Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

04 October 2007

Sambutan Kemerdekaan - Remaja perlu mencontohi pejuang kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah dia kata "keramat" bagi penduduk Tanah Melayu yang telah dilaungkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 sempena kemerdekaan Malaysia dari pihak penjajah. Rasanya tidak terlalu lewat bagi kami warga Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya dan saya sendiri khususnya untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-49 untuk semua rakyat Malaysia.
Sambutan Bulan Kemerdekaan ini walaupun dilanjutkan sehingga 16 September bukanlah satu peluang untuk kita berhibur ataupun berseronok. Sepatutnya dalam tempoh itu, boleh menyedarkan kitabetapasusahnyaperjuanganuntukkemerdekaan, lalu usaha pejuang kita itu semestinya dihargai dan ingati bersama-sama. Pengorbanan dan perjuangan mereka mestilah dikenang dengan sebaik-baiknya. Nanti, sambutan tersebut akan terbentuk kesedaran semangat kebangsaan dalam din kita.
Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu belum Tun) semasa pelancaran buku Biografi Tokoh Pilihan
Malaysia di Rumah Universiti, Universiti Malaya pada 26 April 1986 mengatakan:
"Bangsa yang besar adalah bangsa yang tahu menghargai jasa pahlawannya, baik mereka yang berjuang menggnnakan senjata untuk mempertahankan Negara dengan mengorbankan jiwa raga atau mereka yang berjuang dengan kepintaran siasah dan akalfikiran untuk mencapai kemerdekaan dan mengembalikan maruah bangsanya dengan mengorbankan harta benda, tenaga, dan masa, mahupun mereka yang mengabdikan diri kepada ilmu nntnk mengembangkannya serta mendidik anak bangsanya".
Perlu ditekankan di sini bahawa perjuangan atau kebangkitan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan itu suatu yang arnat berharga dan mesti dicontohi. Antara pejuang yang telah bangkit memperjuangkan hak kita ialah Datuk Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, dan ramai lagi.
Di kesempatan ini alangkah baiknya jika kita merenung perjuangan yang telah dilakukan oleh Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali dengan Za'ba. Beliau telah dilahirkan di kampung Bukit Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Zainal Abidin bin Ahmad berjaya menjadi seorang pendidik setelah mengharungi pelbagai liku-liku hidup yang penuh mencabar. Di samping pendidik beliau turut bergiat aktif dalam bidang penulisan sehinggakan beratus-ratus rencana dan beberapa buah buku telah dihasilkannya. Semua itu telah diterbitkan dalam akhbar yang pelbagai ketika itu. Antara karangannya ialah Pelita Bahasa Melayu dan Ilmu Mengarang Melayu. Oleh sebab itulah beliau lebih dikenali dengan panggilan Pendita Za'ba.
Walaupun begitu, Za'ba tidak pernah lupa untuk memajukan bangsanya dalam setiap lapangan kehidupan mereka. Bagi beliau masyarakat Melayu ketika itu berada dalam kemunduran dan perlu dibela supaya terselamat daripada belenggu kemiskinan. Jika ditinjau dari sudut ini, jelas kepada kita bahawa soal kemunduran pelajaran dan kemiskinan
orang Melayu adalah antara tema-tema terpenting dalam tulisan Za'ba dari 1916 hingga 1920-an.
Satu contoh yang jelas ialah apabila beliau mengkritik pedas h'rhadap aesiapa sahaja yang tidak menjaga kemaslahatan ; masyarakat Melayu termasuklah British sendiri. Kesan kritikan itu beliau dikenakan tindakan tatatertib. Namun beliau tetap menyeru supaya bangsanya berusaha untuk rnemajukan diri mereka dalarn segala aspek sosial, ekonomi, dan politik.
Perjuangan Za'ba dalam membela nasib bangsa kita iaitu bangsa Melayu tidak boleh dinafikan. Malah beliau merupakan seorang tokoh yang sangat cintakan bangsanya dengan .pengorbanan yang sangat besar sekali. Oleh sebab itu sejarah hidup beliau perlu diketahui oleh generasi masa kini terutamanya pelajar untuk dijadikan teladan dan sumber inspirasi.
Walau bagaimanapun perjuangan Za'ba dalam membela masyarakat Melayu yang sangat berjaya di zamannya itu sendiri nampaknya tidak menjadi realiti pada masa kini. Perjuangannya yang lantang itu ternyata tidak dihargai oleh para remaja masa kini. Hanya sesekali remaja disedarkan bahawa Za'ba sebagai pejuang bahasa, tidak lebih dari itu.
Apabila remaja tidak mengendahkan perjuangan tokoh pejuang kemerdekaan, kebebasan yang dialami sekarang telah menyebabkan mereka hanyut diulit erti kebebasan yang salah. "Kebebasan" pada mereka telah diterjemahkan sewaktu sambutan Malam Kemerdekaan saban tahun. Yang jelasnya remaja Melayu sekarang ini masih lagi terjajah mindanya. Kejahilan sesetengah remaja ini menyebabkan mereka mudah terpedaya dengan muslihat penjajah sehingga akhirnya nilai kehidupan dalam masyarakat Melayu turun ke bawah.
Penurunan nilai ini telah melahirkan kemungkaran yang pelbagai di kalangan remaja masa kini seperti pergaduhan antara kumpulan-kumpulan remaja, lumba haran-i, percampuran bukan mahram antara lelaki dengan perempuan. Apatah lagi cara berpakaian yang rata-ratanya tidak senonoh malah tidak melambangkan budaya Timur. Sikap remaja ini sedikit sebanyak telah mencemarkan remaja lain ibarat sebagai nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.
Jadi, para remaja kini diseru agar dapat bersama-sama membuat satu gelombang kebangkitan untuk mempertahankan maruah kita daripada anasir penjajah. Langkah awalnya ialah dengan memperingati dan menghargai pejuang-pejuang lalu yang bersusah payah dalam memperjuangkan kemerdekaan. Selain itu, amalan merujuk kepada al-Qur'an dan al-Sunnah harus dijadikan budaya sepanjang hayat. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah S.W.T. dan Rasul-Nya serta orang-orang yang memerintah kaniu (pemerintah), jika berlaku perbalahan dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya yakni al-Quran dan al-Sunnah" (Surah al-Nisa': 59).

06:58 Posted in PELBAGAI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.