Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

13 May 2008

Penyakit H1N1 ( INFLUENZA A)

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus

Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap

manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1).

Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti

oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi

pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih

belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit

badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema

babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya

disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti

melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti

(sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif,

menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak

hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat

antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi

selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari

selepas simptom).



Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk

membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk

melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas

menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga

berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain

supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan

berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan

alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda

sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema

termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda

risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.



-------------------------------------------

Memahami, kenali cara jangkitan H1N1 kekang penularan

KERJASAMA orang ramai untuk patuh kepada arahan dikeluarkandan cepat mendapatkan rawatan jika ada simptom dijangkiti H1N1 mampu menghalang penularan wabak.

Tindakan menguatkuasa perintah kuarantin di semua sektor perlu dipatuhi rakyat tanpa sebarang persoalan

TINDAKAN menguatkuasakan perintah kuarantin di semua sektor, termasuk institusi pendidikan iaitu sekolah, kolej dan universiti sudah dikeluarkan untuk mengelak risiko penularan wabak Influenza A (H1N1) yang lebih tinggi. Begitu juga arahan paling tegas Kementerian Kesihatan untuk menutup serta-merta kampus mengikut Prosedur Standard (SOP) bagi mengawal jangkitan lebih besar di seluruh negara.

Namun, sejauh mana pematuhan orang ramai terhadap perintah kuarantin itu, terutama kalangan pelajar? Adakah dengan penutupan itu memberi kesempatan mereka untuk bersantai sesuka hati atau dikuarantin dengan duduk saja di rumah.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati apabila Kementerian Kesihatan tidak membenarkan pegawainya memasuki empat kampus di Lendu, Melaka; Sri Iskandar (Perak); Permatang Pauh (Pulau Pinang) dan Dungun (Terengganu) atas keperluan menjalankan tugas pengurusan selepas kampus itu diarah tutup sementara berikutan ada pelajarnya dikesan dijangkiti Influenza A.

Dalam keadaan ini, siapa harus dipersalahkan? Kementerian Kesihatan sudah menjalankan tanggungjawab mengeluarkan perintah kuarantin kepada golongan berisiko itu, tetapi masyarakat pula seakan tidak prihatin terhadap bahaya jangkitan virus Influenza A dan bebas keluar.

Hakikatnya, statistik wabak H1N1 meningkat setiap hari. Sehingga semalam, lapan orang terkorban dengan sejumlah 17 kes baru dilaporkan. Semalam saja dua kematian dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Jumlah keseluruhan ialah sebanyak 1,446 kes.

Pada peringkat global, bagi tempoh sama, sejumlah 183,854 kes dengan 1,307 kematian dilaporkan di 167 negara. Peningkatan sebanyak 28 kes dengan enam kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Tiada pertambahan negara yang terbabit. Sebelum ini, dilaporkan empat penambahan kes baru di negara baru juga dilaporkan iaitu Georgia, Kazakhstan, Kosovo dan Swaziland.

Berdasarkan senario itu, wabak berkenaan tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia sudah menjadi pandemik pada peringkat global kerana mudah berjangkit daripada manusia kepada manusia. Walaupun keadaan di Malaysia masih terkawal, ia boleh disekat dengan kerjasama orang ramai untuk patuh kepada arahan dikeluarkan dan cepat mendapatkan rawatan jika ada simptom dijangkiti.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Hassan Abdul Rahman, berkata wabak H1N1 masih berada pada peringkat awal pandemik atau sekadar penularan berbentuk tempatan.

Katanya, disebabkan wabak itu adalah pandemik pada peringkat global dan mudah berjangkit daripada manusia kepada manusia, kerajaan sentiasa mengambil langkah memperlahankan jangkitan virus daripada merebak. Setakat ini, tiada strategi khusus lebih komprehensif untuk membendung penularan virus itu, sebaliknya sudah cukup dengan langkah sedia ada Kementerian Kesihatan, iaitu menerusi pemeriksaan dan kuarantin.

"Apa yang penting, kita akan mengambil langkah secepat mungkin untuk memperlahankan penularan. Pesakit yang berisiko tinggi dijangkiti virus H1N1, kita akan kuarantin supaya tidak bercampur atau bergaul dengan orang ramai.

"Kita juga akan arahkan sesiapa yang ada simptom mendapat rawatan segera dan lakukan kuarantin sendiri di rumah. Bagi institut pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang ada pelajarnya dijangkiti wabak itu, Kementerian Kesihatan sudah arahkan ditutup sementara.

"Ini adalah tindakan terbaik kerana sekolah, kolej dan universiti adalah sebuah premis yang luas, sesak serta diduduki ramai pelajar. Dalam kawasan sesak, wabak itu mudah merebak. Justeru, kita halang pelajar bercampur sesama mereka kerana dalam premis yang begitu luas, risiko penularan terhadap virus berkenaan adalah tinggi.

"Ini berbanding di rumah yang saiznya adalah jauh lebih kecil dan hanya diduduki sejumlah ahli keluarga yang sedikit," katanya.

Kenyataan itu, sekali gus menolak andaian sesetengah ibu bapa yang mempersoalkan langkah kementerian menutup sekolah atau kolej, seolah-olah mahu 'menyebarkan' virus itu di kampung atau taman perumahan apabila pelajarnya pulang.

Hassan bagaimanapun, berkata, tanggungjawab memperlahankan wabak itu bukan saja terletak kepada pihak berkuasa, sebaliknya semua individu dengan memahami apa itu H1N1 dan patuh arahan dikeluarkan.

Apa yang dilihat tahap kesedaran masyarakat terhadap wabak H1N1 ini masih terlalu rendah dan mereka dilihat seakan tidak bimbang mengenai penularan itu.

"Mungkin ramai kalangan masyarakat yang masih tidak faham mengenai wabak berkenaan kerana baru muncul sejak April lalu. Wabak H1N1 sangat berbahaya kerana belum ada vaksin yang mampu melawan penyakit itu. Cuma penemuan virus itu dijangka akan ditemui, hujung tahun ini," katanya.

Hassan berkata, masyarakat harus tahu bahawa Influenza A adalah lebih berbahaya daripada denggi. Nisbah kematian bagi Influenza A ialah 1:200, manakala demam denggi pula 1:500 kematian. Apa yang penting kematian tetap boleh dielakkan jika semua pihak tahu peranan masing-masing.

"Seharusnya apabila diserang batuk, selesema atau demam, mereka terus mendapatkan rawatan dan mengasing atau menjarakkan diri dengan orang lain. Jika bekerja, majikan patut mengarahkan pekerjanya bercuti sebagai langkah pencegahan awal mengelak virus merebak ke pihak lain.

"Ada baiknya mereka ini duduk di rumah dan mengurangkan aktiviti lain. Jika mereka benar-benar mengikut nasihat doktor, demam atau selesema boleh sembuh dalam tempoh singkat iaitu antara dua hingga tiga hari.

"Kita lihat seorang pesakit yang meninggal dunia akibat H1N1 itu adalah disebabkan lewat mendapatkan rawatan. Oleh itu, pesakit yang ada simptom serta bertubuh gemuk dan menghidap kencing manis perlu segera membuat pemeriksaan doktor kerana mereka lebih berisiko," katanya.

Hassan berkata, walaupun kebanyakan kes yang ada di Malaysia tidak dianggap berisiko tinggi, tindakan berwaspada perlu sentiasa diambil. Dua peratus kes yang dikesan menghidapi virus itu juga perlulah membiasakan diri memakai penutup muka supaya tidak merebak ke pihak lain.

"Kita sepatutnya mengikut cara rakyat di Jepun, Korea dan China yang menjadikan amalan memakai penutup muka sebagai perkara biasa. Semuanya bermula daripada diri sendiri," katanya.


Sumber: Berita Harian 3/8/2009
--------------------------------------------------------

Virus H1N1 ancam manusia

Apakah dimaksudkan dengan selesema babi?

Ia sejenis masalah pernafasan yang disebabkan virus influenza A dijangkiti babi. Ada banyak jenis virus dan jangkitannya sentiasa berubah. Ia sebelum ini tidak menjangkiti manusia, tetapi keadaan ketika ini membuktikan sebaliknya dan mudah tersebar di antara manusia, dipercayai menerusi batuk dan bersin.

Ia juga jenis baru virus H1N1 yang turut menyebabkan wabak besar-besaran demam selesema pada 1918. Rawatan yang ada setakat ini berkesan, tetapi ia tidak mempunyai sebarang vaksin. Biarpun H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan jangkitan demam selesema di kalangan manusia, tetapi versi terbaru virus ini amat berbeza. Ia mengandungi bahan genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.

Virus demam selesema mampu menukar komponen genetik di antara satu sama lain. Versi baru jenis virus H1N1 itu hasil campuran beberapa versi virus berkenaan di dalam ‘induk’ haiwan yang sama. Babi misalnya, disifatkan lubuk paling sesuai bagi membolehkan virus ini saling bergabung. Biarpun virus ini lazimnya menular pada musim luruh dan sejuk, ia juga boleh merebak sepanjang tahun.

Bagaimana wabak berlaku?

Mutasi virus demam selesema sentiasa berlaku dan berubah yang menyebabkan perubahan kecil protein di permukaannya yang dikenali sebagai antigen. Sistem daya tahan atau imun badan mungkin kebal terhadap jangkitan itu jika ia pernah berdepan virus sama sebelum ini, tetapi boleh menjadi lemah jika ia membabitkan antigen baru. Virus selesema yang menjadi tumpuan ramai sekarang adalah sejenis virus influenza A H1N1 yang dijangkiti unggas, mamalia tertentu serta manusia.

Mutasi virus selesema

Virus influenza A boleh melalui proses mutasi dalam dua cara - perubahan antigenik yang mana antigen sedia ada berubah. Satu lagi membabitkan perubahan gabungan dua atau lebih antigen. Perubahan antigen ini berlaku dari setahun ke setahun membabitkan jenis yang lazimnya dijangkiti manusia. Berikutan itu, manusia mempunyai separuh, jika tidak sepenuh kekebalan. Sebaliknya, virus H1N1 yang baru itu dilihat berasal daripada perubahan antigen babi di Mexico.

Potensi virus ini

Nama selesema babi itu memberi gambaran kurang tepat kerana ia seolah-olah mengaitkan babi sebagai ‘lubuk’ campuran beberapa jenis virus selesema iaitu gabungan genetik babi, unggas dan manusia. Ada antara antigen itu membabitkan jenis baru yang tidak pernah disaksikan sistem imun hampir keseluruhan manusia. Berikutan itu, jenis baru ini berpotensi mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran.

Bolehkah manusia dijangkiti selesema babi?

Ia lazimnya tidak dijangkiti manusia, kecuali kes tertentu membabitkan mereka yang bersentuhan dengan haiwan itu. Malah ada kes yang sebelum ini jarang berlaku yang mana manusia menyebarkan virus itu kepada individu lainnya. Wabak terbaru ini menjadi bukti jangkitan antara manusia dari manusia itu secara mudah dan cepat yang sekali gus memerlukan perhatian segera pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia. Virus itu tersebar dari manusia kepada manusia, sama seperti virus selesema lain menerusi batuk, bersin atau sentuhan pada permukaan yang dijangkiti.

Apakah ia jenis baru virus?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sekurang-kurangnya beberapa kes jangkitan manusia membabitkan jenis H1N1 yang belum pernah dilihat sebelum ini. H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan wabak demam selesema di kalangan manusia sering berlaku. Tetapi kali ini, jenisnya berbeza kerana mengandungi material genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.

Contoh kejadian penyebaran selesema babi di kalangan manusia?

* 1976 - Wabak selesema babi di kalangan anggota tentera di Fort Dix, New Jersey. Virus itu menyebabkan masalah pneumonia atau radang paru-paru yang dihidapi sekurang-kurangnya empat askar dan satu kematian lain. Virus itu tersebar dengan mudah berikutan persekitaran latihan ketenteraan dan terhad kepada pihak luar.
* 1988 - Seorang wanita 32 tahun yang hamil dan diketahui sihat, dimasukkan ke hospital kerana radang paru-paru dan mati lapan hari kemudian. Pemeriksaan lanjut menemui virus H1N1. Empat hari sebelum jatuh sakit, mangsa mengunjungi satu pesta pameran babi dan binatang itu diketahui mempunyai gejala selesema babi.



Sejauh mana bahayanya?

Simptom selesema babi sama seperti jenis yang mencetuskan demam selesema yang sering berlaku, seperti demam, batuk, sakit tekak, sengal badan, kesejukan dan lemah atau lesu.

Perlukah kita bimbangkan ancamannya?

Berikutan ciri-ciri virus baru ini yang memungkinkan penyebaran dari manusia kepada manusia, ia perlu dipantau rapi sebagai persiapan kemungkinan mencetuskan wabak besar-besaran pada peringkat global. Pihak WHO sudah memberi amaran, jika kes di Mexico dan Amerika Syarikat itu sama, ia boleh mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia dan menegaskan keadaan sekarang sememangnya serius, biarpun ada pakar menyifatkannya terlalu awal untuk menilai keadaan itu secara keseluruhannya. Tetapi mereka tidak menolak kemungkinan dunia semakin hampir kepada wabak demam selesema besar-besaran sejak wabak yang tercetus pada 1968.

Pakar turut mengkategorikan tahap ancaman itu di paras empat berbanding skala enam peratus. Tiada siapa pun tahu impak keseluruhan wabak besar-besaran itu, tetapi pakar sebaliknya sudah memberi amaran ia boleh menyebabkan kehilangan berjuta-juta nyawa.

Hakikat, kesemua kes di Amerika Syarikat dan lainnya yang menyebabkan gejala atau simptom sederhana, disifatkan sebagai satu perkembangan yang menggalakkan. Ia menunjukkan seriusnya wabak di Mexico berkemungkinan besar disebabkan faktor geografi yang berbeza dan disifatkan amat luar biasa yang mungkin menunjukkan ada virus kedua yang tiada kaitan menular dalam masyarakat dan berkemungkinan tidak semudah itu mencetuskan masalah di seluruh dunia.

Kemungkinan lain, mangsa yang dijangkiti di Mexico, mungkin mendapatkan rawatan lewat di negara lain.

Andaian lain, mungkin juga virus yang tersebar di Mexico berbeza daripada jenis yang tersebar di tempat lain dan ini pun masih perlu disahkan oleh analisis makmal. Namun, hakikat majoriti mangsanya masih muda juga disifatkan menjadi petunjuk yang agak aneh kerana andai masalah ini dikaitkan dengan musim demam selesema, ia lazimnya menyerang mangsa yang lebih tua.

Berapa lamakah tempoh mereka yang dijangkiti menyebarkan kepada orang lain?

Mereka yang dijangkiti selesema babi, disifatkan sebagai boleh menyebarkan virus itu selagi masih ada simptom berkaitan sehingga tujuh hari sejak gejala itu mula dikesan. Kanak-kanak misalnya, berpotensi dijangkiti bagi tempoh lebih lama.

Simtpom atau gejala?

Demam, batuk, sakit badan, sukar bernafas

Bolehkah virus ini dikawal?

Virus ini sudah pun menunjukkan tanda-tanda penularan hampir di seluruh dunia dan kebanyakan pakar percaya usaha mengawalnya pada era yang menyaksikan perjalanan udara suatu kelaziman, sememangnya amat sukar.

Cara rawatan dan vaksinnya?

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata ada dua jenis ubat yang sering digunakan bagi merawat demam selesema - Tamiflu dan Relenza yang terbukti berkesan merawat kes sebelum ini. Namun, ia perlu diberi seawal mungkin bagi memastikan keberkesanannya. Penggunaan ubat ini juga menyukarkan virus itu dijangkiti orang lain. Kerajaan Britain sudah pun menyediakan bekalan 33 juta dos Tamiflu yang dipesan awal bagi berdepan pandemik ini. Namun, tidak jelas sejauh mana keberkesanan vaksin yang ada sebagai perlindungan jenis baru virus ini yang secara genetiknya berbeza daripada jenis lain. Saintis Amerika sudah pun menghasilkan vaksin baru tetapi ia memerlukan masa untuk disempurnakan dan dihasilkan bagi memenuhi permintaan besar dunia. Ada satu vaksin yang digunakan bagi melindungi manusia daripada versi awal selesema babi di Amerika pada 1976. Bagaimanapun, ia menyebabkan kesan sampingan serius, termasuk kira-kira 500 kes sindrom Guillain-Barré yang menyebabkan lebih banyak kematian berbanding kesan wabak ketika itu.

Apa harus lakukan untuk selamat?

Mereka yang mempunyai simptom atau gejala demam selesema atau ada kemungkinan terdedah kepada virus selesema babi, perlu mendapatkan rawatan perubatan termasuk segera ke hospital.

Bagaimana mengelak jangkitan?

* Elakkan berada di tempat mereka yang kurang sihat dan menghidap demam serta batuk.

* Amalan kawalan am jangkitan dan persekitaran yang bersih, boleh mengurangkan risiko menyebarkan virus.

* Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.

* Kerap basuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan air bagi mengelak penyebaran virus dari tangan ke muka serta kepada orang lain. Juga, kerap cuci permukaan seperti tombol pintu, menggunakan cecair cucian yang sesuai.

* Gunakan topeng pernafasan jika menjaga mereka yang sakit, selain mengelak risiko menyebarkan virus.

* Segera berjumpa doktor jika mempunyai simptom dan pernah melawat Mexico, New York, California, Texas dan Ohio di Amerika Syarikat serta ke Kanada selepas 17 April lalu.



Sumber: Berita Harian 3/5/2009

 

15:03 Posted in INFO H1N1 | Permalink | Comments (0) | Tags: info h1n1