Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer 5

RALAT-RALAT LAZIM DIAL-UP NETWORKING

Para pengguna komputer yang sering mengakses Internet menggunakan modem dari rumah mungkin biasa ataupun pernah berhadapan dengan pelbagai mesej ralat yang dipaparkan oleh Windows semasa proses mendail dilakukan. Pada kebiasaannya mesej ini mempunyai nombornya yang tersendiri bersama-sama dengan penerangan ringkas tentang masalah yang dihadapi. Seringkali masalah yang dijelaskan tidak dapat membantu pengguna untuk cuba menyelesaikannya, samada kerana tidak faham ataupun telah hilang ikhtiar. Berikut adalah beberapa ralat yang sering dipaparkan dan beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya.

Error 629
You have been disconnected from the computer you dialed. Double click the connection to try again.
Masalah ini mungkin muncul apabila anda memasang Windows 98 Second Edition, enkripsi data 128-bit tidak akan berfungsi dan mesej ralat seperti diatas akan dipaparkan sewaktu cuba untuk mendail menggunakan Dial-Up Networking (DUN)
Memasang semula.
Memasang semula komponen peningkatan keselamatan DUN untuk Windows 98 tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini, ia disebabkan oleh Windows 98 edisi kedua mempunyai komponen DUN dengan enkripsi 40-bit yang tidak boleh digantikan dengan komponen sebelumnya.
Masalah ini perlu dirujuk kepada Microsoft, dan anda boleh mengunjungi tapak web sokongan MIcrosoft untuk mengetahui samada versi baru komponen ini sudah disediakan atau tidak, http://support.microsoft.com/Support/NT-Server/128Eula.asp.

Error 630
The Computer is not receiving a response from the modem. Check that the modem is plugged in, and if necessary, turn the modem off, and then turn it back on.
ataupun
Communication port is invalid or busy.
Mesej ralat ini boleh muncul sekiranya modem menggunakan serial port yang baru dikesan melalui pengesanan perkakasan Windows 98, atau anda menukar modem ataupun port untuk modem. Untuk mengatasi masalah ini, masuk ke DUN Properties, iaitu dengan cara mengklik Start > Program > Accessories > Communications > Dial-up Networking, kemudian klik kanan pada DUN yang anda ingin gunakan dan ambil pilihan Properties dari menu pop-up yang muncul.
Pada paparan yang muncul, dibahagian Connect using, pilihlah nama modem yang baru dipasang, ataupun mengemaskini maklumat COM port dengan mengklik butang Configure.
Program-program lain yang diarahkan untuk dilaksanakan sewaktu Windows bermula (StartUp) juga mungkin menjadi punca kepada mesej ralat ini.
Untuk mematikan buat sementara waktu program-program yang dimulakan secara automatik ini, klik pada Start > Run, taipkan MSCONFIG dan klik OK.
Didalam tetingkap Msconfig, dibahagian Startup, akan disenaraikan semua program yang telah ditentukan untuk dilaksanakan itu. Kenal pasti program yang mungkin mengguna atau mengawal modem anda dan buangkan tanda pada kotak disebelahnya untuk menghalangnya daripada dilaksanakan.
Sekiranya anda tidak pasti samada sesuatu program itu perlu dimatikan, buangkan semua tanda pada kotak-kotak itu dan tinggalkan hanya untuk ScanRegistry, TaskMonitor, SystemTray dan LoadPowerProfile.
Secara umumnya perkara ini boleh terjadi sekiranya ada program lain yang sedang menggunakan modem anda, contohnya perisian penerima faks atau penjawab panggilan.
Dalam kes-kes yang lain pula, ia mungkin terjadi akibat pepijat atau kelemahan pada sesuatu modem yang diguna. Ia selalunya dapat dibetulkan dengan memindah terima dan memasang fail pemacu yang terkini dan bersesuaian dengan modem terbabit.
Bagaimanapun buat sementara waktu, kaedah sementara untuk menangani masalah ini ialah dengan mengklik Start > Settings > Control Panel, klik dua kali pada ikon Modems, periksa bahagian General dan pastikan nama modem yang anda gunakan ada disenaraikan.
Seterusnya klik pada tab Diagnostics, pilih COM port yang digunakan oleh modem dan akhir sekali klik pada butang More Info. Selepas beberapa saat, hasil daripada ujian ke atas modem akan dipaparkan.
Apabila anda keluar daripada Modem Properties ini, modem anda seharusnya sudah boleh digunakan seperti biasa sehingga anda selesai kerja dan mematikan komputer (Anda harus mengulang langkah ini setiap kali komputer dimatikan dan Windows dihidupkan semula).

Error 633
The modem is not installed or configured for Dial-Up Networking. To Check your modem configuration, double click the modems icon in Control Panel.
Mesej ralat ini akan muncul sekiranya fail Telephon.ini yang diperlukan oleh Windows telah rosak ataupun hilang. Untuk mengembalikan fail ini, mula-mula sekali tukarkan nama fail C:windowsTelephon.ini kepada suatu nama lain sekiranya fail berkenaan masih ada, kemudian matikan dan hidupkan semula komputer.
Seterusnya menggunakan windows Explorer, dapatkan fail C:windowssystem apiini.exe dan klik dua kali pada fail ini.
Program ini akan dilaksanakan secara pantas seolah-olah tiada apa yang berlaku, bagaimanapun anda boleh mengesahkan bahawa fail Telephon.ini telah dihasilkan dengan memeriksanya didalam folder C:Windows.


Error 645
Dial-Up Networking could not complete the connection to the server.
Masalah ini biasanya disebabkan oleh pilihan Require encrypted password pada konfigurasi sambungan (di bahagian Server Types) telah ditandakan untuk diguna.
Untuk tidak menggunakan fungsi itu, klik pada Start > Programs > Accessories > Communications > Dial-Up Networking, klik kanan pada ikon yang mewakili sambungan DUN anda dan ambil menu Properties. Klik pada tad Server Types dan buangkan tanda di bahagian Require encrypted password. Akhir sekali klik OK.


Error 650
Modem not responding (Error 650). For troubleshooting information, click Help.
Jika masalah ini timbul, satu kaedah yang boleh diguna untuk mengatasinya ialah dengan mengklik Start > Programs > Accessories > Communications > Dial-Up Networking. Klik kanan pada sambungan DUN dan ambil menu Properties. Pada tab General, klik pada butang Configure dan pilih tab Options. Tandakan pada bahagian yang berlabel bring up terminal window after dialing.
Ini akan menyebabkan satu tetingkap akan dipaparkan sewaktu mendail. Klik sahaja pada butang Continue untuk meneruskan proses dail anda.
Masalah ini juga boleh terjadi sekiranya terdapat program RNAAPP yang dilaksanakan pada komputer anda dan menyebabkan port modem dibiarkan terbuka, modem yang salah telah dipilih didalam bahagian konfigurasi DUN, program DUN itu sendiri yang rosak ataupun anda konfigurasi tambahan yang menyebabkan modem tidak memberi tindakbalas.
Untuk menamatkan program RNAAPP, tekan kekunci CTR, ALT, DELETE secara serentak dan didalam tetingkap at the same time to view the Close Programs yang dipaparkan, klik pada Rnaapp, dan klik pula pada butang End Task untuk menamatkannya. setelah itu cuba dail semula.
Jika anda ada menukarkan modem, anda juga perlu mengemaskini konfigurasi didalam DUN Properties agar ia dapat merujuk kepada modem yang baru itu.
Kemungkinan lain ialah kerosakan yang melanda komponen DUN dan anda terpaksa memasangnya semula. Untuk itu anda perlulah membuang komponen itu terlebih dahulu dengan mengklik kanan pada ikon Network Neighborhood dan mengambil menu Properties. Klik pada Dial-Up Adapter, dan klik butang Remove, setelah itu anda akan diminta agar memulakan semula komputer.
Setelah komputer dimulakan semula, masuk ke Control Panel, klik dua kali pada Add/Remove Programs, dan klik pada tab Windows Setup. Tandakan kotak pada bahagian Communication, klik butang Details dan pastikan Dial-Up Networking juga telah ditandakan. Klik OK , dan mulakan semula komputer anda.
Sekiranya masalah ini disebabkan oleh konfigurasi tambahan pada modem, anda boleh membuangnya dengan masuk ke Control Panel dan klik dua kali pada ikon Modems.
Klik pada modem dan klik pada butang Properties, dibahagian Connection, klik pada Advanced. Didalam bahagian Extra Settings, padamkan semua masukan tambahan yang telah dibuat.
Ulang hidupkan komputer dan cuba dail semula.

Satu lagi ralat 650 ialah:
(650) The computer you have dialed does not respond to a network request.
Ini biasanya terjadi apabila pembekal perkhidmatan Internet anda sedang mengalami waktu puncak ataupun terlalu sibuk sehinggakan ia tidak mempunyai cukup nombor IP untuk diperuntukan kepada anda, lantas menyebabkan anda tidak dapat masuk ke Internet.
Masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh anda, sebaliknya anda terpaksa menunggu beberapa minit sebelum mendail semula, ataupun konfigurasikan modem supaya ia terus mencuba sehingga dapat.


Error 691
The computer you are dialing in to cannot establish a Dial-Up Networking connection. Check your password, and then try again.
Ralat ini mungkin menjadi kelaziman khususnya pada mereka yang lewat membayar bil Internet dan pembekal perkhidmatan Internet anda telah menggantung perkhidmatannya kepada anda.
Anda juga mungkin telah tersilap taip kata laluan, ataupun ada orang lain telah menukarkan kata laluan tanpa pengetahuan anda.
Ia juga mungkin kerana anda cuba mendail pembekal perkhidmatan Internet tanpa menggunakan perisian atau program khusus yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan berkenaan.
Kerosakan fail Telephon.ini (seperti mesej ralat sebelum ini) juga boleh menyebabkan masalah ini. Jika masalah ini bukan disebabkan oleh akaun atau kata laluan anda, memasang semula komponen DUN akan dapat mengembalikan fail-faiul asal atau yang telah rosak dan menyelesaikan masalah ini.
Anda juga perlu memastikan bahawa masukan pada registry di bahagian HKEY_LOCAL_MACHINESystemCurrentControlSetServicesRemoteAccessAuthenticationSMMFiles adalah merujuk kepada fail Rasapi32.dll dan tidak digantikan dengan fail lain.
Jika fail Rasapi32.dll rosak, anda perlulah mendapatkannya semula daripada CD-ROM pemasangan menggunakan arahan Extract.



Error 745
An essential file is missing. Re-install Dial-up Networking
Masalah ini akan berlaku sekiranya ada fail-fail komponen DUN yang rosak ataupun hilang. Pasang semula fail-fail ini dan masalah ini dijangka akan selesai.
Periksa juga masukkan registry seperti ralat dibahagian atas, dan pastikan ia merujuk kepada fail yang betul


Simptom-Simptom PC Terkena Jangkitan Virus

Kewujudan sistem rangkaian dan penggunaan Internet yang 'wajib' menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus. Mungkin anda sendiri pun selalu menerima 'reminder' dari penyedia perkhidmatan antivirus meminta supaya signature dikemaskinikan. Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami serangan virus yang menyebabkan kerosakan pada sistem PC dan mungkin juga ada diantara kita yang belum pernah merasai gejala serangan iniā€¦

Kita perlu berwaspada setiap masa dan yang paling penting ialah jangan mengabaikan 'perintah' mengemaskinikan signature antivirus. Jangan kita sangka bahawa apabila kita telah memasang perisian antivirus maka PC kita telah selamat. PC kita tidak akan selamat selagi kita tidak mengemaskini antivirus dari masa ke semasa. Ini adalah kerana semakin banyak virus-virus baru dicipta yang mempunyai pelbagai ciri dan variasi untuk menyerang sistem komputer.

Bagi yang pernah mengalami penangan virus, mungkin sudah arif tentang petanda-petanda bahawa sistem PC telah diserang tetapi bagi yang belum pernah mengalaminya disini di senaraikan beberapa simptom yang mungkin disebabkan oleh serangan virus. Jadi jika anda pernah mengalami salah satu dari simptom dibawah, lebih baik anda lakukan pengimbasan keatas sistem dengan kadar yang segera.

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

* PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
* Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
* Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
* Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
* Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
* Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
* Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
* Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
* Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
* Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
* Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
* Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
* Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
* Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
* Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
* Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
* Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
* Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
* Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
* Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
* Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
* Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
* Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Bagaimana Setting Password

Barangkali kita merasa tidak aman ketika IE bertanya apakah nama pengenal (user ID) dan password yang anda isi pada suatu halaman Web mahu disimpan atau tidak. Kadang kala kita denga tegas menyatakan TIDAK (No). Kita merasa tidak senang mungkin jika ada orang menggunakan komputer, akan mengetahui password kita. Kita 'off' opsen ini.
Kadang kala juga ada dikalangan kita merasa perkara ini perlu, tidak menyusahkan untuk menaip setiap kali sesuatu yang memerlukan password, terutamanya jika kita notebook atau komputer yang hanya anda sendiri yang pakai.
Kita memerlukan 'keramahan IE' itu lagi untuk membantu anda mengingat sebahagian besar password. Jika kita memang memerlukannya, jangan bimbang IE tidak perlu di install semula. Anda hanya perlu mengaktifkannya melalui menu Tools*Internet Options lalu pilih tab Content. Klik AutoComplete, lalu tandakan kotak 'cek Prompt me to save passwords'.
Ok mulai saat ini, setiap kali anda menggunakan halaman Web dimana anda harus memasukkan nama pengenalan dan password, IE dengan setia akan membantu anda.


Menjimatkan beberapa saat semasa boot PC
(Windows 98)

Mahu menjimatkan beberapa saat semasa boot PC? Anda boleh lakukan dengan mengubahsuai fail sistem iaitu "msdos.sys". Fail ini adalah berasaskan teks dan anda boleh membuka fail ini menggunakan program Notepad. Fail ini adalah tersorok (hidden) dan read-only. Jadi, mungkin sukar bagi anda untuk melakukannya.
Gunakan fungsi "Find" di dalam menu start, kemudian pilih Files or Folders. Taipkan msdos.sys di dalam Name Box dan "Look in C:" Klik bebutang Find Now untuk meneruskan pencarian fail msdos.sys tadi. Sebaik saja fail tersebut muncul, klik butang kanan tetikus anda dan pilih Properties. Hilangkan tanda pada Read Only dan Hidden. Kemudian klik OK. Klik butang kanan tetikus sekali lagi dan pilih Open with.. kemudian pilih Notepad. Di dalam [Options], masukkan BootDelay=0 diatas baris yang sama.

"Save" fail tadi dan kembalikan msdos.sys kepada penetapan asalnya. Akhir sekali reboot komputer anda.

Peringatan:
Mengubahsuai "Registry" dan fail sistem adalah amat berisiko tinggi.


Memastikan Cakera Keras dalam Keadaan Baik

1. Pastikan cakera keras anda berada di tempat yang selamat dan tidak bergegar. Jangan sesekali menghentak cakera keras komputer anda. "Read Heads" di cakera keras akan terhentak dan boleh menyebabkan kerosakan data pada cakera.

2. Sekiranya cakera keras sedang "bekerja," Jangan sesekali menekan butang "Reset" atau menutup suis komputer. Untuk mengetahui ia bekerja atau tidak, lihat lampu penunjuk yang berkelip-kelip di depan komputer anda. Sentiasa memasang telinga sekiranya ada bunyi ganjil dari cakera keras anda,

3. Selalu memeriksa cakera keras anda dengan utiliti-utiliti seperti ScanDisk, ( disertakan dalam Sistem Pengoperasian Windows ) untuk mengenalpasti "Bad Sector" dan membaiki kesilapan-kesilapan dari menjadi lebih serius..


4. "Defrag" cakera keras anda sebulan sekali ; sekiranya anda telah memasang dan membuang banyak perisian, lakukan Defrag dengan lebih kerap lagi. Sekiranya komputer anda lambat untuk membuka fail atau program, anda perlu lakukan Defrag. Gunakan perisian yang bermutu seperti Norton Utilities.

5. Kosongkan sekurang-kurangnya 10% daripada cakera keras anda untuk membolehkan "swap file" mendapat ruang yang cukup. Sekiranya anda tidak mempunyai banyak ruang cakera keras, padam fail-fail "cache" browser anda, recycle bin, fail-fail sementara, dan fail yang tidak diperlukan


Soalan 1
Saya memiliki sebuah kamera video berjenama Sharp model VL-E70E. Bagaimanakah dapat saya menggunakan hasil rakamannya di dalam komputer peribadi saya serta apakah perkakasan serta perisian yang harus saya perlukan dalam usaha tersebut?

Untuk anda menggunakan hasil rakaman baik daripada kamera video mahupun pemain video, anda haruslah terlebih dahulu memastikan komputer peribadi anda diperlengkapkan dengan kad perakam video (Video Capture Card). Kad ini digunakan serta dipasangkan pada komputer peribadi samalah seperti kaedah pemasangan kad rangkaian, paparan serta modem dalaman. Apa yang anda harus lakukan ialah cucuhkan sahaja kad perakam video tersebut ke dalam slot khas yang disediakan pada papan induk komputer peribadi anda. Kelazimannya ialah ia akan dimasukkan pada slot berasaskan reka bentuk PCI (khususnya apabila kad anda adalah berasaskan rekabentuk PCI) .

Kad perakam video ini seperti juga kad audio turut menyediakan beberapa pot yang kebiasaannya akan tertera perkataan seperti IN dan OUT. Seperti juga perkakasan mutakhir yang lain, kad perakam video kebanyakannya mampu digunakan secara terus tanpa perlu memasang fail pemandu perkakasan tersebut terlebih dahulu yakni ciri pasang terus guna (PLUG & PLAY). Namun, jika anda mendapati perisian Windows 95 ataupun 98 tidak dapat mengenal pasti perkakasan tersebut. Maka, eloklah kiranya anda menggunakan fail pemacu yang disediakan bersama kad perakam video oleh pengeluarnya. Anda boleh menggunakan ikon DISPLAY yang terdapat pada FOLDER bernama CONTROL PANEL.

Jika anda sudah melakukan langkah-langkah yang terdahulu ini, dapatkanlah pula sumber rakaman video samada dari perakam kamera video anda ataupun pemain video anda. Kebiasaannya sumber kabel daripada kedua alat tersebut akan tertulis serta tertera perkataan VIDEO OUT. Palamkan sumber kabel tadi kepada pot kad perakam video anda yang tertulis VIDEO IN ataupun perkataan IN sahaja. Langkah-langkah di atas adalah langkah-langkah langsung yang kebanyakannya berkait langsung dengan aspek perkakasannya.

Dari segi perisiannya pula, kebanyakan pengeluar kad perakam video akan turut menyediakan perisian untuk merakam serta menyunting hasil serta sumber rakaman anda. Namun, kebanyakannya adalah perisian yang agak ringkas serta terhad keupayaannya. Jika anda ingin mengeksplotasikan sepenuhnya hasil kerja yakni rakaman anda, eloklah dapatkan perisian penyunting video digital seperti Adobe Premiere.

Untuk makluman anda, kerja-kerja penyuntingan video sebenarnya turut menagih keperluan sumber perkakasan yang agak tinggi. Oleh itu pastikan anda memiliki komputer peribadi dengan keupayaan pemproses sekurang-kurangnya biarlah Pentium 166 Mhz ataupun yang setahap dengannya. Dari segi memorinya, anda haruslah memastikan komputer peribadi anda mempunyai memori sekurang-kurangnya 32 MB. Untuk lebih selamat, sediakanlah sekurang-kurangnya memori sebanyak 64 MB. Ini adalah untuk memastikan kerja-kerja penyuntingan video dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Jika anda berkemampuan serta ingin menggunakan media video ini secara serius, anda juga boleh melengkapkan serta menggantikan cakera keras komputer peribadi anda kepada jenis cakera keras AV SCSI.

Soalan 2

Soalan yang ingin saya ajukan kepada Pak Cik Kasah ialah berkenaan perisian Windows 95 saya. Setiap kali saya membukanya, ia akan memaparkan kekotak dialog yang memerlukan saya memasukkan kata laluan saya. Apakah ini akan membolehkan saya seorang sahaja yang boleh menggunakan komputer tersebut? Bagaimanakah untuk mematikan ciri tersebut?


Janganlah merasa bimbang dengan apa yang anda alami! Malah, tahukah anda bahawa perisian Windows 95 anda akan dapat digunakan biarpun anda tidak memasukkan kata-kata laluan? Apa yang perlu anda lakaukan ialah klikkan bebutang CANCEL pada kekotak dialog tersebut. Penggunaan kekotak dialog sebenarnya mencipta sebuah profail untuk anda sebagai penggunanya. Jika kenalan ataupun teman-teman anda ingin menggunakan perisian tersebut, apa yang perlu mereka lakukan ialah memasukkan nama login serta kata laluan yang baru. Ataupun klikkan sahaja bebutang CANCEL dan mereka akan dapat menggunakannya.

Soalan 3

Saya amat berminat untuk membangunkan laman Web. Soalan saya ialah apakah PageMill itu sebuah perisian serta di manakah saya boleh memperolehinya?

Untuk makluman anda, kaedah asas yang digunakan untuk membangunkan laman-laman Web ialah dengan menggunakan bahasa tag yang dikenali sebagai HTML (HyperText Markup Language). Lanjutan daripada penggunaan kaedah tersebut, turut mendapat perhatian sekarang ialah bahasa pembangun laman Web seperti DHTML, XML dan sebagainya. Biarpun bahasa pembangun laman Web seperti HTML adalah mudah namun untuk memahirinya, sedikit latihan serta ketekunan adalah diperlukan.

Namun kaedah-kaedah ini sudah mula disaingi dengan kehadiran pembangun perisian yang canggih, berupaya serta mudah guna. Ada diantara perisian tersebut diberikan secara percuma, perisian-perisian tersebut bolehlah diperolehi melalui tapak-tapak Web seperti www.download.com , www.tucows.com , www.shareware.com dan sebagainya. Manakala perisian-perisian pembangun Web komersial yang popular adalah Frontpage dari Microsoft, Dreamweaver dari Macromedia dan PageMill daripada syarikat Adobe. Untuk mendapatkan perisian-perisian tersebut, anda bolehlah membelinya menerusi syarikat-syarikat tempatan yang mengedarkan perisian tersebut.

Selain daripada itu, anda juga berpeluang mencuba dahulu perisian tersebut untuk tempoh masa yang tertentu seperti 30 ataupun 15 hari. Ini dapat anda lakukan dengan memindah terima perisian versi cubaan yang disediakan pada tapak-tapak Web syarikat-syarikat tersebut.

Soalan 4

Masalah saya ialah dengan akaun e-mel di Yahoo Mail. Ia telah tidak berfungsi biarpun saya tidak pernah mengubah nama pengguna mahupun kata laluan pada akaun e-mel saya. Apakah punca masalahnya?

Antara punca serta kekerapan berlaku permasalahan sedemikian ialah apabila para pengguna terlupa akan nama akaun ataupun kata laluan mereka. Ada waktunya ia juga berpunca dari kesilapan memasukkan kata laluan yang terkadang mungkin disebabkan oleh penggunaan abjad huruf besar ataupun kecil yang sama dengan kata laluan asal. Misalnya jika kata laluan asal ialah mpc99, maka dengan menaipkan MPC99 tidak akan dapat membuka akaun e-mel anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat bantuan pihak Yahoo dalam mengesan permasalahan akaun e-mel anda.
Satu lagi kemungkinan besar ialah perkhidmatan akaun e-mel anda mungkin telah dimansuhkan. Ini seringkali dilakukan oleh penyedia perkhidmatan tersebut apabila mereka mendapati sesebuah akaun itu tidak aktif untuk tempoh waktu yang lama. Nasihat saya ialah dapatkan sebuah akaun e-mel yang baru dan nyatakan dengan segera kepada teman-teman serta kenalan anda alamat e-mel baru anda. Pastikan juga anda kerap membukanya untuk memastikan ianya terus aktif.

04:40 | Permalink