Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer 17

APAKAH TERJADI KEPADA FAIL YANG TELAH ANDA PADAM (DELETE)

Bila anda memadamkan sesuatu fail,ianya tidak terus terhapus tetapi sebaliknya ia dimasukkan kedalam Recycle Bin untuk sementara waktu sehingga lah anda mengosongkannya..Dalam waktu tersebut ,sekiranya anda berubah fikiran,maka anda bokeh mendapatkannya kembali.dan mengembalikannya ketempat asal (restore).Sekiranya,satelah anda mengosongkannya dan anda ingin mendapatkannya kembali,maka anda terpaksalah menggunakan aplikasi khas untuk itu -saperti Norton Utilities.Bagaimanakah keadaan ini terjadi?
Satelah sesuatu fail dipadamkan (delete) , tempat itu akan ditandakan kosong dan boleh diduduki (free) dan hakikatnya fail itu sabenarnya masih ada disitu sahinggalah ada fail lain mengambil alih tempatnya atau dengan lain perkataan " menindih diatasnya"..Begitu juga bila cakera keras di format , bukannya semua yang tertulis diatas cakera itu terhapus.Saki bakinya masih ada dan sekiranya satu program khas digunakan,maka sasatengah fail tersebut boleh dibaca kembali.Untuk membersihkan terus cakera keras tersebut,maka ianya diformatkan dengan menggunakan low level format .Pengguna tidak digalakkan menggunakan cara ini kerana ianya akan terus menghapuskan sama sekali program yang ditulis oleh pengeluar diatas cakeran tersebut.Hanya pengeluar sahaja boleh membuat low level format atau anda boleh dapati program tersebut pada laman web pengeluar berkenaan.
Bila sesuatu aplikasi bertembung dengan aplikasi lain (crash) maka ,aplikasi tersebut akan terhenti (hang) dan ini akan meninggalkan serpihan serpihan fail yang ."yang separuh masak" diatas cakera tersebut.Fail fail ini akan menimbulkan beberapa masalah kepada aplikasi akan datang.Keadaan ini perlu diperbaiki segera.Salah satu cara ialah dengan menggunakan scandisk.secara menyeluruh.
MODEM
Kebanyakan pengguna yang membeli modem hanya memilih pada kelajuannya (speed) sahaja tanpa meneliti apakah protocol yang digunakan oleh modem tersebut.Sahingga artikel ini ditulis,kelajuan modem yang berada dipasaran sekarang ialah 56.6k - V.90 (ITU).Rasa tidak puas hati timbul bila modem yang disambungkan itu hanya berjaya mencapai kelajuan 28.8 atau 33.6Kbps. sedangkan ianya tercatit 56Kbps.Bagaimana kah keadaan ini terjadi?
Sabelum diterangkan lebih lanjut,pengguna harus faham apakah protocol yang digunakan oleh modem tersebut.Protocol ialah jenis "bahasa perhubungan" (language) yang digunakan oleh modem tersebut untuk berinteraksi diantara satu sama lain.Untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan sempurna (berhubung) maka kedua duanya mestilah mempunyai protocol yang sama- (Modem dan ISP).Buat masa ini hanya ada 3 protocol sahaja yang digunakan iaitu - (a) K56Flex (Motorolla) (b) X2 (US Robotic) dan (c) V.34 (ITU) dan standard International Telecommunication Union yang terbaru sekali ialah V.90 -(ITU)..Kebanyakan ISP diMalaysia masakini (Jaring & TM.Net) belum lagi menyokong (upgrade)kepada V.90 dan mereka masih lagi menggunakan protocol V.34 yang kelajuannya 33.6 kbps Oleh yang demikian , bagi modem yang menggunakan protocol 56K V.9 dan X2 yang tidak disokong oleh ISP diMalaysia kerana protocol yang berlainan , ianya hanya akan boleh berhubung dalam pilihan kedua (V.34) iaitu sekadar 28.8 / 33.6Kbps sahaja

--------------------------------------------------------------------------------

MENJAGA CAKERA KERAS ( Hard Disk)

Cakera keras anda hendaklah selalu dibersihkan dari fail fail yang tidak berguna.supaya ianya dapat beroperasi dengan baik.Tiga tempat yang patut anda bersihkan ialah Recycle bin , Temporary Files (C:/Windows/Temp) dan Temporary Internet Files .Berhati hati semasa memadamkan Temp.Files kerana sa satengah program menempatkan uninstall.exe nya didalam Temp.Files .Bila fail ini terpadam,anda tidak boleh mengeluarkan program tersebut dari komputer anda dengan menggunakan Add and Remove Program melalui Control Panel.Yang paling selamat,ikutlah langkah ini :
Klik Explorer klik C: klik Windows klik Temp perhatikan disabelah kanan fail yang bertanda ~TEMP .Sekiranya fail tersebut berturutan,klik fail diatas sekali , tekan Shift , klik fail dibawah sekali dan klik kanan tetikus dan pilih Delete.Fail yang dibuang tadi akan masuk didalam Recycle bin dan jangan lupa pula mengosongkannya.
Jangan sekali-kali anda padam (delete) fail anda mengguna Explorer.Selalu gunakan Start Setting Control Panel Add and Remove Program Install/Uninstall dan 2x klik fail tersebut.
Bios - Power Management
Power Management pada Bios sekiranya disetkan dengan betul (on/unable) akan membolehkan anda menutup sapenuhnya sistem komputer anda.(hard disk , LED dan power supply) sebaik sahaja butang Shut down diklik tanpa menutup suis di CPU.
Sabelum Install Win98,pastikan "power Management" pada Bios anda disetkan dengan betul/on supaya ianya akan berfungsi saperti yang dikehendaki.Semasa proses Installation berjalan,Windows akan mengesan sama ada Bios mempunyai 'Power Management Feature' atau sebaliknya.Sekiranya anda "OFF/DISABLE" 'power management',maka windows akan mengandaikan Bios tidak mempunyai 'Power Management Features' dan ia tidak akan memasukkan "automatic Shutdown Features" (disable) semasa proses berjalan.Walaupun salepas proses installation anda "ON/UNABLE" 'power management' Ini bermakna anda terpaksa menutup butang OFF pada CPU setiap kali salepas butang shutdown diklik untuk menutup seluruh sistem.
Sekiranya perkara ini terjadi,anda mempunyai 2 pilihan untuk membetulkannya , sama ada Install semula Windows atau atau mengedit 'System Registry'.Untuk edit registry,sila ikut langkah berikut:
* Backup terlebih dahulu Registry dengan menyalin file "system.dat" dan "user.dat" dari direktori Windows kedalam floppy disk.
* Klik RUN dan taipkan regedit dan tekan OK
* Klik HKEY_LOCAL_MACHINE > Enum > Root > PNP > cari DeviceDesc yang tercatit 'advance configuration and power interface (ACPI)BIOS' dalam petak Data..Tukar value data ConfigFlag kepada 00 00 00 00 dengan klik kanan ConfigFlag dan pilih 'modify'.Kemudian tukar value data menjadi 0000 00 00 00 00 dan klik OK.
* Reboot computer.
* Sekiranya komputer tidak berfungsi , mulakan dengan Dos prompt dan salin semula fail system.dat dan user.dat (dalam floppy) ke windows direktori (C:windows)


--------------------------------------------------------------------------------

TIPS Menjalankan Komputer dengan TOP SPEED WIN98

Wallpapers
Gunakan yang paling basic sekali tanpa apa apa gambar.Gunakan hanya plain wallpaper.

Driver
Selalu update driver yang digunakan.Driver terkini akan mempercepatkan pergerakan komputer terutama kad graphic.

Minimizing
Sekiranya anda perlu menggunakan beberapa program serentak,kecilkan (minimize) program yang tidak digunakan tu.Ini akan mengurangkan beban RAM.

Mulakan Komputer dengan Windows
Tekan Shift dan on kan komputer untuk memulakan Windows sahaja tanpa memulakan seluruh system

Tutup animasi
Buka Display Setting pada Control Panel dan tekan Effects.Buang
Show Windows Content While Dragging dan Smooth Edges on Screen Fonts.

Faster Start-Menu Access
Klik Start / Run taip Regedit dan tekan Enter Klik HKEY_CURRENT_USERControl PanelDesktop.Anda akan melihat MenuShowDelay value. Klik 2x pada menu tersebut.Masukkan 0 pada value data field

Resolusi Skrin
Rendahkan resolusi disply ketahap yang sesuai.

Tutup Active Desktop
Buka Disply Properties dan tekan Web tab.Buang View My Active Desktop As a Web Page.

Defrag
Selalu lakukan untuk memperceparkan perjalanan komputer.

Start Up Programs
Buang Start up yang tidak perlu.Klik Start / Program /Startup dan unchek yang tidak perlu.

Fonts
Buang / copy kedalam disket font yang tidak perlu.Font bertanda A adalah system font dan jangan dibuang.

RAM
Tambah Ram.32 MB paling minima.Tambah kepada 64 / 128

Partitioning
Jika hard disk besar,buat beberapa partition .Latakan WIn pada satu bahagian,swap file satu bahagian dan file pada bahagian lain.Bila virus menyerang,file anda mungkin terselamat.

--------------------------------------------------------------------------------

TIPS & TRICK

SHORT CUT KEY adalah untuk kerja kerja pantas atau apabila mouse anda tidak berfungsi.
CUT,COPY,PASTE. Bila anda membuka beberapa aplikasi serentak tekan CTRL + C untukCopy,CTRL + V untuk Paste ,CTRL + X untuk Cut dan bila anda melakukan kesilapan tekan CTRL + Z untuk Undo.

Untuk ke SYSTEM PROPERTIES dengan pantas - Tekan butang Win pada keyboard anda dan hit Pause/Break.

Sekiranya anda hanya ingin restart windows dan bukannya keseluruhan komputer. Tekan kunci shift sambil menekan restart.

Kesilapan mengembalikan CAP LOCK ke asal bila menaip menyebabkan anda tersasul beberapa perkataan..Anda boleh memasukkan sound untuk memberitau anda.Buka Control Panel - 2x klik Accessibility Option - dan pilihUse Toggle Key - OK.

Tekan CTRL + HOME untuk ke awal dokumen dan CTRL + END untuk ke akhir dokumen.

Sekiranya taskbar sering mengganggu anda ketika anda sedang melakukan tugas. Anda boleh menyembunyikan taskbar dengan cara klik pada "start" "setting" "taskbar" "taskbar option". Seterusnya pastikan anda menandakan ruangan hide "taskbar"

Tekan F2 untuk menamakan fail atau folder dengan cepat.

Apabila anda ingin melihat kandungan data di dalam cakera liut (Floopy Disk), buat satu jalan pintas "shortcut" pada "desktop" anda..Untuk membuat "shortcut" bagi pemacu liut, letakkan ikon pemacu cakera liut di dalam "My Computer" ataupun "Window Explorer". Klik kanan pada gambar ikon ini, tarik keluar ke "desktop" dan lepaskannya. Apabila menu "pop up" keluar, pilih "Create Shortcut(s) Here".Namakan "shortcut" ini kepada nama yang sesuai seperti "Floopy Drive A". Cuba jalan pintas ini dengan memasukan sekeping Disk ke dalam pemacu. Klik dua kali pada gambar ikon. Kesemua kandungan fail akan dipaparkan pada "screen".

Tekan ALT + SPACE + N untuk mengecilkan window , ALT + SPACE + X untuk membesarkan dan ALT + R untuk kembali ke asal.Tekan ALT + F4 menutup window.

Untuk memilih semua fail dalam folder,tekan CTRL + A dan untuk melihat pop up menu dengan pantal tekan SHIFT + F10.

Jika anda telah membuka WordPad atau Word 7.0/ 2000, dan ingin membuka fail lain,anda hanya perlu membuka Explorer dan pilih fail teks yang anda mahu buka. Klik fail tersebut dan tanpa lepas gerakan fail tersebut kepada "title bar"WordPad atau Word 7.0 / 2000 Fail tersebut akan terbuka.

Kekunci WIN pada keyboard anda mempunyai beberapa fungsi.Cuba tekan (Hold) kekunci WIN dan tekan e , f , m , r .Tekan CTRL + ESC + P Apa yang anda dapati .Catatkan.

Pernahkah anda mendapati garisan berombak bewarna merah dibawah tulisan yang anda taip bila menggunakan Word97 / Word200.Buka Word - klik Tool - klik Option - klik Spelling & Grammar daan clik chek box ' check spelling as you type ' supaya tiada check mark - klik OK

Anda boleh menukarkan mana-mana "folder" kepada "toolbar". Hanya dengan sekali klik "folder" tersebut akan dijalankan. Untuk membina "toolbar" anda sendiri: "Right click" pada mana-mana ruangan kosong pada "taskbar". Klik pada "toolbar" dan pilih "new toolbar". Klik pada "folder" anda mahu jadikan sebagai "toolbar" dan klik "OK" Setelah anda selesai membina "toolbar", anda boleh klik dan lepaskan ke
mana-mana lokasi pada "desktop"

Bila anda taip perkataan Teh , salepas kekunci enter perkatan tersebut bertukar kepada The.Buka Word - klik Tool - klik Auto Correct.Cari perkataan teh - the didalam scroll box dan klik..Gantikan perkataan the supaya menjadi - teh - teh - klik OK

Untuk protect dokumen anda supaya orang lain tidak dapat membukanya / membaiki.
Klik Tool - Option - Save.Taipkan password dalam petak 'Password to open' (tidak boleh dibuka tanpa password.).Sekiranya anda ingin membenarkan dokumen anda dibuka tetapi tidak membenarkan menyuntingnya ,taipkan password dalam petak 'Password to modify' - klik OK

Untuk memilih fail secara berturutan dalam Window Explorer - Tekan Shift dan klik fail diatas sekali dan dibawah sekali.Untuk memilih fail bercampur tekan Ctrl dan klik fail fail tersebut.

Mengeluarkan CD dari CD ROM - 2x klik My Computer - klik kanan CD ROM - klik Eject.

Untuk mengetahuni setting TCP/IP network - - Start - Run - taip WINIPCFG - klik More Info. dan kklik OK

Anda sering diganggun dengan iklan 'Pop up banner" setiap kali anda memasuki sesuatu laman web..Sekiranya browser anda IE5 / IE4 - Klik Tool - Internet Options - Security - Custom Level - Scripting - Active Scripting - klik disable - OK..Satengah Laman Web tidak boleh dilawati sekiranya langkah ini diikuti,termasuk Hotmail.

Sekiranya anda berminat dengan sesuatu Image untuk dijadikan wall paper semasa melayari laman web, klik kanan dan klik "Set as Wallpaper"

Heret ikon printer ke desktop - Start - Setting - Control Panel - klik dan heret ikon printer keluat - tekan Create Short Cut Here .Sekiranya anda ingin mencetak dengan pantas , buka folder dan heret ke icon tersebut.

Pastikan semua hardware (external device) saperti printer,modem,scanner dsb. di "on" kan sabelum anda install Windows.Ini bagi memudahkan Windows mengesan peralatan tersebut semasa proses install berjalan.

Bagi anda yang mempunyai 2 hard disk , anda boleh " scandisk " kedua dua serentak dengan menekan SHIFT sambil klik kedua dua drive tersebut.

Anda boleh menyemak kelajuan anda melusuri internet dengan menaip "ping" dalam DOS Windows - dan diikuti dengan alamat yang anda semak - contoh - ping www.windows95.com
Anda boleh terus menyambung ke Internet dengan pantas - Klik Start - Run - dan taipkan alamat (URL) yang anda ingini - klik OK.

Sekiranya anda ingin melawati lama web yang telah pernah anda lawati sabelum ini , anda hanya perlu menaip beberapa perkataan sahaja dalam petak alamat manakala yang seterusnya akan terisi sendiri kerana IE4 / 5 mempunyai ' Auto Complete'.Walau bagaimana pun ianya hanya akan mencari URL yang berakhir dengan .com .org .edu sahaja kerana itu telah setkan (default) pada Registry Windows.Anda boleh mengubah Registry :
HKEY_LOCAL_MACHINE SOFTWARE Microsoft Internet Explorer Main UrlTemplate - dan anda akan bertemu dengan 4 nilai data (IE5) iaitu :
1. "www.%s.com"
2. "www.%s.org"
3. "www.%s.net"
4. "www.%s.edu"
Tambahkan nilai data ini
5. www.%s.gov
6. %s.com
7. %s.gov
8. %s.net
9. %s.edu
10. %s.org.
Untuk menambahkan nilai diatas Klik EDIT / New / String Value dan taipkan No 5.Klik kanan No.5 - Modify dan taipkan data yang ingin diubah pada No.5 iaitu www.%s.gov dan klik OK. Ikuti langkah diatas sahingga No 10.

Untuk menukar default URL pada setiap kali anda menyambung Internet , anda perlu mengubahnya pada Registry.:- HKEY_LOCAL_MACHINE SOFTWARE Microsoft Internet Explorer Main . Klik 2x pada Search Page dan taipkan URL yang anda ingini (URL Homepage anda)

Untuk membuat 'short cut' URL atau Hyperlink pada Desktop anda perlu klik , tarik dan lepaskan URL tersebut ke Desktop.Sekiranya anda menekan butang kanan dan tarik , anda akan diberi pilihan untuk menyimpan (save) mukasurat tersebut sebagai ' active ' dokumen.

Jangan sekali kali anda Install (tindih semula) program yang lama " keatas " program yang baru.Misal - sekiranya sekarang anda mengguna IE 5 (Internet Explorer 5) jangan Install sekali lagi IE 4 .Ini akan menyebabkan ' HANG".Cara terbaik ialah Uninstall yang baru dan kemudian Install yang lama

Jalan pintas untuk menukar System Security Setting - Klik 2x Task Bar (bawah kanan).

Bila anda meneliti Properties pada My Computer , ianya menerangkan CPU anda secara umum - saperti Genuineintel Processor.Untuk menerangkan keadaan sabenar dengan lebih detail , Edit Registry.- HKEY_LOCAL_MACHINE Hardware Description System CentralProcessor 0 - dan klik 2x pada VendorIdentifier dan masukkan space diantara Genuine dan Intel (Genuine-Intel)..Buka kembali System pada My Computer dan anda akan dapati ia telah berubah kepada 'x86 Family X Model Y Stepping (Version)Z'.- yang mana X,Y,Z adalah nilai system anda sabenar.

Scandisk digunakan untuk mengesan kerosakan hard disk dan fail anda.Anda hendaklah menggunakannya sekurang kurangnya 1 minggu sekali.
Salepas mengimbas hard disk, anda hendalah menyusun kembali fail anda / program yang berselerak salepas diguna supaya pergerakan komputer anda dapat melakukan aplikasi dengan pantas.Gunakan Disk Defragmenter untuk melakukan kerja ini . - Start Program Accessories System Tool dan pilih sama ada Scandisk / Defrag.

Fail / dokumen yang anda padam (delete) tidak terus terpadam dari hard disk anda.Ianya akan tersimpan sementara didalam Recycle Bin.. Recycle Bin dan Temporary File dalam Direktori WindowTemp (yang bertanda *tmp atau ~tmp atau *bak ) hendaklah selalu dikosongkan dipadam supaya ruang didalam cakera keras anda bertambah.

Anda hendaklah selalu mencabut socket telefon ke modem bila anda tidak menggunakan komputer dalam jangka masa beberapa hari.Kilat akan cepat menyambar modem anda melalui wayar telefon walau pun anda menggunakan 'surge protector.'

RAM merupakan salah satu diantara faktor yang mempercepatkan proses aplikasi di dalam komputer. Sekiranya komputer anda kekurangan RAM, perisian di dalam komputer akan berjalan atau beroperasi dengan perlahan. Anda perlu tahu cara untuk menggunakan RAM anda dengan sebaik mungkin. Diantara cara untuk menjimatkan RAM anda supaya boleh digunakan oleh program-program yang penting dengan pantas ialah dengan cara membuang segala perisian yang tidak diperlukan yang berada di dalam folder startup. Wallpaper dan Icon yang bertaburan di Desktop juga menggunakan ruang ingatan (memory) yang besar. Cuba setkan kepada none / delete..Untuk menulis surat biasa , gunakan Wordpad . Ms Word hanya digunakan untuk menyediakan kerja kerja yang lebih rumit .Icon yang banyak pada Ms Word juga 'memakan' memori.

Anda boleh mengubah kedudukan Taskbar dengan mengheretkannya keatas , kebawah ketepi kiri atau kanan.Cuba klik dan heret mengikut kegemaran anda.Juga kalau tidak perlu,cuba disable - kerana ianya memakan memori komputer anda

Shortcuts Internert Explorer4/5 - Backspace - Laman sabelum., Ctrl +O - Membuka lokasi (Laman Web/Fail) baru. , Ctrl + N - Membuka browser window baru , Tab / Shift+Tab - Link salepas / sabeelum dalam laman yang sama., F5 - Refresh , F6> - Swis untuk alamat / limks / browser . F11 - Suis on/of full scrreen / normal.

Sekiranya 'boot sector' diserang virus , langkah yang perlu diambil ialah dengan (a) Buang bateri dari papan litar induk (motherboard) (b) Discharge CMOS (rujuk manual - jumper setting) dan (c) Disable Virus Warning

Sekiranya terlupa katakunci (password) untuk menjalankan komputer , tanggalkan bateri dari motherboard atau disable jumper setting (disable CMOS RAM) pada mother board (Rujuk manual).atau cuba tekan (hold) kekunci END dan ON kan komputer untuk reboot..

Sub Folder boleh dibuka dengan pantas tanpa membuka Folder.Klik Window Explorer,Tekan Ctrl dan 2x klik sub folder

Kebanyakan program / Fail yang dipindah terima (download) dari internet,menggunakan program ZIP .Anda mesti mempunyai program WinZip / ZipCentral untuk unzip fail tersebut sabelum disimpan di hard disk.Program zip ini boleh dipindah terima dari internet dengan percuma.

Bila komputer anda kekurangan memory dalam menjalankan sesuatu program,padamkan program yang yang tidak berguna yang beroperasi dibelakang tabir.Untuk mengetahu program yang berjalan dibelakang tabit, Tekan Ctrl + Alt dan tekan Del.Klik program yang ingin dipadam dan tekan End Task.Tinggalkan Explorer dan Systray (jangan dipadam)

Sekiranya anda mempunyai Homepage , kenapa tidak disimpan Back Up fail tersebut di homepage anda?.Ianya lebih selamat daripada floppy disk.Zipkan semua 'back up' fail dan protect dangan password supaya orang lain tidak dapat pindahterima.Upload fail tersebut kehomepage anda.Buatkan link ke fail tersebut untuk anda pindah terima bila anda memerlukannya.Atau anda boleh gunakan file manager untuk download

Anda boleh menukar nama Recycle Bin (Win95) - Start Run Regedit EditFind dalam petak,taipkan Recycle Bin klik - find next klik default (kanan) Edit Modify Dalam kotak Edit String taipkan - Bakul Sampah.

Gunakan Spacebar untuk scroll up web page di Internet dan Shift + Spacebar untuk scroll up.
Bila anda install sesuatu program-saperti Office 97,satu directory Mscreate akan terhasil.Sekiranya dir ini terpadam (delete),maka anda tidak boleh Setup / Uninstall program tersebut dikemudian hari kerana Setup/Uninstall akan mencari fail tersebut.

Sekiranya anda menggunakan IExplorer 4 / 5,anda boleh menutup browser window/My Computer atauWin Explorer dengan menekan Ctrl+W

Sekiranya anda ingin membuang URL yang tersimpan dalam Internet Explorer5 bila anda membuka File - Open , anda hendaklah edit Registry saperti berikut: Klik Start Run taipkan regedit OK dan klik tanda + HKEY CURRENT USER Software Microsoft Internet Explorer TypedURLs.Anda akan dapati senarai URL disabelah kanan.Klik URL teratas sekali,tekan Shift dan klik URL terbawah sekali dan tekan Delete.Jangan delete Default value.

Bila anda menaip / membuat kerja kerja sementara,ada kalanya anda tidak akan menyimpannya didalam My Document kerana ianya akan membuatkan anda terlupa.Kenapa tidak anda simpan kerja anda itu ditempat yang mudah anda lihat setiap kali anda membuka komputer anda.?.Klik Save As dan bila keluar kekotak save,klik Desktop (sabelah kanan kekotak) dan klik Save.

Windows akan melakukan Scandisk secara automatik sekiranya anda menutup komputer anda dengan cara yang tidak betul.Ini menggangu masa menunggu anda.....Klik Start - Programs - Accesories - System Tool - System Information - Tool - System Configuration Utility - General Tab - Advance - dan buang check mark pada "Disable ScanDisk after bad shutdown"

Sekiranya anda mempunyai program EMail saperti Eudora atau Pegasus Mail,anda boleh menghantar EMail dengan pantas . Klik Run - dan taipkan "mailto:EMAILADDRESS". dimana EMAILADDRESS ialah alamat EMail penerima dan tekan OK - Contoh - "mail:to:ali@tm.net.my".Anda juga boleh menghantar EMail melalui DOS.Pada Dos prompt, taipkan "start mailto:ali@tm.net.my" dan tekan Enter.

Malas menaip nama fail yang panjang pada Dos prompt?.Klik Icon Ms Dos prompt dan klik Explorer.Heret fail yang ingin ditaip dari Explorer ke Ms Dos prompt dan lepaskan.....(Begitu juga sub directory / path)

Anda boleh Boot komputer anda ke MENU selain daripada cara biasa.Tekan Ctrl key dan bootkan komputer anda.

Bagaimanakah anda melingungi diri dari Virus saperti Melissa,Worm.ExploreZip and the Love Bug yang menyelinap di dalam attachment EMail yang dihantar.Anda tidak memerlukan apa apa program anti virus untuk menghalangnya .Hanya yang anda perlukan ialah ....don't open attachments sent by people you don't know - Jangan membuka Attachments tersebut sekiranya pengirimnya anda tidak kenali.

Anda boleh menyusun Start Menu Mengikut Alphabet - Klik kanan dan pilih "Sort by name".Anda boleh juga mengubahnya dengan mengedit registry _ 'HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionExplorerMenuOrder'. Padamkan 'MenuOrder' key, dan close Registry Editor.

Anda boleh menukar font yang digunakan dalam Explorer dengan Klik desktop / Properties / Appearance dan pilih Icon dalam senarai pilihan dan klik saiznya. Untuk melihat file yang tersembunyi saperti MSDOS.SYS - Klik My Computer / View Menu / Option dan klik 'Show all files' dan klik OK

Anda boleh menyalin Windows98 kedalam HDisk yang baru dengan menyambung kedua dua HDisk tersebut pada ide yang sama.Tukarkan jumper setting HD baru kepada Slave dan yang lama kepada Master.Pada DOS promp,taipkan FORMAT d: /U /S ( d ialah hdisk baru).Kemudian salin semua fail dan folder dari root directory Hdisk lama kepada root directory Hdisk baru.Tentukan fail fail yang tersorok disalin sama terutamanya C:MSDOS.SYS. (MSDOS.SYS pada hdisk baru diganti dengan MSDOS.SYS lama) Langkah ini hendaklah dijalankan bila opersasi Win98 dihidupkan.Jangan salin swap file (WIN386.SWP) kerana ia merupakan langkah yang sia sia.

03:25 | Permalink