18 February 2006
Pengenalan Komputer
Pengenalan Komputer
Definasi
• Komputer adalah merupakan sebuah mesin elektronik yang mampu memanipulasikan atau memproses dan menyimpan data mengikut arahan manusia untuk dijadikan maklumat. Ianya mempunyai peranti input dan output.
Susunan Sistem Komputer
Input : merupakan data yang dimasukkan, ditukar ke dalam bentuk yang difahami oleh komputer dan kemudian dihantar kepada pemprosesan.
Proses : memproses dan menyimpan data untuk menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia.
Output : adalah hasil daripada pemprosesan yang dikeluarkan dalam bentuk tersunting(edited) yang dipaparkan melalui peranti output.
Sejarah Komputer
- Bapa komputer ialah Charles Barbage iaitu pencipta bagi arahan Start dan Reboot.
1937 Dr.John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertama bergelar ABC.
1946 Dr.John Mauchly dan J.Presper Eckert melengkapkan komputer elektronik digital seberat 30 tan mengandungi 18,000 ' vacum tube ' dan seberat 30x50 kaki persegi diperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.
1958 Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.
1964 Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC( Intergrated Chip ) diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya dan bermulanya generasi ketiga komputer.
1970 Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (Large Scale Intergration) diperkenalkan.Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSI yang mengandungi 15000 litar.
1975 Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN yang pertama direka dan masih digunakan hinggan ke hari ini.
1981 IBM memperkenalkan PC(Personal Computer) yang pertama.
1984 IBM memperkenalkan PC bergelar PC AT (Advance Technology) yang menggunakan mikroprosesor Intel 80286.
1989 Mikroprosesor Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 Juta transistor di dalamnya.
Elemen Sistem Komputer
- Perkakasan ( Hardware )
- Perisian ( Software )
Perkakasan
- Peralatan fizikal bagi melaksanakan fungsi IPO.
-Fungsi :-
• Penyediaan dan kemasukan data.
• Pemprosesan.
• Storan.
• Peranti Input.
Penyediaan dan kemasukan data.
• Data adalah sesuatu perkara yang boleh difahami komputer sebelum diinput untuk pemprosesan.
• Terdapat berbagai peranti bagi menukarkan data daripada key to tape system, key to disk system, dan terminal, semuanya dilakukan oleh manusia.
Pemprosesan.
• Komputer mempunyai unit melaksanakan arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya kepada peranti output.
• Aktiviti proses adalah melibatkan operasi campur, tolak, darab dan bahagi. Ia juga memindahkan data dengan perbandingan dalam unit juta/ribu juta sesaat.
• Unit pemproses terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit atau CPU) dan Unit Storan Premier atau Utama (Primary Storage).
Storan
• Berfungsi untuk menyimpan data yang diproses oleh CPU
• Terdapat dua jenis storan :
i- Storan Premier (Primary Storage) = RAM, Cache Memory, ROM.
ii- Storan Sekunder (Secondary Storage) = Cakera keras (Harddisk), Disket dan CD-ROM.
Peranti Input dan Output.
• Peranti input ialah peralatan bagi memasukkan data ke dalam sistem komputer.
- Papan kekunci(Keyboard), Tetikus(Mouse), Pengimbas(Sacnner), Kayu Pemain(Joystick), dll.
• Peranti output ialah peralatan untuk mengeluarkan hasil yang telah diproses iaitu data yang diproses menjadi maklumat untuk dilihat oleh manusia.
Perisian
- Program komputer yang direkabentuk untuk mengarah komputer melaksanakan sesuatu fungsi.
- Terbahagi kepada dua iaitu:-
Perisian Sistem
- Program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna berhubung dengan komputer.
- Terdiri daripada:-
1) Translator – menukar data ke dalam kod mesin.
2) Interpreter – mentafsir dan menterjemah bahas pengaturcaraan tahap tinggi ke dalam kod mesin dari satu garisan ke satu garisan.
3) Compiler – Bahasa pengaturcaraan tahap tinggi menukarkan aturcara ke dalam kod mesin.
4) Debugger – proses mengesan dan memperbetulkan kesilapan.
5) Operating System – Aturcara kawalan utama bagi melaksanakan system komputer.Ia juga mengawal kesemua operasi system komputer seperti penjadualan, kemasukan tugas, juga mengawal peranti input dan output.
• Contoh : MS-DOS, PC-DOS, Unix, Windows95/98/NT, Linux dll.
Perisian Aplikasi
- Program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja yang khusus.
- Contohnya:-
1) Microsoft Office(Word, Powerpoint dll)
2) Adobe.
3) Lotus.
4) Word Proccessing dll.
Kategori.
• Ditentukan oleh kapasiti perkakasan dan pengguna dengan merujuk data yang mampu diproses dalam sesuatu masa.
• Saiz diukur dari jumlah pemprosesan dalam masa yang diberi.
Komputer Peribadi (Personal Computer atau PC)
o Saiz yang kecil.
o Digunakan oleh satu pengguna sahaja pada satu masa.
o Harga yang murah.
o Berbagai bentuk seperti desktop, laptop, workstation.
o Mempunyai kapasiti storan yang rendah.
o Ruangan yang diperlukan adalah kecil.
Komputer mini (Mini Computer).
Saiz yang lebih besar dari PC.
Boleh digunakan oleh 500 hingga 1000 pengguna dalam satu masa.
Berupaya melakukan kerja-kerja yang berbeza dari pengguna.
Biasanya dicipta untuk melakukan tugas-tugas tertentu seperti pengiraan dan engineering.
Harga yang tinggi sehingga 50,000 ke 500,000 bagi seunit.
Contoh seperti IBM RISC 6000.
Kerangka Utama (Mainframe).
• Saiz yang sangat besar.
• Kapasiti yang begitu tinggi.
• Memerlukan ruangan yang besar atau sebesar sebuah bilik.
• Berharga lebih daripada satu juta.
• Boleh menampung 1000 hingga 5000 pengguna dalam satu masa.
• Contoh seperti IBM 3090.
Komputer Super (Super Computer).
• Kerangka utama yang sangat besar.
• Mampu memproses data lebih dari 100 MIPS (Million Instruction per second).
• Biasanya digunakan untuk tugas-tugas tertentu seperti penyelidikan saintifik, kajicuaca, dan keselamatan negara.
A Case atau Casing
- Terdiri daripada dua jenis :
• Tower
• Dekstop
Unit Bekalan Kuasa (Power Supply Unit/PSU)
Membekalkan dua jenis arus elektrik iaitu AC(Amplitude Current) dan DC(Direct Current).
AC digunakan untuk bekalan kuasa kepada monitor.
DC digunakan untuk bekalan kuasa kepada komponen sistem komputer.
Kuasa DC yang dibekalkan terbahagi kepada dua kategori iaitu 5VDC biasanya menggunakan wayar hitam dan merah serta 12VDC menggunakan wayar hitam dan kuning.
Terdapat dua jenis PSU iaitu AT dan ATX.
Motherboard ( Papan Induk )
o Dikenali juga sebagai System Board, Mainboard, MIM Board, MOBO atau papan induk.
o Ianya merupakan papan litar yang bercetak ( Printed Circuit Board/PCB ) yang mengandungi cip-cip elektronik diatasnya.
o Jenis :-
XT Extension Technology yang berkeupayaan 8 bit.
AT Advanced Technology yang berkeupayaan 16 bit.
XT Versus AT Berkeupayaan sehingga 32 bit.
Motherboard Pentium Biasanya dikenali sebagai PCI (Peripheral Connect Interchange) yang berkeupayaan sehingga ke 64 bit.
ATX Papan nduk bagi Pentium Pro berkeupayaan 64 bit.
Bit
a. Singkatan daripada binary iaitu asas bagi sistem penduaan yang mempunyai simbol 0 dan 1.
b. Satu bit diwakili oleh sama ada 0 atau 1.
c. Sebuah komputer mempunyai 256 aksara (character) yang berbeza di mana setiap aksara menggunakan kombinasi bit yang berbeza.
d. Kombinasi dari 8 bit akan membentuk satu aksara contohnya 'A'.
e. 8 bit yang membentuk satu aksara ini dikenali sebagai 1 byte.
f. Pengiraan ini adalah mengikut piawaian ANSI ( American National Standard Institude ) dengan menggunakan kod ANSII ( American Standard Code For Information Interchange ).
g. Kod ANSII adalah kod yang digunakan dalam komunikasi digital dan komputer.
h. Kod ANSII ini mewakili 128 aksara iaitu huruf, nombor, dan tanda bacaan yang terdapat pada papan kekunci.
CMOS (Complimentry Metal Oxcide Semiconductor)
• Adalah program IC cip dari keluarga 'field effect' iaitu berfungsi apabila dibekalkan dengan kuasa berterusan dari 3-15VDC.
• Berkeupayaan tinggi menghadapi perubahan kuasa.
• CMOS IC digunakan untuk menyimpan program sistem komputer iaitu ROM (Read Only Memory) dan asas konfigurasi sistem komputer iaitu BIOS (Basic Input Output System).
ROM (Read Only Memory)
• Adalah program yang tersimpan di dalam CMOS IC iaitu program bagi sesuatu sistem komputer yang hanya boleh dibaca sahaja.
• Program ini adalah untuk mencari arahan dimana ia akan melakukan pemeriksaan terhadap keseluruhan sistem komputer sebelum sistem operasi (Operating System) bermula. Ianya dikenali sebagai POST (Power On Self Test).
• POST berfungsi apabila suis dihidupkan dan akan melakukan sekurang-kurangnya 14 ujian termasuklah memeriksa memori (RAM), monitor, peranti-peranti input dan output.
• POST menggunakan 2 kilobait ingatan dan biasan pada skrin yang biasanya 1.5 minit.
• POST akan mengeluarkan bunyi 'beep' dan juga beberapa kod nombor masalah jika terdapat sebarang masalah pada sistem komputer.
BIOS (Basic Input Output System)
a. Merupakan program yang tersimpan di dalam CMOS IC bersama-sama dengan POST.
b. POST adalah ingatan baca sahaja tetapi BIOS adalah merupakan program konfigurasi bagi sistem komputer berfungsi mengawal permindahan maklumat dan arahan dari pemprosesan (CPU) kepada peralatan seperti monitor dan memori.
c. Kesimpulannya kesemua peralatan sistem komputer adalah dikawal oleh BIOS.
d. BIOS juga dikenali sebagai perisian sistem peringkat terendah bagi menentukan keserasian mesin.
e. Terdapat beberapa program BIOS seperti IBM, AMI, Pheonix, dan Award.
f. Walaupun BIOS tersimpan di dalam CMOS IC ianya boleh diubah dan digelar EPROM (Erasable Programmable Read Only Memory).
Sistem Jam dan Kalender (Crystal Clock).
Terbina di dalam papan induk yang membolehkan sistem komputer membaca terus waktu dan tarikh semasa.
Ianya juga menghasilkan getaran dimana apabila getaran dikeluarkan barulah sistem komputer dapat beroperasi.
Slot Penambahan (Expension Slot)
• Digunakan bagi meletakkan kad-kad adaptor tambahan.
• Keupayaan slot penambahan adalah bergantung dari keupayaan sistem bus sesuatu papan induk.
Ingatan Capaian Rawak (RAM/Random Access Memory).
1. Adalah merupakan ingatan utama (primary memory) berbentuk dinamik RAM (DRAM/Dynamic Random Access Memory) iaitu menyimpan data dan arahan secara sementara.
2. Fungsi RAM adalah untuk menyimpan arahan dan data yang sedang dan akan diproses oleh CPU(Central Prosessing Unit).
3. RAM berkomunikasi secara terus-menerus dengan CPU semasa sistem komputer beroperasi.
4. Terdapat beberapa bentuk dan saiz RAM dimana bermula dengan IC cip, SIMM(Single in Line Memory Module) bersaiz 30 pin dan 72 pin serta DIMM(Double in Line Memory module) bersaiz 168 pin.
5. Bagi menambahkan lagi daya memproses bagi sistem komputer, RAM boleh ditambah mengikut kepada keperluan bergantung kepada keupayaan papan induk.
Cache Memory
• Bertindak sebagai pengimbal diantara CPU dan RAM bertujuan untuk mempercepatkan proses bagi mendapatkan paparan maklumat.
• Memori yang mampu disimpan oleh Cache Memory adalah kecil berbanding RAM dan kebiasaannya data yang selalu digunakan akan disimpan di dalam Cache Memory.
UNit Pemprosesan Pusat(CPU/Central Prosessing Unit).
o Merupakan nadi dan jantung bagi sesebuah sistem komputer.
o CPU tersiri daripada beberapa unit yang terbina di dalamnya iaitu ALU(Arithmatic Logic Unit), CU (Control Unit), dan IR (Internal Register).
o ALU berfungsi untuk melakukan proses pengiraan arithmatik, permindahan data, kemasukan data(Data Entry, dan membuat keputusan serta berkeupayaan membandingkan nombor dan menyunting numerik.
o CU adalah sebagai penyelaras operasi CPU dan berkomunikasi dengan peranti-peranti input.
o IR adalah ingatan kecil untuk membuat sesuatu pengiraan yang mudah.
o CPU Pentium MMX merupakan CPU yang mengandungi ciri multimedia terbina di dalamnya dan berkemampuan memproses data 20% lebih laju daripada CPU Pentium biasa.
Papan Kekunci (Keyboard).
• Merupakan peranti input yang terpenting dimana data dimasukkan melaluinya bagi sesebuah komputer.
• Kelebihan papan kekunci dengan mesin taip biasa ialah papan kekunci ditambah dengan beberapa butang istimewa(Special Keys) yang telah diprogramkan untuk melaksanakan arahan tertentu.
• Terdapat beberapa jenis papan kekunci iaitu 84 butang, 101, 102, dan 104 butang.
• Terdapat dua jenis penyambung untuk papan kekunci iaitu PS2 dan serial.
Kad Grafik (Graphic Card).
1. Juga dikenali sebagai Video Card, Monitor Card, atau Display Card.
2. Kad grafik amat penting bagi memastikan jenis-jenis perisian aplikasi yang boeh dilaksanakan oleh sistem komputer dapat berfungsi dengan sempurna.
3. Kad grafik mempunyai ingatannya(memory) sendiri bagi menentukan keupayaan kad memaparkan paparan dengan lebih cepat dan ketepatan warna yang mampu dihasilkan.
4. Terdapat beberapa jenis kad grafik terdiri daripada Monochrome, CGA(Colour Graphic Adapter), EGA(Enhanced Graphic Adapter), VGA(Video Graphic Array) dan SVGA(Super Video Graphic Array) dimana mempunyai keupayaan yang berbeza.
Peralatan.
Seorang juruteknik komputer harus memiliki set peralatan yang lengkap bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik-pulih sesebuah komputer.
Set peralatan adalah seperti :-
Set peralatan ini amat penting bagi memastikan sistem komputer dapat diselenggarakan dengan baik.
Peringatan Sebelum Pemasangan/Nyahimpun.
1. Sebelum melakukan kerja-kerja pemasangan atau nyahimpum, perkara-perkara seperti menyediakan ruangan kerja yang selesa harus diutamakan.
2. Persekitara kerja juga harus bebas dari punca elektrik statik yang tinggi.
3. Penyediaan peralatan dan bekas kecil untuk menyimpan komponen-komponen bersaiz kecil seperti bol dan nat.
4. Lakukan kerja dengan menggunakan tangan kanan bagi mengelakkan kejutan elektrik yang terlalu tinggi.
Kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan.
1. Salah atau terlupa menyabung kabel kuasa pada papan induk.
2. Meletak papan induk pada kedudukan yang salah atau tidak baik.
3. Data-data kabel yang disambung terbalik tidak mengikut punca positif atau negatif.
4. Terlupa menyambung kabel pada monitor, papan kekunci dan sebagainya.
5. Kad-kad adaptor dan RAM yang dimasukkan secara kurang kemas ke dalam slot penambahan.
6. CPU dimasukkan secara kurang kemas ke dalam tapaknya atau pin pada CPU telah terbengkok.
7. Tersalah menyambung kabel kuasa pada suis utama.
8. Mencabut atau memasukkan kabel dan kad-kad adaptor semasa sistem komputer sedang dihidupkan.
9. Melakukan kerja-kerja secara kasar dan terburu-buru terutama kepada HDD.
10. Tidak melengkapkan konfigurasi dalam 'CMOS' atau 'BIOS Setup'.
1) Nak protect fail atau folder.
• Mula-mula sekali masuk dalam MS-DOS.
• Selepas itu cuma bermain dengan key Alt +
• Dengan kombinasi berkenaan akan menghasilkan simbol-simbol yang pelik dan menarik.
• Daripada simbol itulah akan dijadikan nama folder.( folder yang dibuat menggunakan simbol ini tidak boleh dibuka,dibuang,ditukar namanya melalui windows)
• Peringatan ... ingat nombor kombinasi kerana untuk menjadikan folder berkenaan kembali normal dan boleh di akses.
• Untuk menormalkannya guna command rename dalam MS-Dos prompt, c:>ren
2) Tambah kelajuan 'Connection Modem'
- Klik 'START' , taip 'win.ini'.
- Cari [PORTS], pada (COM1:=9600,n,8,1,x)
tukarkan menjadi = 926100,n,8,1,p
- Pastikan sambungan modem komputer anda menggunakan COM1... atau sebaliknya.
03:15 | Permalink