Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer 11

EASTER EGGS

Mesti ramai yang dah tau tentang EASTER EGGS (EE) ni kan. Bagi sesape yang masih belum kenal, kat sini aku nak kasik bebrapa tips..

Apa dia EE nih..??
EE adalah satu benda yang tersembunyi di sebalik sesebuah perisian atau OS Ianya dalam bentuk mesej, multimidia, bunyi, imej dsbgnya. Selalunya dijadikan rahsia oleh pengeluar..taktau kenapa. Tujuannya adalah sebagai ganti tandatangan pengeluar perisian tersebut...

Bagaimana nak buka EE nih..??
Lain perisian lain caraya..

Windows 98
Masuk ke folder Windows/Application data/Microsoft/Welcome. Dalam folder tuh ader satu fail Program iaitu Weldata.exe. Cipta pintasan kpd. fail nih (Rightclick/Create Shotcut) pas tu Rightclick lagi sekali kat atas Shotcut tu dan pilih Propeties. Korang akan nampak ayat "You are a real rascal" di bahagian target. Than korang sambungkan ayat tersebut seperti ini "You_are_a_real_rascal". pilih Minimized kat bahagian Run dan klik OK.

Tapi camner nak idupkannye.? Ha doubleclick jer kat icon Shotcut tadi dan hasilnya satu persembahan multimedia yang menunjukan nama2 orang yang terlibat dalam pembangunan system operasian Windows98..

Microsoft Excell 2000
Run perisian Excell 2000. Klik File/Save as web page. Pas tu pilih Publish kemudian Add Interaktivity. Simpanlah file kosong tu dalam format htm. Pas tu buka balik file tadi dengan menggunakan Internet Explorer. Korang akan dapati file tadi dibuka kat tengah2 Perisian IE. Pergi ke kolum WC baris ker 2000. Aktifkan baris tu dan tekan key tab hingga sampai ke kolum WC. Kemudian tekan key Shift Ctr dan Alt serentak jangan lepaskan dan klik mouse kat lambing Microsoft Office kat sebelah atas kiri tu.

Samada korang percaya atau tak, korang akan dapat permainan game racing keta. Korang buleh main dengan menekan Key arrow utuk kedepan space bar utk. tembak dan "o" utk. tumpahkan minyak. Tapi takde la macam game Need For Speed tu. Kat atas jalan ada tertulis nama2 orang yang membangunkan perisian tersebut.

Powerpoint 2000
Run Powerpoint dan klik menu help. Pilih About Microsoft Power Point. Dalam tetingkap about tu klik pada logo powerpoing yang kaler merah kat belah kiri tu. Nama2 diorang keluar dalam bentuk multimidia..

Screensaver Windows 95/98/ME dan NT
Korang tau 3D Text kat Screensaver tu kan. Korang try taip "volcano" kat bahagian display text tu. Nama2 gunung berapi diseluruh dunia akan dipaparkan.


Windows Media Player 7

Jika anda mencari sebuah pemain multimeida untuk memainkan audio dan video daripada sumber dalam talian. Microsoft Windows Media Player 7 adalah sebuah pemain yang sesuai. Player 7 disertakan dengan Windows Millennium Edition tetapi versi ini boleh dipindah terima daripada laman web tapak web Microsoft (http://www.microsoft.com/windowsmedia). Windows Media Player 7 tidak sesuai untuk Windows 95 atau Windows NT 4. Selain daripada itu anda juga boleh gunakan pemain media popular seperti RealPlayer.

Windows Media Player 7 menyokong pelbagai jenis audio, video dan fail pelbagai media supaya anda boleh mendengar lagu-lagu kegemaran anda atau siaran radio atau menonton wayang dalam aliran video. Antara format yang terdapat ialah Windows Media, MPEG (Moving Pictures Experts Group), MIDI (Musical Instrument Digital Interface), Apple QuickTime Macintosh, dan UNIX.
Media Player 7 berbeza dengan versi 6.4. Perisian yang dipaparkan mempunyai 10 saluran kawalan untuk mengendalikan kecerahan video. Anda juga boleh menukar antaramuka dengan memindahterima "skins" dariapda tapak web Microsoft bagi menukar rupabentuk pemain tersebut. Windows Media Player 7 menawarkan teknologi SRS WOW 3-D yang memberikan kesan bunyi sekeliling dengan bass yang dinamik dan dalam. Windows Media Player 7 juga menyokong media storan seperti Smart Media, kad CompactFlash, dan pemacu Zip dan Jaz; muzik akan dipindahkan dengam mudah. Perisian ini bersaiz 9,547KB dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk dipindahterima menerusi modem 56KBps.

Untuk memainkan video atau audio, dwi-klik fail dan Windows Media Player 7 akan dilancarkan secara automatik. Windows Media Player 7 akan mengawal seperti sebuah pemain CD yang menyediakan bebutang Stop, Play, Pause, Rewind, Fast Forward, dan sebagainya. Pemain ini juga menawarkan bebutang penjelajahan iaitu Home (terbahagi kepada Chat, Download Skins, Webcams, dan Music Videos), Music dan Radio.
Selain daripada Windows Media Player 7 anda boleh gunakan RealPlayer yang juga menyokong sebahagian besar daripada fail yang disokong oleh Player 7. Selain itu RealPlayer mempunyai sambungan failnya tersendiri iaitu RA (RealAudio), RV (RealVideo), dan RM (Real-Media). RealPlayer juga mempunyai rekaletak yang serupa dengan Player 7, termasuklah kawalan pemain CD, equalizer tiga saluran dan sambungan ke tapak-tapak web radio dan video. RealPlayer boleh didapati percuma tetapi untuk mendapatkan kualiti video dan equalizer 10 saluran anda hendaklah dapatkan RealPlayer Plus untuk AS$29.99.
Pemasangan
Jika anda hendak memasang Windows Media Player, taipkan http://www .microsoft.com/windowsmedia pada ruang Addres pada pelayar web anda. Daripada laman Windows Media page, klik Downloads, dan skrin Download Center akan muncul. Pada ruang Windows Media Player For, pilih Player 7 untuk Windows 98 dan Windows 2000 daripada menu. Kemudian klik bebutang Download Now. Tetingkap File Download akan muncul. Klik bebutang pada "Save This Program To Disk" dan klik OK. Dalam tetingkap "Save As", pilih lokasi untuk anda simpan Media Player, contohnya My Briefcase. Klik anak panah dalam tetingkap "Save In" untuk menyatakan lokasi dan akhir sekali klik Save.
Setelah ia habis dipindahterima pergi ke folder di mana anda simpan fail itu dan dwi-klik fail tersebut. Sebuah kekotak akan muncul untuk memastikan yang anda mahu meneruskan pemasangan Windows Media Player. Klik Yes dan ikutilah arahan pemasangan. Setelah itu anda bolehlah melihat video dan mendengar lagu-lagu MP3.


Tips Untuk Microsoft Office XP(PowerPoint)

Tahukah anda yang Microsoft PowerPoint® version 2002 boleh buat album gambar?Begini caranya:

Dalam Insert menu, pilih Picture, dan klik New Photo Album.

Dalam Photo Album dialog box, anda boleh upload gambar dari memacam sumber macam harddisk, kamera digital atau scanner.Caranya:
Dalam Insert picture , klik File/Disk.
Kemudian pilih gambar kegemaran korang satu persatu atau tekan CTRL sambil klik kat gambar korang tu,dan pilih Kulit Album kat Album Layout.
Kemudian klik Create.

Kalau nak ubah album/tambah/buang gambar,pilih Format Album.


Problem Windows 95/98

Jikalau anda ada problem mengenai WINDOWS 95/98

-gunalah TWEAKUI-

dapatkannya dengan browse dalam CD windows 98, cari ools eskitpowertoy
atau www.download.com utk mencarinya

ok, selepas setup atau unzip di tempat berkenaan anda cuma perlu mencari file 'tweakui' klik kanan pada 'tweakui' dan install.
selepas itu, pergi control panel > cari TWEAK UI (icon), double-click pada icon yang berkenaan.
dan dapatlah anda membaikinya dengan cara yang lebih mudah.


Format Cakera Keras

Apabila anda nak format hard disk, anda boleh guna cara saya untuk mempercepatkan hard disk

[taip]
FORMAT X: /Z:64 [ENTER]
(X: adalah drive letter HD anda & 64 bermakna 64 block dlm satu cluster ia adalah 32 pada keadaan normal)


Apabila anda nak format dengan cepat:
[taip]
FORMAT X: /Q [ENTER]
(X: adalah drive letter HD anda)


Apabila anda nak habuskan segala data dlm HD
(data dlm hd anda "fully unrestoreable")
Banyak digunakan dlm HD baru atau dicerobohi virus
[taip]
FORMAT X: /U [ENTER]
(X: adalah drive letter HD anda)


Apabila anda nak format dgn "surface test"
(ini dapat kesan bad sektor)

Format X: /F [ENTER]
(X: adalah drive letter HD anda)


Apabila anda perlukan contoh

Format C: /U /Z:64

Kalau ada kesilapan tolong maafkan saya

04:10 | Permalink