Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer

Rangkaian Komputer

KOMPUTER sememangnya mampu memberikan pelbagai kemudahan kepada penggunanya sama ada ia digunakan secara bersendiri atau pun dirangkaikan (disambung) dengan komputer-komputer lain.Komputer-komputer yang dirangkaikan akan menjadi satu rangkaian yang membolehkan ia menghubungi antara satu sama lain. Pengguna juga boleh berkongsi maklumat seperti gambar, teks dan program komputer seperti permainan (game) apabila merangkaikan komputer mereka.


Rangkaian komputer paling asas berlaku apabila dua buah komputer dihubungkan antara satu sama lain. Bagaimanapun rangkaian komputer tidak terhad kepada perhubungan dua komputer tetapi boleh dihubungkan dengan lebih meluas termasuk yang dihubungkan melalui Internet.Komputer-komputer di sekolah misalnya telah dirangkaikan antara satu dengan yang lain bagi membolehkan ia berkongsi maklumat dan juga mengakses pelbagai program termasuk akses Internet secara bersama.Rangkaian tersebut dikenali sebagai Rangkaian Kawasan Setempat (LAN - Local Area Network) yang menghubungkan komputer-komputer dalam satu pejabat atau sekolah yang berada dalam satu tempat. Apabila dua atau lebih komputer disambungkan ke dalam rangkaian LAN, ia bukan sahaja mampu menghubungkan komputer tersebut tetapi juga berkongsi peralatan lain seperti mesin pencetak (printer), pengimbas (scanner) dan sebagainya. Jika kita mempunyai lebih daripada satu komputer sama ada di rumah atau pejabat, kita boleh menyambungkannya ke dalam satu rangkaian yang mana ia lebih mudah diuruskan.


Dengan berbuat demikian, kita dapat berkongsi fail tanpa menggunakan cakera liut (floopy disk), bahkan juga boleh berkongsi pencetak, pemacu CD-ROM, program komputer dan juga menghantar faks. Bagaimanapun, anda memerlukan perisian tertentu untuk membolehkan semua komputer berkongsi aplikasi mengakses Internet menggunakan satu modem.


Apabila rangkaian bercorak LAN ini dihubungkan kepada rangkaian LAN yang lain seperti rangkaian komputer sekolah dihubungkan kepada rangkaian di Kementerian Pendidikan, ia akan dikenali pula sebagai Rangkaian Kawasan Meluas ( WAN - Wide area network). Rangkaian WAN ini seperti yang dinyatakan tadi boleh dihubungkan antara tempat, negeri, negara dan juga benua sama ada secara sambungan terus atau sambungan melalui Internet. Internet boleh dianggap sebagai rangkaian atau jaringan komputer terbesar di dunia kerana ia menyambungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia bagi memudahkan pengguna berkongsi maklumat. Komputer-komputer yang bertindak sebagai komputer pelayan (server) Internet akan menjadi pusat meletakkan pelbagai maklumat untuk diakses oleh pengguna Internet. Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita dan perkhidmatan maklumat dengan hanya menggunakan talian telefon di rumah. Malah Internet mempunyai kemudahan carian maklumat dan dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan, perhubungan, pendidikan, rekreasi dan sebagainya.

Kebanyakan daripada perbincangan mengenai rangkaian tadi membabitkan sambungan rangkaian secara berwayar atau berkabel, bagaimanapun kini komputer juga boleh disambungkan secara wayarles (tanpa wayar).Komputer-komputer yang mempunyai kad rangkaian wayarles akan disambungkan melalui gelombang radio tertentu kepada satu pusat komputer dan membentuk rangkaian LAN wayarles (WLAN). Jika kita pernah terdengar istilah Hotspot, ia sebenarnya rangkaian LAN tanpa wayar yang membolehkan pengguna komputer buku (notebook) untuk mengakses Internet di tempat tertentu tanpa perlu sambungan wayar.




Kenali e-mel dan kegunaannya

SEBUT sahaja e-mel, hampir semua pengguna komputer mengetahui mengenainya walaupun tidak semua daripada kita tahu benar-benar memahaminya. Aplikasi mel elektronik atau e-mel telah mula diperkenalkan oleh Ray Tomlinson sejak 1972 dan telah menjadi program Internet paling penting kepada pengguna komputer masa kini.

Kemampuannya untuk menghantar dokumen berupa teks, gambar, muzik atau rakaman video dalam masa beberapa minit sahaja ke seluruh dunia menjadikan ia begitu cepat diterima ramai.

Bagi para pelajar, penggunaan e-mel akan memudahkan mereka bertukar-tukar nota pelajaran dengan rakan-rakan atau guru dengan hanya perlu berada di hadapan komputer sahaja.

Pada masa ini, berjuta-juta dokumen dihantar melalui e-mel setiap hari melalui Internet yang telah menjimatkan kos pengguna dan juga meningkatkan produktiviti pekerja.

Faktor kos sememangnya agak ketara kerana jika kita menggunakan faks, kos panggilan negara-negara di Barat mungkin boleh mencecah harga antara RM50 hingga RM100 untuk membolehkan kita menghantar dokumen setebal 20 muka surat.

Jika kita menggunakan perkhidmatan ekspres laju atau kurier pula, ia akan memakan kos yang agak tinggi juga dan menggunakan perkhidmatan pos biasa akan membabitkan masa beberapa hari.

Dengan hanya menggunakan e-mel, kos penghantaran dokumen setebal tersebut mungkin tidak sampai RM1 jika kita menggunakan talian akses Internet biasa.

Komputer dan talian telefon yang biasa di rumah sudah cukup untuk membolehkan kita menghantar e-mel.

Terdapat dua cara bagaimana e-mel boleh dihantar iaitu pertamanya menggunakan perisian e-mel yang terdapat pada komputer seperti Microsoft Outlook, Netscape atau Eduora.

Bagaimanapun kita perlu mempunyai akaun e-mel yang kebiasaannya ditawarkan bersama pakej langganan akses Internet melalui syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP) seperti Jaring atau TMnet.

Cara kedua pula tanpa perlu kita memasang sebarang perisian pada komputer tetapi dengan hanya menggunakan perisian pelayar Internet seperti Internet Explorer sedia ada dan terus mengakses laman web e-mel berasaskan web.

Terdapat pelbagai laman web yang menawarkan perkhidmatan e-mel dan perkhidmatan yang popular ialah perkhidmatan e-mel secara percuma seperti Hotmail, Yahoo! Mail, Net@address, Mail.com dan sebagainya.

Pengguna Internet boleh mendaftarkan akaun e-mel mereka dengan mudah di laman-laman web ini dan terus menggunakan akaun mereka yang ditawarkan dalam ruang simpanan sama ada 2MB, 4MB dan sebagainya.

Keistimewaan menggunakan e-mel pada laman web ini ialah kita boleh mengakses atau membuka/menghantar e-mel dari mana-mana komputer yang mempunyai akses Internet, termasuk di luar negara.

Kelemahan menggunakan percuma ini pula ia menawarkan ruang simpanan yang terhad dan ini boleh menyebabkan e-mel yang dihantar kepada kita tidak dapat diterima jika akaun e-mel kita telah penuh.

Laman web Hotmail pula mengenakan syarat yang akaun kita harus aktif iaitu dibuka dalam masa 30 hari dan kegagalan melakukan demikian akan menyebabkan semua e-mel dipadam dan akaun perlu diaktifkan semula.

Sementara itu, pembekal perkhidmatan Internet tempatan juga kini telah menawarkan kemudahan mengakses e-mel berasaskan web kepada pelanggan masing-masing.

Laman web e-mel web Jaring boleh diakses pada alamat http://webmail.jaring.my, manakala TMnet pula menawarkan perkhidmatan webmel tersebut di alamat http://webmail.tm.net.my.

Melalui e-mel juga kita boleh mendapatkan berita-berita terkini dalam bidang yang diminati dengan hanya mendaftarkan e-mel kita kepada laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Bagaimanapun, kita juga perlu bijak menggunakan e-mel memandangkan ia sering menjadi sasaran penghantar e-mel sampah atau `spam' yang bertujuan mempromosikan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah kita langgan.

Sememangnya e-mel telah menjadi medium komunikasi yang sangat penting pada masa kini dan terpulang kepada pengguna untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.

Adalah dinasihatkan agar aplikasi yang penting tersebut tidak disalah guna dengan digunakan untuk menjadi medium penghantaran berita palsu atau bahan-bahan terlarang kerana pihak berkuasa mempunyai kemampuan untuk menjejak si penghantar e-mel yang tidak bertanggungjawab.

Tentu kita masih ingat bagaimana pihak polis telah berjaya menahan beberapa orang penghantar e-mel yang menyebarkan berita palsu mengenai kejadian rusuhan di bandar raya yang akhirnya dihadapkan ke mahkamah.

Kesimpulannya, terpulang kepada kebijaksanaan adik-adik dan para pengguna komputer semua untuk mendapatkan manfaat pembangunan teknologi tersebut dalam pembelajaran, pekerjaan atau hiburan.




Internet dan Sejarahnya



INTERNET merupakan rangkaian komputer-komputer yang sebelum ini digunakan oleh para penyelidik dan saintis untuk berkongsi maklumat yang kemudiannya berkembang menjadi alat paling penting dalam kehidupan manusia masa kini.

Seperti diketahui Internet yang dikenali juga sebagai `Dunia Tanpa Sempadan' boleh membawa `dunia' kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah.

Sejarah Internet sebenarnya telah bermula sejak 1960an lagi apabila rangkaian komputer telah diwujudkan oleh para penyelidik ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang ingin mewujudkan hubungan jika saluran komunikasi biasa bermasalah.

Projek tersebut bermula dengan penubuhan sebuah agensi dikenali sebagai Advanced Research Projects Agency (ARPA) yang kemudiannya membina rangkaian dikenali sebagai ARPANET pada 1969.

Teknologi rangkaian itu kemudiannya diperluaskan pula untuk menghubungkan universiti-universiti di Amerika bagi tujuan penyelidikan dan pertukaran maklumat.

Aplikasi mel elektronik atau e-mel yang banyak digunakan oleh kita sekarang sebenarnya telah dicipta pada tahun 1972 oleh Ray Tomlinson yang merupakan antara program Internet paling penting.

Sudah tentu e-mel merupakan alat komunikasi paling penting kepada manusia masa kini memandangkan ia membolehkan kita menghantar surat atau dokumen kepada penerima di seluruh dunia dalam masa beberapa minit sahaja.

Internet seterusnya berkembang sehingga membentuk rangkaian dikenali sebagai World Wide Web (WWW) pada 1990 yang menghubungkan masyarakat pakar fizik antarabangsa ketika itu.

Sistem WWW ini membolehkan suara, gambar, muzik dan filem diletakkan ke dalam rangkaian Internet yang menjadikan ia lebih menarik. WWW kemudiannya diperkenalkan kepada umum pada 1992.

Di Malaysia, Internet telah diperkenalkan secara komersial dengan pelancaran Jaring pada 1991 selepas penyelidikan dijalankan oleh universiti-universiti tempatan.

Universiti-universiti tempatan telah menjadi pengguna terawal Rangkaian Komputer Malaysia (RangKom) yang bermula pada 1987 sebelum ia diperkenalkan kepada masyarakat negara ini melalui Jaring yang dikendalikan oleh MIMOS Berhad.

Di Malaysia kini, Jaring dan TMnet merupakan syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP) yang terkenal di kalangan pengguna biasa, selain daripada pengguna syarikat yang turut ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.

Internet seterusnya semakin popular di negara ini dan menurut IDC Malaysia, Malaysia mencatatkan bilangan pengguna Internet sebanyak 4.8 juta pada tahun lepas.

Populariti Internet di negara ini adalah disebabkan ia sememangnya alat atau medium komunikasi, pembelajaran, hiburan dan perniagaan yang membawa perubahan besar dalam kehidupan kita.

Bagi para pelajar dan pendidik misalnya, penggunaan Internet akan memudahkan mereka mendapatkan bahan-bahan pembelajaran termasuk untuk tugasan sekolah.

Aplikasi seperti e-mel, pembelajaran dalam talian seperti yang ditawarkan Portal Pendidikan Utusan, perpustakaan digital dan sebagainya hanya boleh diperkenalkan melalui Internet.

Seorang pelajar kini boleh melayari beribu-ribu perpustakaan digital di seluruh dunia dalam mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran mereka dengan hanya perlu duduk di hadapan komputer.

Cara mengakses Internet sangat mudah iaitu pelajar hanya perlu menyambungkan komputer dengan talian telefon dan kemudiannya mendail kepada talian syarikat Internet yang telah dilanggan mereka.

Jika berada di sekolah, kebiasaannya talian akses Internet telah disediakan dan pelajar hanya perlu membuka program perisian pelayar seperti Internet Explorer untuk memasuki Internet.

Pengguna kemudiannya boleh terus mengunjungi laman web yang diingini dengan menaip alamat Internet seperti www.utusan.com.my bagi mendapatkan berita-berita dari akhbar Utusan Malaysia.

Maklumat berbentuk fakta, gambar, berita dan sebagainya dari sumber yang tidak diketahui boleh juga dicari dengan mudah dengan menggunakan laman web enjin pencari seperti www.yahoo.com, www.google.com atau www.cari.com.my.

Memandangkan Internet kini turut diperluaskan untuk kegunaan perniagaan, para pengguna kini boleh juga melakukan pelbagai urusan di Internet seperti urusan perbankan, kerajaan, pembayaran bil dan sebagainya dengan mengunjungi laman web e-dagang syarikat-syarikat berkenaan.

Disebabkan konsep Internet yang menekankan kepada konsep kebebasan, para pelajar dan pengguna harus bijak menggunakannya agar tidak terpengaruh untuk mengunjungi laman-laman web yang terlarang dan tidak berfaedah.





Apa Itu Internet?

Internet berasal daripada istilah "Internetworking" yang bermaksud "komunikasi antara rangkaian". Penghantaran Data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).

Domain Name System

Jaring.my

- jaring = hos

- .my = negara

Penentuan zon geografik ini adalah berdasarkan kod negara yang ditetapkan oleh Pertubuhan Piawaian Antarabangsa atau ISO (International Standard Organisation) dokumen 3166. Antaranya termasuklah :-

IN - India
SG - Singapura

JP - Jepun
US - Amerika Syarikat

MY - Malaysia
UK - United Kingdom


Jenis Organisasi :-

COM - Pertubuhan komersial.

EDU - Institusi pendidikan dan penyelidikan.

GOV - Agensi kerajaan.

NET - Pusat sokongan rangkaian

ORG - Pertubuhan lain

INT - Pertubuhan antarabangsa

MIL - Agensi ketenteraan.


World-Wide Web.

World Wide Web (WWW atau Web) ialah satu sistem hipermedia yang mengandungi koleksi halaman maklumat yang boleh dicapai oleh pengguna dengan cepat dan mudah. Web bukan sahaja membolehkan pengguna melihat teks dan grafik malahan audio dan video.

Apa Itu Website?

Ia adalah satu folder yang mengandungi pelbagai bentuk alamat yang boleh disambungkan ke internet.
Website juga mengandungi pelbagai alamat dan maklumat seperti maklumat peribadi, pendidikan, barangan dan segainya yang mana ia boleh di cipta menggunakan kaedah 'HTML'.
HTML memaparkan suatu bentuk arahan yang diaturcarakan supaya membenarkan paparan web itu dipaparkan pada skrin monitor.
Bentuk HTML dicipta dalam bahasa yang perlu dirangkaikan dengan sepasang braket iaitu < > atau dipanggil tag.
HTML

- Merupakan Bahasa Penanda Hiperteks (Hypertext Markup Language) iaitu sejenis bahasa pengaturcaraan yang mudah untuk membangunkan dokumen hiperteks dalam World Wide Web.

HTTP

Protokol Pemindahan Hiperteks (Hypertext Transfer Protokol) merupakan protokol utama yang digunakan dalam World Wide Web untuk memindahkan maklumat yang diperlukan antara komputer.

Skema://hos[:port] / laluan / nama fail

a) skema menunjukkan jenis perkhidmatan Internet seperti http(web), ftp(pemindahan fail), news(berita Usenet), telnet(log masuk ke hos lain).

b) hos[:port] menunjukkan lokasi komputer manakala port dalam kurungan ialah cara lain untuk menghubungi aplikasi tertentu.

c) laluan menunjukkan direktori aplikasi.

d) nama fail menunjukkan nama fail yang khusus.

Contohnya :-

http://www.jaring.my:80/bharian



Apa Itu Injin Carian?

Enjin Carian merupakan satu program yang membolehkan pengguna mencari maklumat tertentu daripada sesuatu pengkalan data (database) atau sejumlah besar data.

Laman-laman enjin carian adalah sangat popular kerana ia membolehkan pengguna memilih daripada berjuta-juta dokumen dalam internet.

Laman Web di www.search-enginewatch.com menerangkan bagaimana enjin-enjin carian berfungsi dan bagaimana cekapnya enjin carian ini.

Cara terbaik menggunakan Enjin Carian :

- Tahu pilihan anda. Cuba carian (search) kata kunci terhadap laman-laman carian yang mana satukah paling baik bagi anda dalam jenis-jenis carian yang anda jalankan.

- Satu cara melakukannya ialah dengan menjalankan carian di enjin Metasearch (yang mencari enjin carian) seperti Dogpile untuk membandingkan hasil daripada keputusan lebih sedozen enjin carian biasa.

- Pastikan sesuai. Setiap satu enjin carian melaksanakan tugas mereka dengan cara berlainan. AltaVista sebagai contoh mempunyai "penapis keluarga" bagi bahan-bahan yang dianggap tidak sesuai. Manakala Excite pula menghasilkan ciri-ciri "List By Web Site".

- Sempitkan pilihan anda. Ada enjin carian yang membolehkan anda mencari dalam lingkungan kategori utamayang boleh meningkatkan keputusan anda.Contohnya, jika anda mahu mencari maklumat tentang Apple Computer di Yahoo!, anda seharusnya mencari Apple dalam kategori komputer kerana ia akan menunjukkan senarai yang lebih tepat berbanding mencari di seluruh Yahoo!.



Internet - Kelebihan Akaun POP.



- Terdapat beberapa kelebihan kepada akaun-akaun POP berbanding yang berasaskan Web. Dari satu segi, akaun POP adalah lebih fleksible kerana ia mengizinkan penggunaan suatu pelanggan e-mel.Ada satu yang tersedia di dalam sistem anda - Outlook Express. Walau bagaimanapun anda perlu menyusun beberapa setting terlebih dahulu sebelum menggunakan akaun tersebut.



- Buka Tool di menu, dan kemudian klik Accounts. Pilih Add Mail dan isikan maklumat yang berkenaan di skrin.



- Taipkan nama anda diruang Display. Bagi E-mail Address, masukkan alamat yang anda mahu terima jawapan itu. Untuk memudahkan lagi, gunakan alamat yang sama anda gunakan untuk menghantar jawapan itu yang seperti berikut: namayangdidaftarkan@tm.net.my



- Di skrin E-mel Server Names, pastikan POP3 dipilih dan bukannya IMAP. Untuk incoming mail server ialah smtp.tm.net.my



- Di skrin Internet Mail Logon, masukkan nama yang didaftarkan di Account Name dan kata laluan (password).



- Anda sekarang boleh menghantar dan menerima mesej daripada sesiapa sahaja.





Pelayar Web



Untuk mengekses halaman internet, perisian pelayar web di perlukan (browser). Di antara pelayar web yang terkenal adalah Netscape Communicator dan Microsoft Internet Explorer. Penggunaan pelayar web ini adalah bergantung kepada kesesuaian kepada pengguna. Di sini saya akan mengulas serba sedikit tentang pelayar web yang terkenal.



Netscape Communicator.



* Pelayar web ini amat terkenal untuk di jadikan pelayar web utama. Ianya boleh di download dengan percuma di http://www.netscape.com/download

* Mengikut pengalaman saya, jika di bandingkan antara pelayar web ini dengan pelayar2 web yang lain, ia mempunyai keistimewaan yang banyak.

* Di antara keistimewaan yang terdapat di dalam pelayar web ini adalah masa capaian yang lebih cepat dan mudah untuk di gunakan.

* Ianya amat berguna untuk mereka yang mula2 mengenali bidang internet ini.

* Netscape Communicator mula berada di pasaran mulai 1997. Ianya sesuai untuk 17 jenis sistem pengoperasian termasuklah Windows 95/98, Windows 3.1, Windows NT, Mac OS, OS/2 dan UNIX.

* Ianya telah di keluarkan dalam 2 edisi iaitu edisi Standard dan Profesional.

* adalan versi 4.07.

* Untuk pengetahuan semua, masa untuk mengdownload pelayar web ini adalah lebih kurang 1 1/2 jam bagi kelajuan modem 56.6 KBps. (tetapi banyak bergantung kepada keadaan talian)



Microsoft Internet Explorer.



* Pelayar web ini adalah suatu pelayar web yang paling mudah di perolehi.

* Bagi pengguna Windows 95/98, pelayar web ini di datangkan bersama dengan perisian pengoperasian berkenaan.

* Pelayar web ini biasanya menjadi pilihan kedua bagi pengguna2 internet.

* Seperti juga Netscape Communicator, pelayar web ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, antaranya adalah keupayaan untuk membuat web casting, integrasi web asli, HTML dinamik, auto compleate serta pembacaan di luar talian.

* Versi terbaru yang berada di pasaran pada ketika ini adalah 5.01

* Ianya boleh di download dengan percuma di http://www.microsoft.com/



Opera.



* updated pick While the latest offerings from the big boys of Web browsers are being coolly received by users, this Internet super-surfer may now be poised to conquer a higher position in the browser food chain. This new version of Opera improves on an already excellent browsing platform, adding skins, integrated Flash media support, a new e-mail client, and more.

Ini adalah suatu pilihan yang perisian pelayar yang terbaik untuk sistem2 komputer yang berkeupayaan rendah.



* Perisian ini telah di bangunkan oleh Opera Software yang berpusat di Oslow, Norway.

* Ia di katakan hanya menempatkan ruangan harddisk sebanyak kurang dari satu megabait dan boleh di gunakan untuk komputer 386 dengan memori sebanyak 8 MB.

* Paling sesuai di gunakan untuk para pengguna yang lebih gemar menggunakan keyboard untuk melayari halaman web dan mereka yang baru berjinak-jinak di dalam dunia internet ini.

* Ruangan halaman web yang menarik juga ada terdapat dalam bentuk folder yang mudah untuk di capai, ianya di lebelkan sebagai Hotlist.

* Keupayaannya dalam ciri2 keselamatan adalah aspek kekuatan yang paling utama dalam perisian ini, di mana anda tidak perlu bimbang sekiranya anda ingin membeli belah menggunakan peayar web ini kerana ianya menyokong sistem keselamatan enkripsi 128bit SSL versi 2 dan 3 serta TTS 1.0.

* Ianya juga menyokong format pelbagai imej dan fail bergerak seperti JPEG, GIF, XBM, BMP dan animasi GIF.

* Untuk mendapatkan secara percuma perisian ini anda boleh ke http://www.operasoftware.com



Hot Java browser.



* Description

HotJava is a full-featured, lightweight Web browser with a highly customizable user interface. It is built on the HotJava code base, which provides a secure, platform-independent, scalable, and customizable environment for building Web-aware applications and suites that are 100% Pure Java. HotJava can download and execute applets from behind corporate firewalls. You can extend the browser's capability dynamically--without increasing its base memory footprint--by installing new content and protocol handlers for it to use with new media types or protocols. Developers can also embed browser functionality into an existing application with the HotJava HTML Component, a JavaBeans component that parses and renders HTML. HotJava also includes the Java Runtime Environment (JRE) for the Java Development Kit (JDK), version 1.1.6. During installation, you may choose to either install the JRE that's shipped with the browser, or use a pre-existing Java Virtual Machine on your system. Key features and improvements in version 3.0 include Internationalization/Unicode 2.0 support; JavaScript (full ECMA 1.4 standard) support; HTML rendering fidelity improvements; support for most general-purpose Java applets; the addition of support for critical Netscape 4.0 and Internet Explorer 4.0 extensions to the W3C HTML 3.2 specification; improved user interface; and over 500 bug fixes and user-requested enhancements.

Perisian pelayar web ini adalah satu2nya perisian yang menggunakan JaVa dengan sepenuhnya.



* Ianya di rekacipta sedemikian rupa adalah untuk meningkatkan ciri2 keselamatan di dalam pelayarannya.

* Kekurangan yang amat ketara yang terdapat didalam pelayar web ini adalah, ianya menjalankan operasi dengan perlahan.

* Sememangnya ia merupakan satu kelemahan yang tidak di inginkan oleh penggemar2 internet yang mahu sesuatu page itu di terima dengan mudah dan pantas. Tetapi perlu di ingatkan, ciri2 keselamatan di dalam pelayar web ini adalah yang terbaik pernah di hasilkan, terutamanya semasa memindah terima (download) sesebuah program dan menjalankan transaksi perdagangan elektronik (e-commerce)...

* Halaman web ini boleh di dapatkan secara percuma di http://www.sun.com

* NOta:- Pada pengalaman saya, ramai pengguna internet yang tidak berminat untuk menggunakan perisian ini kerana ianya lambat.


Arachne.


* Perkara pertama yang anda boleh dapati di dalam menggunakan perisian ini adalah antaramuka yang menarik ketika menggunakan perisian ini.

* Ianya merupakan perisian yang berasaskan sistem dos, tetapi telah di rekacipta dalam bentuk windows supaya senang untuk di gunakan.

* Perisian ini terlalu kecil sehingga boleh di muatkan di dalam sebuah disket sahaja (1.44 mB).

* Mempunyai keupayaan dalam FTP (File Transfer Protocol), menyokong piawaian HTML 4.0. email, TeLNet, WAV audio dan sebagainya.

* PErisian ini mampu untuk menandingi Pelayar Web yang terkenal seperti Communicator dan IE 4.0 suatu hari kelak.

* Dapatkan secara percuma perisian ini di http://www.xchaos.com/ sekarang...

03:10 | Permalink