Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer 10

JALAN PINTAS MEMBACA FLOOPY DISK

Apabila anda ingin melihat kandungan data di dalam cakera liut (Floopy Disk), adakah anda akan membuka "My Computer" atau pun "Window Explorer" kemudian klik dua kali pada ikon pemacu disk? Anda boleh memudahkan tugas ini dengan hanya melakukan sekali "double click" sahaja. Buat satu jalan pintas "shortcut" pada "desktop" anda. Dari situ, anda boleh melihat kandungan cakera liut hanya dengan melakukan klik dua kali pada "shortcut" tersebut.
Untuk membuat "shortcut" bagi pemacu liut, letakkan ikon pemacu cakera liut di dalam "My Computer" ataupun "Window Explorer". Klik kanan pada gambar ikon ini, tarik ia keluar ke "desktop" dan lepaskannya. Apabila menu "pop up" keluar, pilih "Create Shortcut(s) Here". Kemudian, namakan "shortcut" ini kepada nama yang sesuai seperti "Floopy Drive A". Cuba jalan pintas ini dengan memasukan sekeping Disk ke dalam pemacu. Klik dua kali pada gambar ikon. Kesemua kandungan fail akan dipaparkan pada "screen".

MENGELAKKAN DARIPADA MENAIP SEMASA "CAPS LOCK" ON

Anda boleh mencipta bunyi amaran sebagai tanda anda telah mengaktifkan kekunci "CAPS LOCK". Untuk melakukan ini:
1. Klik pada butang Start>Settings>Control Panel.
2. Klik dua kali pada pilihan "Accessibility Options".
3. Pada bahagian "Keyboard", tandakan kekotak "Use ToggleKeys".
4. Klik pada bahagian "General".
5. Di dalam pilihan "Automatic reset", buangkan tanda kekotak "Turn off accessibility features".
6. Klik OK.
Sekarang, apabila kekunci CAPS LOCK, NUM LOCK ataupun SCROLL LOCK diaktifkan, komputer akan memberi amaran dengan mengeluarkan bunyi beep. Komputer akan mengeluarkan nada bunyi yang agak rendah semasa kekunci dilepaskan. Mendengar nada bunyi beep yang agak tinggi akan membantu anda untuk berhenti daripada menaip kerana terdapat kesilapan.

MENYEMBUNYIKAN "TASKBAR"

Untuk memaksimumkan ruang penglihatan anda, anda boleh tetapkan "properties" bagi "taskbar" kepada "Auto Hide".
1. Klik butang Start>Settings>Taskbar.
2. Pilih "Auto hide" dan klik OK.
"Taskbar" akan hanya muncul sekiranya anda menggerakkan penunjuk pada bahagian hujung "screen" dimana anda menyorokkannya. Anda juga boleh memanggil kembali "taskbar" dan "Star menu" dengan menggunakan kekunci CTRL + ESC

CARA-CARA UNTUK PERGI KE WINDOWS EXPLORER

Cara pertama, klik bebutang Start dan pilih Programs. Seterusnya pilih Windows Explorer.
Cara kedua, klik ikon My Computer dua kali sambil menekan kekunci Shift.
Cara ketiga, pergi kepada sisi tetingkap fail dan klik dua kali sambil menekan kekunci Shift.

PADAM FAIL SECARA TERUS

Biasanya jika anda membuang fail ia akan tersimpan di dalam Recycle Bin. Jika anda mahu membuangnya terus, klik fail terus dan bawa ke Recycle Bin sambil menekan kekunci Shift. Atau tekan Shift dan Delete serentak setelah memilih fail yang hendak dibuang.

MENCETAK FAIL CARA PANTAS

Cara yang mudah untuk mencetak sesebuah dokumen tanpa membukanya ialah dengan membuka Explorer dan klik serta bawa fail tersebut kepada ikon Printer.

MENGOSONGKAN MENU DOKUMENT

Untuk mengosongkan menu Documents, klik bebutang kanan pada Taskbar dan pilih Properties. Seterusnya pilih Start Menu Program dan klik butang Clear dan Documents Menu. Kemudian klik OK.

MULAKAN KOMPUTER DARI DOS PROMPT

Jika anda tidak mahu memulakan komputer anda dengan Windows 95, tekan kekunci untuk memulakan komputer dari DOS.(jika komputer anda pernah menggunakkan DOS)

BUKA FAIL CARA CEPAT

Jika anda telah membuka WordPad atau Word 7.0, anda hanya perlu membuka Explorer dan pilih fail teks yang anda mahu buka. Klik fail tersebut dan tanpa lepas gerakan fail tersebut kepada "title bar" WordPad atau Word 7.0. Fail tersebut akan terbuka.

MEMBERSIHKAN SKRIN

Untuk membersihkan skrin daripada ikon yang tidak digunakan contohnya Microsoft Network dan My Briefcase, klik ikon tersebut dan bawa ikon tersebut kepada ikon Recycle Bin.

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FAIL

Setiap fail yang wujud di dalam komputer mempunyai sifat-sifat berikut yang perlu anda ketahui.
1. Nama fail tersebut. Cth: user.dat
2. Saiz fail tersebut.Cth: 145kb
3. Waktu fail tersebut dibina. Cth:10.45AM
4. Tarikh fail tersebut dibina. Cth:10/12/98
5. "Attribute" Cth: Read Only, Hidden, Archieve, System.

SIMPAN FAIL FORMAT "PDF"

Sekiranya anda cuba melakukan "left click" pada fail yang mempunyai sambungan PDF, Acrobat Readers akan membukakannya untuk anda. Walaubagaimanapun, ia hanya akan membenarkan anda membaca dan mencetaknya tetapi tidak membenarkan anda menyimpannya. Penyelesaiannya adalah dengan "right click" pada "link" dan pilih "Save TargetAs"

BUKU ALAMAT DALAM PERJALANAN

Sekiranya anda sering mengembara, saya ingin mencadangkan supaya anda mengeksport buku alamat kepada format fail teks. Dengan cara ini, anda boleh membawa bersama maklumat buku alamat ke dalam sekeping disket dan tidak perlu bimbang kerana tidak dapat membacanya kerana semua komputer mempunyai perisian Notepad. Carannya amat mudah. Masukkan sekeping disket kosong kedalam pemacu A. Buka Buku Alamat "Address Book" pilih File>Go>Eksport>Address Book. Apabila kotak dialog "Export" dibuka, pilih "Textfile" (Comma Separated Values). Klik pada Eksport dan masukkan nama fail. Contohnya A:alamat.txt Klik "Next" dan pilih medan yang ingin dieksport. Setelah anda membuat pilihan. Klik "Finish". Kembali kepada kotak dialog. Klik "Close" untuk menyimpan perubahan yang anda telah lakukan dan tutup kotak dialog.

TASKBAR PROPERTIES

Untuk membuka kotak dialog bagi "Taskbar" cara cepat, anda hanya perlu "right click" pada ruangan kosong pada "taskbar" dan pilih "Properties".

"DRAG & DROP" BAGI MEMPERKEMASKAN "START MENU" ANDA

di dalam Windows 98, lebih mudah untuk anda bagi memindahkah "programs", "shortcuts" dan "favourites". Hanya klik pada butang "Start" dan "highlight" "Programs", "Favourites" ataupun "Dokuments". Klik dan lepaskan "Item" yang anda ingin pindahkan ke lokasi yang baru. Anda juga boleh memindahkan "item" daripada "submenu" ke lokasi yang lebih atas untuk capaian yang lebih pantas.

"DRAG AND DROP TASKBAR"
Samaada anda tahu atau tidak, anda boleh meletakkan "taskbar" anda kemana sahaja yang anda kehendaki. Hanya klik pada "taskbar" tersebut tanpa melepaskannya, kemudian tarik dan lepaskan ke lokasi baru yang anda kehendaki.

MEMBINA "TOOLBAR" ANDA SENDIRI PADA "TASKBAR"

Anda boleh menukarkan mana-mana "folder" kepada "toolbar". Hnaya dengan sekali klik "folder" tersebut akan dijalankan. Untuk membina "toolbar" anda sendiri:
1. "Right click" pada mana-mana ruangan kosong pada "taskbar".
2. Klik pada "toolbar" dan pilih "new toolbar".
3. Klik pada "folder" anda mahu jadikan sebagai "toolbar" dan klik "OK"
Setelah anda selesai membina "toolbar", anda boleh klik dan lepaskan ke mana-mana lokasi pada "desktop"

MEMILIH TEKS TERTENTU DI DALAM MICROSOFT WORD

Sekiranya anda perlu untuk memilih lebih banyak teks selain daripada yang anda perlukan. Anda boleh mencuba cara berikut. Klik pada permulaan teks yang ingin dipilih. Tekan butang F8, kemudian gunakan kunci anak panah untuk memilih perkataan yang diingini. Apabila telah selesai, tekan butang Esc untuk menamatkan pilihan.
Untuk memilih keseluruhan muka surat. Anda perlu klik pada bahagian teratas halaman (atau mana-mana bahagian yang anda kehendaki) tekan F8, kemudian tekah Ctrl+G. Apabila kotak tetingkap "Find And Replace" muncul, pilih "page" dan klik "next". Setelah anda memilih muka surat tersebut. Klik Esc untuk menutup kotak dialog dan kemudian klik Esc lagi untuk menamatkan pilihan.
Klik Sekali
Jika anda menggunakan Windows 98 anda boleh menggunakan kemudahan klik sekali. Dengan cara ini, anda tidak perlu klik dua kali untuk melakukan sebarang operasi. Caranya ialah dengan membuka Windows Explorer>view>folder options>General>WebStyle>apply.
Tambah File Ke Dalam "Start Menu"
Caranya cukup mudah, gunakan Internet Explorer, pilih nama fail yang dikehendaki dan lepaskan kedalam "Start Menu".


MEMILIH MODEM

Modem adalah singkatan kepada modulator-demodulator iaitu alat yang digunakan untuk menghantar dan menerima data dari sesebuah PC ke sesebuah PC yang lain melalui talian telefon. Data ini disimpan secara digital manakala talian telefon pula menggunakan sistem data analog. Modem adalah alat untuk menukar data dari bentuk digital ke analog dan sebaliknya. Dengan adanya modem, pengguna PC dapat menghubungi dunia internet sambil meraih segala jenis maklumat yang disediakan dilamanlama web diserata dunia.

Terdapat berbagai jenis modem dipasaran sekarang ini dengan berbagai jenis jenama. Tapi macamana pengguna nak tahu jenis modem untuk dibeli? Ruangan ini akan menjelaskan secara mudah dan ringkas, tanpa menggunakan banyak sangat terma-terma teknikal yang akan memeningkan kepala pengguna, cara-cara untuk mendapatkan modem yang bersesuaian serta menafaatkan pengguna semua.
Jenis Modem
Bila kita ke kedai PC untuk mendapatkan sebuah modem, berbagai jenama modem akan diperkenalkan kepada pengguna dimana pengguna mendapati sukar untuk membuat keputusan kerana tidak faham bagaimana kebaikan atau keburukan sesuatu modem itu didasarkan. Pada kebiasaannya, terdapat dua jenis modem yang selalu dijual dikedai-kedai PC iaitu jenis modem dipasang didalam PC (internal modem) dan modem dipasang diluar (external modem). Selalunya, pekedai akan menanya pengguna jenis modem apa yang diperlukan.
Internal Modem
"Internal Modem", iaitu modem berjenis kad sirkit digunakan dengan memasang atau melekatkannya pada litar PCI. Litar PCI ini didapati pada kebanyakn PC sekarang dimana ianya khas digunakan untuk menampung penambahan kad-kad assesori pada PC seperti 'sound card', 'graphic card' dan sebagainya. Kebiasaannya, moden internal ini juga dikenali sebagai PCI modem. Modem berjenis ini adalah lebih murah kerana buatannya adalah lebih ringkas tanpa memerlukan kotak. Ia senang dipasang tanpa memerlukan kabel.
Terdapat dua jenis modem seperti ini iaitu 'software modem" dan "hardware modem". "Software modem" ini adalah modem yang menggunakan perisian khas untuk menjanakan sistem processor PC bagi menjalankan fungsi modem tersebut. "Hardware modem" pula menggunakan perkakasannya sendiri untuk menjalankan modemnya. Jadi disini adalah jelas bahawa 'hardware modem" adalah lebih baik disebabkkan ia tidak mengganggu sumber sistem prosessor PC bila modem berjalan. Walaubagaimanapun, kedua-dua modem jenis ini adalah lebih mudah disambar petir berbandingkan dengan "external modem".

Modem Internal
Harga bagi "internal modem" dipasaran sekarang ini adalah disekitar RM60 - RM90.
External modem
Modem jenis ini biasanya dipasarkan dalam bentuk kotak dalam pelbagai rupa. Ada yang segiempat, bulat, berbentuk telur dan macam-macam lagi. Modem jenis ini biasanya dihubungi melalui kabel ke port COM1, COM2 atau port lain yang bersesuaian di PC. Modem external adalah lebih mahal tapi tidak mudah disambar petir kalau dibandingkan dengan 'internal modem'. External modem adalah lebih baik kerana ianya menggunakan perkakasannya sendiri untuk menjalankan modem fungsi modem tersebut tidak seperti 'software modem' yang lain. Dengan ini, perpindahan data melalui internet adalah lebih cepat. External modem juga dibekalakn dengan fungsi lampu yang dapat menunjukkan proses perjalanan modem tersebut.

Modem External
Harga bagi "extenal modem" dipasaran sekarang ini adalah disekitar RM170 - RM350
Bagaimana Memilih Modem
Memilih modem bergantung kepada faktor-faktor berikut :-
a) Budget
b) Pemakaiaan
c) Kelajauan
Budget
Walaupun ada modem yang lebih baik dari yang lain, tidak bermakna modem yang lain tersebut tidak boleh digunakan. Modem dalaman yang berjenis software modem adalah modem yang termurah iaitu disekitar RM70. Biasanya, bila kita membeli barangan yang murah, kita terpaksa berpuashati dengan hadnya ianya dapat berfungsi. Kebanyakan modem yang murah mengambil masa yang lambat untuk mendapat 'connection' serta tidak memberi kepuasan layaran yang diharapkan.
Pemakaian
Pengguna juga perlu tahu kenapa modem diperlukan. Sekiranya modem yang hendak dibeli digunakan untuk penghantaran dan menerima data digital bagi kerja-kerja khusus, downloading dan uploading, modem yang lebih laju 'connection speednya' adalah lebih sesuai. Modem ini adalah lebih mahal tetapi memberi pulangan yang baik.
Kelajuan
Bila kita bercakap tentang kecepatan atau kelajuan modem, biasanya ia bermakna keupayaan modem menghantar dan menerima data melalui talian telefon. Modem yang lebih mahal mempunyai perkakasan serta perisian yang baik untuk mempercepatkan proses pemindahan data melalui talian tersebut. Bersesuaian dengan ini juga, ia juga mempunyai fungsi untuk bertindak sebagai 'fax modem' serta mempunyai keupayaan suara. Pada masa ini, kelajuan yang paling tinggi dapat diterima oleh modem biasa melalui talian telefon adalah 56,600 bit sesaat (56kbs). Ini berbeza dengan modem ISDN dan DSL dimana tahap komunikasi adalah lebih tinggi (diantara 64kbs - 128kbs) disebabkan ianya menggunakan talian optik fiber.
Adalah menjadi kepercayaan bahawa talian telefon biasa hanya dapat memindah data pada kelajuan maksima 33.6 kilobit sesaat (kbs) sahaja melalui dawai tembaga. Tetapi dengan terciptanya satu teknologi baru yang dinamakan K56Flex, data melalui talian telefon tembaga ini dapat dipindahkan sehingga kelajuan 56kbs. Dengan ini, wujudlah sekarang apa yang dikenali sebagai K56Flex V.90 Modem yang dijual dikedai-kedai PC. V.90 adalah protokol dimana sesuatu modem perlu ada untuk mencapai tahap pemindahan selaju 56kbs Walaubagaimanapun, kelajuan ini hanya dapat dicapai sekiranya hos server menggunakan modem jenis yang sama. tidak ada makna sekiranya pengguna yang menggunakan modem yang berkelajuan 56kbs cuba untuk mencapai data pada kelajuan yang sama dari server yang hanya menggunakan modem 28.8kbs untuk penghantaran maklumat. Dibawah adalah senarai kelajuan modem yang menggunakan protokol pemindahan yang berbeza.
Protokol Kadar Transmisi Maksima Mode Duplex
Bell 103 300 bps Full
CCITT V.21 300 bps Full
Bell 212A 1,200 bps Full
ITU V.22 1,200 bps Half
ITU V.22bis 2,400 bps Full
ITU V.29 9,600 bps Half
ITU V.32 9,600 bps Full
ITU V.32bis 14,400 bps Full
ITU V.34 36,600 bps Full
ITU V.90 56,000 bps Full
Kesimpulan
Modem yang paling sesuai untuk digunakan dirumah adalah modem dari jenis "external" ataupun yang dipasang diluar dengan kelajuan 56kbs. Modem yang perlu didapatkan ialah dari K56Flex yang menyokong ITU V.90 bagi menjamin kelajuan yang maksima. Walaubagaimanapoun, modem "internal" K56Felx V.90 juga terdapat dipasaran sekarang tetapi pengguna hendaklah mengelak dari membeli dari jenis software modem kerana ia akan menjejaskan keupayaan processor PC.
Walau modem jenis apa pun yang dibeli, pengguna hendaklah juga mendapatkan "lightning protector" ataupun pelindung petir bagi melindungi modem anda dari dipanah petir bila berlakunya hujan atau ribut. Perlu diingat bahawa petir sering berlaku walaupun bila hujan renyai. Pelindung petir atau kilat ini boleh didapati dikedai-kedai PC dari harga RM8 - RM50 bergantung kepada kecanggihan alat itu. Cara yang paling selamat untuk mengelakkan modem dipanah petir adalah dengan memastikan modem tidak digunakan semasa berlakunya hujan lebat atau ribut sambil mencabut penyambung talian dari soket utama telefon.

Penjagaan komputer agar komputer anda sentiasa lancar ialah
dengan :-

* Sentiasa membuang semua fail dalam Recycle Bin, Recent, Temporary File, Internet Temporary File dan cara yang termudah sekali adalah dengan mengaktifkan Disk Clean Up. Start > Program > Maintanance > Disk Clean Up.

* Laksanakan Disk Defragmenter seminggu 2 kali. Start > Program > Maintanance > Disk Defragmenter.

Penjagaan kerosakan di sebabkan kepanasan dan udara :-

* Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang baik. Pasang kipas dengan kuat sekiranya anda akan menggunakan komputer lebih dari 2 jam. Jika anda menggunakan penghawa dingin adalah lebih baik di aktifkan ketika anda menggunakan komputer. Kepanasan membolehkan komputer anda mengalami kerosakan komponen.

* Pastikan kipas di bahagian dalam case di bersihkan. Habuk boleh menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan mengurankan kesejukkan. Kipas yang perlu di bersihkan ialah pada bahagian bekalan kuasa dan kipas di atas chip CPU.


Penjagaan dari Virus :-

* Gunakan perisian antivirus seperti Norton, McAfee, PCsilin dan sebagainya.

* Disket anda perlu diimbas terlebih dahulu dengan perisian anti virus sekiranya disket anda di gunakan berpindah-randah dari komputer lain ke komputer anda.


Tips mudah menjaga komputer anda.

* Jangan gunakan komputer anda sewaktu hujan lebat (kilat) dan keadaan elektrik yang tidak stabil (tanda2 elektrik tidak stabil : lampu berkelip-kelip atau AVR anda sering berbunyi). Kesan - Monitor dan power supply mudah terbakar.

* Gunakan perisian penjagaan komputer untuk memudahkan anda bagi mencari dan membaiki kerosakan sistem perisian anda. Contoh perisian : Norton Utilities 3.04, Quaterdeck Cleansweep 4.0 Deluxe, Oil Change (update), Nut n Bolt , Firt Aid 98 dan banyak lagi.

* Elakkan penggunaan sebarang bahan yang mengandungi tarikan elektromagnet berdekatan dengan casing anda terutamanya di kawasan cakera keras.

* Untuk membersihkan komputer, monitor dan sebagainya, jangan gunakan air. Gunakan pencuci seperti GIF dengan kuantiti yang agak sedikit. Pastikan plug telah dicabut terlebih dahulu. Tunggu hingga ia kering, baru boleh digunakan. JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN BAHAN BASAH, TERUTAMANYA DI KAWASAN YANG MEMPUNYAI LUBANG (BAHAGIAN ATAS MONITOR, BELAKANG CASING)

* Defrag dan scan komputer anda mengikut kesesuaian. Jika anda selalu mengambah dan mengurangkan perisian, lakukan 'defrag' seminggu sekali. Jika anda menggunakan Norton Utilities 3.0, gunakan Norton WinDoctor untuk mencari kerosakan registery pada komputer anda dan melakukan pembaikan secara automatik.


Menangani masalah perkakasan dan virus

Dunia pengkomputeran tidak lepas daripada masalah yang datang menyerang kita. Masalah yang berlaku biasanya terjadi akibat kerosakan perkakasan komputer itu sendiri mahupun perisiannya. Masalah kerosakan perkakasan yang sering berlaku selalunya diakibatkan arus elektrik berlebihan, perkakasan yang tidak berkualiti tinggi, jagaan yang tidak sempurna dan juga serangan virus. Manakala masalah di dalam kelancaran perisian yang digunakan biasanya diakibatkan masalah serangan virus. Kerosakan memang tidak dapat dielakkan oleh sesiapapun, tetapi kita perlu mempunyai inisiatif untuk mempelajari cara menanganinya.
Masalah kerosakan perkakasan akibat arus elektrik berlebihan boleh diatasi dengan menggunakan penapis arus elektrik yang banyak di pasaran. Bagi pengguna PC, seharusnya kita melindungi PC kita daripada arus elektrik yang berlebihan. Arus yang berlebihan akan mengakibatkan kerosakan di dalam CPU dan cakera keras. Apabila ianya berlaku, kerugian adalah lebih besar daripada kos membeli penapis arus elektrik itu. Kerosakan yang berlaku adalah sukar untuk dibaiki tetapi perlu digantikan dengan perkakasan baru.
Masalah akibat perkakasan yang tidak berkualiti tinggi adalah sukar untuk dielak dan diramalkan. Oleh itu, ketika membeli PC, kita tidak seharusnya melupakan perkataan warranty atau jaminan. Sebaiknya, belilah komputer daripada peniaga yang menyediakan warranty terhadap barangan kita sekurang-kurangnya dua tahun. Masalah kerosakan perkakasan mudah dikesan. Contohnya, bunyi bip pada awal komputer mula dihidupkan mempunyai kod-kod tertentu. Bunyi bip sekali menunjukkan tiada masalah yang berlaku. Tetapi jika bunyi bip adalah panjang atau putus putus, kemungkinan terdapat kerosakan pada kipas CPU, RAM ataupun papan litar.
Penjagaan yang sempurna adalah penting untuk memastikan jangka hayat komputer kita lebih panjang. Perkara pertama yang tidak boleh diabaikan mengenai penjagaan komputer ialah pembersihannya selang setengah tahun sekurang-kurangnya. Buka penutup CPU dan bersihkan habuk yang melekat di papan litar, kipas dan pemproses dengan menggunakan udara mampat dan kain nyah statik. Ketika membersihkan papan litar perkara yang perlu diberi perhatian ialah mengenai sensitivitinya terhadap arus statik di dalam badan kita. Cuba hilangkan cas statik di badan kita dengan menyentuh penutup casing komputer atupun dengan alatan khas menghilangkan cas statik di badan kita.
Masalah virus pula memang sukar untuk dielakkan. Bak kata pepatah, di mana ada gula, di situlah ada semut. Virus yang menyerang komputer datang di dalam pelbagai bentuk yang sukar dikesan. Virus yang menyerang mempunyai pelbagai cara untuk merosakkan pengoperasian komputer kita. Ada yang menduduki sebahagian cakera keras dan menunggu untuk menyerang apabila ia tercantum. Terdapat virus yang menyerang partition table cakera keras, virus yang menyerang fail-fail di dalam storan sekunder, virus yang menyerang perisian pemprosesan perkakasan seperti Microsoft Office, virus yang membuat gandaan di dalam storan sekunder dan pelbagai cara lagi.
Virus boleh bertahan agak lama tanpa dapat dikesan. Hasilnya ia akan memberikan petanda-petanda sebelum ia menyerang. Petanda serangan virus adalah seperti perubahan dalam saiz fail, perubahan pada tarikh fail walaupun ia tidak diubahsuai, program lambat untuk dijalankan, operasi sistem yang perlahan, pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya, kerosakan sektor, paparan mesej yang ganjil, aturcara yang tidak dapat dijalankan, aktiviti skrin yang ganjil, terdapat aktiviti capaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan dan sistem boot gagal semasa komputer dihidupkan.
Untuk melindungi komputer daripada virus, terdapat perkara yang perlu diberi perhatian. Berhati-hatilah dengan fail yang dihantar menerusi emel, jangan memasuki ruangan borak yang membenarkan kita memindah terima fail, menggunakan perisian antivirus serta selalu mengemaskini perisian antivirus itu dengan mendapatkannya di laman web pengeluar perisian itu, kemas kini perisian-perisian yang ada dan cuba dapatkan pengimbas virus di dalam talian sebelum memindah terima fail di internet. Gunakan juga ciri keselamatan yang sesuai, tingkatkan perlindungan dengan enkripsi iaitu untuk mengubah bentuk fail kepada sebuah fail yang susah hendak dibaca atau dibuka. Gunakan kata laluan dengan bijak iaitu cuba mempelbagaikan kata laluan dan tukarkannya dengan kerap, serta membuat salinan dengan kerap terhadap fail-fail penting.
Setiap perkara mempunyai masalah yang perlu dihadapi dan tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Maka, masalah di dalam dunia pengkomputeran sepatutnya telah dipelajari terlebih dahulu sebelum kita memiliki komputer. Selalulah berbincang dengan rakan-rakan mengenai masalah yang dihadapi di dalam dunia pengkomputeran. Jangan sampai masalah komputer menjejaskan kehidupan seharian anda.
Membangunkan Laman Web Yang Baik

Internet dan web kini semakin mendapat perhatian ramai kerana keupayaannya menyampai dan memperolehi maklumat serta berhubung secara berkesan. Maka, laman web juga semakin diminati untuk dibangunkan oleh orang perseorangan. Namun, sejauh mana keberkesanan laman web yang dibina? Ramai sebenarnya yang mempunyai laman web peribadi, tetapi tidak berjaya menarik minat pelayar internet. Malah, terdapat juga laman web komersial yang tidak mendapat sambutan menggalakkan. Justeru, sebelum membangunkan laman web, sepatutnya seseorang itu perlu mengetahui cara membangunkan laman web yang berkesan.
Kerja-kerja membangunkan laman web memerlukan beberapa langkah dan pengetahuan yang cukup. Seseorang yang ingin membangunkan laman web seharusnya membiasakan diri dengan web terlebih dahulu. Jika masih belum biasa dengan web, luangkanlah masa menjelajah internet. Secara lebih terperinci, anda mesti melengkapi diri dengan pengetahuan teknologi web dan faktor kejayaan laman web yang terkenal.
Sebelum segala proses membina, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membuat kajian mengenai laman web yang hendak dibina. Kajian perlulah menyeluruh iaitu mengkaji segala topik yang berkaitan seperti faktor dan objektif web itu, isi yang ingin dimuatkan, konsep yang hendak ditampilkan, teknologi web yang akan digunakan, kemudahan dan kehendak pengguna yang perlu dipenuhi serta hos yang akan dipilih. Buatlah kajian secara terperinci agar pembaziran masa, tenaga dan wang tidak berlaku.
Seterusnya melakarkan laman web anda mengikut konsep yang ingin ditampilkan. Lakarkan laman pertama hinggalah akhir. Lakarkan juga jaringan antara setiap laman. Susun semua laman yang dilakarkan mengikut turutan dan cabang-cabangnya, daripada muka utama ke cabang di bawahnya. Anda boleh menunjukkannya dengan rajah pohon atau peta minda. Ia penting agar tidak terdapat jaringan yang salah serta dapat memberi kemudahan kepada pengguna.
Langkah berikutnya ialah merealisasikan lakaran tadi ke paparan sebenar web anda. Gunakan perisian rekabentuk grafik seperti Adobe Photoshop, Paint Shop Pro dan lain-lain lagi. Tetapkan menu utama yang seragam di setiap laman, grafik yang menarik, warna yang akan digunakan dan animasi yang hendak dimuatkan. Pastikan semua laman mempunyai keseragaman warna, posisi menu utama dan menu kecil, jenis dan warna teks. Anda juga perlu menerapkan konsep mesra pengguna kepada laman web anda. Warna tidak perlulah terlalu contrast sebaliknya memberikan pandangan yang redup kepada mata. Menu pula perlulah ditempatkan di bahagian yang mudah dicapai seperti menggunakan beberapa bingkai. Pengguna juga perlu dipandu seperti menyediakan laman senarai kandungan, bantuan jika terdapat kerosakan laman dan sebagainya.
Kemudian, barulah anda boleh membuka perisian membina web dan mula membina. Perisian-perisian yang baik ialah seperti FrontPage, Dreamweaver, Go Live, Web Page, Netscape Composer dan lain-lain. Saya sarankan anda menggunakan seberapa banyak perisian yang ada dan cuba bandingkan keberkesanannya serta kemudahan yang memudahkan anda kerana semua perisian ini mempunyai kelebihan dan teknologi masing-masing. Jika anda ingin menerapkan konsep multimedia interaktif, sebaiknya anda menggunakan Flash, Swish ataupun Adobe Live Motion. Walaubagaimana pun, anda seharusnya memberikan pilihan kepada bakal pelayar laman web anda untuk menggunakan antaramuka biasa iaitu anda tidak boleh meninggalkan terus perisian-perisian membina web seperti yang disebutkan.
Teknologi web yang digunakan juga perlu diberi perhatian. Anda boleh menggunakan teknologi Java Script, Java Applets, CGI, DHTML, XML, PHP, Flash dan sebagainya. Namun, anda perlu mengkajinya dengan teliti kerana ianya mungkin tidak disenangi oleh pelayar-pelayar internet kerana terdapat teknologi yang memerlukan plug-in tambahan, masa memuatkan laman yang lama dan kemungkinan kesalahan kod. Di dalam HTML sendiri, anda juga perlu menentukan keberkesanan menggunakan beberapa bingkai, table yang banyak, dan grafik yang besar failnya.
Grafik yang digunakan sebaiknya tidak terlalu besar saiznya, kerana ianya mempengaruhi masa laman dimuatkan di dalam memori. Saiz grafik yang baik untuk masa yang pantas bagi proses memuatkan laman anda ialah kurang daripada 30Kb dengan saiz laman kurang daripada 60Kb. Format grafik yang baik untuk web ialah GIF dan Jpeg. Format GIF adalah yang terbaik kerana boleh membuatkan grafik telus, animasi dan saiz yang kecil setelah dioptimakan. Manakala Jpeg pula memberikan kualiti resolusi yang baik dengan saiz yang kecil jika dibandingkan dengan format Bitmap.
Sebelum anda memuatkan laman web anda ke internet, anda perlu menyemaknya semula. Pastikan tiada kesalahan ejaan, jaringan, kod dan keserasian dengan perisian pelayar-pelayar web yang ada. Terdapat teknologi web yang tidak dapat dipaparkan di sesetengah pelayar web. Anda perlu membuka laman web anda di dalam perisian-perisian pelayar web yang terkenal seperti Internet Explorer, Netscape Navigator, NeoPlanet, Opera, NetCaptor dan sebagainya. Betulkan semula segala kesalahan dan semak sehingga anda berpuas hati. Pastikan juga fail laman pertama anda dinamakan "index.html" dan semua laman lain tidak dimulakan dengan huruf besar. Ini penting untuk memastikan hos yang anda pilih dapat membaca fail yang anda muatkan nanti.
Seterusnya, pilih dan daftarkan laman web anda di hos yang banyak terdapat di pasaran internet. Anda boleh mendapatkan ruang percuma seperti di Geocities, Tripod, 50megs dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan domain anda sendiri seperti www.namasaya.com atau www.namasaya.net dengan mendapatkannya daripada MyNic, Internic dan sebagainya beserta bayaran tahunan.
Kemudian, muatkan laman web anda di internet dengan pengurusan fail yang terdapat di hos anda atau menggunakan perisian-perisian FTP seperti WS_FTP dan CuteFTP. Muatkan semua fail laman dan grafik yang anda bina. Simpan nama hos, ID dan kata laluan anda dengan baik. Selalulah mengemaskini laman web anda agar pengunjung tidak jemu dengannya. Akhir sekali, promosikan laman web anda dengan menghantar alamat web anda kepada kenalan dan mendaftarkannya di tapak web pencari yang popular seperti google, yahoo dan lain-lain lagi.


Panduan Memilih Dan Membeli Komputer Peribadi

Dunia kini sedang berada di dalam era teknologi komunikasi dan maklumat. Justeru, kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia memiliki komputer serta mempelajari ICT agar kita tidak ketinggalan dengan teknologinya malah dapat sama-sama bersaing dengan semua negara maju. Bagi memenuhi hasrat kerajaan, kita telah diberi kemudahan pengeluaran simpanan KWSP untuk memiliki komputer peribadi (PC). Malah ia dimudahkan lagi apabila Pos Malaysia Berhad juga memberikan perkhidmatan membeli komputer melaluinya. Bagi memastikan kebaikan dan kemudahan sendiri, kita harus bijak memilihnya kerana ianya mempunyai pelbagai perkara yang perlu diteliti sebelum memilikinya.
Perkara pertama yang perlu diteliti ialah keperluan PC itu dibeli. Biasanya, PC dibeli untuk tujuan kerja-kerja ringan dan berat. Bagi pelajar kursus-kursus pengurusan, perakaunan, ekonomi, pendidikan, kerja sosial dan lain-lain lagi serta bagi pekerja di pejabat, memadai jika mereka memilih spesifikasi PC yang sederhana sahaja kerana keupayaan yang diperlukan hanyalah untuk menaip tugasan dan sebagainya di samping mendengar lagu MP3, menonton VCD dan bermain game. Tetapi bagi mereka yang berada di dalam bidang IT, Multimedia, pengkomputeran dan kejuruteraan, mereka perlu memiliki PC yang berkeupayaan tinggi untuk tugas-tugas berat seperti pengaturcaraan, mengedit grafik, membuat animasi, mengedit video dan sebagainya.
Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah kemampuan kewangan kita. Bagi mereka yang hanya memerlukan spesifikasi PC yang sederhana tetapi berkemampuan untuk membeli PC berkeupayaan tinggi, maka memilih PC berkeupayaan tinggi adalah lebih baik untuk kepuasan dan kepantasan. Tetapi bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan adalah lebih baik mereka membeli PC berkeupayaan rendah atau sederhana yang mana ianya boleh ditingkat upaya apabila berkemampuan kelak.
Seterusnya, kita perlu menentukan PC yang terbaik bagi keperluan kita. Terdapat pelbagai jenis PC daripada yang termurah kira-kira RM2500 hinggalah yang termahal bernilai RM9500 di pasaran. PC yang boleh dipilih dibahagikan kepada tiga iaitu PC serasi IBM atau popular dengan gelaran PC klon, PC jenama seperti Mac daripada Apple, Compac, Intellitech dan banyak lagi serta PC pasang sendiri, di mana komponen-komponen komputer dibeli berasingan dan dipasang sendiri oleh pembeli.
Bagi saya, PC yang terbaik untuk dipilih adalah PC klon, kerana ianya lebih murah, mudah ditingkat upaya serta mempunyai keupayaan yang sama seperti komputer-komputer jenama. PC jenama pula mahal, sukar ditingkat upaya dan terdapat yang tidak mempunyai kebolehan menambah perkakasan yang daripada lain seperti kad grafik, kad bunyi, pencetak, pengimbas dan kamera web. Ianya hanya membenarkan perkakasan dan komponen daripada jenama yang sama seperti komputer keluaran Apple iaitu Apple G4. Walaubagaimana pun, PC jenama mempunyai kemudahan jaminan, baikpulih, mudah dihubungi serta tidak mudah rosak. Pemasangan sendiri PC pula amat sukar bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi di dalam dunia pengkomputeran kerana ianya memerlukan kemahiran bukan sahaja di dalam memasang tetapi mengkaji keserasian komponen serta mendapatkan komponen-komponen daripada pembekal.
Untuk memilih PC, kita perlu mengumpulkan seberapa banyak maklumat daripada peniaga-peniaga PC. Bandingkan harga yang ditawarkan, keupayaannya serta kemudahan yang ditawarkan seperti jaminan, baikpulih dan kemudahan hubungan. Terdapat peniaga yang menawarkan pelbagai perkara seperti perkakasan percuma, akaun internet, bayaran ansuran. Namun, kita perlu berhati-hati dengan mereka kerana kemungkinan penipuan boleh berlaku, lebih-lebih lagi jika memilih PC klon. Oleh itu, kita perlu memberikan seberapa banyak pertanyaan kepada peniaga terbabit sebelum membeli PCnya. Mintalah bantuan daripada rakan-rakan yang pernah membeli PC. Semoga pilihan anda menepati keperluan dan kehendak anda.


Kegunaan komputer

1. Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan
masaalah-masaalah dalam pemprosesan data :

* Menerima arahan dan memasukkan data daripada pengguna.
* Melaksanakan arahan yang diterima berbentuk pengiraan, logik memanupalasi data secara automatik dan sebagainya.
* Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder
* Menghasilkan laporan atau sebarabg keputusan daripada kerja-kerja pemprosesan
* Laporan boleh disimpan dan dipanggil bila-bila masa sahaja.

2. Komputer melaksanakan tiga langkah asas : INPUT , PROSES dan OUTPUT

* Input - merupakan sebarang kaedah yang digunakan untuk menyalurkan maklumat atau data ke dalam PC dari sumber luar. Ini melibatkan penggunaan peranti input berstruktur seperti cakera,papan kekunci,tetikus atau modem. * Proses- pengubahsuain input data oleh sesuatu aturcara.
* Output- hasil daripada tindakan proses aturcara mengubahsuai data input

3. Sesebuah komputer akan mengandungi bahagian-bahagian di bawah:

* Perkasasan ( hardware )

Bahagian-bahagian yang terdapat pada komputer yang boleh di lihat dan di sentuh.
Misalnya cakera keras (hard disk), skrin paparan (monitor) dan lain-lain.

* Perisian ( software)

Perisian sistem operasi seperti MacOS, MS DOS, LINUX, Unix dan Windows 95/98
atas Pemproses Mikro ( Microprocessor)
Pemproses mikro merupakan ' otak ' yang mengawal semua fungsi utama dalam sebuah komputer.Paparan warna yang menarik bukan sahaja bergantung kepada monitor yang baik, tetapi bergantung kepada jenis pemproses. Pemproses Intel Pentium II ( sudah tentu dengan teknologi MMX ) memberikan anda warna yang lebih menarik, bunyi yang lebih menawan , video yang lebih lancar dan grafik yang lebih pantas.Apabila Pentium II disatukan dengan perisian seperti game, ia memberikan pengalaman multimedia yang sungguh mengkagumkan.

Multimedia

Merujuk kepada penggunaan grafik yang meluas dalam kebanyakan aplikasi pada hari ini yang merangkumi video,gambar pegun, graf, carta dan banyak lagi.Sekiranya digabungkan dengan betul, multimedia boleh menjadi satu bentuk hiburan serta persembahan yang menarik.
atas MMX Technology
Nama yang diberikan kepada 57 siri ciptaan yang dibangunkan dalam proses Pentium untuk mendapatkan hasil persembahan yang optimum. Satu proses yang dikenali sebagai " Single Instruction Multiple Data " (SIMD) membenarkan satu arahan sahaja yang diperlukan untuk mengawal semua fungsi data. Ia lebih berkesan daripada memberikan arahan kepada setiap data satu persatu. Seperti seorang sarjan yang mengeluarkan arahan kepada semua platun sekaligus daripada memberikan arahan kepada seorang demi seorang askar. Semua ini bermaksud anda dapat mendapat video yang lebih lancar, grafik yang lebih baik serta audio yang mengkagumkan
atas Pemacu CD-ROM

Suatu ciri standard yang mesti ada pada semua komputer peribadi untuk melayakkan komputer tersebut digelar Sistem Multimedia. Ia merupakan suatu kemestian kerana semua perisian dewasa ini menggunakan CD ( Compact Disk). Kelajuannya diukur dengan kebolehannya memindah data dalam mgbps (megabyte per second). Kebanyakkan CD-ROM masa kini mempunyai kelajuan daripada 8x hingga 56x. Lebih laju pemacu anda lebih baik sesebuah perisian dijalankan.
atas Cakera Keras (Hard Drive)
Seperti kabinet,lagi besar ruang cakera anda, lagi banyak data yang boleh disimpan didalamnya. Ruang cakera keras diukur dalam megabit (MB ) dan gigabit (GB ) .Untuk membolehkan anda menyimpan lebih banyak data, maka pilihanlah cakera keras yang lebih besar
atas Peripheral and Universal serial Bus (USB )
Perferal merupakan alat tambahan yang penting untuk menyambungkan komputer anda kepada pencetak, pengimbas, monitor, papan kekunci, tetikus dan sebagainya. Semua ini disambung oleh Universal serial Bus (USB ), satu jenis soket yang membenarkan semua penyambung bersatu.USB membuatkan penambahan periferal komputer sesuatu yang mudah di masa hadapan.

Ingatan Capaian rawak (Random Access Memory)
RAM merupakan memori jangka pendek dimana komputer anda menyimpan maklumat yang anda gunakan. Ini bermakna, simpanan dalam memori hanya aktif apabila komputer dihidupkan dan akan musnah sekiranya komputer dimatikan.Memori juga diukur dalam unit megabait (MB ). Penggunaan memori paling minimum yang dicadangkan ialah berjumlah 32 MB. Dan pastikan anda tingkat upayakan memori anda untuk mendapatkan hasil yang menarik ketika mencipta grafik dan sebagainya.

Modem
Modem menggunakan talian telefon untuk merangkaikan komputer anda kepada internet . Ia membolehkan anda melayari rangkaian dunia ( Worlad Wide Web), menghantar dan menerima surat elektronik serta menggunakan komputer anda sebagai mesin faks. Kelajuan pemindahan data oleh modem diukur dalam kb/sec (kilobytes per second). Modem yang lebih laju memendekkan masa pemindahan data yang bermakna capaian ke internet dilajukan.

Monitor
Moitor merupakan paparan skrin kaca TV anda. Monitor merupakan perantaraan penyiaran kepada semua perisian yang anda gunakan. Untuk hasil yang lebih bagus, gunakan monitor SVGA (Super video graphics adaptor) dan dapatkan kad-kad grafik di pasaran
atas ADVANCED CMOS SETUP
Sebelum kita melangkah masuk ke "advanced chipset setup" terdapat beberapa perkara menarik yang perlu dipertimbangkan mengenai CMOS setup.Saya akan memperkenalkan kepada anda supaya anda akan tahu apa patut anda lakukan dengan nya.

Internal Cache Memory
"The internal cache" ialah kawasan ingatan dalaman yang diletakkan didalam CPU (Central Proccessing Unit). Ingatan jenis ini juga dikenali sebagai "L1 Cahce". Ingatan jenis ini adalah lebih pantas berbanding dengan ingatan luaran " external cache memory"
External Cache Memory
"The cache memory" juga dikenali sebagai ingatan luaran iaitu kawasan ingatan diantara CPU dan sistem bus dimana ingatan yang pantas dilrtakan untuk menyimpan arahan yang selalu diminta . Kebanyakan komputer yang menggunakan CPU berjenis Pentium mempunyai sama ada 256K atau 512K ingatan dalaman. Terdapat juga sesetengah CPU Pentium II yang boleh menampung sehingga 1MB ingatan luaran. Ingatan luaran juga dikenali sebagai L2 Cache.

Temporary Internet Files
Tahukah anda bahawa setiap kali anda masuk ke internet, setiap file yang anda buka akan tersimpan didalam folder windows yang bernama "temporary internet files". Sekiranya anda memedamkan file ini, ruang cakera keras anda dapat dijimatkan lagi. Walau bagaimanapun, jika anda cuba masuk ke halaman yang pernah anda masuk sebelum ini, proses akan menjadi lambat kerana browser anda terpaksa download kesemua file tersebut sekali lagi. Untuk mempercepatkan masa anda di internet, adalah disyorkan supaya anda membiarkan sahaja kesemua file tersebut.

Disable Autorun Function
Kebanyakkan CD-Rom yang dijual dilengkapi dengan fail bernama auto.run.inf.
Komputer anda akan menjalankan segala arahan yang terdapat di dalam fail tersebut.Sekiranya anda tidak mahu komputer anda menjalankan program secara automatik, terdapat dua cara

Cara pertama Menekan Button Shift pada papan kekunci semasa anda memasukkan CD-ROM kedalam pemacu.
Cara kedua 1. Pergi pada Star Button>Setting>System>Device Manager.
2. Klik pada tanda "+" di sebelah gambar CD-ROM.
3. Klik pada nama atau keterangan CD-ROM tersebut. Contohnya, MitsimiCDx.
4. Klik pada option "properties" di bawah.
5. Klik pada bahagian setting. Buangkan tanda pada "Auto Insert Notification"
6. Selepas berbuat demikian, komputer anda tidak akan menjalankan sebarang program dari CD-ROM secara automatik.

Mengapa Menggunakan URL?
Salah satu keistemewaan World Wide Web adalah ia tidak membezakan antara fail komputer anda dengan fail di sebuah rangkaian setempat ataupun fail dari mana-mana sahaja dalam internet. Selain dari protokolnya sendiri iaitu HyperText Transfer Protocol atau http, World Wide Web juga menyokong protokol internet yang lain.( Protokol ialah set peraturan yang digunakan untuk memindah maklumat antara komputer).Semua ini adalah mingkin dengan adanya URL atau Uniform Resource Locator.

URL membekalkan 3 jenis maklumat : iaitu " penerangan maklumat" yang menyatakan pada protokol mana patut digunakan ; alamat internet di mana fail dapat dicari; dan tempat pada perkhidmatan itu dimana fail terletak.

URL mailto : pula mengarahkan pelayar web membuka sebuah tetingkap untuk menghantar e - mel ke alamat yang dinyatakan. Anda akan dibekalkan dengan tetingkap kosong dalam mana mesejnya boleh ditulis. Sesetengah pelayar web membuka tetingkapnya sendiri sementara pelayar yang lain ( seperti Internet Explorer menggunakan pakej e-mel yang biasa)
HTML sendiri menyediakan cara mudah untuk menyatakan kandungan mesej. Alangkah baiknya jika semua inin dapat dilakukan tetapi sehingga kini, masih ia masih belum dapat dilakukan.

URL telnet : memebritahu pelayar web untuk menggunakan aplikasi telnet anda ( jika ada) untuk membuka satu sambungan telnet ke alamat yang dinyatakan. Telnet menggunakan arahan-arahan yang agak serupa dengan DOS. Anda tidak perlu menggunakan sambungan ini melainkan jika anda terlibat dalam sesuatu yang cukup teknikal, atau permainan MUD

URL news : meminta pelayar web mencapai Kumpulan Berita yang dinyatakan daripada sebuah pelayan berita .Kumpulan Berita ialah perkhidmatan yang membolehkan pengguna-pengguna Internet berinteraksi dan berbicara pelbagai topik
atas Alamat Internet

Alamat Internet
bolih diungkapkan dalam dua cara. Cara yang biasa (yang harus digunakan setiap masa) adalah dengan menggunakan nama domain.

Nama-nama domain Internet terdiri daripada beberapa domain yang dipisahkan oleh titik. Domain yang kurang penting ditulis pada sebelah kiri dan domain yang paling penting di sebelah kanan . Nama-nama domain Internet ditukar oleh perisian ke dalam bentuk yang boleh difahami secara dalaman, iaitu bentuk nombor. Nombor ini biasanya terdiri daripada 4 nombor 0 hingga dipisahkan oleh titik-titik.

Contohnya: 202.188.2.98 -www.johor.com.my.

Ini dipanggil satu "tupel". Selain daripada menggunakan nama domain,anda juga boleh menulis URL dengan menggunakan tupel tetapi untuk sebab-sebab teknikal yang tertentu, ini bukanlah cara yang baik. Anda patut sentiasa menggunakan nama domain.

Sejarah Internet.
Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang tersambung bersama menerusi talian telefon. Asal usul Internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menyambungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, mesin tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin yang pertama telah disambungkan pada akhir tahun 1969.

Di Malaysia. Internet terlancar pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau Rangkom. Kemudian rangkaian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990. seterusnya pada tahun 1996, Telekom Malaysia pula menyediakan perkhidmatan Internet melalui TMnet.


Apa itu INTERNET,INTRANET dan EKSTRANET
Internet bukanlah satu fenomena baru. Jaringan ini diasaskan oleh sekumpulan komputer yang di hubungkan bersama-sama dalam tahun 1960an sebagai projek Agensi Projek Penyelidikan Termaju (ARPA) oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada peringkat permulaan,ARPA menghubungkan empat komputer kerangka utama yang terletak di Stanford Research Institute,University of California di Los Angeles,Iniversity of California di Santa Barbara, dan University of Utah

Matlamat asal ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat diantara komputer tentera yang terletak di tempat-tempat yang berbeza melalui beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Keadaan talian komunikasi yang berulangan ini memang dijadikan sedemikian rupa supaya proses pemindahan data tidak terganggu sekiranya berlaku peperangan.

Oleh itu, fungsi komputer direka bentuk dalam keadaan tidak berpusat supaya tidak ada satu bahagian atau kawasan khusus yang dapat dimusnahkan ketika dalam suasana perang. Dalam tahun-tahun berikutnya lain-lain jaringan kerajaan dihubungkan kepada ARPANET dan keseluruhan jaringan tersebut membentuk internet.

Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat yang dinamakan National Science Foundation (NSF), dan lain-lain badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada internet. Semasa perkembangan awal sejarah internet , jaringan ini tidak digunakan dan tidak pernah direka bentuk untuk kegunaan komersial. Ini disebabkan pembanguna internet dibiayai oleh bantuan kewangan sepenuhnya dari NSF dan lain-lain agensi kerajaan.

Definasi paling mudah internet ialah kumpulan jaringan komputer. Dengan kata lain, banyak jaringan bersama-sama membentuk satu jaringan besar.

Intranet
Apabila internet sudah bertapak kukuh,timbul pula ' anak' kepada internet. Teknologi yang diasaskan kepada teknologi dan topologi internet tersebut dinamakan intranet. Ia merupakan rangkaian dalaman bagi organisasi,termasuk penggunaan rangkaian setempat ( Local Area Network - LAN) dan rangkaian kawasan luas (Wide Area Network -WAN)

Intranet dibangunkan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang dibawakan oleh internet dan tetap menggunakan TCP/IP sebagai protokol utama proses komunikasi Pihak atau pelayar internet luar lingkungan rangkaian intranet tidak boleh mencapai rangkaian dan kandungan didalamnya. Keselamatan intranet ini dilindungi oleh penghadang keselamatan yang dinamakan firewall,iaitu gabungan perkakasan dan perisian yang menghalang capaian pihak luar yang tidak mempunyai kuasa capaian

Segala urusan pejabat yang dilaksanakan menggunakan kertas masa kini boleh ditukar secara elektronik dengan wujudnya intranet. Permohonan cuti tahunan, cuti sakit , penempahan kenderaan pejabat, tempahan peralatan IT, penempatan bilik mesyuarat dan miniman, tempahan alat tulis dan seumpamanya boleh dilakukan secara elektronik.

Pastinya kos dapat dijimatkan melalui kurangnya penggunaan kertas. Dokumen penting berkenaan pekerja seperti, dasar penilian prestasi, dasar kenaikan pangkat, perolehan bahan di perpustakaandan banyak lagi.

Ekstranet
Selain internet dan intranet, terdapat satu bidang teknologi yang semakin mendapat tempat dikalangan bisnes hari ini, iaitu ekstranet. Bagi kalangan penggalak teknologi maklumat IT, ekstranet telah menjadi salah satu bidang yang hangat dibincangkan.Ekstranet dikatakan akan meningkatkan nilai pelaburan dalam teknologi berkaitan Web bagi syarikat terbabit.

Ekstranet sebenarnya satu rangkaian menggunakan World Wide Web (WWW) dan intranet dalam menguruskan rantaian pembekal serta rakan niaga. Rantaian pembekal adalah penting dalam proses bisnes yang menghubungkan pengeluar, peruncit, pelanggan dan pembekal.Rantaian yang membentuk satu rangkaian untuk membangunkan dan menghantar produk tersebut membentuk satu organisasi maya tersendiri.

Objektif akhir ekstranet ialah untuk meningkatkan keuntungan melalui pengenal pastian pengerak produk yang dihasilkan yang bermula dari barisan pengeluar sehingga sampain ke tangan pelanggan. Cara sebegini akan menyediakan petunjuk awal terhadap turun naik permintaan dan dapat menyediakan koordinasi proses bisnes merentasi sebilangan organisasi yang saling bekerjasama.

Ekstranet merupakan elemen terpenting dalam membangunkan konsep perdagangan elektronik (e-elektronik). Intergrasi e-dagang dan ekstranet dapat mengubah kaedah bisnes dilaksanakan secara dalaman dan bisnes bekerja antara satu sama lain dalam kaedah yang lebih efektif

04:15 | Permalink