Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

24 March 2006

Membuang fail tersorok & sementara (Windows XP)

Tidak semua PC milik pengguna dilengkapi pemacu keras yang besar kapasiti atau muatannya. Malah, ada PC yang hanya dilengkapi pemacu keras berkapasiti 40GB atau 20GB, ini termasuk PC yang sudah dibeli beberapa tahun lalu. Jadi jumlah kapasiti yang dimiliki itu, pengguna mungkin membuat dua atau beberapa bahagian (partition) untuk menempatkan fail program dan fail data. Kapasiti yang pada awalnya mencukupi ini akhirnya tidak cukup apabila fail perisian dan fail data bertambah ekoran aktiviti berterusan pengguna.
Sehubungan itu, pengguna periu membersihkan pemacu keras untuk menyingkirkan fail yang tidak periu. Operasi ini boleh mendapatkan semula sejumlah ruang pada pemacu keras. Pembersihan boleh dilakukan secara manual atau menggunakan utiliti seperti Disk Cleanup dalam Windows. Caranya, klik Start Menu, All Programs, Accessories, dan System tools, la adalah utiliti dalam untuk menyingkirkan banyak fail tidak periu dari cakera keras. Pilih pemcu C: anda dan pada kategori pertama periksa semua item untuk dipadam.
Pembersihan menggunakan utiliti tidak menyeluruh kerana ada folder fail sementara yang tidak dipadam. Jadi anda periu membersihkannya secara manual. Kebanyakan fail adalah fail sistem dan/atau tersorok, Jadi pastikan anda boleh melihat fail itu menerusi Windows Explorer. Caranya, klik Folder Options, klik View, aktifkan pilihan "Display the content of system folders", aktifkan pilihan "Show hidden files and folders", matikan "Hide extensions for known file types" dan matikan pula "Hide protected operating system files".
Apabila melibatkan pembersihan pemacu keras, anda periu berhati-hati terutama sekali jika ia melibatkan fail sistem atau tersorok. Kesilapan memadam fail-fail penting atau yang sepatutnya boleh menyebabkan sistem anda menjadi tidak stabil. Jika anda masih berminat melaksanakannya seperti yang akan diterangkan nanti, anda haruslah menerima risikonya. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihati supaya menyimpan dahulu data-data penting. Sediakan juga CD pemasangan Windows jika operasi pemulihan OS diperlukan.

Membuang fail-fail tesembunyi

* C:\HIBERFIL.SYS
Fail ini direka untuk proses hibernasi PC dan ketetapannya boleh diakses dengan mengklik Control Panel, Power Options, dan Hibernate. Apabila PC berhibernasi, ia akan menyimpan memori utama ke dalam fail "hiberfil.sys" pada partition C: sebelum PC dimatikan. Apabila PC dihidupkan, ia kembali kepada keadaan sebelumnya dengan mengisi semula memori utama dengan muatan fail "hiberfil.sys" tadi. Jadi, anda boleh mematikan pilihan "Enable hibernation". Selepas proses boot semula (reboot), fail "hiberfil.sys" ini lenyap.

* C:\System Volume Information
Folder sistem yang tersembunyi ini mengandungi maklumat fungsi System restore Windows XP. Apabila selesai melakukan proses pemasangan sistem Windows dan semuanya boleh beroperasi tanpa ralat, maka anda disyorkan supaya mematikan fungsi System Restore. Fungsi ini boleh diakses dengan mengklik pada Control Panel, System, dan System Restore. Kemudian, aktifkan pilihan "Turn off System Restore on all drives" apabila tetingkapnya terpapar. Ini akan mengosongkan semua folder System Volume Information.

* C:\PAGEFILE.SYS
"Pagefile.sys" digunakan apabila memori utama telah digunakan oleh aplikasi yang sedang beroperasi dan tentu lebih banyak memori maya diperlukan. Penggunaan "pagefile.sys" adalah bersifat sementara tetapi ia memang diperlukan oleh sistem. Meskipun fail ini akan menggunakan sejumlah ruang yang besar dalam pemacu C:, namun anda tidak boleh memadamnya sesuka hati. Sebaliknya anda masih boleh memindahkan "pagefile.sys" ini ke partition lain. Jadi anda boleh membuat simpanan/pemulihari sistem secepat mungkin.

* C:\WINDOWS\Prefetch
Folder ini pula mengandungi maklumat yang berkaitan dengan aplikasi yang dimulakan secara tetap setiap kali Windows dihidupkan. Tanpa sebarang masalah, anda dibenarkan untuk memadam fail dalam folder ini (fail dalam folder prefetch akan dibina semula selepas proses restart Windows). Fail prefetch dalam' folder ini digunakan untuk pra-pemuatan (preloading) aplikasi agar ia cepat dimulakan. Pada mulanya anda akan mendapati proses memulakan aplikasi kegemaran nampak perlahan, namun ia akan dipercepatkan kembali.

* C:\Windows\$NtUninstall...... folders
Folder yang bertanda "$" ini juga tersembunyi. la berkaitan dengan pemasangan Windows Update tetapi boleh dibuang jika tidak diperiukan lagi. Apa yang pasti, Windows tidak akan memadam folder ini secara automatik selepas proses pengemaskinian. Jadi, jika anda mendapati Windows beroperasi dengan baik dan stabil selepas proses mengemaskini Windows dilakukan, maka anda sudah boleh memadam fail berkenaan.

* C:\1386\
* C:\Windows\Driver Cache\1386\
* C:\Windows\ServicePackFiles\1386\
Jika ruang bebas dalam pemacu keras sudah tertalu sempit, anda mungkin benar-benar perlu menjimatkan ruang. Jika begitu, anda boleh memadam tiga folder di atas atau menyalinnya pada CD. Tetapi anda harus menganggung risikonya. Folder 1386 mengandungi fail pemasang (termasuk driver peranti). Jika semuanya beroperasi dengan baik dan folder ini tidak diperiukan lagi maka ia boleh dipadam atau dipindahkan. Tetapi apa yang sering berlaku ialah folder tersebut masih diperiukan lagi apabila sistem anda perlu diubah kelak.

* C:\Windows\Downloaded Installations\
* C:\Windows\SoftwareDistribution\ Download\
Folder ini mengandungi fail pemasang aplikasi yang dipindah terima (download) untuk dipasang selain fail Windows Updates.
folder C:\Windows\ SoftwareDistribution\Download\ mengandungi Windows Updates yang dipindah terima. la menggunakan nama yang easing! tanpa sebarang sambungan seperti fail lain. Kebanyakan fail tersebut menggunakan sambungan MSI atau EXE dan dijalankan secara berasingan. Fail ini boleh disimpan dan boleh dipasang pada sistem Windows lain atau pada CD pemasang Windows.

Membuang fail-fail sementara

Selain kandungan folder yang diterangkan tadi, anda boleh membuang kandungan fail sementera berikut:
* C:\Documents and Settings\username anda\Local Settings\Temp
* C:\Documents and Settings\Default User\Local Settings\Temp
* C:\Documents and Settings\LocalService\Local Settings\Temp
* C:\WINDOWS\TEMP
* C:\Documents and Settings\username anda\Local Settings\ Temporary Internet Files
* C:\Documents and Settings\Default UserM-ocal Settings\Temporary Internet Files
* C:\Documents and Settings\ LocalService\Local Settings\ Temporary Internet Files
* C:\Documents and Settings\ username anda\Local Settings\ History
* C:\Documents and Settings\Default User\Local Settings\History
* C:\Documents and Settings\LocalServiceM-ocal Settings\History
* Recycle Bin.

Mendefrag selepas pembuangan

Selepas membuat operasi pembuangan tadi, banyak fail sementara atau fall tidak perlu yang menggunakon ruang pemacu keras telah dipadam. Pada masa sama, fail yang masih tinggal dalam cakera keras itu sudah tidak tersusun dengan baik, Jadi, anda disyorkan agar melaksanakan proses defrag pemacu keras (partition C:). Ini membolehkan fail berkenaan disusun semula dan tidak berterabur di seluruh cakera keras. Hasilnya, fail lebih teratur, pemacu keras boleh mengakses fail dengan lebih cepat dan operasi Windows lebih lancar.
Dalam Windows, utiliti defrag ini boleh diakses dengan mengkllk Start, All Programs, Accessories. System tools, dan Disk Defragmenter. Pllih volume atau partition C;, kemudian klik pada Analyze (pillhan Analyze boleh diabaikan) dan Defragment untuk memulakan proses defrag. Anda kena mendefrag setiap partition secara berasingan. Bahagian merah menunjukkan fail yang berterabur manakala bahagian yang biru akan menunjukkan fail yang tersusun. Sementara bahagian hijau ialah fall sistem yana tidak boleh dipindahkan.
Bahagian hijau tidak boleh disusun kerana ia adalah memori maya (vltual memori). Ketetapan fall memori maya dan fail hibernasi boleh diubah manakala fungsi kedua-duanya adalah seperti yang diblncangkan tadi. Proses mendefrag fail-fail tersebut tidak boleh dilakukan dengan menggunakan utiliti Disk Defragmenter dalam Windows. Bagaimanapun, anda mosih boleh mendefrag fall ini dengan menggunokan utiliti percuma seperti PageDefrag (juga dinamakan System File Defragmenter) dari Sysinternals www.sysinternals.com).
Proses mengoptimum registry tidak memadam kandungannya. la hanya menjadikan registry itu lebih kecil dengan maklumat sama. Tetapi ia boleh menjimatkan banyok memori penting untuk prestasi sistem. Utiliti percuma NT Registry Optimizer merupakan utiliti berguna untuk melakukan proses defrag registry. Mula-mula aplikasi ini menghitung kemungkinan pengurangan saiz registry yang direalisasikan selepas proses reboot. Dalam kes ini, registry dikurangkan sebanyak 10 peratus dan PC anda perlu melalul proses reboot.

Rujukan: Majalah PC, Disember 2005

05:05 | Permalink