Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

01 January 2008

Mulakan sesuatu perubahan dengan niat baik

APABILA berasakan diri kita sentiasa diawasi Allah SWT, kita tidak akan kesepian, malah selalu bahagia, dipermudah dan dilapangkan dada hingga mewujudkan hidup yang tenang dan tenteram.

Ar-Raqiib adalah nama Allah dalam Asmaul Husna. Kata Ar-Raqiib, yang akar katanya terdiri daripada tiga huruf - ra, qaf dan ba, memiliki makna dasar tegak dan lurus untuk memulihara sesuatu.
Merujuk akar kata Ar-Raqiib, maka kepengawasan Allah tidak bertujuan untuk mencari-cari kesalahan makhluk-Nya. Justeru, pengawasan-Nya dimaksudkan untuk mengarah, membimbing dan memulihara agar hamba-Nya tidak terjerumus ke lembah kesesatan.

Apa buktinya? Ketika terdetik niat buruk di dalam hati kita, maka niat itu tidak dicatat sebelum dilaksanakan dalam bentuk tindakan. Sebaliknya, sesuatu niat baik, walau belum dilaksanakan sudah mendapat satu pahala. Ketika dilaksanakan, maka pahalanya sepuluh kali atau lebih.
Boleh jadi kita ingin melakukan maksiat, namun disebabkan kasih sayang-Nya, Allah SWT menggagalkan niat buruk kita. Banyak jalan bagi Allah untuk menggagalkan niat kita itu seperti kereta tiba-tiba rosak. Mahu melakukan maksiat, wang di dompet dicuri atau perut tiba-tiba sakit. Semua ini bukan kerana kebetulan, sebaliknya berlaku kerana Allah mahu melindungi kita daripada maksiat. Allah Maha Mengetahui isi hati dan fikiran kita. Allah tahu segala risiko daripada apa yang kita inginkan. Baik menurut kita belum tentu baik menurut Allah.

'Apa hikmahnya? Pertama, berzikirlah kepada Allah. Banyakkan ucapan "Allah menatapku, Allah melihatku, Allah mengawasi dan nnendengarkanku". Semakin berasa diawasi, semakin terpulihara diri kita. Berasa diawasi-Nya harus lengkap, meliputi hati dan panca indera. Amalkan pula wirid Ar-Raqiib Ar-Raqiib berasa diawasi Allah akan menjauhkan kita daripada kesepian. Sebaliknya, kita akan selalu bahagia, selalu dalam kemudahan, kelapangan apabila bersama Allah.

Kedua, sentiasa awasi niat dan perbuatan kita. Apa yang harus kita awasi? Ada tiga perkara, iaitu;

(1) Suasana hati. Setiap amal bergantung pada niat. Sehebat apa pun amal, kalau niatnya tidak lurus, tidak akan bererti. Niatkan kita bekerja untuk mencari keredaan Allah. Sebab, menurut Imam Ali, orang yang bekerja hanya untuk perut, maka darjatnya tidak jauh berbeza dengan yang keluar dari perut itu.
Niatkan melayani suami atau isteri untuk ibadah dan jangan sekadar ingin menyenangkan hatinya saja. Segala-galanya harus ikhlas kerana Allah. Jaga dan awasi niat kita - pada awal, tengah, akhir dan awasi terus. Belajar berhenti sejenak untuk berfikir sebelum bertindak.

(2) Panca indera. Awasi lisan kita. Siapa' pun yang pandai menjaga lisannya pasti akan selamat di dunia dan akhirat. Ucapan kita harus benar, manfaat, dan tidak menyakiti (sebagai satu kesatuan). Juga harus bersifat tenang, sopan, fasih, baik, lembut dan secukupnya.
Jangan melakukan tindakan yang dapat merosak suasana. Jangan berbual kosong yang membuat suasana tidak enak, Awasi pula setiap lirikan mata. Sebab, mata akan mempengaruhi suasana hati. Jika mata tidak dijaga, hati akan membantu.

Awasi pendengaran kita. Berjuanglah agar telinga tidak dimasuki kata-kata kotor, ghibah, muzik keterlaluan, maksiat dan sejenisnya. Seperti mata, pendengaran yang tidak terjaga berpotensi mengotori hati dan merampas kebahagiaan.

(3) Perut dan anggota badan lainnya. Awasi jangan sampai kita menggunakan dan memakan barang haram. Kalau membeli makanan pastikan halal haramnya. Kalau hendak makan di restoran, lihat jenis restorannya. Elak membeli barang membazir seperti rokok.

Awasi semua yang ada pada diri kita, termasuk fikiran. Dengan cara ini insyaAllah hidup kita akan lebih terurus. Apabila Allah mengawasi kita dan kita pun mengawasi diri, inilah ciri orang bertakwa.

18:07 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.