14 February 2008

Langkah-Langkah Mencegah Kebakaran

BAGAIMANAKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN BOLEH DILAKUKAN?

Seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk terdahulu, elemen-elemen dalam segitiga kebakaran adalah HABA, OKSIGEN dan BAHAN dimana tindak balas kimia berantai diantara ketiga-ketiga elemen tersebut boleh menyebabkan kebakaran. Pengasingan salah satu daripada tiga elemen tersebut boleh mencegah kebakaran daripada berlaku.

Adalah mustahil bagi kita untuk mengasingkan oksigen dari udara. Jadi, apa yang boleh lakukan untuk mencegah kebakaran ialah dengan cara mengenalpasti bahan serta haba dan mengelakkan percantuman kedua-dua bahan tersebut.

Pencegahan bermakna mengawal/mengelakkan tindak balas kimia berantai daripada berlaku iaitu dengan cara pengasingan elemen bahan dan elemen haba.

SIAPAKAH YANG BERTANGUNGJAWAB UNTUK MELAKUKAN PENCEGAHAN INI?

Pencegah kebakaran adalah menjadi tangungjawab setiap penghuni dalam sebuah rumah.

KENAPA PENCEGAHAN PERLU

Seperti yang kita maklum, tuan punya ataupun penyewa akan menerima utama akibat daripada kebakaran. Kealpaan diri/jiran boleh kehilangan harta benda dan keadaan akan bertambah buruk sekiranya terdapat nyawa yang terkorban. Oleh itu pencegah awal adalah amat perlu.

BAHAYA-BAHAYA KEBAKARAN DIRUMAH

Anda boleh menyelamatkan keluarga dan harta benda anda daripada kemusnahan/ kehilangan akibat dari kebakaran jika anda mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan kebakaran yang asas.

MEROKOK

Kecuaian akibat merokok adalah satu punca utama kebakaran dirumah. Jika anda merokok, gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Jangan biarkan bekas abu rokok menjadi penuh yang boleh menyebabkan habuk panas terjatuh. Pastikan putung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.

Jangan sekali-kali merokok diatas katil atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

MANCIS DAN PEMETIK API

Mancis dan pemetik api diletakkan ditempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

GAS MEMASAK

(LPG-liquified Petroleum Gas-gas petroleum cecair)

Ciri-ciri:

  • Gas LPG lebih berat dari udara
  • Tidak berbau
  • Tidak berwarna
  • Gas yang mudah terbakar (contoh: percikan suis elektrik)
  • Kandungan utama dalam LPG adalah adalah gas propane dan butane dimana kebakaran wap gas-gas ini diruang udara boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 2,000‘c.

Terdapat bauran yang dicampur iaitu ethyl mercaptane. Biasakan dengan bau yang dikeluarkan oleh gas LPG yang disengajakan/tidaksengajakan.

Gas yang bebas dari selinder akan mencari tempat yang terendah dan mengalir sejauh yang mungkin. Jika dalam pengalirannya ia bertemu dengan percikan api, maka gas akan terbakar sehingga titik mula bocor.

Jika percantumannya dalam kuantiti yang banyak, kemungkinan berlakunya letupan adalah tinggi.

KESELAMATAN KETIKA MEMASAK

Jangan memasak apabila anda berasa mengantuk, pening, keracunan atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

  • Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.
  • Elakan pemegang periuk, tuala atau sebarang kelengkapan diletakan berhampiran dengan alat pembakar seperti ketuhar.
  • Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan anda bermain berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan (amalkan kawasan zon bebas kanak-kanak, jarak tiga kaki atau satu meter).
  • Jangan letakan sebarang bahan mudah terbakar seperti kain, kertas, plastik terlalu hampir dengan dapur memasak.
  • Pastikan rak dapur anda bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak dan dapur (tumpahan bahan masakakan) boleh disambar api.
  • Gunakan pakaian yang tidak longgar beserta lengan pendek bagi mengelakan pakian dari bersentuhan dengan api semasa memasak.
  • Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan yang basah kerana air pada sarung tangan akan menjadi stim yang boleh menyebabkan tanagn anda melecur.
  • Pusingkan pemegang periuk kearah dalam bagi mengelakan dilanggar atau ditarik oleh kana-kanak.
  • Makanan yang dimasak dalam microwave boleh menghasilkan tahap kepanasan yang terlalu tinggi. Bukakan penutup dengan cermat bagi mengelakkan sebarang stim.
  • Igatkan kanak-kanak bahawa penutup yang panas amat merbahaya.
  • Belajar cara-cara untuk memadam kebakaran kecil.

KANAK-KANAK BERMAIN API

Kanak-kanak memang bersifat igin tahu dan sentiasa tertarik dengan api. Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan mereka untuk memahami bahaya api tersebut.

Ajarlah anak anda tentang keselamatan kebakaran yang asas terutamanya berkaitan dengan mancis dan pemetik api serta jelaskan bahawa kedua-dua adalah kegunaan yang tinggi dan selamat supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

LITAR ELEKTRIK DAN PERALATAN ELEKTRIK

Peralatan elektri boleh menyebabkan kebakaran melalui percitkan atau apabila ia terlalu panas. Guna perkakas elektrik bagi tujuan yang dinyatakan sahaja dan ia sentiasa dipasang, diselenggara dan dibaiki oleh seorang yang bertauliah.

FIUS DAN PEMUTUS LITAR

Fius dan pemutus litar direka untuk memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa jika berlaku lebihan aliran arus. Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi sesuatu perkakas elektrik. Jika fius terputus, kenalpasti masalahnya dahulu sebelum mengantikan fius baru. Jangan gunakan fius yang tidak diiktiraf seperti contoh, menggantikan fius yang terbakar dengan wayar.

Elakkkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan.
Pastikan terdapat ruang yang mencukupi diantara perkakas elektrik dengan dinding supaya terdapat pengaliran udara bagi mengelakkan kepanasan.

Periksa semua penyambung elektrik bagi memastikan tiada retakan, wayar terdedah dan longgar. Gantikan wayar yang buruk atau wayar yang kerap panas ketika digunakan. Pastikan semua pendawaian diperiksa dari masa ke semasa bagi mengenalpasti dan mengatasi kerosakan.

Lampu- Gunakan lampu yang mempunyai tahap pengaliran elektri yang bersesuaian sahaja.

LILIN DAN BAHAYANYA

Dikebanyakkan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya jika bekalan elektrik terputus. Pengendalian lilin yang tidak betul boleh menyebabkan bencana dan statistik menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat salah kendali lilin kian meningkat. Jika anda perlu gunakan lilin, pastikan anda letakkan lilin atas tempat yang stabil. Tempat itu mestilah bukan daripada bahan mudah bakar disamping mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.

  • Jangan biarkan lilin atau sebarang punca api terdedah tanpa diawasi walaupun seketika,terutamanya apabila terdapat kanak-kanak.
  • Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur.
  • Letakkan lilin jauh dari dinding. Langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah bakar.
  • Elakkan dari terjatuh akibat dilanggar oleh binatang peliharaan atau tikus dan jika terjatuh pastikan ia tidak berhampiran/terkena bahan mudah bakar.
  • Padamkan dan sejukkan batang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.
  • Elakkan memasang lilin didalam bilik tidur. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan ditempat yang bebas dari langsir, kain dan sebagainya.
  • Pastikan lilin yang kedudukannya diatas jauh dari kerusi atau karpet untuk mengelakkan terbakar jika terjatuh.
  • Jangan gunakan lilin yang dipasang bagi melihat/menerangi semasa menambah cecair mudah bakar.
  • Sentiasa gunakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.

CECAIR MUDAH BAKAR

Semua cecair mudah bakar adalah merbahaya kerana wap yang dikeluarkan oleh cecair mudah bakar boleh membakar dengan mudah. Wap gasolin boleh membakar dengan percikan sahaja.

  • Jauhkan semua bekas/ tin bertekanan serta mempunyai aerosol seperti penyembur minyak wangi, penyembur rambut, penyembur racun serangga dan sebagainya daripada punca api yang terdedah. Gas yang terdapat dalam bekas/tin ini boleh mengembang dengan pantas apabila dipanaskan dan boleh meletup serta membakar dengan dasyat.
  • Simpan bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar seperti minyak tanah, minyak petrol dan sebagainya jauh dan selamat dari punca api yang terdedah dan juga kanak-kanak.
  • Jangan merokok atau menyalakan rokok semasa mengisi minyak tanah kenderaan. Wap yang dibebaskan semasa mengisi minyak (petrol/diesel) adalah gas mudah bakar.
  • Letakkan bekas mudah alih di lantai sebelum mengisi cecair mudah bakar, contohnya petrol. Jangan mengisi kedalam bekas semasa dalam kenderaan.
  • Jangan diisi bekas sehingga penuh. Wap cecair mudah bakar akan mengembang dibawah cuaca biasa dan menambahkan tekanan dalam bekas yang penuh. Biarkan sedikit ruang lega dalam bekas untuk tujuan ini.

Sifat bebas kebakaran perlu ada dalam diri seseorang. Haba, api, cecair mudah bakar dan perkakas elektrik memang perlu dan berguna kepada kita tetapi harus diingat bahawa benda-benda ini mempunyai risiko kebakaran jika disalah kendalikan.

UBAT NYAMUK / PELITA

Satu lagi punca kebakaran rumah ialah ubat nyamuk yang dugunakan dengan cara-cara yang betul. Semasa meletakkan ubat nyamuk yang dipasang anda handaklah memastikannya:

  • Tidak berhampiran dengan langsir.
  • Gunakan bekas yang mempunyai penutup.
  • Jauhkan dari tempat mainan kanak-kanak atau kanak-kanak itu sendiri.
  • Jauhi dari hiasan rumah.
  • Jauhi dari tempat tidur bagi mengelakan dari terkana selimut.
  • Awasi kemungkinan dilanggar oleh binatang peliharaan dan juga yang bukan peliharaan seperti tikus.
  • Pastikan tempat yang sesuai serta jauh dari bahan mudah bakar seperti karpet, sofa dan sebagainya.

PENYELENGGARAAN PILI BOMBA

Jadikan pili bomba berhampiran rumah anda sebagai teman anda. Tujuan pili bomba diadakan adalah untuk menyalurkan air kepada jentera bomba semasa digunakan bagi memadam bencana kebakaran. Ia boleh rosak akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh penghuni sekitarnya. Contohnya memasukkan sampah-sarap, kaca dan sebagainya dalam lubang valve.Perkara ini akan melambatkan pergerakan anggota bomba bagi mendapatkan air dari pili berkenaan dan akhirnya akan merugikan anda.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

  • Periksa pili bomba berhampiran rumah anda.
  • Pastikan chamber bebas dari sebarang benda asing.
  • Pastikan tiada apa-apa ganguan terhadap pili.
  • Boleh dilihat dari jauh.
  • Tidak berkarat.
  • Memaklumkan kepada pihak Bomba atau JBA jika ada kerosakan.
  • Tidak terkambus dengan tanah.

LALANG DAN SEMAK

Tahukah anda bahawa lalang dan semak yang tidak dijaga atau tidak dipotong dalam kawasan rumah anda atau dikawasan rumah jiran anda boleh menyebabkan kebakaran.

Diantara tanah dan rumput biasanya terdapat satu lapisan daun-daun dan akar-akar yang kering (proses di kompos) diatas tanah. Jika lapisan ini terkena punca api yang terdedah seperti puntung rokok, ia boleh merebak dengan pantas dan membakar apa-apa sahaja yang berada di laluannya termasuk rumah anda.

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengingatkan diri anda dan juga jiran-jiran anda bahawa rumput dan lalang yang panjang serta tidak terurus boleh menyebabkan anda kerugian akibat kebakaran dan boleh menjadi tempat binatang merbahaya seperti ular, kalajengking dan sebagainya.

04:57 Posted in PELBAGAI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.