Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer 3

Mencepatkan Reboot Sistem
Biasanya masa yang diambil untuk reboot Windows agak lama kerana sistem operasi terpaksa melengkap pelbagai perisian dan pemacu (driver).
Bagaimanapun terdapat kaedah bagi mencepatkan proses reboot terutama selepas melengkapkan perisian baru atau mengubah spesifikasi sistem.
Klik butang Start, pilih Shutdown serta menu Restart Computer. Tekan kekunci Shift dan klik ikon Yes.
Dengan mengikuti langkah diatas, komputer hanya memulakan Windows dan bukan keseluruhan sistem. Proses ini lebih pantas daripada cara reboot biasa.

Menukar Logo
Pengguna yang bosan dengan grafik skrin yang dipapar ketika menutup sistem boleh mengubah kandungan grafik dan menukarkannya dengan perasa sendiri kedalam kedua-dua grafik ini.
Guna fungsi mencari fail untuk mendapatkan fail LOGO.SYS and LOGOW.SYS. Buka perisian suntingan grafik seperti Paintbrush dan buka fail diatas. Sebenarnya, kedua fail ini adalah grafik format "bitmap" tetapi dengan sambungan berlainan.
Selepas fail dibuka, anda boleh mengubah kandungan grafik. Bagaimanapun kedua fail harus disimpan dengan sambungan .SYS dan bukan .BMP.

Melengkap Kebolehan Bunyi
Pengguna dengan mudah melengkap kebolehan bunyi dengan mudah. Masuk kedalam folder Control Panel, pilih Add New Hardware, kemudian Sound, Video, Game Controller. Pilih Have Disk daripada menu dan cari pemacu (driver) pembesar suara dengan sambungan .drv dan lengkapkan. Sekarang PC anda yang bisu boleh mengeluarkan bunyi daripada pembesar suara yang berada didalam komputer.
Untuk mengubah konfigurasi pembesar suara PC, buka folder Control Panel, Multimedia, Advanced Tab, audio masuk dan akan nampak pembesar suara PC. Bagaimanapun, mutu bunyi pembesar suara PC tidak dapat menandingi kebolehan kad bunyi.

Mencetak Dengan Pantas
Pengguna boleh mencetak sesuatu dokumen tanpa perlu membuka dokumen. Jika anda sudah mempunyai ikon pencetak didalam Desktop, hanya heret fail itu ke ikon pencetak dan sistem akan menghantar arahan untuk mencetak. Cukup mudah dan pantas.

Meningkatkan Ruangan Storan Cakera Keras
Windows menyediakan fungsi Recycle Bin yang menyimpan semua fail yang telah dibuang atau dimusnahkan. Setelah sekian lama tanpa disedari kapasiti storan cakera keras akan menurun kerana ianya diambil oleh Recycle Bin, pilih File dan klik Empty Recycle Bin.
Semua fail akan dibuang daripada cakera keras sistem. Jika pengguna tidak mahu fail yang dimusnahkan dimasukkan kedalam Recycle Bin, heret semua fail yang hendak dimusnahkan ke Recycle Bin dan pada masa yang sama tekan kekunci Shift. Anda juga boleh menekan kekunci Delete dan Shift untuk mendapat keputusan yang sama. Pengguna juga boleh menambah kapasiti storan dengan memusnahkan fail yang terdapat didalam fail Temp.


Menyalin atau Membina Pintasan (shortcut) Program Ke Desktop
Windows meletakkan semua program perisian dan komponennya didalam bentuk folder tertentu yang boleh diakses melalui butang Start. Untuk membina jalan pintas sesuatu program, klik butang kanan tetikus di Start dan pilih Open. Folder Program akan dipaparkan. Pilih folder perisian atau Program, klik butang CTRL dan heret ke Desktop. Ikon program akan muncul di Desktop.
Jika butang CTRL tidak diklik, program itu akan diheret keluar daripada Folder Program. Pengguna juga boleh memilih operasi potong dan lekat (cut and paste) dengan memilih program dan menekan kekunci Ctrl-C (menyalin). Klik diatas Desktop dan tekan kekunci Ctrl-V (lekat). Ikon pintas akan dipapar pada menu desktop.


Meletakkan Program Dalam Menu Start
Caranya cukup mudah. Pilih program yang hendak dimasukkan dan heret ke butang Start. Bila butang Start di klik, program itu akan dimasukkan didalam senarai diatas menu Start. Untuk mengeluarkan program daripada Start, dapatkan Taskbar Properties dan pilih Remove daripada menu.


Mengosongkan Menu Dokumen
Untuk mengelakkan orang lain mengakses fail yang baru dibuka, adalah menjadi tabiat yang baik kandungan Documents dikosongkan. Untuk mengosongkan Documents, klik butang Start, pilih Settings dan Taskbar. Klik Tab Start Menu Program dan pilih Clear.

SCANDISK - Menentukan Cakera Keras Dalam Keadaan Baik
Scandisk akan memeriksa kesilapan pada fail (jika ada), jadual peruntukan fail (file allocation table), folder dan juga memeriksa permukaan cakera sekiranya terdapat kerosakan dan / atau serpihan fail.
Scandisk berupaya membetulkan kerosakan fail yang tidak serius dan mengenal pasti sektor buruk pada permukaan pemacu. Setelah Scandisk mengimbas cakera keras, status sistem dan kerosakan yang berjaya dikesan disenarai dan dipapar kepada pengguna.


DISK DEFRAGMENTER - Menyusun Semula Kandungan Cakera Keras.
Cakera keras terdiri daripada ruangan atau sektor yang menyimpan fail. Apabila sesuatu fungsi capaian dilaksana, sistem operasi akan mengakses fail tertentu yang disimpan didalam cakera keras. Lebih cepat sesuatu fail diakses, lebih pantas fungsi itu beroperasi.
Bagaimanapun, kandungan cakera keras sentiasa berubah kerana pengguna tetap menambah atau menghapuskan fail dan perisian. Bila ini berlaku, susunan dan kandungan fail didalam cakera keras turut berubah. Lebih berselerak susunan fail didalam cakera keras, lebih lambat sesuatu fail atau komponen diakses.
Masalah ini boleh diperbaiki menggunakan Disk Defragmenter. Secara am, Defragmenter akan mengimbas cakera keras dan menyusun semula fail ke dalam sektor yang kosong.
Selain itu Defragmenter akan menentukan keadaan susunan fail, membaca setiap sektor, mengenalpasti sektor yang rosak, dan memperbaiki semula susunan fail. Bila pengguna memulakan Defragmenter, fungsi ini membaca setiap sektor dan kandungannya. Kandungan yang boleh diubah dibawa kesektor kosong. Ini akan memampatkan susunan fail dan mengurangkan jumlah sektor kosong.
Pengguna digalak supaya melakukan Defragmenter selalu kerana cakera keras dengan kandungan yang berterabur memperlahankan operasian PC, terutama ketika membaca atau mencari fail daripada cakera keras.

BACK UP - Menyelamatkan Kandungan Cakera Keras

Tidak ramai pengguna mengetahui dan menggunakan fungsi Backup atau pendua. Secara am, fungsi ini membenarkan pengguna membuat salinan sesuatu fail, program dan sistem operasi kedalam media storan lain seperti cakera liut, ruang storan cakera keras di server atau pita.
Sebagai langkah keselamatan ketika kerosakan fail, salinan fail yang telah dibuat boleh dikeluar dan digunakan semula.
Untuk memulakan "backup", klik System Tools dan pilih fungsi Back-up. Panel uatama mempamer semua pemacu, folder dan fail yang dikesan sistem. Klik folder atau fail yang hendak disalin dan pilih Next, kemudian pilih pemacu atau drive dimana salinan akan disimpan dengan mengklik pada pemacu itu. Jika pemacu A dipilih, masukkan disket. Setelah selesai, namakan fail yang sudah disalin tadi.


DRIVESPACE - Meningkatkan Kebolehan Storan Cakera Keras
Kebanyakan pengguna selalu merungut ruangan storan cakera keras yang tidak pernah mencukupi walaupun setelah menambah, menggantikan dengan cakera lebih besar atau mengeluarkan fail daripada Recycle Bin dan folder Temp.
Windows mengatasi masalah ini dengan menggabungkan fungsi Drives Space yang berfungsi sebagai ejen mampatan. Contohnya, DrivesSpace boleh meningkat keupayaan storan sistem 30MB yang masih tidak digunakan menjadi sehingga 600MB selepas operasi mampatan. Sesuatu yang menakjubkan dan berguna terutama kepada mereka yang malas untuk menambah atau menggantikan cakera keras kepada size lebih besar.
Untuk menambahkan ruangan storan pemacu anda, klik DriveSpace, pilih pemacu yang hendak dimampatkan dan daripada menu Drive, pilih Compress.
Panel DriveSpace akan menunjukkan status storan sebelum dan selepas dimampatkan. Klik Start jika anda ingin meneruskan operasi mampatan. Pengguna juga boleh memampatkan disket 1.44 MB tetapi nisbah yang akan dihasilkan tidak setinggi cakera keras.
Harus dinyatakan disini, fail didalam pemacu yang telah dimampat mungkin mengambil sedikit masa untuk dibaca. Bagaimanapun sistem PC dengan pemprosesan lebih pantas mengatasi masalah ini. Pengguna diingatkan supaya jangan memampat disket atau pemacu yang telah dimampatkan kerana ini mungkin menghilangkan data yang tersimpan.

Shortcut Untuk ShutDown, Restart

Memula buat shortcut > Klik kanan desktop > New > Shortcut > Rundll.Exe
Lepas tu klik kanan kat shortcut tadi letak command kat bawah ni
Untuk ShutDown...
Shut Down - C:WINDOWSRUNDLL.EXE user.exe,exitwindows
Untuk Restart Komputer
Restart - C:WINDOWSRUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
Untuk Restart Komputer tanpa rebooting
Faster Restart - C:WINDOWSRUNDLL.EXE user.exe,exitwindowsexec

Shortcut Key Windows

Untuk melajukan serta memudahkan kerja anda, gunalah shorcut key yang disenaraikan di bawah ini..
window+d untuk minimize/maximize window
window+e untuk buka windows explorer
window+r untuk buka RUN
window+f untuk SEARCH
window+l log off user
window+u utility manager

Singkatkan reboot

Reboot selalunya digunakan untuk mengemaskini sistem komputer setelah sesebuah perkakasan telah dimasukkan atau sesuatu software di save didalam komputer dimana arahan meminta komputer di rebootkan. Kita 'restart' komputer kita dengan adanya arahan restart pada menu SHUTDOWN (untuk OS Windows) tapi disini terdapat satu cara untuk mempercepatkan reboot. Anda pilih 'restart', kemudian sebelum anda menekan 'ok', anda tekan dan tahan (hold down) butang shift sebelah kanan keyboard diikuti dengan butang 'ok'. Dengan cara ini, komputer akan 'skip' detecting hardware dan konfigurasi sistem dan ini menjimatkan masa anda yang mempunyai banyak software dan hardware untuk di'install'
Mengubah Icon Pada Start Menu

Untuk mengubah ikon pada start Menu pertama sekali pergi pada regedit ( start > run > regedit )
cari ni HKEY_LOCAL_MACHINESoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionexplorerShell Icons
klik kanan New > String Value Letak no 19 sebagai name kat string value tu pastu dwi klik letaklah tempat file tu cth: "C:My DocumentsIconMarjuana.ico"
pastu restart computer Ngam Whoo...

Kalau nak ubah Documents kat start menu pun cam tu cuma ubah no 19 ke
no 20 dan letak lah location

Contoh
No 19 - Icon Program
No 20 - Icon Documents
No 21 - Icon Settings
No 22 - Icon Find
No 23 - Icon Help
No 24 - Icon Run
No 27 - Icon ShutDown
No 43 - Icon Favorites
No 44 - Icon Log Off

Lajukan Defrag
1. Klik Kanan My Computer.
2. Properties
3. Performance.
4. Virtual Memory.
5. Let me specify my own virtual memory settings.
6. Disable Virtual Memory.
7. OK, Yes, Close & restart komputer.
8. Defrag.
9. Ulang Langkah 1 - 4. (Untuk mengembalikan Virtual Memory kepada keadaan asal).
10. Let Windows manage my virtual memory settings.
11. OK & restart komputer.

Apakah dia `Bad Sector'?
`Bad Sector' merujuk kepada sektor atau bahagian pada cakera (disk) yang telah rosak, biasanya secara fizikal. Antara punca-punca yang menyebabkannya samalah seperti yang telah disebut di dalam soalan sebelumnya (rujuk di atas). Kerosakan fizikal ini juga boleh disebabkan oleh hentakan yang kuat pada cakera, misalnya jika terjatuh ataupun terdedah kepada medan magnet yang tinggi. Berbanding `file error', `bad sector' biasanya bersifat kekal dan tidak dapat dihilangkan. Dalam sesetengah kes, ianya dapat dihilangkan dengan membuat `low level format'. Tetapi langkah ini ada risikonya kerana ia akan menghilangkan kesemua data pada cakera keras, dan ada kemungkinan cakera keras anda tiada dapat digunakan jika tidak kena caranya.

Bios Setting

Bergantung pada jenis BIOS yang anda gunakan. Kemungkinan terdapat pelbagai maklumat lain yang tidak disertakan yang mana mungkin terdapat/tersimpan di dalam ingatan BIOS atau ROM. Sesetengah setting yang terdapat/tersenarai disini mungkin tidak terdapat di dalam komputer anda.
Tanda Amaran y2k
Sebelum mengubah apa-apa setting di dalam BIOS komputer anda, anda perlu mencatakan terlebih dahulu semua nilai asal yang terdapat di dalam setting dan menyimpannya di tempat yang selamat kerana dikhuatiri anda akan memerlukannya kembali. Adalah menjadi kebiasaan bagi komputer menjadi "crash" apabila setting di dalam BIOS diubah. Walaubagaimanapun, bagi komputer yang dilengkapi dengan BIOS yang baru, ini tidak menjadi masalah kerana pengguna boleh memlih setting yang asal atau memilih option "Load BIOS default" di dalam setting. Ini akan menyebabkan komputer menggunakan setting asal di tahap yang paling minimum agar komputer boleh berjalan/beroperasi.
Kebanyakan BIOS mengandungi utiliti bagi cakera keras "hard disk" yang dinamakan "Low Level Formatting". Kebanyakan IDE/ATA atau SCSI driver yang dipasangkan di setiap komputer selepas tahun 1992 atau selepasnya akan rosak kerana menggunakan ciri ini. Utiliti ini hanya dicipta untuk berfungsi dengan cakera keras MFM dan RLL yang digunakan pada tahun 1980 hingga 1992.
ADVANCED CMOS SETUP
Sebelum kita melangkah masuk ke "advanced chipset setup" terdapat beberapa perkara menarik yang perlu dipertimbangkan mengenai CMOS setup. Saya akan memperkenalkannya kepada anda supaya anda kan tahu apa patut anda lakukan dengannya.
Internal Cache Memory
"The internal cache" ialah kawasan ingatan dalaman yang diletakkan di dalam CPU (Central Proccessing Unit). Ingatan jenis ini juga turut dikenali sebagai "L1 Cache". Ingatan jenis ini adalah lebih pantas berbanding dengan ingatan luaran "external cache memory".
Cadangan:Setkan option ini kepada "Disable" melainkan jika anda ingin memperlahankan komputer anda sebanyak 15%.
External Cache Memory
"The external cache memory" juga dikenali sebagai ingatan luaran iaitu kawasan ingatan diantara CPU dan sistem bus dimana ingatan yang pantas diletakkan untuk menyimpan arahan yang selalu diminta. Kebanyakan komputer yang menggunakan CPU berjenis Pentium mempunyai samaada 256K atau 512K ingatan dalaman. Terdapat juga sesetangah CPU Pentium II yang boleh menampung sehingga 1MB ingatan luaran. Ingatan luaran juga dikenali sebagai L2 Cache.
Cadangan:Setkan option ini kepada "Enable"

TEMPORARY INTERNET FILES

Tahukah anda bahawa setiap kali anda masuk ke internet, setiap file yang anda buka akan disimpan di dalam folder windows yang bernama "temporary internet files". Sekiranya anda memadamkan file ini, ruang cakera keras anda akan dapat dijimatkan lagi. Walau bagaimanapun, jika anda cuba masuk ke halaman yang pernah anda masuk sebelum ini, proses akan menjadi lambat kerana browser anda terpaksa download kesemua file tersebut sekali lagi. Untuk mempercepatkan masa anda di internet, adalah disyorkan supaya anda membiarkan sahaja kesemua file tersebut

DISABLE AUTORUN FUNCTION
Kebanyakan CD-ROm yang dijual dilengkapi dengan fail bernama autorun.inf. Komputer anda akan menjalankan segala arahan yang terdapat di dalam fail tersebut. Sekiranya anda tidak mahu komputer anda menjalankan program tersebut secara automatik, terdapat dua cara.
Cara Pertama:
Menekan Button Shift pada keyboard semasa anda memasukkan CD-ROM ke dalam pemacu.
Cara Kedua:
1. Pergi pada Start Button> Setting> System> Device Manager.
2. Klik pada tanda "+" di sebelah gambar CD-ROM.
3. Klik pada nama atau keterangan CD-ROM tersebut. Contohnya, MitsumiCDx
4. Klik pada option "properties" di bawah.
5. Klik pada bahagian setting. Buangkan tanda pada "Auto Insert Notification" .
6. Selepas berbuat demikian, komputer anda tidak akan menjalankan sebarang program dari CD-ROM secara automatik.

TAMBAHAN DARI TEMPORARY INTERNET FILES

Setiap kali anda melakukan operasi memindah turun "download" fail dari internet, fail-fail tersebut akan dimasukkan ke dalam temporary internet file. Bagi anda yang menggunakan Netscape sebagai pelayar "browser" anda. Cuba cari di dalam folder yang bernama "cache" yang berada didalam folder yang sama dengan program pelayar anda disimpan. Sekiranya anda tidak pasti, dimanakah terletaknya fail yang telah anda muat turun "download" cubalah cari di dalam folder yang telah diterangkan.

MICROSOFT PLUS
Sekiranya anda ingin menambahkan kelajuan komputer anda. Disyorkan supaya anda tidak menggunakan Microsoft Plus sebagai tamabahan atau accessories. Program ini hanya akan melambatkan komputer anda. Walaupun komputer anda kelihatan menarik, sebenarnya, proses berjalan amat lambat.
BACKGROUND SETTING
Anda dapat menjimatkan ruang ingatan komputer anda sekiranya anda setkan gambar background kepada none. Ini kerana gambar background menggunakan sumber ingatan yang agak besar.

COLOR SETTING
Pastikan anda telah meletakkan setting warna yang sesuai. Jika monitor dan kad paparan anda mampu menampung resolution 1024 by 768 mengapa anda tidak menggunakannya.

MEMPERCEPATKAN PERJALANAN ANDA DI INTERNET
Sekiranya anda mahu lebih cepat untuk meninjau ke internet tanpa melihat gambar yang dipamirkan. Anda boleh disablekan pilihan gambar tersebut. Dengan ini, hanya paparan teks sahaja yang dipaparkan.

OPTIMISEKAN PENGGUNAAN MEMORY "RAM"
RAM merupakan salah satu diantara faktor yang mempercepatkan proses di dalam komputer. Sekiranya komputer anda kekurangan komputer, perisian di dalam komputer akan berjalan atau beroperasi dengan perlahan. Anda perlu tahu cara untuk menggunakan RAM anda dengan sebaik mungkin. Diantara cara untuk menjimatkan RAM anda supaya boleh digunakan oleh program-program yang penting ialah dengan cara membuang segala perisian yang tidak diperlukan yang berada di dalam folder startup. Wallpaper yang anda gunakan juga menggunakan ruang ingatan yang besar. Cuba setkan kepada none.

MEMPERCEPATKAN PROSES SEMASA BERADA DI INTERNET

ika anda ingin cepat mendapatkan access ketika berada di internet. Anda boleh setkan supaya pelayar anda tidak memaparkan grafik. Ini kerana fail-fail grafik adalah lebih besar daripada teks. Kebiasaannya, arahan ini boleh disetkan didalam ruangan option di dalam setiap pelayar. Tapi, ia juga bergantung pada jenis pelayar yang anda gunakan.
RESTART KOMPUTER CARA CEPAT
Sekiranya anda hanya ingin restart windows dan bukannya keseluruhan komputer. Tekan kunci shift sambil menekan restart.

04:50 | Permalink