Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

25 March 2006

Tips Komputer 1

Menambah Perisian seperti Kad Audio
Kebanyakan kad audio yang dijual hari ini dengan mudah dapat dikesan oleh Window. Masukkan kad kedalam slot "expansion" dan mulakan sistem. Mesej komponen perkakasan baru dikesan dipapar diskrin.
Sistem operasi Window juga bertanya samada pengguna ingin melengkap komponen baru itu dan langkah seterusnya ialah dengan memasukkan disket perisian komponen berkenaan.

Itu jika komponen dapat dikesan. Sekiranya sistem operasi tidak dapat mengesan kehadiran kad tambahan, pengguna terpaksa menggunakan cara manual untuk melengkapkan perkakasan baru itu.
Klik pada butang start, pilih setting dan folder Control Panel. Didalam folder Control Panel, pilih ikon "Add New Hardware". Wizard window akan membantu pengguna melalui proses seterusnya.

Jika anda mahu sistem operasi mengesan perkakasan baru, pengguna boleh memilih opsyen "Do you want Window to search for your new hardware?". Dengan pilihan ini, sistem mengesan kehadiran perkakasan.
Jika pengguna yakin dengan komponen yang ingin dilengkapkan, pengguna boleh memilih secara manual dan menyatakan komponen yang dilengkapkan. Panel dengan senarai perkakasan akan dipapar dan pengguna hanya perlu memilih salah satu komponen itu.

Menambah Pencetak Kepada Sistem

Kebanyakan pencetak dapat dikesan secara otomatik. Pengguna hanya perlu sambungkan pencetak kepada PC dengan menyambungkan kepada port "Parallel" dan tekan suis kuasa. Kemudian mula sistem PC pengguna dan ketika proses melengkap sistem, Window mengesan pencetak dan kotak dialog terpapar samada pengguna berminat untuk melengkapkan perisian pencetak itu.
Masukkan disket yang datang dengan perisian ke dalam pemacu disket dan klik OK. Selepas selesai melengkapkan perisian pencetak, ikon pencetak terpapar pada didalam folder Printer.



Menukar Ikon

Kebanyakan ikon default atau standard untuk cara pintas pada Desktop Window agak membosankan. Bagaimanapun terdapat cara untuk mengubah bentuk ikon kepada yang lebih menarik dengan mudah. Klik butang kanan tetikus pada ikon cara pintas, pilih fungsi properties dan klik tab Shortcut. Dibahagian bawah kanan panel terdapat butang Change Ikon dan klik butang ini.


Senarai jenis ikon yang tersedia didalam sesuatu directori dipaparkan. Pengguna hanya perlu memilih bentuk yang digemari dan klik 'Apply'. Bentuk baru ikon dipaparkan diskrin.
Panel dialog juga membenarkan pengguna "browse" direktori lain yang menyimpan bentuk ikon yang berlainan. Semua objek cara pintas didalam Desktop boleh diubah ikonnya.



Menyembunyi dan Mengubah posisi Taskbar

Terdapat pengguna yang rimas dengan kehadiran Taskbar setiap masa. Pengguna boleh menala (configure) sistem Window supaya Taskbar bersembunyi bila tidak diperlukan.


Klik butang kanan tetikus pada ruang kosong Taskbar dan pilih Properties. Panel Taskbar Properties akan terpapar pada skrin. Dibahagian bawah panel ini terdapat empat pilihan "Always on top, Auto hide, Show small icons in Start menu dan show clock".

Klik pada kotak Auto hide dan butang OK. Taskbar akan hilang daripada skrin. Bila pengguna melayarkan petunjuk tetikus pada bahagian bawah, baru Taskbar akan muncul.
Pengguna juga boleh mengubah posisi Taskbar kesebelah atas, kanan dan kiri skrin. Cuma kli, butang kiri tetikus pada Taskbar (jangan lepaskan) dan heret ke posisi atas, kanan atau kiri skrin.

Menyusun Objek didalam Folder


Setiap folder terdiri daripada objek atau komponen. Susunan ikon ditentukan samada berdasarkan nama, jenis, saiz dan tarikh. Bagaimanapun bila saiz panel folder dikecilkan, setengah objek mungkin tidak kelihatan.

Untuk memudahkan susunan objek, klik Arrange Icons daripada menu view. Didalam Arrange Icons pilih Auto Arrange.
Setiap kali panel folder diubah saiz, susunan ikon turut berubah dan disusun secara automatik.
Jangan Takut Bina Folder

Kebanyakan pengguna runsing untuk mencipta struktur kompleks kandungan Folder masing-masing. Jangan risau. Sebenarnya, penggunaan folder ialah cara mudah untuk menyusun fail dan cara pintas. Untuk membina folder, klik butang kanan tetikus, pilih folder dan namakannya. Folder itu akan tersusun didalam persekitaran Desktop anda.

Cara Pintas (Short cut)

Pengguna boleh mencipta ikon pintas untuk hampir setiap objek. Contohnya pencetak yang selalu digunakan. Buka folder pencetak daripada folder Settings dan Printers. Senarai ikon yang dilengkap didalam sistem tertera dalam Panel Printer.

Pilih pencetak daripada folder Pinter dan heret ke Desktop. Ikon dengan nama pencetak akan dipaparkan. Untuk mencetak sesuatu fail, pengguna hanya perlu mengheret fail itu ke pencetak tanpa perlu membuka perisian.
Selain objek pencetak, pengguna boleh mencipta ikon pintas untuk perisian dan dokumen. Klik butang kanan tetikus pada butang start dan pilih Open. Folder menu start dipaparkan pada Desktop. Pilih program yang akan digunakan untuk cara pintas, klik butang kanan tetikus dan heret ke Desktop. Menu tarik akan dipapar samada pengguna mahu Move, Copy atau Create Shortcut untuk fail atau program itu.
Pengguna juga boleh membina cara pintas melalui My Computer atau Explorer. Pilih fail atau program, klik menu File dan pilih Create Shortcuts. Kemudian pengguna hanya perlu menamakan cara pintas itu.
Seperti dinyatakan sebelum ini, persekitaran Window cukup fleksibel. Selain menyusun di Desktop, ikon pintas ini boleh dikumpulkan kedalam satu folder yang ditentukan pengguna. Bila anda mengklik folder ini, semua ikon pintas, fail dan folder lain dipapar.

Operasi Pintas Dengan Send To

Window menampilkan ciri baru yang dikenali sebagai Send To yang boleh ditambah atau dikurangkan. Sekiranya anda meletakkan cara pintas kedalam Directory Send To, ikon objek itu akan disenaraikan didalam Send To.
Untuk menambah objek didalam Send To, heret objek itu kedalam Folder Send To. Sesuatu objek itu boleh menjadi pemacu (drive) A, B, C atau rangkaian komputer, Folder, pencetak atau Recycle bin. Kebaikan cara ini mengurangkan jumlah ikon didalam Desktop.

Mencipta Hot Key Untuk Objek Operasi Pintas

Untuk setiap objek pintas, pengguna boleh menambah fungsi Hot Key atau menggunakan sesuatu kekunci atau kombinasi kekunci untuk melaksanakan sesuatu operasi.

Pilih sesuatu objek pintas daripada menu Start, klik butang kanan tetikus dan pilih Properties. Klik tab Shortcut dan ruang kekunci Shortcut (Shortcut Key Field). Pilih kombinasi kekunci untuk melancarkan sesuatu operasi pintas dan klik OK untuk melengkapkan operasi.

Kombinasi hotkey beroperasi pada aplikasi yang aktif asalkan tiada aplikasi lain yang menggunakan kombinasi kekunci yang sama.

Menamatkan Sesuatu Tugasan Yang Tidak Berfungsi

Ada ketikanya perisian atau program berhenti berfungsi (hang) dan tidak bertindak balas lagi. Bila ini berlaku, besar kemungkinan Windows terpaksa "reboot". Window sekarang lebih bijak dalam menangani masalah ini. Bila sesuatu program aktif tidak lagi berfungsi, pengguna boleh menamatkan program itu tanpa perlu memadankan sistem operasi atau "reboot" semula.

Bila berlaku aplikasi "hang", pengguna perlu menekan Ctrl-Alt-Del sekali. Task Manager dipapar pada skrin dan menyatakan status operasi sesuatu program.

Pilih perisian yang menunjukkan status tiada tindakbalas (not responding) dan anda boleh menamatkan perisian itu dengan mengklik "End Task". Besar kemungkinan anda akan mendapat kawalan sistem kembali. Jika anda menekan Ctrl-Alt-Del lagi sekali, sistem dengan sendiri akan "reboot" dan anda akan kehilangan semua data yang belum disimpan.

Menyelamatkan Daripada Fail Rosak

Kebanyakan pengguna hanya mengetahui kerosakan pada sistem operasi bila sesuatu fail, program atau perisian tidak boleh dibuka atau tidak beroperasi.

Untuk mengelakkan fail daripada menjadi rosak atau "corrupt", gunakan fungsi ScanDisk bila mengsyaki sesuatu seperti bila sistem 'hang' atau mesej 'error' dipapar ketika sesuatu operasi dijalankan.

Masalah ini boleh dikurangkan dengan melakukan operasi ScanDisk dan Defragmenter setiap kali sistem "crash" atau pada masa tertentu seperti pada setiap hujung minggu. Fungsi Defragmenter juga boleh diprogram untuk berfungsi secara automatik.

Tabiat menggunakan Disk Defragmenter juga akan meningkat persembahan cakera keras secara keseluruhan.




Menukar nama Recycle Bin


Anda boleh menukarkan nama My Computer dan Network Neighborhood, tetapi nama Recycle Bin tidak boleh diubah? Anda boleh menggantikan nama Recycle Bin dengan menyunting Registry. Mula-mula, klik Start > Run, kemudian taipkan regedit lalu tekan Enter. Sebuah tetingkap Registry Editor akan muncul. Anda pergilah ke bahagian HKEY_CLASSES_ROOT, (rajah 1a) seterusnya turun ke bawah dan cari bahagian CLSID. Anda klik dua kali pada bahagian CLSID itu dan kemudian pergi ke segmen yang bernombor seperti berikut {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}dan seterusnya pergi ke bahagian ShellFolder. (rajah 2a)

Di sini anda akan melihat nilai Attributes yang dipaparkan dengan nilai binari 40 01 00 20. Klik dua kali pada Attributes yang terletak panel sebelah kanan dan sebuah tetingkap Edit Binary Value akan muncul. Kemudian tukarkan nilai 40 itu kepada 50 dan pilih OK. Nilai binari akan menjadi 50 01 00 20. (rajah 3a)

Kemudian tutup Regedit dan kembali ke desktop anda. Kemudian, klik kanan pada Recycle Bin dan anda akan dapat lihat perintah Rename pada senarai perintah itu. (rajah 4a) Anda juga boleh mengklik pada Recycle Bin dan menekan kekunci fungsi F2 untuk mengganti namanya dengan nama yang anda inginkan.



Melindungi sistem komputer anda

Mungkin sesetengah daripada anda tidak menyukai kekotak dialog log in Windows. Kotak tersebut tampil pada skrin monitor dan menanyakan nama pengguna serta kata laluannya. Pengguna masih boleh menggunakan komputer itu walaupun ia diisi dengan nama pengguna yang tidak dikenali atau hanya dengan menekan kekunci Escape (Esc).

Windows 9x memang tidak dibentuk untuk menjadi sebuah sistem operasi yang selamat, tetapi bukankah akan menjadi lebih baik jika ada satu cara bagi menjamin bahawa hanya kombinasi nama dan kata laluan yang tertentu sahaja yang boleh melepasi kekotak log in tersebut dan menggunakan komputer. Anda boleh melakukannya dengan menyunting Registry dan melakukan penapisan sesiapa saja yang cuba log in kepada komputer anda.



Mula-mula, anda harus mengaktifkan profil pengguna dalam komputer anda dengan memilih Start > Settings > Control Panel, klik dua kali pilihan Passwords, dan akhir sekali pilih tab User Profiles. Kemudian pilih "Users can customize their preferences and desktop settings". Tambahakan tanda pada kedua-dua pilihan di bawahnya. Pilih OK. (rajah 1b)


Kini anda boleh buat akaun untuk anda sendiri. Dari Control Panel, klik dua kali Users dan anda akan berhadapan dengan sebuah "wizard" bagi anda menambahkan sebuah profil. (rajah 2b) Jika tidak ada ikon Users dalam Control Panel anda, ini bererti anda sedang menjalankan versi asli Windows 95, dan anda harus klik Start > Shut Down dan pilih "Close all programs and log on as a different user", dan klik OK. Ketika kekotak dialog log in muncul, anda perlu masukkan nama pengguna dan kata laluan yang baru. Taipkan kata laluan itu sekali lagi apabila Windows meminta pengesahan.

Kini anda sudah boleh menyunting Registry. Mulakan dengan menjelajahi bahagian beriktu iaitu HKEY_USERS.DefaultSoftwareMicrosoftWindows CurrentVersionRun. Kemudian pilih Edit > New > String Value. (rajah 3b) Taipkan GoAway dan tekan Enter untuk memberi nama pada atribut tersebut. Kini klik dua kali GoAway dan taipkan rundll.exe user.exe, EXITWINDOWS. Klik OK. (rajah 4b) Kini anda boleh menutup RegEdit.

Pada saat kekotak dialog log in Windows muncul, anda boleh menaipkan nama pengguan dan kata laluan yang anda berikan tadi. Jika seseorang menekan kekunci Escape atau memasukkan nama pengguna dan dan katalaluan yang baru, Windows akan menolaknya dan segera melakukan log out seterusnya menampilkan kekotak dialog log in sekali lagi.



Untuk melihat fail-fail dalam folder Windows


Jika anda menggunakan pilihan Web View pada folder-folder anda, anda mungkin akan mendapat paparan peringatan yang menyatakan bahaya untuk menukar isi kandungannya, setiap kali anda membuka folder Windows tersebut. Kemudian anda harus mengklik pada Show Files sebelum anda boleh melihat semua fail di dalam folder tersebut. (rajah 1c)

Peringatan tersebut akan muncul kembali ketika anda membuka folder System dalam folder Windows tersebut. Cara termudah untuk membuang peringatan itu adalah dengan memilih View > as Web page, bagi mematikan pilihan Web View itu.

Anda boleh menggunakan pilihan Web View tanpa menerima peringatan tersebut dengan mengubahsuai cir folder itu. Pertama, pilihlah View > Folder Options, klik tab View, dan hilangkan tetanda pada pilihan "Hide file extensions for known file types". Kemudian lihatlah pada bahagian "Hidden files" dan pastikan bahawa pilihan "Show all files" telah dipilih. Klik OK. (rajah 2c)



Seterusnya bukalah folder Windows dan klik Show Files. Cari dan pilih fail yang bernama Folder.htt iaitu sebuah fail template HTML yang menentukan penampilan folder dalam ciri Web View. (rajah 3c) Tekan kekunci fungsi F2 untuk menukarkan namanya, taipkan nama seperti folder.bak, dan tekan Enter.

Selanjutnya, bukalah fail yang sama dalam folder System dan tukar namanya kepada folder.bak. Seterusnya jelajahilah folder Web dalam folder Windows. Pilih fail Folder.htt dan pilih Edit > Copy.

Kemudian kembali ke folder Windows, dan pilih Edit > Paste untuk menyalin file tersebut ke folder Windows itu. Setelah itu, bukalah folder System dan pilihlah Edit > Paste untuk menyalin fail itu ke folder ini pula.

Berikutnya cuba buka folder-folder ini, anda tidak akan memperoleh peringatan yang membosankan itu lagi. Jika anda tidak memperoleh ciri Web View yang telah diubahsuai, anda harus memilih semula View > as Web page.



Teknologi Pengimbas

Pengimbas (scanner) digunakan untuk mengimbas atau menangkap gambar dalam bentuk cetakan untuk dimasukkan ke dalam komputer dalam format fail seperti JPEG, TIFF, GIF atau BMP. Pada lima atau enam tahun dahulu agak sukar hendak mendapatkan pengimbas atas meja (desktop) berwarna dan jenis "flatbed" kerana yang ada hanyalah pengimbas kecil yang dipegang dengan menggunakan tangan dan tidak mampu mengimbas warna. Ketika itu harga sebuah pengimbas warna adalah mahal sehingga mencecah RM5,000 sebuah.
Pengimbas menggunakan dia jenis enjin pengimbas iaitu CIS (contact image sensor) dan CCD (charge-coupled device). CIS adalah sebuah teknologi baru yang membolehkan pengimbas yang dihasilkan lebih ringan dan kecil. CCD pula adalah teknologi yang mula-mula digunakan untuk membina pengimbas.
Dengan kehadiran lebih banyak komputer peribadi (PC) murah di pasaran, perisian suntingan imej mudah guna dan penggunaan pencetak warna yang murah harganya membuatkan pengimbas semakin penting dan banyak digunakan. Malah dengan kehadiran Web, pengguna pasti ingin memasukkan gambar-gambar ke dalam laman Web mereka dengan menggunakan pengimbas. Kebanyakan pengimbas sekarang berharga antara RM300 dan RM3,000, bergantung kepada jenis teknologi yang digunakan dan juga perisian-perisian yang disediakan dalam pakej.
Selain daripada mengimbas gambar, pengimbas juga digunakan untuk mengimbas teks dengan menggunakan perisian pengenalan aksara optikal atau OCR (optical character recognition). Malah dengan perisian pengimbas terkini pengguna boleh mengimbas gambar dan teks sekaligus, kemudian ia akan mengasingkannya kepada format-format tersendiri seperti teks disimpan dalam bentuk TXT dan gambar disimpan dalam format JPEG. Selain daripada itu pengimbas berpotensi tinggi mampu mengimbas daripada negatif filem atau slaid.


CCD vs CIS
Jantung utama sebuah pengimbas warna jenis "flatbed" ialah cip semikonduktor fotosensitif yang dipanggil CCD. Imbasan dengan menggunakan enjin CCD memerlukan sistem yang terdiri daripada cermin dan lensa untuk memfokuskan imej kepada CCD. Cara ini adalah mahal dan bahan optik yang berada dalam pengimbas boleh terkeluar daripada posisi dan memberi kesan kepada kualiti imbasan.
Teknologi CIS mampu mengantikan imbasan dengan CCD pada masa depan dengan barisan sensor sebanyak 300 atau 600 baris yang meliputi seluruh ruang kaca pengimbas. CIS tidak memerlukan lensa optik seperti CCD dan juga tiub lampu katod dengan sensor-sensor. Dengan cara ini pengimbas dapat dibina dengan lebih nipis dan ringan.
CIS tidak memerlukan kuasa elektrik yang tinggi dan ini bermakna ia boleh menggunakan bateri atau port USB (Universal Serial Bus). Kualiti imej dan ketajaman warna adalah lebih baik berbanding dengan pengimbas CCD. Malah CIS juga sesuai untuk mengimbas teks dengan baik melalui perisian OCR.


Pilih pengimbas
Biasanya pengguna hanya melihat tiga ciri sahaja iaitu resolusi optik, resolusi "interpolated" dan ketajaman bit warna. Pengguna biasanya melihat pada resolusi "interpolated" yang berdasarkan resolusi perisian iaitu 4,800 x 4,800 atau 9,600 x 9,600. Manakala resolusi optik pula memberikan jumlah imbasan per inci yang boleh diimbas seperti 2,000 x 1,500 dpi (dot per inch), iaitu lebih besar jumlah titik lebih tajam gambar.
Untuk mendapatkan gambar yang menarik dan cantik anda tidak perlukan pengimbas yang beresolusi tinggi kerana 300 x 600 dpi sudah mencukupi. Malah ketajaman gambar bergantung kepada optik dan ketepatan imbasan iaitu ianya lebih penting daripada resolusi. Apabila mengimbas juga tentukan saiznya dan pastikan imbasan anda itu mampu dilakukan oleh pengimbas tersebut, jika pengimbas anda tidak mampu maka seluruh sistem anda akan perlahan dan mampu menganggu perjalanan sistem.
Ketajaman bit warna biasanya 24 bit, 30 bit, atau 36-bit. Lebih tinggi nombor bit warna lebih cantiklah warna dan bayangan yang boleh ditangkap oleh pengimbas. Pengimbas yang mahal biasanya menyediakan keupayaan warna 30-atau 36-bit color manakala pengimbas yang murah menggunakan warna bit 24-bit. Walaupun diimbas dengan warna bit 30 bit atau 36 bit tetapi ia disimpan ke dalam fail ia masih disimpan dalam bentuk 24-bit.

Selain daripada tiga ciri yang telah dinyatakan di atas, saiz pengimbas juga penting kerana ia menentukan saiz imbasan dan saiz dokumen yang boleh diimbas. Pengimbas dibina dalam tiga saiz iaitu saiz "letter", saiz "legal" dan saiz tabloid. Jenis sambungan juga memainkan peranan kerana pengimbas SCSI adalah lebih pantas daripada pengimbas USB dan pengimbas port selari (parallel port).
Terdapat juga pengimbas yang menggunakan pemuat dokumen automatik (automatic document feeder atau ADF). Dengan cara ini secara tidak langsung fungsi pengimbas dan pencetak boleh diubah kepada mesin fotokopi peribadi. Antaramuka sesetengah pengimbas membolehkan imbasan dilakukan dengan mudah dan pantas. Pakej perisian yang disediakan juga perlu diambilkira. Sesetengah model menawarkan antaramuka yang ramah pengguna yang tidak memerlukan seorang yang professional untuk mengimbas gambar dengan baik.

05:00 | Permalink