Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

10 October 2007

JANGAN BENCI - MEMBENCI


RAMAI juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan
perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan
benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci
terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin
akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau
bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan
sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala
perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan
dengan orang lain.



Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas
tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan
memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan
hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik
dengan orang lain.


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang
lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-



1 Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.


2) sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu
berwaspada setiap masa)


3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling
kita.


4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg
berterusan.


5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan
supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.


6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan
setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.


7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara
satu dengan yang lain.


8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg
kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.


9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang
lain akan tertarik kepada kita.


10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang
lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan
balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.


11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.


12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain.
Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.


13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan
simpati dan perhatian.


14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan
kelemahan atau keburukan orang lain.


16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain
terhadap diri kita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak
akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan
merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara
berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah
pesanan seorang sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu),
sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

05:54 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.