Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

04 January 2006

Perisian PDF Pelbagai Fungsi

Banyak juga perisian percuma PDF (Portable Document Format) yang boleh diperolehi daripada internet. Masing-masing ada fungsi tersendiri yang meliputi penciptaan fail PDF sehingga teknik mengubahsuainya. Paling banyak perisian "pencetak maya" yang mampu menghasilkan dokumen PDF daripada dokumen lain. Apa yang tersenarai di bawah ini hanya sebahagian daripada pelbagai variasi yang boleh ditemui. Jika anda berminat, jangan keberatan untuk mengambil dan mencubanya, sekali gus bagi memilih yang paling sesuai.

Perisian PDF terpilih

Foxit PDF Reader v1.3
Penayang dan pembaca alternatif dokumen PDF ini menyokong semua jenis dokumen PDF dengan kualiti paparan yang tinggi. la menyokong pelbagai bahasa termasuklah bahasa negara-negara di Asia. la dilengkapi fungsi untuk melakukan zum, memutar paparan laman, menyalin maklumatteks kepada aplikasi lain, mencari teks dalam dokumen PDF, dan mencetak dokumen PDF.
OS: Windows 98/ME/2000/XP
Saiz:1144KB
URL: http://www.foxitsoftware.com/

PDF-ShellTools v1.0
Berintegrasi dengan Windows untuk memisah dan mencantum fail PDF, selain menayang info fail PDF. Anda boleh memapar dan menyunting info seperti pengarang, dan tajuk PDF. Fail PDF yang dipisahkan boleh dicantum untuk menjadi fail baru yang terdiri daripada laman pilihan. Beberapa cara pemisahan fail PDF turut disediakan selain ciri untuk membuang data dalam fail PDF.
OS: Windows 98/ME/2000/XP Saiz: 841 KB
URL: http://homepage.oniduo.pt/pdfe/shelltools.html

PDF Explorer v1.5
Boleh mengurus fail PDF dan mengekstrak imej dari fail PDF. Selain mengumpul dan menambah fail PDF ke dalam pengkalan data, anda boleh menayang nama fail, tajuk, subjek, dan pengarangnya. Anda juga boleh mencari, memapar, dan menukar nama fail PDF secara berkumpulan. Selain boleh membantu mengurus fail PDF, perisian ini juga mampu mengimbas PDF dalam fail ZIP.
OS: Windows semua versi
Saiz: 1954 KB
URL: http://homepage.oniduo.pt/pdfe/

PDF SpeedUpvt.42
boleh mempercepatkan Adobe Reader menayangkan fail PDF. Caranya dengan mematikan "plug-ins" tidak perlu dan begitulah sebaliknya. Anda boleh mengaktifkan atau mematikan "plug-ins" tertentu, mematikan ciri kemaskini, dan paparan skrin ketika perisian dimulakan. Ketetapan asal Adobe Reader anda boleh dikembalikan dan perisian ini menyokong semua versi Acrobat Reader.
OS: Windows 98/ME/2000/XP.
Saiz: 311 KB
URL: http://www.tnk-bootblock.co.uk/

PrimoPDF v1.0
Boleh mencipta fail PDF dari dokumen, imej, teks, laman web, dan sebagainya yang boleh dicetak. Pencetak maya ini boleh diakses oleh sebarang program yang boleh mencetak. la turut menawarkan fungsi untuk mengoptimakan output PDF (untuk mencetak pada pencetak laser standard atau ditayang pada skrin. Tiada "watermark" ditambah pada dokumen PDF dan tiada sebarang batasan.
OS: Windows 98/ME/NT/2000/XP
Saiz: 10448 KB
URL: http://www.primopdf.com/

PDF Info
Fail PDF biasanya ditanda atau dilabel oleh perisian pencipta PDF. Maklumat tersorok ini disimpan di bahagian "header" fail PDF. Melalui perisian ini, anda boleh menukar maklumat dokumen PDF seperti pengarang, tajuk, subjek, kata kunci, pencipta, dan produser. Anda juga boleh menambah atau membuang maklumat yang tersorok. Perisian ini tidak diganggu oleh iklan, spyware atau clickbot.
OS: Windows 95/98/NT/ME/2000/XP/2003
Saiz: 913 KB
URL: http://www.bureausoft.cotn/products.
html

Free PDF Compressor
Berupaya mengecilkan saiz fail PDF dengan membuang objek berganda dan memampatnya sehingga ke tahap tertentu. Anda boleh menetapkan tahap mampatan untuk menjadikan fail PDF itu lebih kecil. Manfaat lain utiliti percuma ini ialah kebolehan menyahmampat sebarang PDF kepada saiz asalnya. Ini untuk membolehkan pertukaran lebih baik dari PDF kepada format lain.
OS: Windows 95/98/NT/ME/20QO/XP/2003
Saiz: 288 KB
URL: http://www.nicepdf.com/products.htipl

PDF Bundle
Boleh menyisipkan atau mengepilkan sebarang fail ke dalam dokumen PDF yang sedia ada (ciri ini seperti perisian Adobe Acrobat). Ini bermakna anda boleh menyisipkan dokumen daripada aplikasi lain seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Visio, Microsoft Publisher atau fail lain ke dalam fail PDF. Fail yang disisipkan itu dikenali sebagai sisipan (attachment) untuk fail PDF.
OS: Windows 95/98/NT/ME/2000/XP/2003
Saiz: 295 KB
URL: http://www.coolpdf.com/pdfbundle.html

PDF Thumbnail Generator
Boleh mencipta "thumbnail" untuk fail PDF sedia ada (dalam format BMP, JPG atau EMF). Apabila "thumbnail" itu ditanam ke dalam fail PDF anda boleh melihat "thumbnail" itu muncul di kiri ruang pembaca/penayang PDF anda (biasaya Adobe Reader). Menerusi utiliti percuma ini, anda boleh menetapkan samada hendak menayang "thumbnail" apabila fail PDF dibuka atau tidak.
OS: Windows 95/98/NT/ME/2000/
XP/2003
Saiz: 302 KB
URL: http://www.coolpdf.com/pdfthumbnail.html

PDF Version Converter
Menukar fail PDF di antara versi berbeza untuk tujuan keserasian. Setiap fail PDF dicipta mengikut spesifikasi perisian yang menghasilkannya. Ada aplikasi yang hanya mengenali PDF versi tertentu. Saiz fail PDF yang dihasilkan selepas pertukaran sedikit berbeza dengan fail asal. Ini disebabkan perbezaan spesifikasi PDF mempengaruhi struktur dan pengelolaan objek dalam PDF.
OS: Windows 95/98/NT/ME/2000/XP
Saiz: 293 KB
URL: http://www.nicepdf.com/products.html

Tweak PDF
Mampu menukar cara dokumen PDF dipaparkan (kali pertama) menerusi pembaca PDF seperti Acrobat Reader. Contohnya, anda boleh menetapkan paparan dokumen PDF dalam mod seluas skrin, "outline" dan "thumbnail". Selain susun atur laman anda boleh menukar tajuk, subjek, pengarang, kata kunci, dan versinya. Saiz PDF juga boleh dikecilkan melalui tahap pemampatan yang disediakan.
OS: Windows 95/98/NT/ME/2000/XP/2003
Saiz: 316 KB
URL: http://www.coolpdf.com/tweakpdf.html

PDFproducer
Mampu menukar teks kepada dokumen PDF atau menghasilkan PDF secara percuma tanpa menggunakan perisian Acrobat. Anda boleh menukarkan saiz halaman, selain putaran 90,180,260 dan 360 darjah. Turut disediakan ialah tiga fon pilihan yang boleh digunakan dalam dokumen PDF dan tiga pilihan saiz kertas. la merupakan perisian kecil yang mampu menghasilkan PDF dengan cepat.
OS: Windows 98/NT4/Me/XP/2000
Saiz: 25 KB.
URL: http://naramcheez.netfirms.com/pdfproducer.html

WinPDF
Perisian pencipta PDF profesional ini berfungsi sebagai pencetak maya yang digelar "Easy PDF Creator", la membolehkan pengguna mencipta fail PDF dan menukar dokumen sedia ada kepada fail PDF. Fungsi cetakannya menawarkan saiz kertas PDF, resolusi, orientasi, keserasian, fon tertanam, pautan aktif, kawalan, perlindungan kata laluan, output automatik, dan pertukaran secara berkumpulan.
OS: Windows 95/98/NT/ME/2000/XP/2003
Saiz: 738 KB
URL: http://www.pdfdesk.com/winpdf.html

Petikan: Majalah PC Julai 2006

14:15 | Permalink