannya," jelas beliau panjang lebar.
ENSIKLOPEDIA SAINS DAN AL-QURAN PERTAMA DALAM BAHASA MELAYU
"Ensiklopedia sains dan al-Quran ini, setakat yang saya maklum, adalah yang pertama dalam bahasa Malaysia di negara ini. Setakat ini, apa yang saya tahu, masih belum ada 10 jilid ensiklopedia mengenai sains dan al-Quran di dalam bahasa Melayu," tegas Abu Hassan.
Kata beliau lagi, sewaktu mula-mula terbitnya ensiklopedia ini, ada juga yang mempertikaikan fakta-fakta al-Quran di dalam buku tersebut, kerana beliau bukan seorang ustaz atau ulama.
"Mereka agak ragu-ragu dengan keupayaan saya mengaitkan ayat-ayat al-Quran dengan fakta sains, kerana saya bukan seorang ustaz atau ulama. Tapi, ini semua adalah semata-mata ilham yang datang dari Allah s.w.t. untuk menerbitkan makalah atau ensiklopedia seperti ini.
"Segala ayat al-Quran yang saya kaitkan dengan fakta-fakta sains adalah ilham. Usah ditanya, tetapi apa yang dapat saya beritahu, ia adalah ilham semata-mata. la seakan berbisik memberitahu saya tentang ayat ini dan itu di dalam al-Quran, berkenaan dengan sains dan apa yang ada di bumi," ujar beliau.
Pelik? Memang agak pelik mendengar cerita Pak Abu, tetapi itulah yang diceritakannya. Hakikatnya, pe-mahaman yang ada pada dirinya mengenai al-Quran dan sains, datang melalui ilham, hanya dengan tiba-tiba.
"Pada suatu hari, saya bermain tenis dengan be-berapa orang rakan di Universiti Malaya. Tiba-tiba terasa pemandangan saya berpinar dan terus rebah. Saya pengsan untuk beberapa ketika. Ketika pengsan itu, saya dapat melihat diri saya sendiri. Saya seolah-olah telah melayang keluar. Saya dapat lihat dengan jelas, rakan-rakan sedang mengeruni jasad saya yang sedang terbaring.
"Dalam saya termangu-mangu, muncul seorang lelaki. Kemudian lelaki tersebut berkata, bahawa saya kena hasilkan sesuatu mengenai al-Quran. Dan ada beberapa ayat lagi yang keluar dari mulut lelaki tersebut, tapi saya tidak ingat. Sebaik saja saya sedar semula, saya telah pun berada di hospital," cerita beliau panjang lebar.
Semenjak itu, menurut Pak Abu, beliau mula mengumpul bahan-bahan serta fakta mengenai sains dan al-Quran untuk dimuatkan di dalam ensiklopedia beliau. Katanya lagi, ilham mula datang satu per satu sepanjang beliau bekeria menyiapkan ensiklopedia yang setebal 1 ,000 muka surat itu.
"Ini adalah anugerah Tuhan. Alhamdulillah, ensiklopedia 10 jilid tersebut sudah berada di pasaran. Harganya memang agak mahal, tetapi mengandungi pelbagai fakta mengenai sains dan al-Quran yang begitu berharga, dan dapat membuka fikiran kita tentang kebenaran al-Quran, serta keagungan Pencipta langit dan bumi," ujar Pak Abu mengakhiri perbualan.
01:01 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)
The comments are closed.