Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

11 March 2008

Jadilah Pemaaf

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh” (Al-A’raaf, 7:199)

Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita yang boleh menimbulkan kemarahan kita. bila orang tidak senyum dan bermuka masam, kita terasa marah. Bila orang berkata perkara-perkara tidak baik tentang kita, kita terasa marah. Bila orang bertanya soalan yang banyak, berbuat sesuatu yang menyakitkan kita, melanggar janji, tidak menepati masa, memukul kita, mencabuli hak kita dan sebagainya, kita akan terasa marah. Ada juga perkara-perkara yang tidak melibatkan orang lain seperti apabila kita terjatuh kerana tersepak batu.

Ayat ini seharusnya menjadi motivasi kepada kita untuk menjadi pemaaf. Suatu arahan yang mudah difahami, “jadilah pemaaf”. Di sebaliknya tersembunyi seribu hikmah yang hanya akan difahami apabila kita sendiri mengamalkannya. Pokonya, tidak rugi kita menjadi pemaaf dan kehormatan kita tidak sedikit pun berkurang dengan memberi kemaafan.

Dengan memberikan kemaafan, kita boleh menjadikan seorang musuh menjadi rapat dengan kita. Kita boleh membuatkan orang yang punya penyakit hati terasa lapang dan tenang dengan kita. Kita mampu membuatkan orang terasa senang dengan kita dan tidak terasa kekok. Orang juga akan mudah meminta maaf apabila mereka menyakiti kita kerana mereka sedar akan sifat mulia tersebut. Dengan kelembutan yang kita tonjolkan tadi, orang akan lebih menghormati kita dan kurang menyakiti kita.

Dengan perasaan-perasaan yang lahir dalam jiwa orang lain ini, akan menjadi lebih mudahlah untuk kita “menyuruh orang melakukan yang makruf”. Inilah keindahan ayat Al-Quran yang terkandung seribu hikmah yang sungguh luarbiasa. Jadi sahabat-sahabat pembaca, jadilah pemaaf…

Bukan mudah tetapi tidak mustahil. Mulakanlah hari anda dengan memaafkan segala kesalahan orang lain dan melapangkan dada anda. Akhiri hari anda dengan memaafkan orang lain sekali lagi dan lapangkan dada. Anda akan terasa sebuah kehidupan yang sentiasa tenang dengan izin Allah…

16:47 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)