Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

23 January 2006

Lembaga Putih di Tengah Lebuhraya

Lembaga Putih di Tengah Lebuhraya

Kenapa pula ada orang yang berjalan kat highway tengah-tengah malam begini?" Keluar pertanyaan tersebut dari
mulut Amir ketika dia dan Salman sedang melalui lebuh rayaberhampiran rumah mereka dalam perjalanan balik selepas

Dah tengah malam macam ini mana ada orang. Mungkin mata kau silap kot Amir," jawab Salman sambil memandu dengan tenang.
" lye, aku tak tipu. Cuba kau tengok,memang ada orang. Tu kau nampak tak apa yang aku nampak, seorang lelaki sedang berjalan," ujar Amir tidak berpuas hati kerana Salman tidak mempercayainya."Kau ni Amir. Dah tengah malam ini.
Mulut tu jangan cabul. Nanti benda tu memang takde, tiba-tiba sahaja ada. Naya kita nanti. Sudahlah. Mana ada apa-apa. Aku tak nampak pun. Kau ni buat aku takut ajelah," marah Salman lagi.Melihatkan Salman dalam keadaan marah, terus Amir terdiam. Namun begitu, hati Amir tetap percaya bahawa dia nampak sesuatu sedang berjalan di
atas lebuh raya tersebut. Tidak terniat di hatinya untuk mengada-adakan cerita. Salman yang melihatkan Amir yang terus terdiam segera membuka mulut bagi mengembalikan suasana ceria di dalam kereta tersebut. " Kau
janganlah begitu Amir. Aku marah pun ada sebab. lyalah, orang tua-tua kata jika kita nampak sesuatu pada waktu malam, jangan ditegur. Buruk padahnya.

Sudahlah tu. Lupakan sahaja," ujar Salman lagi. Belum sempat Amir menjawab, tiba-tiba dengan tidak disangka matanya terpandang seperti seseorang sedang membongkok di hadapan kereta mereka. Terjerit Amir kerana terkejut. Salman yang berada di sebelah tiba-tiba memberhentikan kereta akibat terkejut dengan jeritan Amir itu. Sebaik sahaja kereta berhenti, tiba- tiba Amir menjerit sekali lagi apabila dilihatnya lembaga tersebut tiba-tibaberada atas bahagian enjin kereta mereka. Salman yang berada di sebelah berasa hairan dengan kelakuan Amir. Seperti sebelumnya, dia tidak dapat melihat apa yang sedang dilihat oleh Amir."Ini sudah lebih," fikir Salman dalam
hati. Mahu sahaja ditamparnya Amir pada ketika itu.
Selepas memastikan keretanya tidak mengalami sebarang kerosakan, segera
Salman menghidupkan enjin kereta. Sedang dia terkial-kial menolak gear yang seakan-akan tersekat, tiba-tiba sahaja Salman berasa seram sejuk di sebelah kanannya. Segera ditolehnya tetapi tidak ada apa-apa pun yang berada di sebelah.

Kemudian Salman pun menoleh ke sebelah kiri untuk melihat keadaan Amir yang seperti dalam keadaan separuh histeria. Apa yang dilihatnya amat memeranjatkan. Bukan muka Amir yang dipandangnya terlebih dahulu tetapi wajah yang tidak dikenali tiba-tiba muncul tidak tahu dari mana datangnya berada di tingkap kereta di sebelah Amir.; Tersentak seketika Salman apabila melihatkan wajah tersebut. Dipejamkan matanya bagi memastikan bahawa apa yang dilihatnya itu hanyalah khayalan semata-mata. Namun begitu sebaik
sahaja dia membuka mata, wajah tersebut tetap berada di situ. Seperti melekat sahaja di tingkap keretanya tanpa bergerak sedikit pun.
Tanpa membuang masa, segera .| Salman menekan pedal minyak dengan kuat. Terhuyung hayang kereta tersebut dipandunya. Ditambah dengan Amir yang tidak berhenti-henti menjerit membuatkan Salman semakin kelam kabut. Nasib baik tidak terdapat kereta yang banyak di lebuh raya pada malam tersebut. Jika
tidak mungkin berlaku kemalangan ngeri pada malam tersebut.
Sebaik sahaja Salman dan Amir sampai di hadapan rumah sewa mereka, tanpa berfikir panjang, kedua-duanya segera masuk ke rumah. Kebetulan ketika mereka masuk itu rakan serumah mereka belum tidur, terkejut dia melihat keadaan Amir dan Salman. Setelah reda dari ketakutan, Salman pun mula bercerita kepada rakan serumah mereka. Setelah mendengar cerita mereka barulah Ali, rakan serumah mereka membuka cerita.
"Sebenarnya aku lupa nak beritahu kamu berdua sebelum ini. Sebabnya aku tidak mahu kamu berdua takut apabila lalu kat highway tu. Tetapi disebabkan kejadian sudah berlaku, terpaksalah aku membuka cerita," ujar Ali perlahan.
"Cerita apa," tiba-tiba sahaja Amir bersuara."Dua tahun sebelum ini, di highway tu memang ada kejadian ngeri berlaku. Terdapat seorang lelaki yang sedang melintas jalan pada waktu malam telah terbunuh apabila dilanggar lari oleh sebuah lori. Tubuh lelaki tersebut telah diseret oleh lori tersebut sehingga kira- kira setengah batu dari tempat kejadian. Memang mengerikan. Apa yang kamu berdua lihat itu mungkin hantu lelaki tersebut," ujar Ali dengan perlahan.
Amir yang mendengar cerita tersebut tiba-tiba sahaja pengsan ketakutan.

15:25 | Permalink