Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

23 January 2006

Atasi masalah lancar Notepad dan Wordpad

ANDA tentu pernah berhadapan dengan beberapa masalah ketika menggunakan sistem operasi Windows 95, Windows 98 atau Windows 98 Second Edition di sepanjang tempoh anda menggunakan komputer peribadi (PC) anda.
Antara masalah yang paling lumrah ialah kemunculan beberapa mesej error ketika melancar atau menutup aplikasi atau perisian.
Panduan Megabait minggu ini akan menonjolkan masalah-masalah yang mungkin beriaku ketika melancarkan dua daripada aplikasi terbina dalam (built-in) yang didatangkan sekali dengan sistem operasi Windows, iaitu Wordpad dan Notepad.
Apakah yang anda patut lakukan jika anda melihat mesej "Error Message:
There Was a Failure in Launching Wordpad" di skrin PC anda.
Soalan pertama sekali yang timbul ialah apakah petanda masalah itu?
Apabila anda cuba membuka fail teks besar menggunakan Notepad, anda mungkin sebaliknya akan diarahkan membukanya menggunakan aplikasi Wordpad. Apabila anda memilih membuka fail menggunakan Wordpad, anda akan melihat error message berikut:
"There was a failure in launching Wordpad."
Apakah sebabnya mesej tersebut muncul di skrin anda. Sebab paling asas ialah kemungkinan aplikasi Wordpad tidak dipasangkan ke dalam PC anda.
Anda boleh menyelesaikan sendiri masalah itu dengan memasangkan aplikasi WordPad: Lakukan yang berikut:
Klik Start, pilih Settings, dan kemudian klik Control Panel. Selepas itu, dwi-klik Add/Remove Programs, klik pada Windows Setup, dan diikuti dengan dwiklik pada Accessories.
Klik pada kotak di sebelah Wordpad, dan kemudian klik OK. Selepas itu klik Apply, dan masukkan cakera Windows CD-ROM jika diarahkan berbuat demikian, dan kemudian klik OK. Selepas itu klik OK, dan tutup tetingkap Control Panel.
Bagi pengguna sistem operasi Windows 95 atau Windows 98, anda mungkin pernah melihat mesej "Notepad Caused an Invalid Page Fault in Module Notepad.exe..."
Petanda masalah ini ialah jika anda cuba melancarkan aplikasi Microsoft Notepad, dan anda melihat mesej error berikut: "NOTEPAD caused an invalid page fault in module NOTEPAD.EXE at address"
Masalah ini boleh muncul jika situasi berikut beriaku: Pertama ialah jika anda menggunakan utiliti paparan skrin pihak ketiga yang tidak serasi dengan Notepad. Kedua ialah jika pemacu adapter video rosak atau tidak serasi dengan Notepad.
Untuk mengatasi masalah ini, ikuti beberapa langkah berikut: Klik Start, pilih Run, taip msconfig, dan kemudian klik OK. Selepas itu klik Advanced, klik (check) kotak VGA 640x480x16, kemudian klik OK, dan klik OK sekali lagi.
Selepas itu klik Yes apabila anda diarahkan restart PC anda. Jika tiada mesej error muncul ketika melancarkan Notepad, nyahpasang (uninstall) utiliti paparan pihak ketiga yang didatangkan dengan adapter video anda.
Rujuk kepada dokumen yang diberikan bersama dengan adapter video atau hubungi pengeluar atau pengedarnya. Jika error message masih muncul walaupun anda tidak menggunakan utiliti paparan pihak ketiga, dapatkan pemacu terbaru untuk adapter video anda.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara meningkat upaya pemacu adapter video, klik Start, klik Help, klik pada Index, taip jenama pemacu, dan kemudian dwiklik pada Adding, changing topic.

11:35 | Permalink