Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

11 February 2006

Simptom-Simptom PC Terkena Jangkitan Virus

Kewujudan sistem rangkaian dan penggunaan Internet yang 'wajib' menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus. Mungkin anda sendiri pun selalu menerima 'reminder' dari penyedia perkhidmatan antivirus meminta supaya signature dikemaskinikan. Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami serangan virus yang menyebabkan kerosakan pada sistem PC dan mungkin juga ada diantara kita yang belum pernah merasai gejala serangan iniā€¦

Kita perlu berwaspada setiap masa dan yang paling penting ialah jangan mengabaikan 'perintah' mengemaskinikan signature antivirus. Jangan kita sangka bahawa apabila kita telah memasang perisian antivirus maka PC kita telah selamat. PC kita tidak akan selamat selagi kita tidak mengemaskini antivirus dari masa ke semasa. Ini adalah kerana semakin banyak virus-virus baru dicipta yang mempunyai pelbagai ciri dan variasi untuk menyerang sistem komputer.

Bagi yang pernah mengalami penangan virus, mungkin sudah arif tentang petanda-petanda bahawa sistem PC telah diserang tetapi bagi yang belum pernah mengalaminya disini di senaraikan beberapa simptom yang mungkin disebabkan oleh serangan virus. Jadi jika anda pernah mengalami salah satu dari simptom dibawah, lebih baik anda lakukan pengimbasan keatas sistem dengan kadar yang segera.

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

* PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
* Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang
hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
* Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan
yang mencukupi.
* Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak
pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
* Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk
menjalankannya hilang tiba-tiba.
* Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan
berjalan dengan sendirinya.
* Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan
banyak sumber CPU.
* Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
* Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
* Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas
melakukan imbasan cakra.
* Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-
tiba.
* Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
* Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya
mengandungi dua ekstensi.
* Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
* Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
* Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
* Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu,
membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
* Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
* Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal
sebelum ini.
* Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
* Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
* Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
* Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Menghindar Ancaman Virus

Sebagai pengguna komputer, ada beberapa langkah yang dapat kita lakukan untuk menghindari sistem kita dari ancaman virus ataupun akibat-akibat buruk yang ditimbulkannya:

Pasang Anti Virus pada sistem anda
Sebagai perlindungan di garis depan, penggunaan anti virus adalah wajib. Ada banyak anti virus yang berada di pasaran pada masa ini. Antaranya adalah McAfree VirusScan (www.mcafee.com) dan Norton Anti Virus (www.symantec.com).
Update database program anti virus secara teratur
Ratusan virus baru muncul setiap bulan. Usahakan untuk selalu meng-update database dari program anti virus yang anda gunakan. Database terbaru dapat dilihat pada website perusahaan pembuat program anti virus yang anda gunakan.

Berhati-hati sebelum menjalankan file baru
Lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didownload di internet atau menyalin data dari orang lain. Apabila anda biasa menggunakan e-mail, berhati-hatilah setiap kali menerima attachment dalam bentuk file executable. Waspada terhadap file-file yang berjenis: *.COM, *.EXE, *.VBS, *.SCR, *.VB. Jangan membukanya sebelumsebelum melakukan scanning dengan software anti virus.

Curigai apabila terjadi keanehan pada sistem anda
Menurunnya prestasi sistem secara drastik, khususnya semasa melakukan operasi pembacaan/penulisan file di disk, serta munculnya masalah pada software semasa dijalankan, ia boleh menjadi tanda-tanda bahawa sistem anda mungkin dijangkiti virus.
Backup data anda secara teratur
Tips ini mungkin tidak secara langsung menyelamatkan data anda dari ancaman virus, namun demikian akan sangat berguna apabila virus betul-betul menyerang dan merosakkan data di komputer yang anda gunakan. Setidak-tidaknya dalam situasi tersebut, anda tidak akan kehilangan seluruh data yang telah anda backup sebelumnya.


Bagaimana Hendak Menghapuskan Virus

Virus komputer wujud dalam pelbagai bentuk dan boleh mengakibatkan pelbagai kerosakan terhadap sistem anda. Mujurlah, kebanyakan virus boleh diuruskan dengan mudah dan kaedah berkesan untuk menghapuskannya dicipta sebaik sahaja virus-virus dapat dikesan. Jika anda fikir komputer anda telah dijangkiti, ambil langkah yang perlu untuk membersihkan sistem anda dan mengelakkannya daripada menjangkiti komputer lain.

Langkah-langkah yang perlu

Jika sistem anda dijangkiti virus, lawatilah laman web pengeluar perisian pengimbas-virus dan pasang mana-mana pengesan virus baru ada. Jalankan perisian berkenaan. Perisian ini mungkin tidak dapat menghapuskan virus, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengenalpasti virus.
Cari maklumat di internet berkenaan virus yang telah anda kenalpasti tadi dengan menaip nama virus atau file yang berkaitan pada ruangan di enjin pencari, diikuti dengan perkataan"virus". Contohnya, "Melissa virus", "BubbleBoy virus" dan sebagainya. Cubalah cari penyelesaian secara manual untuk menghapuskan virus ini. Seperti yang kita tahu, virus adalah satu perisian sama seperti Notepad, Word dsb. Jadi, kesannya juga adalah sama, jadi kita boleh membaiki Sistem kita yang terjejas secara manual
Pindah turun dan pasang mana-mana perisian pembetulan sementara (patches) atau program-program yang boleh membantu anda menghapuskan virus tersebut. Atau ikut mana-mana arahan yang anda temui bagi memadam virus secara manual.
Jalankan pengimbas virus lain untuk memastikan virus berkenaan telah diuruskan sebagaimana sepatutnya.

Mengelakkan Jangkitan Virus Komputer

Di bawah ini adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda mengelakkan komputer anda dari dijangkiti virus komputer. Namun harus diingat, sila pastikan anda faham dengan apa yang akan anda lakukan.

Nyahfungsi hos skrip Windows(Windows Scripting Host)

Cara ini adalah untuk mengelakkan diri dari virus yang dibuat menggunakan Visual Basic; contoh virus - ILoveYou. Dengan mematikan fungsi windows scripting host, kita dapat mengelakkan virus jenis ini daripada diaktifkan.


Berikut adalah cara utk mematikan fungsi ini di dalam Windows 98 :
1. Pergi ke COntrol Panel dan dwi-klik "Add/Remove Programs".
2. Klik pada tab Windows Setup.
3. Dwi-klik Accessories.
4. Bukan tanda pada kekotak Windows Scripting Host.
5. Klik OK.

Jangan sembunyi "extensions" pada fail

Jika anda lihat pada fail-fail yang di dalam Windows, anda akan dapat melihat yang Windows hanya memaparkan nama fail sahaja tanpa "extensions"nya. Memanglah nampak lebih kemas dan canggih dengan menyembunyikan "extension" ini. Namun, ada bahayanya. Biasanya virus disembunyikan dengan menggunakan fungsi Windows ini. Contohnya virus "Britney.jpg" yang kononnya adalah gambar. tapi jika fungsi ini dimatikan, anda akan dapat melihat nama fail sebenar ialah "Britney.jpg.exe". Jika anda menemui fail-fail begini, inilah virus!!


Langkah untuk memaparkan "extension" pada Windows ialah:

1. Buka My Computer
2. Pergi menu TOOLS dan ke FOLDER OPTIOS
3. Klik pada tab VIEW
4. Cari kekotak HIDE EXTENSIONS FOR KNOWN FILE TYPES dan buang tandanya
5. Klik APPLY TO ALL FOLDERS yang berada di atas panel.
6. Klik OK..

Berhati-hati dengan makros!

Sesetengah virus dapat menyusup masuk melalui dokumen Word dan Excel. Mengikut pengalaman saya, biasanya perkara ini berlaku kepada pelajar-pelajar Universiti yang berkongsi disket untuk membuat tugasan. Jika anda tidak mempunyai perisian Anti-Virus di dalam komputer anda, maka adalah lebih baik anda mematikan fungsi makro di dalam Word atau Excel :
1. Pergi ke TOOLS > MACRO > SECURITY
2. Klik pada TAB SECURITY
3. Klik pada HIGH. Pilihan ini akan mematikan fungsi makro. Anda boleh ubah kembali jika anda ingin
melaksanakan sesuatu makro.

Menerima Emel Yang Ada Virus

Apa yang harus dilakukan?
Virus komputer mudah dipindahkan menerusi email. Terdapat virus mengepilkan dirinya sendiri bersama mesej keluar tanpa disedari langsung kewujudannya oleh si pengirim. Jika anda telah menerima email yang mengandungi virus dan ingin mengelakkannya daripada merebak, maklumkan kepada di penghantar mesej tersebut selepas mengawalpulihara komputer anda sendiri.

Langkah-langkah yang perlu

1. Catat alamat email orang yang menghantar mesej tersebut.
2. Padam/buang mesej tersebut dan fail kepilannya.
3. Jalankan pengimbas virus di komputer anda.
4. Ambil mana-mana langkah yang sewajarnya bagi menghapuskan virus.
5. Hantar mesej kepada orang yang menghantar virus, beri peringatan bahawa komputernya telah dijangkiti
virus. (Namun perlu diingat, virus terkini berupaya menyamar menggunakan alamat emel seseorang, sedang
komputer orang tersebut tidak mempunyai virus.)

Panduan

Kaedah penghapusan virus berbeza bagi virus yang berlainan. Cari di internet maklumat tentang virus yang anda ingin tahu.

Jika orang yang menghantar virus kepada anda bukanlah dari kalangan mereka yang arif mengenai komputer, anda boleh memasukkan pautan ke laman yang berkaitan maklumat virus supaya dia dapat mencari sendiri maklumat berkenaan virus yang diingini dan bagaimana untuk menghapuskannya.

Apa itu virus komputer?

Semenjak virus PC pertama ditemui pada 1986, jumlah keseluruhan virus berkembang pesat sehingga tidak terkira. Pelbagai jenis virus telah dicipta dengan pelbagai matlamat penyebaran. Ramai yang telah tahu bahawa virus komputer merupakan sebahagian daripada program jahat yang boleh mempengaruhi operasi biasa sistem komputer. Virus komputer juga adalah program seperti program yang kita gunakan sehari-hari, seperti Microsoft Word dan lain-lain. Cuma, program lain digunakan untuk kebaikan, virus adalah sebaliknya.


Mengapa kita memanggil kod jahat ini virus komputer?

Saintis komputer telah menemui beberapa persamaan antara virus biologi (seperti "H5N1") dan virus komputer. Pertama sekali, kedua-duanya memerlukan perumah sebagai tempat tinggal. Dalam kes virus komputer, perumah biasanya adalah fail atau cakera yang telah dijangkiti. Kedua, kedua-duanya mampu mereplika (membuat salinan) sendiri dari satu perumah ke perumah yang lain.


Akhir sekali, kedua-duanya boleh mengakibatkan kerosakan pada perumah tersebut. Namun sekurang-kurang terdapat satu perbezaan: "virus komputer dicipta oleh manusia sementara virus biologi tidak begitu."

Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.

Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan lagi penyebaran virus makro.

Namun begitu, dengan langkah balas yang bertepatan, kita masih dapat mencegah atau mengurangkan kehilangan dan kerugian akibat jangkitan komputer.


Tanda-Tanda Serangan Virus Komputer

Komputer tidak dapat diboot daripada cakera keras
Perjalanan sistem komputer menjadi lambat
Mesej atau aksara yang ganjil/aneh terpapar pada skrin
Mesej kehadiran virus terpapar
Jumlah ingatan RAM merosot
Data/maklumat hilang atau rosak

Pencegahan Virus
Jangan guna disket orang lain yang tidak dikenal pasti akan keselamatannya. Ini kerana virus mungkin terdapat di dalam disket tersebut.
Menggunakan perisian asli (original). Perisian cetak rompak "mungkin" telah dijangkiti atau mempunyai virus di dalamnya.
Sentiasa membuat salinan (back-up) supaya data/maklumat supaya jika maklumat/data yang asal hilang, anda masih mempunyai salinannya.
Berhati-hati menggunakan komputer awam, seperti di pusat siber, perpustakaan dan lain-lain, pastikan disket anda diimbas menggunakaan perisian anti-virus terlebih dahulu.
Sentiasa "write-protect" disket (penutup selak pada disket dibuka agar disket anda hanya boleh dibaca tetapi tidak boleh ditulis) anda supaya sesuatu virus tidak berupaya menulis ke dalam disket anda.
Amalkan operasi imbas pada disket dan juga komputer anda (sekali seminggu adalah digalakkan)
Sentiasa memastikan perkara luar biasa berlaku pada disket, fail dan juga komputer anda, contohnya; saiz fail menjadi lebih besar daripada sepatutnya, mesej aneh dipaparkan pada skrin komputer anda dan lain-lain.

Perisian Anti-Virus
Perisian ini digunakan untuk menghapuskan virus komputer.
Ianya sepatutnya perlu ada pada setiap komputer, namun jika anda tidak mampu memliki perisian ini anda bolehlah mengimbas cakera anda di dalam internet atau muat terima perisian anti-virus percuma daripada internet.

Contoh perisian anti-virus:
Norton Anti-Virus (amat digalakkan)
PC-Cilin
Dr Solomon
Mc Afee
Tool kit
Macro Anti-virus
V-Buster
AVG Anti-Virus System


Berhati-hati Dengan Emel Anda!

Penulis rasa perlu memberi lebih info tentang perkara ini kerana ramai pelanggan di ACs masih membuka attachment yang hanya akan mengaktifkan virus. Jadi diharapkan Artikel ini akan memberi sedikit sebanyak info tentang virus melalui emel ini.

Virus yang disebarkan melalui emel semakin berleluasa sekarang ini. Kini, penulis virus telah menjumpai cara untuk menghantar emel yang menyamar sebagai emel yang dihantar oleh orang yang kita kenali. Seterusnya emel ini meminta kita membuka kepilan (attachment) dengan mendakwa bahawa fail yang dikepil ini penting dan sebagainya.

Bagi mereka yang kurang arif, pasti akan tertipu dan akan membuka fail kepilan. Ini akan menyebabkan skrip yang terkandung di dalam kepilan akan merebak ke komputer mangsa.

Juga perlu diingat bahawa virus ini mempunyai kebolehan untuk menyamar seolah-olah seseorang yang kita kenali telah menghantar mesej kepada kita. Sedangkan ia hanyalah skrip jahat yang hanya ingin membuat kacau.

Jadi hati-hati dengan setiap emel yang diterima. JANGAN buka FAIL yang dikepil sekalipun penghantar emel tersebut kita kenal. Pastikan dulu JENIS/FORMAT FAIL yang diterima. Jika format fail tersebut ialah .scr , .exe , .wav maka itu adalah VIRUS!! JANGAN KLIK PADA PAUTAN (LINK) YANG ADA DALAM EMEL TERSEBUT.

Perisian Yang TIDAK Patut Anda Muatterima dan Instal!

Di dalam internet ada banyak perisian-perisian yang ditawarkan secara percuma. Namun perlu dingat, ada beberapa jenis lesen perisian percuma. Ada yang FREEWARE yang bermaksud perisian ini adalah percuma, ada yang ADWARE atau SPYWARE yang bermaksud perisian ini percuma tetapi anda perlu instal perisian lain selain perisian yang anda inginkan. Di sini acoms ingin menyenaraikan perisian-perisian yang TIDAK PATUT anda semua muatterima dan instal ke dalam komputer anda.

1. Gator

Gator adalah perisian yang amat menyakitkan hati. Pereka Gator berupaya menginstal perisian mereka ini ke dalam komputer anda TANPA PENGETAHUAN ANDA. Dan mereka juga kadang-kadang mengelirukan pengguna dengan iklan-iklan yang menarik. Jika anda terinstal Gator, maka komputer anda menjadi seperti tapak IKLAN. Setiap hari anda akan dihujani dengan "pop-up" yang dihantar oleh Gator ini. Jadi, saranan acoms..jauhkan komputer anda daripada laman web Gator. acoms sendiri telah menyekat pelanggan-pelanggan kedai acoms dariapda melayari laman web Gator, malah iklan Gator juga telah disekat.

2. Bonzi Buddy

Monyet kiut yang berwarna ungu ini sebenarnya amat jahat!. Jangan terpengaruh dengan kekiutan monyet ni. Bonzi Buddy sebenarnya mengumpul maklumat tentang tabiat anda di dalam internet, kemana anda meluncur, laman apa, bila dan maklumat ini akan digunakan untuk iklan yang dihantar kepada anda. Perisian ini juga akan menyebabkan komputer anda menjadi lembab! So, jauhkan dari capaian komputer anda!

3. GoHip

GoHip dikatakan adalah penambah nilai kepada browser anda, tetapi sebenarnya, tiada guna instal benda ni. Browser anda menjadi lebih lembab dengan adanya benda ni. Malah, jika anda terinstal, nak buang balik amat payah. Tapi, jika anda terinstal juga, tekan pautan ini untuk buang GoHip ni. http://www.gohip.com/remove_browser_enhancement.html

4. Hotbar

Kononnya dengan adanya Hotbar ni browser IE menjadi lebih kool. Hotbar sebenarnya hanyalah sekadar skin browser IE sahaja. Selain mencantikan IE anda, tugas Hotbar adalah mengutip tabiat anda di dalam talian, merekod setiap sawang yang anda lawati. Menjadi capaian internet anda semakin perlahan dan lembab! Jadi nasihat saya - jangan instal! Jika anda terinstal, jangan guna Add/Remove kerana ini akan menyebabkan masalah lain timbul. Tekan sini! untuk buat Hotbar. http://hotbar.com/downloads/HBfullUnInst.exe
5. Xupiter Toolbar

Satu lagi perisian yang menyakitkan hati. acoms bukak CC..nilah antara perisian yang paling menyesakkan perasaan. Dia masuk dengan senang, pelanggan-pelanggan yang tidak arif pasal komputer, terus aje tekan YES dan benda alah ni akan instal dirinya sendiri! Lepas aje dia masuk, komputer akan lembab. Kemudian banyaklah iklan yang bakal terpapar. Jadi, nasihat acoms..block terus alamat Xupiter ni! Kalau anda telah terinstal perisian ini, tekan ini.

Perlukah kita gunakan antivirus?

Banyak pihak menyarankan penggunaan perisian antivirus terkini untuk memastikan keselamatan komputer. Persoalannya, perlukah atau tidak kita menggunakan perisian sebegini rupa? Memang tiada jawapan mudah, namun sebagai pengguna kita seboleh-bolehnya tidak mahu membelanjakan duit tanpa justifikasi tetapi pada masa yang sama ingin meminimakan risiko tersebut. Tetapi bagaimana ya?

Di sini diturunkan beberapa tips dan saranan mudah yg boleh kita amalkan :-

1. Jangan sekali-kali menggunakan MS Outlook atau Outlook Express.
Sebagai ganti gunakan Pegasus Mail, TheBAT atau Eudora, yg mempunyai ciri-ciri terbaik Outlook untuk menghantar dan menerima gambar serta teks dsb.

2. Tidak membuka atau membaca mel-mel dari sumber yg tak dikenali.
Padamkan terus tanpa membaca mel-mel yang anda ragui kesahihan serta sumbernya, terutamanya dari penghantar mel "spammers".

3. Memasukkan perisian firewall seperti Zone Alarm, atau Tiny Firewall untuk mencegah penggodam daripada memasuki komputer dan meletakkan perisian jahat seperti trojan atau jalan belakang serta mencuri kata laluan anda.

4. Attachment berbentuk Word atau Excel?
Beritahu sahaja sesiapa yang ingin menghantarkan attachment bahawa anda hanya menerima fail dalam bentuk RTF (rich text format) sebagai ganti Word, ataupun CSV (comma separated values) untuk Excel. Untuk membukanya, klik kanan pada attachment tersebut pilih MS Word atau Excel. Senangkan...

5. Padamkan opsyen Javascript atau Vbscript dalam pelayar web anda.
Kurang skrin popup timbul, serta memudahkan pelayaran anda ke tempat-tempat yang dituju. Laman web juga lebih cepat dipindahkan.

6. Padamkan perisian wscript.exe dan cscript.exe di dalam direktori Windows
Mengelakkan skrip-skrip jahat seperti virus AnnaKournikova.vbs contohnya daripada dijalankan tanpa pengetahuan kita.

7. Menggunakan mel berasaskan web seperti hotmail.com, yahoo mail dsb Mempunyai ciri terkini seperti penapis mel tak diingini, pengimbas virus serta melihat maklumat mel tanpa membukanya terlebih dahulu.

8. Mengelakkan diri dari melayari laman web warez, yg tak masuk akal ataupun lucah melampau. 8-)
9. Memadamkan opsyen berkongsi fail dan pencetak di dalam rangkaian
Dapat mencegah kemasukan tanpa kebenaran ke dalam pemacu yg dikongsi bersama serta mengelakkan penyebaran perisian jahat.

Tiada jaminan 100%, tetapi sehingga kini bilangan jangkitan dalam lebih sepuluh tahun pengalaman menggunakan komputer adalah satu atau dua sahaja. Hebatkan... tanpa mengeluarkan duit sesen pun untuk membeli perisian antivirus. Anda pula bagaimana?


VIRUS KOMPUTER

Virus komputer ialah program komputer yang boleh merebak ke dalam komputer dan sistem rangkaian dengan menyalinkan dirinya sendiri (kebiasaannya tanpa pengetahuan pengguna).

Sejarah penciptaan virus bermula pada pertengahan 1980an apabila Bahir dan Amjad Alvi dari Lahore, Pakistan telah mencipta virus komputer yang pertama untuk menghalang daripada pengguna menyalin perisian mereka secara haram.

Virus sentiasa memberi kesan negatif kepada pengguna komputer, sama ada ia dilakukan secara suka-suka (ancaman palsu), bermotif merosakkan atau melindungi produk mereka (seperti dilakukan Bahir dan Amjad).

Program virus kebiasaannya perlu dijalankan sebelum ia boleh beroperasi seperti menjangkiti fail atau program komputer yang kita gunakan.

Sebaik sahaja kita membuka program atau fail komputer itu, program virus (yang berada didalamnya) akan terus aktif dan menjalankan aktivitinya.

Memandangkan aplikasi paling popular masa kini ialah e-mel, banyak virus telah dicipta agar dibawa bersama e-mel yang dihantar oleh pengguna dan ia akan terus menjangkiti komputer penerima e-mel apabila lampirannya dibuka.

Contoh paling terkini virus jenis ini ialah virus Sobig.F. Sebelum ini, medium utama pembawa virus ialah disket yang selalu kita kongsi antara beberapa komputer.

CECACING KOMPUTER

Cecacing komputer juga mempunyai persamaan dengan virus komputer tetapi ia tidak memerlukan pembawa (seperti e-mel atau disket) untuk menjangkiti komputer lain.

Program perisian yang sangat kecil ini kebiasaannya akan mampu menyalinkan dirinya sendiri dan menjangkiti dari komputer kepada komputer dalam satu rangkaian komputer (seperti rangkaian komputer-komputer di sekolah atau pejabat).

Selepas sebuah komputer dalam rangkaian dijangkiti, cecacing akan melakukan aktiviti pengimbasan (scan) kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian untuk mencari kelemahan agar ia boleh menjangkiti lagi komputer seterusnya.

Ia mampu melakukan beratus atau beribu imbasan dalam seminit yang jika terlalu banyak imbasan boleh menyebabkan sesuatu rangkaian menjadi lembap seperti pengguna sukar mengakses e-mel, membuka laman web dan sebagainya.

Contoh paling terkini, virus jenis ini ialah cecacing Blaster dan Nachi yang merebak dengan pantas.

TROJAN KOMPUTER

Trojan juga termasuk dalam kategori program komputer yang merosakkan. Ia merupakan program yang sering mengelirukan pengguna dengan mendakwa boleh melakukan sesuatu (seperti membaiki kelemahan program komputer) tetapi akan melakukan sebaliknya.

Program Trojan yang dikenali sebagai Trojan horses itu kadang kala akan memadamkan seluruh cakera keras komputer anda jika ia telah dipasang.

Bagaimanapun, program ini tidak boleh menyalinkan dirinya sendiri untuk menjangkiti komputer.

Trojan jenis back door pula akan berada dalam komputer anda dan 'membuka pintu' kepada virus atau pengguna komputer di luar mengakses sistem komputer anda.

Melindungi dari virus adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengguna komputer kerana ia sebenarnya boleh dihindari jika semua pengguna menggunakan komputer mereka dengan bijak.

Perkara paling penting perlu dilakukan oleh pengguna komputer ialah menyimpan salinan semua data-data atau fail penting dalam komputer bagi menggelakkan ia hilang jika berlaku masalah akibat serangan virus.

Pengguna juga perlu sentiasa memastikan perisian komputer sentiasa dikemaskini seperti perisian Windows atau Internet Explorer yang boleh dikemaskini di laman web Windows Update.

Selain itu, pastikan juga perisian anti-virus seperti perisian Trend, Norton, Symantec dan sebagainya telah dipasang kepada komputer anda dengan sentiasa dikemaskini versi pattern dan enjinnya melalui laman-laman web syarikat perisian tersebut.

Anda juga perlu mengelakkan diri dari menggunakan disket pada komputer yang tidak diketahui statusnya, mengunjungi laman web yang tidak berfaedah, memindah-terima (download) program atau perisian dari laman web yang tidak dipasti syarikatnya bagi menggelakkan komputer mudah dijangkiti.

Bagi menggelakkan virus dari e-mel pula, jangan sesekali membuka e-mel yang kelihatan mencurigakan walaupun ia datangnya dari alamat e-mel rakan anda kerana kemungkinan besar itu dihantar dengan sendiri oleh virus dan bukannya rakan anda.



Info: Abd Aziz Abdullah

03:40 Posted in INFO VIRUS | Permalink