Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer 4

Error 680: Tiada Nada Dail

Punca utama kepada masalah ini ialah modem gagal mengesan nada dail pada talian telefon yang hendak digunakan.
Ia samada disebabkan oleh terdapat orang lain yang sedang menggunakan telefon pada talian yang sama, telefon lain itu tidak diletakkan gagangnya dengan betul, kabel telefon tercabut atau terputus, ataupun modem telah rosak disambar petir.
Untuk menyelesaikan masalah ini dan mengenalpasti puncanya, cuba periksa talian telefon yang digunakan itu.
Sambungkan satu telefon secara terus kepada talian berkenaan (tanpa melalui modem dan cuba dengar samada ia mempunyai sebarang nada ataupun tidak. Pastikan juga anda memutuskan dahulu penggunaan mesin faks, penahan kilat atau pembahagi (splitters) sekiranya ada digunakan.
Jika ia hanya senyap tanpa sebarang nada, periksa samada semua kabel telefon telah disambungkan dengan betul dan rapi, kadang-kadang penyambung soket didinding mungkin longgar ataupun tidak bersambung dengan baik.
Pihak telekom mungkin boleh membantu sekiranya anda mendapati talian anda tidak mempunyai nada dail sedangkan semua sambungan telah diperiksa dan ia diluar kemampuan anda untuk membaikinya (contohnya kabel atau soket terbakar akibat kilat).
Sekiranya anda mendengar ada orang sedang bercakap, ia mungkin disebabkan oleh orang lain sedang menggunakan talian telefon berkenaan (samada orang lain didalam rumah yang sama menggunanya ataupun ada orang luar yang sedang mencuri guna talian berkenaan).
Sekiranya anda mendengar pesanan operator telefon mengatakan talian telefon anda telah dipotong, maka bayarlah dahulu bil telefon dan hubungi pihak telekom untuk sambungan semula.
Sekiranya pula anda mendengar nada dail dan tiada apa-apa masalah, cuba sambungkan pula telefon berkenaan melalui modem, iaitu sambungkan satu kabel daripada punca talian (biasanya didinding rumah) ke modem dibahagian yang bertanda Line, manakala satu lagi kabel daripada modem di bahagian Phone masuk ke telefon.
Sekiranya anda tidak mendengar sebarang nada, itu menunjukkan modem tersebut mempunyai masalah dan kemungkinan besar perlu digantikan.
Jika anda turut mempunyai alatan lain yang sama-sama menggunakan talian berkenaan seperti pembahagi, penahan kilat atau mesin faks, cuba masukkan alat ini sebagai ganti ditempat modem berkenaan untuk memeriksa samada alatan tersebut yang menjadi punca masalah.
Sebaliknya jika anda dapat mendengar nada dail seperti biasa walaupun setelah disambung alat yang disyaki menjadi punca masalah itu, jangan terus berasa gembira.
Biarkan nada dail itu berbunyi buat seketika sehinggalah ia tamat tempoh waktunya lalu berbunyi satu nada lain dan akhir senyap sekali. Setelah itu letakkan gagang dan kemudian angkat semula untuk menguji samada nada dail masih boleh didengar.
Andainya nada dail sudah tidak kedengaran lagi, ada kemungkinan modem atau alatan berkenaan telah rosak. Keadaan ini boleh terjadi sekiranya modem atau alatan tersebut telah disambar kilat, berlaku litar pintas didalam bekalan kuasa elektrik ditempat anda, ataupun masalah voltan atau arus elektrik yang tiba-tiba melonjak naik


Mempercepatkan proses Sambungan

Masa yang diambil untuk mendail ke pembekal perkhidmatan dan menyempurnakan sambungan Dial Up Networking (DUN) untuk Internet mungkin boleh dijimatkan sedikit dengan mengambil beberapa langkah berikut.
Pilih DUN yang anda guna, iaitu dengan mengklik pada Start > Program > Accessories > Communications > Dial Up Networking, klik kanan pada sambungan DUN yang anda guna, dan pada menu popup yang dipaparkan, ambil pilihan Properties.
Pada tab server Types, klik pada butang Advanced Options, pastikan pilihan Log on to network tidak ditandakan. Manakala dibahagian Allowed network protocols, tandakan hanya pada TCP/IP.


Mengurangkan Kejadian Terputus

Dalam keadaan yang tertentu, talian telefon anda mungkin mempunyai masalah atau tidak sempurna, dan ini boleh menyebabkan transmisi data terganggu dan seterusnya talian boleh terputus.
Hujang lebat juga kadang-kadang boleh menyebabkan transmisi data bermasalah. Apabila modem anda tidak dapat mengesan sebarang signal carrier, ia akan bertindak memutuskan talian.
Untuk menghalang modem anda daripada terlalu cepat memutuskan talian, terdapat setting tambahan yang boleh anda masukkan ke dalam konfigurasinya.
Masuk ke Control Panel dan klik dua kali pada ikon modem. Daripada situ, klik pada butang properties, kemudian pada tab Connection dan akhir sekali pada butang Advanced.
Didalam bahagian Extra settings, taipkan arahan S10=50.
Ia akan menyebabkan modem anda bertahan lebih lama sehingga 5 saat biarpun tanpa signal carrier, oleh itu talian anda tidak terlalu mudah terputus. Walau bagaimanapun diingatkan bahawa arahan berkenaan mungkin tidak sesuai untuk semua modem, jika modem anda menghadapi masalah selepas memasukkan arahan tersebut, padamkan semula arahan itu atau kembalikannya kepada keadaan yang asal.


Menghalang Pertanyaan Do You Want To Close Your Connection?

Bagi sesetengah pengguna yang sambungan Internetnya didail secara automatik setiap kali ada perisian yang memerlukan perkhidmatan Internet dilancarkan, sambungan itu biasanya nanti akan diputuskan juga secara automatik apabila perisian berkenaan dimatikan.
Apabila anda mematikan perisian terakhir yang menggunakan sambungan Internet, Windows akan mengeluarkan paparan bertanya Do you want to close your connection.
Anda mungkin terasa cerewet apabila keadaan ini berlaku sekiranya anda belum berniat hendak menamatkan penggunaan Internet, sebaliknya ingin beralih kepada perisian yang lain terlebih dahulu.
Untuk menghalang daripada pertanyaan ini terus dipaparkan oleh windows, masuk ke Control Panel dan klik dua kali pada ikon Internet Options. Kemudian klik pada tab Connections, pilih modem yang anda gunakan di bahagian Dial-up settings, dan klik pula pada butang Settings disebelah kanan.
Pada tetingkap baru yang dipaparkan, bersebelahan dengan kotak Password, klik pada butang Advanced. Satu lagi tetingkap kecil akan dipaparkan.
Disini anda boleh membuangkan tanda pada bahagian Disconnect when connection may no longer be needed.

Dail Semula Secara Automatik

Anda boleh konfigurasikan DUN bagi Windows agar mendail semula secara automatik sekiranya cubaan pertama telah gagal.
Untuk menggunakan ciri-ciri ini, klik pada Start > Program > Accessories > Communications > Dial-Up Networking. Kemudian pada tetingkat Dial-Up Networking yang dipaparkan, klik pada menu Connection, dan ambil pilihan sub-menu settings.
Tandakan bahagian Re-dial dan tentukan bilangan cubaan dail semula yang anda inginkan (antara 2 hingga 100 kali), kemudian klik OK.
Bagi sesetengah modem, cubaan dail semula mungkin tidak boleh melepasi jumlah yang tertentu, oleh itu anda harus merujuk kepada manual modem untuk mengatasi sekatan tersebut.

Tingkatkan Kelajuan Modem Pada Windows 98

Kelajuan maksimum modem anda mungkin boleh dipertingkatkan sedikit sekiranya kelajuan port dapat dinaikkan.
Sesetengah komputer Windows 98, khususnya yang menggunakan moden luaran, boleh menaikkan baud rate atau kadar pemindahan data pada COM port ke tahap yang lebih tinggi, dengan itu memberi peluang yang lebih baik kepada modem untuk meningkatkan kelajuan serta tidak dibatasi oleh kelajuan COM port yang digunanya.
Untuk meningkatkan kelajuan port ini, masuk ke Control Panel dan klik dua kali pada ikon System. Klik pada tab Device Manager dan klik untuk membuka cabang pada bahagian yang berlabel Ports (COM & LPT).
Pilih port yang digunakan oleh modem anda dan klik pada butang Properties.
Klik pada tab Port Settings dan ubah bahagian Bits per second kepada nilai yang besar seperti 115200 bps, dengan cara ini COM port dikatakan tidak akan menjadi penghalang kepada transmisi data yang lebih baik.
115200 bps adalah pilihan maksimum untuk COM port yang standard. Jika anda menghadapi masalah, cuba rendahkan nilai ini kepada nilai lain yang di senaraikan.
Selain itu anda juga boleh meletakkan nilai kelajuan maksimum yang dibenarkan untuk modem dengan memasuki Modem Properties melalui Control Panel.
Pada asasnya Windows 98 meletakkan kelajuan yang difikirkan sesuai untuk perkakasan anda dengan tujuan untuk mengelak daripada kehilangan data semasa transmisi, khususnya pada komputer yang perlahan (80486 atau Pentium).
Jika komputer anda adalah Pentium II dan keatas, cuba tinggikan lagi kelajuan maksimum modem dibahagian ini. Sekiranya perisian-perisian yang anda guna menghadapi masalah data, rendahkan semula konfigurasi tadi.

Tetikus Mati

Jika anak panah tetikus anda berada ditengah-tengah skrin semasa anda memulakan Windows, ia menunjukkan bahawa Windows gagal untuk menghidupkannya.
Ini terjadi kerana Windows gagal mengesan tetikus berkenaan, samada disebabkan oleh kerosakan pada papan litar tetikus, ia tidak disambungkan dengan baik ketempatnya ataupun ada bahagian kabelnya yang sudah terputus.
Mula-mula periksa dahulu sambungan kabel tetikus pada komputer anda dan pastikan ia berkeadaan sempurna.
Jika penunjuk tetikus masih tidak boleh digerakkan walaupun komputer telah dimati dan dihidupkan semula, ia mungkin menunjukkan bahawa tetikus berkenaan sudah tidak boleh digunakan lagi.
Sekiranya tetikus komputer anda adalah dari jenis yang istimewa dan bukan tetikus standard, ia mungkin memerlukan fail-fail pemacu tersendiri dan perlu dipasang ke dalam komputer sebelum ia dapat beroperasi seperti yang dikehendaki.
Bagaimanapun, pada kebiasaannya Windows mampu mengesan hampir semua jenis tetikus dan tidak semestinya menggunakan fail pemacu yang disediakan khas untuk tetikus tersebut oleh syarikat pengeluarnya.


LPT1 dan COM1

LPT1 dan COM1 adalah dua port ataupun soket untuk sambungan keluar yang mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Kebanyakan komputer pada masa kini hanya mempunyai satu port LPT (iaitu LPT1) serta satu atau dua port COM (COM1 dan COM2).
LPT (Line Print Terminal) adalah panggila biasa untuk sambungan port selari (parallel port) yang biasanya digunakan untuk sambungan ke alatan sampingan seperti pencetak, pengimbas, video kamera, pemacu Zip ataupun pemacu luaran yang lain.
Komputer anda boleh menyokong lebih dari satu LPT (sekiranya banyak alatan ingin digunakan serentak) dengan memasang kad input/output tambahan.
Sambungan port selari ini biasanya menggunakan antaramuka signal Centronic (jenis penyambung yang biasa digunakan untuk sambungan ke alat-alat komunikasi seperti tetikus dan modem.
Seperti juga LPT, komputer anda boleh mempunyai banyak port COM.
Beza diantara port sesiri dan port selari adalah cara data dipindahkan menerusinya. Alatan seperti pencetak, pengimbas dan pemacu luaran menggunakan port selari ialah kerana port tersebut berupaya memindah data-data yang banyak secara serentak, oleh itu ia sesuai untuk alatan yang melibatkan tahap pemindahan data yang tinggi seperti tetikus, papan kekunci dan modem.


Penukaran Pencetak Dari LPT1 ke COM1.

Kebanyakan pencetak biasa hanya dilengkapi dengan antaramuka yang menggunakan port selari, manakala pencetak-pencetak yang terkini pula turut dilengkapi port USB (satu lagi teknologi port yang baru).
Ini bermakna ia tidak boleh dipindahkan ke COM1 begitu sahaja, pencetak anda harus dipasang dengan alat tambahan (yang boleh dibeli) untuk menukarkan signal selari kepada sesiri.
Bagaimanapun anda mungkin akan menyebabkan kelajuan pencetak tersebut menjadi lebih perlahan jika dibandingkan dengan sambungan menerusi LPT.


Menyimpan Penanda Laman Web Di Internet
Semua maklumat penandaan boleh diakses dimana sahaja

Untuk menandakan mukasurat yang terakhir didalam pembacaan, kita menggunakan alat penanda buku. Konsep penanda buku untuk mengingatkan mukasurat yang penting didalam proses pembacaan telah diterjemahkan kedalam proses penandaan laman web yang dikenali sebagai Bookmarking. Ianya juga dikenali sebagai Favourites pada Internet Explorer.

Untuk menandakan laman web yang telah kita lawati untuk rujukan masa hadapan kita hanya perlu menekan butang Add, dan skrin Add Favourite akan tertera. Kita hanya perlu menekan butang Ok, atau memilih folder yang bersesuaian untuk kita simpan alamat laman web.

Proses penandaan ini akan menyimpan alamat laman web tersebut didalam browser yang kita gunakan. Oleh kerana penyimpanan ini dilakukan pada komputer tersebut, kita tidak dapat mengaksesnya apabila kita berada dikomputer lain. Bukankah senangnya jika kita dapat mengakses maklumat penandaan ini dimana sahaja kita berada?

Setiap masaalah pasti akan ada penyelesaiannya. Terdapat kemudahan yang boleh digunakan secara percuma di Internet yang boleh membantu kita menguruskan maklumat penandaan ini secara online. Dengan cara ini maklumat penandaan tidak disimpan didalam komputer tersebut tetapi terus di Internet.

Kemudahan ini boleh kita nikmati dengan melawat laman web www.savethis.com Proses yang pertama yang kita perlu lakukan ialah dengan mendaftar sebagai pengguna. Untuk mendaftar kita hanya perlu memberikan alamat email dan kata laluan sahaja, secara automatik akaun penandaan akan terus boleh digunakan.

Langkah seterusnya ialah memindahkan butang SaveThis daripada laman web tersebut ke ruang Link Bar di browser kita dengan cara drag and drop.

Setelah butang tersebut dipindahkan kepada Link Bar di browser kita, ianya akan sentiasa berada disitu tidak kira laman web apa yang kita lawati. Setiap kali apabila kita ingin menandakan laman web yang sedang kita lawati, kita hanya perlu menekan link SaveThis sahaja. Apa yang akan berlaku ialah; setiap kali kita menekan link SaveThis, alamat laman web yang sedang dipaparkan akan disimpan, tetapi bukan di dalam favourite di komputer kita, tetapi ianya disimpan dilaman web SaveThis.

Disebabkan maklumat penandaan ini disimpan dilaman web maka maklumat yang disimpan ini dapat digunakan dimana-mana komputer yang mempunyai kemudahan Internet. Dengan cara ini kita tidak perlu risau jika kita menggunakan komputer yang berlainan setiap kali kita melungsuri laman web kerana semua maklumat penandaan berada bersama-sama kita sepanjang masa.
Walaupun maklumat penandaan kita berada dilaman web mereka, kita tidak perlu bimbang kerana pengunjung ke laman web mereka tidak boleh melihat maklumat penandaan kita kerana ianya dilindungi dengan ID pengguna dan juga kata laluan.
Walaupun maklumat yang disimpan berbentuk persendirian kita boleh juga berkongsi maklumat penandaan kepada rakan-rakan kita, dengan ini mereka dapat mengetahui laman-laman web yang kita gunakan untuk sesuatu kajian. Kemudahan ini boleh juga kita gunakan jika kita ingin membantu anak kita membuat kajian menggunakan Internet. Kita bolehlah menggunakan akaun yang didaftarkan diatas nama anak kita dan mula melungsuri Internet. Setiap kali kita terjumpa maklumat yang penting yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan kita tekan sahaja diatas butang SaveThis.

Apabila anak kita kembali dari sekolah dia bolehlah membuka akaun SaveThis mereka dan melihat laman-laman web yang berkenaan telah pun siap sedia untuk ditatapi. Ini akan memudahkan anak kita membuat ulangkaji tanpa mereka membuang masa mencari maklumat diInternet, kerana mungkin lain yang mereka cari lain pula yang mereka jumpa.

Selain daripada memberi kemudahan menyimpan maklumat penandaan, laman web ini juga memberi kemudahan penghantaran melalui kemudahan EmailThis. Dengan kemudahan EmailThis alamat laman web yang sedang kita layarai itu boleh dihantar kepada sesiapa yang kita fikir boleh memanfaatkan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut, walaupun laman web itu tidak mempunyai kemudahan untuk menghantar laman web kepada email.

Setting Outlook Express Dengan Email TM Net

Secara asasnya, terdapat tiga jenis akaun emel : Web-based, POP dan IMAP yang saling berbeza dari segi cara ia berfungsi. Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya mempunyai tujuan yang sama, iaitu menghantar dan menerima mesej.

Akaun emel TMNet tergolong di dalam emel POP. Apabila anda mendaftar akaun dengan Telekom Malaysia, anda akan menerima Login name (akan digunakan sebagai alamat emel anda) dan password. Alamat emel anda nanti ialah loginname@tm.net.my.

Program Outlook Express memang sudah sedia dipasang di dalam sistem anda. Langkah-langkahnya ialah:

* Buka program Outlook Express
* Pergi ke "Tools" dan pilih "Accounts"
* Pilih "Add-Mail"
* Isikan "Display name" (Ia akan dipaparkan apabila anda menghantar setiap mesej/emel nanti) , next
* Pilih "I already have an e-mail adress...Isikan ruangan "E-mail adress" dengan 'loginname@tm.net.my', next
* Di skrin "E-mail Server Names", pastikan "POP3" telah dipilih
* Untuk ruangan "Incoming mail server", taipkan 'pop.tm.net.my'
* Untuk ruangan "Outgoing mail (SMPT) server", taipkan 'smpt.tm.net.my'
next
* Dalam skrin "Internet Mail Logon", di dalam ruangan "Account name" dan "Password", isikan 'loginname' dan 'katalaluan' yang telah diberi semasa anda mendaftar di Telekom dahulu.
* Jika anda 'tick' di kotak "Remember password", bermakna Outlook Express terus akan membuka emel anda setiap kali anda log-on. Finish

Selepas setting dilakukan adalah mudah bagi anda untuk menghantar email secara terus dari web yang anda lawati bila mana anda terjumpa alamat email sasaran yang di link kan kepada mailto:"alamat email berkenaan".


"Right Click" tanpa menyentuh tetikus

Jika anda menggunakan tetikus satu butang atau memilih untuk menggunakan papan kekunci, Anda masih boleh mendapatkan "Shortcut Menus" tanpa mengklik butang kanan tetikus. Di dalam Windows 98, Tekan Shift + F10 serentak untuk menggantikan fungsi "Right Click".
Kenali Modem Yang Anda Gunakan
Perkataan "Modem" adalah sebenarnya diasaskan daripada dua perkataan iaitu "MOdulate" dan "DEModulate". Modem diperlukan apabila anda ingin membuat penghantaran data digital melalui talian telefon. Data yang dihantar akan di tukar kepada isyarat yang serasi dengan talian telefon, manakala data yang diterima pula, ditukarkan semula kepada data digital. Modem tanpa wayar pula menggunakan konsep yang agak sama tetapi menggunakan isyarat gelombang radio bagi menggantikan penggunaan talian telefon.

Perkembangan Perluasan Lebar Jalur Modem.
Pada tahun 1960-an, modem hanya berkelajuan 300 bps sahaja (bit sesaat) dan kelajuan ini masih ditahap yang sama sehinggalah pada tahun 1983. Pada tahun berikutnya, modem mula meningkat ke tahap 1200 bps pada tahun 1985. Setahun berikutnya, kelajuan modem mula meningkat secara mendadak sehingga mencapai ke tahap dua kali ganda dari tahun sebelumnya. Sehingga itu, tiada lagi peningkatan yang dibuat sehinggalah pada lewat tahun 1990.
Ketika itu, kelajuan modem sudah pun berada di tahap 9600 bps. Modem berkelajuan 9600 bps ini wujud pada lewat 90-an dan awal tahun 1991. Kemudiannya ia meningkat lagi ke tahap 19.2 kbps (kilobit sesaat), 28.8 kbps, 33.6 kbps, sehinggalah Modem berkelajuan 56 kbps menjadi kelajuan standard pada tahun 1998 dan ianya masih digunakan sampai ke hari ini.

04:50 | Permalink