23 March 2006
CARA TERBAIK MENYAMBUT AIDILFITRI
Oleh : Dr. Amran Kasimin dan Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor
Sesungguhnya Hari Raya adalah hari kesyukuran yang disyariatkan oleh Allah
SWT k epada h ambaNya. Kesyukuran kerana a nugerah A llah k epada h ambaNya yang
meniperuntukkan bulan Ramadhan yang penuh dehgan keberkatan.
Sebab itulah setiap orang perlu bersyukur kepada Allah dengan lidah, iaitu dengan
menyebut kalimah puji-pujian Al-hamdulillah dan berzikir pada malam Hari Raya
sebanyak mungkin demi memperlihatkan tanda kesyukuran tersebut. Selain itu setiap
orang hendaklah memperbanyakkan kalimah istighfar kerana sesungguhnya Allah amat
gembira dngan taubat para hambaNya.
Mereka yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan beribadat kepadaNya d engan
penuh keimanan dan harapan supaya Allah mengampuni dosanya, jadilah mereka
seumpama bayi yang baru dilahirkan cfaripada perut ibunya. Namun perlu diingat, puasa
seseorang mukmin itu tergantung-gantung di antara langit dan bumi sehinggalah orang
yang berkenaan menunaikan zakat fitrah.
Menurut sejarah, telah dinyatakan bahawa Rasulullah sawakan keluar bersama
semua isteri dan anak-anak perempuannya pada dua Hari Raya. -Hadis Ibnu Majah dan
Bayhaqi.
Tujuan Nabi saw memerintahkan agar mengeluarkan semua gadis dan wanita
pada dua Hari Raya agar mereka dapat menyaksikan kebaikan hari itu, dan juga doa
daripada kaum muslimin. Walaubagaimanapun wanita yang haidh hendaklah menjauhi
tempat sembahyang.
Rasulullah saw menyuruh agar setiap orang memakai pakaianyang terbaik dan
memakai wangi-wangian yang terbaik dan berkorban dengan binatang yang paling
berharga. Demikianlah hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim.
Sebelum berangkat ke tempat sembahyang, baginda Rasulullah saw memakan
beberapa biji kurma dalam jumlah yang ganjil. Baginda juga melalui jalan yang berbeza
ketika pergi dan balik. Dilakukan demikian bertujuan untuk memberi keberkatan di
tempat-tempat berkenaan agar orang ramai dapat menatap wajah baginda. la juga sebagai
cara untuk mengucapkan salam kepada orang ramai.
Merujuk kepada penghayatan Hari Raya dalam masyarakat Islam seperti di
Malaysia, kita tidak menafikan ada unsur-unsur yang berupa ibadat dan ada yang berupa
adat. Kita disumh melakukan sebanyak mungkin ibadat, terutama pada pagi Hari Raya
seperti memperbanyakkan takbir, berhubung silaturrahim, menikmati sedikit makan
minum pada awal pagi sebelum ke masjid, bersuka ria dan sebagainya.
Amalan berkunjung ke rumah saudara mara, jiran-jiran dan kenalan rapat adalah
amalan yang baik dan sangat digalakkan. Malah dalam hadis sahih dikatakan amalan ini
membawa keberkatan dalam hidup dan memanjangkan umur. Rasulullah saw bersabda,
" Sesiapa yang mahukan rezekinya bertambah, usianya dipanjangkan hendaklah
in menghubungi rahimnya ".
Fenomana mengadakan rumah terbuka juga adalah amalan yang baik. Tetapi
jangan dihadkan kepada orang tertentu sahaja yang boleh hadir atau dibeza-bezakan
antara golongan VIP dan bukan golongan VIP. Amalan ini sangat tidak disukai oleh
Islam kerana Islam mahu umatnya hidup sama rata dan sama rasa. Islam menuntut kita
berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Disamping itu ada adat yang kita tidak dilarang melakukannya kerana tidak
bercanggah dengan ajaran Islam seperti menghias rumah, menyediakan pelbagai kuih
muih membakar lemang, memasak ketupat dan menyediakan juadah istimewa.
Antara adat yang tidak dibenarkan oleh Islam ialah seperti membakar mercun
yang man a ia boleh memudaratkan nyawa dan harta benda. Perbuatan memasang pelita
di keliling rumah juga adalah adat yang bercanggah dengan ajaran Islam jika ada
kepercayaan supaya malaikat datang membawa rahmat kepada tuan punya rumah.
Padahal perbuatan memasang pelita di sekeliling rumah itu tidak lebih daripada
menyerupai ajaran agama Majusi.
Mengenai amalan bertakbir raya dan. rumah ke rumah, eloklah amalan ini
dihentikan kerana ia adalah adat setempat yang tiada kena mengena dengan ajaran
agama bahkan memerlukan masa yang begitu lama untuk bergerak dari sebuah rumah
ke sebuali rumah. Bukankah bertakbir di masjid atau surau i tu 1ebih baik kerana
ia merupakan tempat ibadat yang boleh disertai oleh semua orang.
Pada prinsipnya, takbir Hari Raya dituntut adalah kerana'' ia menunjukkan
kemenangan. Kita telah menang dalam perjuangan menentang nafsu makan dan minum
selama satu bulan, mengunci nafsu seks pada siang hari, mengawal nafsu yang sukakan
hiburan yang tidak berfaedah dan sebagainya.
Demikian juga Hari Raya Haji, kita bertakbir kerana menang dalam
melaksanakan ibadat Haji. Kalaupun kita sendiri tidak menunaikannya, mungkin ada
saudara mara kita yang menang dalam menunaikan fardu itu. Kita menumpang gembira
atas kemenangan mereka. Justeru kita disuruh bertakbir Allahu Akbar sebanyak mungkin
pada hari-hari tersebut.
Disamping itu ada beberapa tempat kita disuruh bertakbir, semuanya
menunjukkan kemengan dan penyataan semangat. Takbir itu ducap dengan nada yang
lebih agresif dan berani. Misalnya ketika menyembelih haiwan korban tatkala pisau
mengenai leher haiwan bagi menyatakan secara simbolik bahawa sembelihan itu bukan
kerana memuja syaitan yang memang sukakan dirinya dipuja dengan darah tetapi korban
kerana Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung.
Jika takbir menandakan pencapaian kemenangan, maka ucapan takbir perlu
dibacakan dengan penuh semangat dan dengan suara yang tinggi, sesuai dengan
kemenangan yang kita capai. Sebagaimana kita nyanyikan lagu-lagu patriotik pada hari
kebangsaan atau ulang tahun kemerdekaan.
Oleh itu takbir raya yang selalu dibaca di masjid dan surau pada pagi Raya itu
kurang sesuai kerana ia dibaca dengan penuh nada sedih dan sayu sehingga menitis
airmata tanpa disedari. Mungkin nadanya adalah lebih sesuai dengan hari-hari kematian.
Hari raya adalah hari bersuka ria. Nabi saw mengharuskan beberapa jenis
hiburan dimainkan seperti nyanyian yang tidak disertai muzik barat, pantun dan j enis-
jenis permainan ringan.
Sehubungan dengan itu amalan m enziarahi kubur pada pagi Raya adalah adat
yang dirasakan tidak tepat mengikut konsep sebenar menyambut Hari Raya . Hari Raya
adalah hari kita bergembira dan bersuka ria. Sedangkan kubur adalah lambang kesedihan
dan tujuan menziarahi kubur itu adalah supaya kita mengingati mati. Boleh menziarahi
kubur tetapi hendaknya ziarah kubur itu tidak mengeruhkan suasana gembira dan
menyebabkan riang Hari Raya menjadi dukacita.
Ulama menjelaskan, tiada waktu yang tertentu bagi ziarah kubur. la boleh
diziarahi pada bila-bila masa sahaja. Sesetengah ulama memilih hari-hari Khamis dan
Jumaat sebagai afdhal kerana pada hari ini dikatakan hubungan roh dengan jasad orang
mati lebili dekat dan erat. Justeru tiada masa tertentu bagi ziarah kubur.
Artikel ini dipetik dari Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 16hb Dis'ember 200S
05:15 | Permalink