Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

31 December 2007

Sindrom mengkritik, tetapi tak boleh dikritik

Teguran yang kebiasaannya dikenali sebagai "kritik" merupakan satu tuntutan agama bagi melihat sesuatu pergerakan, persatuan, organisasi, jemaah dan sebagainya itu berjaya sampai kepada kemuncaknya.


Firman Allah; "dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) Dengan setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini" (Surah Al-Baqarah : 251)

Firman Allah ini menjelaskan betapa pentingnya tolak menolak sesame manusia atau mengikut tafsiran sekarang dipanggil sebagai kritik, sehinggakan keadaan bumi akan rosak binasa jika manusia di bumi itu tidak berlaku kritik mengkritik.

Lihatlah bagaimana penindasan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional di Selangor yang telah melakukan pelbagai kehancuran terhadap rakyat selangor sendiri dengan merobohkan rumah-rumah mereka dan sebagainya. semuanya ini bermula apabila sikap menteri besarnya mengisytihar sifar pembangkang yang merupakan pengkritik utama dalam isu menjaga hak rakyat.

Secara luaran pun sudah dapat dilihat bagaimana kepentingan kritikan untuk menyelamatkan rakyat, maka demikian jualah dari sudut dalaman. Perkara ini telah dinyatakan oleh Baginda SAW dengan sabdanya;

"Agama adalah nasihat. Para sahabat bertanya : kerana siapa ? berkata Nabi SAW; kerana Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan imam-imam orang islam dan seluruhnya[1]"

KRITIK DAN KONDEM

Mengikut kamus Besta electronic, kritik mempunyai beberapa maksud. Antaranya adalah "bidasan, cacian, kecaman, teguran dan sebagainya"[2].

Walaubagaimanapun, ada istilah lain yang mempunyai makna yang seakan-akan sama, iaitu "kondem", tetapi perbezaannya hanyalah dari sudut "bentuknya" sahaja.

Teguran yang berbentuk "kritik" agak boleh diterima manusia yang normal, ini kerana, pandangan umum mengatakan bahawa kritik itu selalunya digunakan kepada perkara yang berbentuk teguran yang membina dan tidak lari dari perinsip teguran. Tetapi, kadangkala teguran yang membina tersebut disertakan unsur-unsur kondem yang menyebabkan melahirkan perasaan marah kepada individu-individu tertentu.

Jika kondem tersebut beralas kepada ketepatan tuduhan, maka ianya agak boleh diterima akal, walaupun agak tidak layak, tetapi jika kondem tersebut lari dari fakta, maka perasaan marah dan permusuhan yang bermula.

Kritikan yang disertai kondem merupakan tindakan melampau dalam teguran yang dilarang oleh Allah SWT.

Firman Allah;
"itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melampauinya; dan sesiapa Yang melampaui aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim"
(surah Al-Baqarah : 229)

pun begitu, kondem kepada perkara kebatilan adalah perkara yang dituntut oleh syarak. Hal ini dapat dilihat penjelasan Allah dalam Al-Quran, juga dari hadis nabi SAW.

Firman Allah;
"binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama! * hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. * ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.* dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. *. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal"
(Surah Al-Masad : 1-5)

Lihatlah bagaimana Allah mengkondem Abu Lahab yang merupakan pemuka kepada kebatilan yang telah memusuhi nabi SAW. Kondeman Allah itu tidak sekadar menggambarkan kepada Abu Lahab itu sebagai ahli neraka, sehinggakan Allah tidak menerima segala usaha harta benda yang dimiliki oleh Abu Lahab.

Begitujuga azab yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada pelaku-pelaku maksiat, merupakan kondem yang Allah lakukan terhadap mereka.

PENGKRITIK YANG TIDAK BOLEH DIKRITIK

Sebilangan manusia suka mengkritik tetapi tidak boleh menerima kritikan. Kritikan yang dilakukannya dianggap perkara hak, tetapi apabila dia dikritik, maka dia menganggap pengkritikannya tidak benar dan tidak sunnah.

Maka dengan demikian, apabila kritikan dilakukan terhadapnya, dia akan menggunakan pelbagai tindakan dan usaha untuk "mendiamkan" pengkritiknya itu agar berhenti dari mengkritiknya. Tindakannya itu menampakkan hilang kekuatan daya intelek dan professional yang sepatutnya subur dalam budaya demokrasi dalam mendapatkan natijah kebaikan ramai.

Lahirnya perasaan tidak boleh dikritik ini adalah kerana lahirnya perasaan ego yang menebal dalam dirinya yang memungkinkan bermula dari jawatannya, kepakarannya, veterannya dan sebagainya.

Kejayaan untuk mendapat kebaikan ramai tidak akan terhasil sekiranya budaya kritik mengkritik tidak disuburkan. Kejayaan tersebut akan mendapat hasil sekiranya pengkritik-pengkritik ini tidak lari dari kaedah-kaedah kritikan yang dipenuhi dengan fakta yang tepat. Kritikan yang dilakukan berdasarkan kepada "tuduhan" merupakan kritikan yang tidak selayaknya berlaku.

PENUTUP

Tulisan ini merupakan cetusan mindaku yang lemah. Ianya adalah nasihat kepada diriku sendiri yang sentiasa mengkritik sesiapa yang tidak sehaluan denganku disamping nasihat-menasihati sesame kita.

Tulisan ini bukanlah satu perkara yang tepat dan terselamat dari kritikan, tetapi hakikatnya, sesuatu perkara yang baik akan terhasil sekiranya budaya kritik mengkritik yang membina dapat diamalkan demi melihat kejayaan Islam.

Sekian

05:07 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)