Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 October 2007

Jangan Bersedih - Tuhan tidak berbuat aniaya

Jika anda tahu bahawa di langit terdapat Tuhan Yang Maha Adil dan Penguasa yang bijaksana,bahkan Dia memasukkan seorang wanita ke Syurga hanya kerana anjing dan memasukkan wanita ke neraka kerana kucing, seharusnya anda berbahagia, menjadi tenang dan yakin akan janji Allah.


Disebutkan bahawa ada seorang wanita pelacur dari Bani Israel yang memberi minum seekor anjing yang kehausan. Kerana ia berbuat hal itu dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, Allah pun mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga.

Sementara itu ada seorang wanita yang mengurung seekor kucing di dalam sebuah sangkar. Kucing itu tidak diberinya makan dan minum dan tidak pula diberikannya mencari makanan sendiri berupa serangga yang ada di tanah. Kerana perbuatannya, Allah memasukkannya ke dalam neraka.

Kejadian tersebut kiranya cukup bermanfaat bagi anda dan akan mententeramkan hati anda, sebab anda tahu bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti akan membalas setiap perbuatan baik walaupun kebaikan seremeh apa pun serta memberi balasan kepada hambaNya atas kebaikan sekecil apa pun.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada 40 kebaikan, yang paling besar di antaranya adalah meminjamkan kambing perahan kepada orang lain (untuk diambil susunya). Tidak ada seorang pun yang melakukan salah satu dari semua kebaikan tersebut kerana mengharap janji Allah dan meyakini balasannya, kecuali Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga" Al-Hadith

Allah Subhabahu wa Ta'ala berfirman:
"Barangsiapa yang berbuat kebaikan meskipun sebesar biji zarrah, maka ia akan melihat (balasannya). Barangsiapa yang berbuat keburukan meskipun sebesar biji zarrah, maka ia akan melihat (balasannya) pula" Az-Zalzalah: 7-8

.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)


Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
Tolonglah orang yang dianiaya!
Berilah makan orang yang kelaparan!
Berilah minum orang yang kehausan!
Jenguk orang yang sakit!
Hantarlah jenazah!
Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
Pimpinlah orang yang buta!
Berilah petunjuk orang yang bingung!
Muliakanlah tetamu!
Berbuat baiklah kepada tetangga!
Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
Sedekahkanlah wang anda!
Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
Kekanglah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.

Sesungguhnya makna kalimah ini indah menggambarkan pekerti-pekerti yang tinggi, termasuklah hal yang mendatangkan kebahagiaan dan melapangkan dada serta mengusir kesusahan, kesedihan, kekuatiran dan kedukaan.

Betapa indahnya akhlaq yang baik itu! Sekiranya ia berwujud seorang lelaki, tentulah ia merupakan seorang yang gagah, harum baunya, terkenal kebaikannya dan cerah wajahnya.


Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu

04:38 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.