23 January 2006
Apa itu Easter Eggs?
Dalam dunia komputer, istilah Easter Eggs adalah merujuk kepada ciri-ciri tersembunyi di dalam sesebuah perisian, perkakasan, tapak web atau lain-lain.
la adalah sesuatu yang tidak diduga, biasanya dalam bentuk mesej, imej, bunyi, animasi dan sebagainya.
la selalunya dijadikan rahsia dan hanya segelintir orang yang mengetahuinya. Easter Eggs juga tidak mempunyai sebarang tujuan yang signifikan kecuali sebagai tanda tangan penciptanya dalam bentuk jenaka, helah tersembunyi atau seumpamanya yang biasanya akan membuat kita tersenyum sendiri atau kadang-kadang boleh dijadikan modal untuk bercerita kepada kawan-kawan.
Pernahkah anda terfikir bahawa perisian seperti Microsoft Excel 2000 mempunyai satu permainan menarik di dalamnya?
Bagi mereka yang tidak meminati teknologi maklumat secara mendalam khususnya dalam bidang perisian komputer, Easter Eggs mungkin tidak memberi apa-apa makna, tetapi mereka yang menghargai dunia pengaturcaraan komputer pula mungkin menganggapnya sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.
Kebanyakan Easter Eggs ditemui secara tidak sengaja ataupun setelah "dibocorkan" rahsianya oleh orang-orang yang terlibat menciptanya.
Pada masa kini, banyak "rahsia" Easter Eggs boleh diselongkar menerusi Internet. Berikut adalah beberapa Easter Eggs yang mudah untuk ditemui dan diakses, untuk melihatnya anda harus melakukan langkah-langkah yang diberi menurut urutan seperti yang dinyatakan.
Windows 98
Masuk ke folder Windows\Application Data\Microsoft\Welcome. Di dalam folder tersebut, akan terdapat satu fail program iaitu Weldata.exe. Sediakan satu pintasan kepada program ini dengan mengklik kanan padanya dan memilih Create Shortcut daripada menu pop-up yang dipaparkan.
Apabila pintasan telah dihasilkan, klik kanan padanya dan ambil pilihan Properties. Sambungkan ayat "You_are_a_real_rascal" di sebelah kanan masukan yang sedia ada di bahagian Target. Ini akan menjadikan program Weldata.exe akan dilaksanakan dengan ayat "You_are_a_real_rascal" sebagai parameternya.
Kemudian, di bahagian Run, ambil pilihan Minimized, dan akhir sekali klik OK.
Klik dua kali pada ikon pintasan itu tadi dan saksikan satu persembahan multimedia yang menyenaraikan nama-nama mereka yang terlibat di dalam pembangunan sistem pengoperasian Windows 98.
Windows 95
Jika anda menggunakan Windows 95 pula, terdapat juga Easter Eggs untuk dicuba.
Pertama sekali, klik kanan pada desktop dan ambil pilihan New Folder. Namakan folder baru itu dengan nama "and now, the moment you've all been waiting for".
Setelah itu, tukarkan semula namanya kepada "we proudly present for your viewing pleasure".
Akhir sekali, tukar sekali lagi nama folder berkenaan kepada "The Microsoft Windows 95 Product Team!". Anda mesti menaipnya dengan huruf kecil dan besar seperti yang dinyatakan.
Setelah itu, anda boleh mengklik dua kali pada folder itu dan saksikan paparan yang dipersembahkan dengan latar belakang salah satu muzik dari Windows.
Microsoft Internet Explorer 5.0
Mulakan perisian Internet Explorer (IE), daripada menu klik Tools > Internet Options > General dan klik pada butang Languages, serta kemudian pada butang Add.
Taipkan "ie-ee" dan klik OK. Pindahkan "User Defined [ie-ee]" yang baru terhasil itu ke tempat teratas dalam senarai (klik padanya dan klik pada butang Move Up).
Klik OK sehingga anda boleh menggunakan IE semula, kemudian klik pada ikon Search. Panel Search akan muncul di sebelah kiri dan anda akan dapati ada perubahan pada senarai pilihan yang dipaparkan. Klik juga pada Previous Searches untuk melihat apa yang terjadi.
Easter Eggs ini mungkin tidak akan berhasil jika anda pemah memasang perisian tambahan pada IE sehingga menyebabkan enjin carian terbina dalamnya menjadi berubah (umpamanya memasang GoHip).
Microsoft Excel 2000
Mulakan perisian Excel 2000, pada menu File, klik pada pilihan Save as Web Page dan ambil pilihan Publish Sheet serta kemudiannya Add Interactivity. Simpan fail kosong itu ke dalam cakera anda dalam format htm (gunakan nama yang dicadangkan oleh Excel sendiri).
Kemudian buka fail berkenaan menggunakan perisian IE. Anda seharusnya akan memperolehi satu bahagian seperti Excel ditengah-tengah perisian pelayar.
Bawa cursor anda ke baris yang ke-2000 dan kolum WC.
Klik pada bahagian kiri baris untuk memilih (select) keseluruhan baris 2000 dan kemudian tekan tab sehingga kolum WC menjadi aktif.
Tekan kekunci Shift Ctrl dan Alt secara serentak, sebelum anda melepaskannya, klik dahulu tetikus pada logo MS Office pada penjuru atas kiri.
Jika komputer anda dilengkapi dengan DirectX, anda akan dipaparkan dengan skrin permainan kereta.
Gunakan anak panah untuk menggerakkan kereta, space bar untuk menembak, 0 untuk menumpahkan minyak ke atas jalan dan H untuk menyalakan lampu bila keadaan menjadi gelap.
Perhatikan permukaan lebuhraya yang anda lalui - ia penuh dengan nama-nama mereka yang terlibat dalam pembangunan Excel 2000.
Microsoft Excel 7
Excel 7 pula mempunyai persekitaran mirip permainan Doom apabila anda berjaya membuka Easter Eggs padanya.
Mulakan Excel 7 dan bawa kursor ke bans 95 dan kemudian tekan tab untuk mengaktifkan kolum B
Klik pada menu Help dan klik pada pilihan About Microsoft Excel. Sambil menekan kekunci Ctrl dan Shift, klik pada Tech Support.
Satu tetingkap baru akan muncul, di mana anda boleh bergerak di sekelilingnya menggunakan anak panah serta kekunci C dan D untuk melihat atas dan bawah.
Di satu tempat yang jauh daripada tangga, pandang ke arah dinding dan taipkan EXCELKFA (mirip kod tipu permainan Doom). la akan menyebabkan dinding itu hilang dan and akan dapat berjalan-jalan ke sebuah bilik rahsia yang penuh dengan gambar-gambar.
Screensaver Windows 95/98/Me/NT
- Screensaver 3D Text
Salah satu screensaver yang disediakan bersama-sama Windows ialah 3D Text yang memaparkan satu teks dalam bentuk 3D yang boleh anda taip. Anda boleh taipkan apa sahaja dan teks tersebut akan dipaparkan di skrin sebagai screensaver.
Tetapi jika anda taipkan "volcano", sesuatu yang berbeza akan dipaparkan - ia akan menyenaraikan nama-nama gunung dan gunung berapi terkenal.
- Screensaver 3D Pipes
Apabila anda memilih 3D Pipes sebagai screensaver, batang-batang paip pelbagai wama akan keluar bersimpang-siur di skrin anda secara 3D dengan tanpa penyudahnya.
Tetapi dengan sedikit konfigurasi, batang-batang paip itu sekali-sekala akan membentuk teko pula!
Ini dapat dilakukan dengan memilih 3D Pipes sebagai screensaver dan kemudian klik pada butang Settings. Pilih Multiple pada bahagian pipes. Traditional pada bahagian type, Mixed pada bahagian joint type dan Solid pada bahagian surface style.
Klik OK.
Jika anda sabar menunggu, batang-batang paip itu nanti akan bertukar menjadi teko.
Windows 95 Help
Jika anda masih menggunakan Windows 95 ataupun ada antara perisian pada komputer anda masih menggunakan program Help cara Windows 95 (contohnya WinZip), bukalah bahagian Help.
Klik pada tab Find, jika terdapat 'vmSm meminta anda mengkonfigurasikan Find, laku-kan mengikut apa yang dicadangkan.
Kemudian di dalam bahagian Find, klik pada Options, setkan bahagian atas kepada "All the words you typed in order" manakala, bahagian kedua pula "begin with the characters you typed".
Klik OK untuk kembali ke tetingkap se-belumnya dan taipkan di dalam kotak yang disediakan "Who knows who built this tool?", kemudian sambil menekan kekunci Shift dan Ctrl, klik pada butang Clear.
Setelah itu, klik semula pada butang Options dan setkan bahagian atas kepada "At least one of the words you typed",dan bahagian kedua kepada "contain the characters you type" dan kemudian klik OK untuk kembali ke tetingkap sebelumnya.
Di dalam kotak, taipkan "The Shadow knows!", dan kemudian sambil menekan kekunci Shift dan Ctrl, klik pada butang Clear.
Saksikan apa yang terjadi.
PowerPoint 97/2000
Sewaktu anda berada di dalam Powerpoint 2000, klik pada menu Help dan ambil pilihan About Microsoft Powerpoint.
Apabila tetingkap About dipaparkan, klik bahagian sebelah kiri yang menempatkan logo Powerpoint.
Lain-lain
Sebenamya banyak lagi perisian lain yang mempunyai Easter Eggs menarik, tempat yang terhad menyebabkan saya tidak dapat menye-naraikannya. Lagipun, jika anda menginginkan-nya lagi, tentu anda sudah tahu di mana hendak mencarinya, bukan?
Selain daripada perisian aplikasi, permainan, perkakasan dan tapak web, tahukah anda ba-hawa filem-filem terkenal seperti siri Star Wars, Titanic, Mission Impossible, Indiana Jones, Back to the Future dan sejumlah lagi juga mempunyai Easter Eggs?
11:35 | Permalink