Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

16 October 2007

Harga sebuah pengorbanan

KEHIDUPAN tidak lengkap tanpa terlibat dengan sebarang pengorbanan. Erti pengorbanan amat luas. Berkorban di medan perang bagi mempertahankan nusa dan bangsa, gugurnya adalah syahid.
Namun demikian, amat banyak lagi jenis pengorbanan yang dilakukan manusia sewaktu hayatnya, sama ada disedari atau tidak. Begitu pula dengan manusia yang terkorban baik di jalan raya atau apa-apa kemalangan lainnya seperti kebakaran, banjir dan sebagainya juga dikatakan mati syahid biarpun kita yang melihatnya berasa amat sedih dan ngeri.
Dalam hal korban, berkorban dan terkorban ada pula tahap yang boleh dianggap menjijikkan. Misalnya ayah mengorbankan anak perempuannya sendiri demi mengikutkan nafsu seks yang tidak lagi berdaya membezakan antara moral manusia dan nafsu haiwan.
Sementara korban yang paling mengecewakan ialah apabila menjelang hari raya. Anak-anak Melayu mati menjelang hari raya Cina sebagai korban mercun, Anak-anak Melayu mati ketika sambutan hari raya Melayu, juga sebagai korban mercun. Siapakah yang patut disalahkan? Saya kira ayah dan abang-abangnya yang sudah bekerjalah yang memberi kanak-kanak itu duit bagi membeli bahan letupan yang kemudian membunuh diri mereko sendiri,
Contoh lain amat banyak di sekeliling kita hari ini. Tidak usahlah saya membazirkan masa dan kertas untuk menayangkannya semula di sini. Telinga ini tidak berdaya lagi mendengarnya. Mata ini tidak mampu lagi menatap ceritanya.
Yang ingin saya perkatakan kali Ini ialah suatu bentuk pengorbanan unik dalam masyarakat kita penganut Islam,
KASIH merupakan suatu perkataan yang mempunyai hikmat tersendlirl. Perkataan ini mampu merangsang manusia untuk berkorban apa saja.
Tanpa rasa kasih, ibu tidak akan sanggup berkorban apa saja untuk anak-anaknya yang lazimnya lebih banyak menyakitkan dan memenatkan daripada menyeronokkan, Tanpa rasa kasih anak tidak akan sanggup berkorban untuk ibu dan ayah yang telah tua, uzur dan banyak karenahnya.
Hilmi, anak muda penuh rasa tanggungjawab Dia mengirimkan wang setiap kali dapat gaji untuk ayah dan ibu di kampung. Demi membalas kasih Hilmi, ayah dan ibunya menyimpan setiap ringgit dan sen yang dikirimkan anak kesayangan itu, bukan untuk kegunaannya semasa susah, sebaliknya apabila sudah terkumpul wang Hilmi dibelikan tanah untuk dijadikan harta, atas nama Hilmi, tanpa pengetahuan anak muda itu. Dalam kisah ini , siapakah sebenarnya yang berkorban? Hilmikah, atau ayah dan ibunya?
Ida anak kesayangan ayah ibu, Dia diberikan didikan secukupnya. Setelah bekerja, Ida duduk jauh di perantauan, atas tuntutan tugas. Namun ,
begitu, Ida masih dekat dengan ayah ibunya. Sekurang-kurangnya seminggu sekali.dia akan menelefon ibunya di kampung bertanyakan khabar.
Setiap hujung minggu dia akan pulang. Di rumah, Ida melakukan apa saja demi meringankan beban ibu supaya dapat berehat sehari dua. Dan meringankan beban ayah dengan memenuhkan sudut dapur dengan
segala keperluan: beras, gula, asam, garam dan sebagainya,
Ketika mahu pulang semula ke perantauan, Ida akan menggenggam tangan ayah dan ibu dengan kepulan duit merah di dalamnya sekurang-kurangnya sehelai seorang.
Apabila salah seorang daripada mereka sakit, Ida akan membiayai seluruh perbelanjaan perubatan tanpa memohon sebarang bantuan daripada adik-beradiknya yang lain walaupun mereka lebih berada dibandingkan dengan Ida sendiri.
Saki-baki duit yang dihulur dan dibelanjakan untuk ayah ibunya disimpan dalam ASB. Cukup jumlah yang diperlukan untuk menunaikan fardu haji bagi dua orang, Ida mendaftarkan nama kedua-dua orang tuanya sebagai bakal jamaah haji pada tahun berikutnya.
Demi pengorbanannya yang agung terhadap ayah dan ibu kesayangannya, Ida merupakan seorang yang jarang membeli pakaian. Setiap baju yang dibeli selagi tidak berubah warna, selagi belum koyak dan selagi belum sempit akan terus digunakannya.
Pendeknya, Ida adalah seorang yang sentiasa mengelakkan pembaziran.
Biarpun anda tidak pernah bertemu dengan manusia seperti Ida (mungkin?) namun Ida memang ada - ramai - dalam dunia yang kian terhakis rasa kemanusiaannya ini.
Kerana KASIH jugalah seorang isteri sanggup berkorban untuk suaminya.
Dalam masyarakat kita tidak lama dahulu, tugas isteri melebihi tugas suami. Isteri turun ke bendang atau ke kebun getah, sama-sama menoreh untuk mencari nafkah. Balik ke rumah, isteri memasak,mengemas rumah,membasuh dan melayani kerenah anak.
Dalam masyarakat kita hari ini, sesetengah isteri masih memikui tugas yang lebih daripada suami. Isteri sama-sama pergi bekerja, demi tuntutan kehidupan yang mernerlukan pendapatan lebih daripada tenaga suami sahaja. Suami seorang bekerja tidak mampu untuk membayar ansuran rumah, kereta, bil elektrik, air, telefon, keperluan anak sekolah, perubatan, makan pakai dan sebagainya. Dengan turunnya isteri ke tempat kerja, akan ringanlah beban suami.
Apabila balik daripada bertugas, isteri seolah-olah tidak mengenal erti letih. Dia dengan rela melaksanakan tugas-tugas selaku suri rumah sepenuh masa. Biarpun sesekali merungut dan naik angin namun esok, lusa, tulat dan seterusnya hal yang sama akan terus dilakukan.
Dalam kehidupan yang serba maju dan kaum wanita mernpunyai wang sendiri untuk membeli bahan bacaan, soal tidak tahu hak seorang isteri dan tanggungjawab seorang suami, memang tidak timbul. Dalam akhbar dan majalah sering terdapat rencana berkenaan bagi menyedarkan pembaca terhadap tugas dan tanggungjawab suami terhadap keluarga.
Kebanyakan isteri tahu, mereka tidak dituntut melakukan tugas rumah. Tugas membasuh, memasak, mengemas dan sebagianya adalah tugas mutlok para suami. Namun, demi kasih kepada suami, para isteri melupakan sahaja hal itu dan terus melakukan tugas tradisional kaum wanita itu dengan hati yang rela.
Kebanyakan isteri juga tahu, biarpun mereka bekerja dan mempunyai gaji sendiri, namun mereka masih berhak mendapat sepertiga daripada gaji suami untuk diri mereka sendiri - bukan untuk kegunaan rumah dan keluarga. Namun, demi kasih, para isteri yang tahu itu bukan sekadar tidak menuntut segala hak mereka terhadap suaminya, malah mereka rela berkorban sebahagian besar gaji mereka untuk digunakan bagi keperluan keluarga yang di bawah tanggungjawab suami.
Kepada semua isteri yang sanggup berkorban untuk suami dan anak-anak yang dikasihi, ketahuilah bahawa seorang wanita yang salehah adalah lebih baik daripada 40 lelaki yang saleh.

06:36 Posted in PELBAGAI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.