Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

23 January 2006

Ujilah keupayaan komputer desktop anda

Kadang-kadang pengguna berasa tiada bantuan (helpless) vang holph rwcka rujuk apabila membelj perkakasan dan peranti teknologi maklumat (IT) seperti komputer peribadi, pembantu digital peribadi (PDA), telefon mudah alih, dan puluhan ribu perisian yang mereka boleh gunakan.
Lazimnya mereka 'terpaksa' menerima apa sahaja penjelasan yang diajukan kepada rnereka oleh para peruncit atau vendor, atau rakan mereka yang lebih mahir mengenai peralatan IT yang mereka beli.
Oleh itu, bagaimanakah kita sebagai pengguna biasa peralatan IT boleh sedikit sebanyak mengetahui 'kesahihan' semuanya yang disajikan untuk santapan pengetahuan IT kita. Ini bukanlah bermakna semua peruncit atau vendor 'tidak jujur' dalam memasarkan produk mereka; tetapi hanya sekadar menambah ilmu untuk kegunaan pengguna sendiri.
Antara langkah-langkah yang boleh ditakukan oleh pengguna ialah menguji produk komputer desktop berpandukan aplikasi tanda aras berikut:
Perlu diingatkan, ujian-ujian tersebut perlu dilakukan dengan ciri-ciri paparan (display properties) Windows diset pada wama 32-bit dan pada resolusi 1,024x768 dan kadar refresh 85Hz.
Beberapa setup lain yang mesti dilakukan ialah:
o Screen saver Windows tidak diakfifkan
o Semua aplikasi yang dilancarkan pada peringkat startup dimatikan, dan pastikan setting pengurusan kuasa pada prestasi roaksimum di mana tiada satu pun komponen dibenarkan untuk menjadi tidak aktif (power down).
o Pengembalian sistem (system restore) juga dimatikan bagi sistem berasaskan Windows Me.
o Semua setting lain boleh terus digunakan.

TANDA ARAS YANG BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PANDUAN
BAPCo SYSmark 2001 (Tapak Web)
Tanda aras SYSmark 2001 mengukur prestasi keseluruhan sesebuah sistem dengan menggunakan aplikasi-aplikasi produktiviti pejabat dan penciptaan kandungan Internet jualan runcit biasa.
SYSmark dipecahkan kepada dua senario beban kerja berasingan, sekali
gus mencerminkan model-model penggunaan perniagaan semasa mengenai pengguna produktiviti pejabat dan pencipta kandungan Internet.
Aplikasi tanda aras itu melancarkan pelbagai aplikasi secara serentak, dan sentiasa melompat-lompat dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain, dengan beberapa tugasan berjalan di bahagian belakang (background).
Bagi senario Produktiviti Pejabat, lancarkan aplikasi-aplikasi yang berikut: Microsoft Word 2000, Microsoft Excel 2000. Microsoft PowerPoint 2000, Microsoft Access 2000, Microsoft Outlook 2000, Netscape Communicator 6.0, Dragon Naturally Speaking Preferred v.5, WmZip 8.0, dan McAfee VirusScan 5.13.
Manakala aplikasi pemampatan fail, imbasan virus, dan terjemahan ucapan ke teks berfungsi di belakang.
Sementara itu untuk senario Penciptaan Kandungan Internet, lancarkan aplikasi-aplikasi yang berikut: Adobe Photoshop 6.0, Adobe Premiere 6.0, Macromedia Dreamweaver 4, Macromedia Flash 5, dan Microsoft Windows Media Encoder 7.
Pengekodan video akan berjalan di bahagian belakang.
SYSmark akan mengukur masa tindak balas antara ketika pengguna memulakan sesuatu tugas dan berakhirnya tugasan tersebut oleh aplikasi tertentu.
la akan merakamkan hanya masa tindak balas bagi setiap operasi, bukannya masa untuk mengubah kedudukan cursor untuk melakukan operasi tersebut.
Penarafan setiap senario adalah purata masa tindak balas yang dinormalkan terhadap sesebuah pelantar calibration tetap.
Penarafan 100 menunjukkan sistem yang diuji itu beroperasi pada tahap yang sama dengan pelantar calibration.
Konfigurasi pelantar calibration itu adalah seperti berikut: 800MHz Pentium III, set cip papan ibu Intel 815EEA, 128MB 133MHz SDRAM, DDR GeForce2 dengan 32MB, pemacu cakera keras ATA/100, Windows 2000 dengan Service Pack 1, dan ciri-ciri paparan Windows diset pada 1.024x768 dan resolusi wama 16-bit pada 75Hz.
Penarafan SYSmark 2001 merupakan purata geometrik penarafan senario Penciptaan Kandungan Internet dan senario Produktiviti Pejabat.
MadOnion.com SDMark 2001 Pro (Tapak Web)
Aplikasi tanda aras 3DMark 2001 Pro mengukur prestasi grafik 3D sesebuah sistem PC dengan menggunakan enjin permainan sebenar (Remedy Entertainment MAX-FX Technology).
3DMark2001 menggunakan antara muika DirectX 8, yang merangkumi ciri-ciri seperti pixel shaders, vertex shaders, pixel/point sprites, dan tekstur 3D volumetrik.
Sesetengah ujian 3DMark2001 mensyaratkan sokongan perkakasan DX8; sehuah sistem yang tidak dilengkapi sokongan perkakasan DX8 lazimnya akan mencatatkan markah ujian lebih rendah. Lakukan ujian 3DMark pada setting resolusi wama 16-bit dan 32-bit.
MadOnion.com Video2000 (Tapak Web)
Aplikasi tanda aras Video 2000 mengukur prestasi video keseluruhan sesebuah sistem desktop. Tanda aras itu merangkumi komponen yang menguji kualiti video, prestasi dan ciri-ciri.
Untuk melancarkan semua ujian dan menghasilkan markah Video 2000, aplikasi ini memerlukan sistem yang mempunyai perisian dekoder DVD (sama ada dekoder perisian-sahaja atau perisian khusus untuk bekerja dengan dekoder perkakasan DVD).
Sebagai peringatan, markah maksimum yang boleh dicapai oleh sebarang sistem desktop menggunakan Video-2000 ialah 4,000.
Selain itu, aphkasi ini juga boleh melakukan ujian MPEG-2 Encoder Performance. Ujian ini menggunakan turutan 49 frern animasi tidak dimampat dan mengukur masa diambil untuk mengekod frem-frem ke dalam format video MPEG-2. Dan markah yang diterima dicatat dalam bentuk frem sesaat(fps).
Setting warna 16-bit:
Ciri-ciri paparan 'Windows: warna 16-bit, resolusi 1,024 X 768, kadar refresh 85Hz
Resolusi dan warna: 1,024 X 768, wama 16-bit
Antialiasing: Tiada
Buffer Frem: Berganda
Format Tekstur: Dimampat (jika pemampatan tiada, gunakan 16-bit)
Kedalaman Z-Buffer: 16-bit
Rendering Pipeline: Perkakasan D3D Transform and Lighting (jika perkakasan D3D T&L tiada, gunakan perisian D3D T&L)
Setting warna 32-bit:
Ciri-ciri paparan Windows: warna 32-bit, 1,024 X 768, kadar refresh 85Hz
Resolusi dan Warna: resolusi 1,024 X 768, wama 32-bit
Antialiasing: Tiada
Buffer Frem: Berganda
Format Tekstur: Dimampat (jika pemampatan tiada, gunakan 16-bit)
Kedalaman Z-Buffer: 24 bit
Rendering Pipeline: Perkakasan D3D Transform and Lighting (jika perkakasan D3D T&L tiada, gunakan perisian D3D T&L)
Quake III Arena
Untuk ujian permainan video, anda boleh gunakan enjin Quake III Arena v. 117 dan ujian terbina dalam demoOOl untuk menguji prestasi permainan grafik 3D. Lakukan ujian itu dengan ciri vsync dimatikan.
Setting grafik Quake ffl adalah seperti berikut:
Setting Grafik: Custom
Pemacu GL: Default
GL Extension: Aktif
ModVide.o: 1,024X768
Warna: 32-bit
Skrin penuh: Aktif
Pencahayaan: Lightmap
Perincian Geometrik: Tinggi
Perineum Tekstur: Maksimum
Kualiti Tekstur: 32-bit
Penapis Tekstur: Trilinear
Laporan prestasi grafik 3D dalam frem sesaat (fps). - ZDNet

11:40 | Permalink