Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

17 October 2007

Panduan Mengelakkan daripada diragut

Gunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai


Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.

Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter.

Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas.

Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.

Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri Bari diragut oleh pembonceng motosikal.

Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, kereta api, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.

Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bola sepak, bas atau kereta api.

Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.

Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.

Jangan simpan duit (wang) di satu kocek saja. Simpanlah dalam kocek yang berasingan.

04:43 Posted in PELBAGAI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.